CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

Pendedahan RPK - 2 DUN PKR - Rasuah dan skandal Pasir Selangor berserta bukti

[Copy link]
 Author| Post time 11-2-2012 03:12 PM | Show all posts
Kenapa Azmin sampai sekarang tak tampil buat PC..kan nama dia disebut2 dlm artikal PRK tu yg melibatkan Azmin Ali yang dikatakan sedang mengumpul wang untuk PRU dan perlu duit termasuklah upah melobi bagi mendapatkan kontrak pasir di Selangor.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2012 03:27 PM | Show all posts
itu jugak yg saya dok komen balas,...kalau PR beri mereka peluang...kalau BN..kompom sudah salah ...
Anak_Nogori Post at 11-2-2012 12:47



    Bukan ke saya sudah kata, tanpa mengira pihak mana pun, hukum mereka yang bersalah. Kita telah lihat antara contoh dan hujah awak dalam kes khir toyo. Tajuk antara orang mulia dengan tidak.  Awak nampaknya cuba meyakinkan pembaca supaya tidak meletak tekanan untuk teruskan siasatan terhadap KT.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2012 05:39 PM | Show all posts
bakal kantoi lg nih cam kes lombu qurban,toyota harrier,bendera etc
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2012 05:55 PM | Show all posts
Kenapa Azmin sampai sekarang tak tampil buat PC..kan nama dia disebut2 dlm artikal PRK tu yg melibat ...
Anak_Nogori Post at 11-2-2012 15:12
Itu lah persoalan yang bermain main didalam minda rakyat marhaen AN......
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2012 07:41 PM | Show all posts
tulah kan....dulu blog RPK lah pacacai2 PR dok agung2kan...berpage2 masing2 diskus diskus...bila ...
Anak_Nogori Post at 10-2-2012 15:19

ini thread rosmah shopping ke?BTW......i like
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2012 08:39 PM | Show all posts
Zuhud punya lobai
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-2-2012 02:04 PM | Show all posts
Modus Operandi PKR dan DAP Merompak Hasil Pasir Selangor


Apabila PKR dan DAP memerintah Selangor mereka telah menubuhkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd bagi menguruskan hasil mineral negeri Selangor termasuk pasir.

Tujuan penubuhan KSSB hanyalah untuk mengabui mata rakyat bagi menunjukkan mereka telus dan pandai menguruskan hasil negeri. Di sebalik itu penuh tipu muslihat yang berlaku.

KSSB menjadi tempat kroni-kroni PKR dan DAP merompak hasil pasir Selangor. Kroni Pas pula merompak di Yayasan Selangor. KSSB hanyalah sebagai alat untuk menghalalkan kegiatan haram.

Harga pasir yang dijual oleh KSSB berbeza-beza bergantung kepada jumlah yang dibeli dan juga lokasi lombong. Harga paling tinggi RM 21.80 dan paling rendah RM 15.00.

Itu harga untuk jualan kepada syarikat-syarikat bukan kroni mereka. Untuk syarikat kroni harga jualannya jauh berbeza. Kami akan tunjukan kepada anda bagaimana modus operandi PKR dan DAP merompak hasil Selangor melalui syarikat kroni.


Adun Batu Caves, Amiruddin Shari salah seorang yang memainkan peranan mengutip dana pilihanraya PKR melalui tauke-tauke pasir

Sebuah syarikat kroni mereka bernama Jendela Teguh telah diberi tawaran untuk membeli pasir dari KSSB dengan harga RM 8.00 setiap metrik tan. Harga yang ditawarkan jauh berbeza dari harga pasaran KSSB.

Maklumat dalaman KSSB yang sampai kepada kami mengatakan diatas kertas harga yang dijual kepada Jendela Teguh adalah RM 8.00, tetapi yang sebenarnya harga jualan RM 12.00 untuk setiap metrik tan. RM 8.00 dibayar kepada KSSB secara sah, RM 2.00 dibayar kepada PKR atas nama tabung pilihanraya, dan RM 2.00 lagi kepada DAP juga atas nama tabung pilihanraya melalui jalan belakang.

Harga RM 12.00 yang dibeli oleh Jendela Teguh masih lagi rendah berbanding dengan harga jualan semasa KSSB. Jendela teguh akan menjual pasir tersebut kepada pembeli-pembeli lain dengan harga RM 15.00 – RM 18.00 per tan metrik.




http://www.semesta.com.my/v2/ind ... id=21&Itemid=51

Harga jualan pasir yang dipamerkan dalam laman web KSSB.


Surat tawaran dari KSSB kepada Jendela Teguh untuk membeli pasir pada harga RM 8.00/tan


Surat ditandatangan oleh pengarah eksekutif KSSB


Persetujuan menerima tawaran
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 02:13 PM | Show all posts
ini semua pitnah...RPK tak blh dipercayai....{:4_500:}tp klu tulih psl UMNO kn percaya....{:4_500:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-2-2012 02:32 PM | Show all posts
ini semua pitnah...RPK tak blh dipercayai....tp klu tulih psl UMNO kn percaya....
creep_bite Post at 17-2-2012 14:13


alah...UMNO lagi banyak skandal dah rasuah...PR sikit je...hahahahahahaha...ayat cover..{:4_241:}
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 02:34 PM | Show all posts
Kenapa Azmin sampai sekarang tak tampil buat PC..kan nama dia disebut2 dlm artikal PRK tu yg melibat ...
Anak_Nogori Post at 11-2-2012 15:12


azmin tengah buat skrip..sifu anuwart x siap2 lagi skrip tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 02:35 PM | Show all posts
alah...UMNO lagi banyak skandal dah rasuah...PR sikit je...hahahahahahaha...ayat cover..{:4_241: ...
Anak_Nogori Post at 17-2-2012 14:32


ntah kan...ameno boleh buat..takkan kami PR yg marhaen nak buat pun x boleh..apa la sangat nak banding bagi lombu dok dalam kondo tuh....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2012 05:28 PM | Show all posts
Wa...sampai ugut2 nak bunuh plak..

Bekas kakitangan KSSB terima ugutan bunuh melalui telefon

KLANG 24 Feb. - Seorang bekas kakitangan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB), T. Sivanesan membuat laporan polis selepas menerima ugutan bunuh melalui telefon oleh seorang pemanggil tidak dikenali hari ini.

Sivanesan, 25, yang dipecat pada September tahun lalu mengesyaki, ugutan yang diterima pukul 12.54 tengah hari itu ada kaitan dengan pendedahannya mengenai penyelewengan pasir dalam syarikat milik kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor itu.

Dalam panggilan telefon berkenaan, Sivanesan mendakwa, seorang lelaki menghubungi telefon bimbitnya serta mengugut untuk membunuhnya sekiranya dia terus menganggu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ahli Dewan Undangan Sri Muda, Shuhaimi Shafie serta syarikat KSSB dalam isu pasir.

"emanggil itu mengugut untuk membunuh saya sekiranya terus mendedahkan mengenai penyelewengan pasir yang berlaku di negeri ini.

"Ketika menerima panggilan telefon itu, saya sedang berada di Pusat Perubatan Seri Kota dan perbualan saya dengan lelaki itu berlaku selama kira-kira dua minit," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

Pada November tahun lalu, Utusan Malaysia menyiarkan kenyataan Sivanesan mengenai wujudnya elemen campur tangan tersebut dari segi pemberian kontrak perlombongan pasir dan penjualan pasir kepada syarikat yang sama.

Dalam laporan ketika itu, Sivanesan yang juga merupakan bekas Eksekutif Pemasaran KSSB tersebut dipetik sebagai berkata, syarikat berkenaan juga dimiliki individu berkepentingan politik serta mempunyai kaitan dengan Abdul Khalid dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sivanesan bagaimanapun berkata, ugutan bunuh berkenaan langsung tidak melemahkan semangatnya untuk mendedahkan penyelewengan yang berlaku dalam syarikat tersebut.

"Saya tidak akan berputus asa malah akan terus mendedahkan kepincangan serta penyelewengan yang berlaku dalam syarikat KSSB," tegasnya.

Mengulas lanjut, Sivanesan turut menggesa supaya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan penyelewengan pasir yang berlaku di negeri ini.

"Sekiranya, suruhanjaya diraja diwujudkan, saya dan rakan-rakan yang lain bersedia untuk hadir bagi menunjukkan bukti tentang kebenaran dakwaan tersebut kepada suruhanjaya berkenaan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini mengesahkan pihaknya ada menerima laporan polis tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 06:04 PM | Show all posts
lawak jugak
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 06:16 PM | Show all posts
ada 1 port pasir yg geng2 lori sedang amik skrg di kl.....di jln kucing
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 06:17 PM | Show all posts
hr2 kt site aku masuk pasir xder doket ok jer
nmpk x ada wang ngn xder wang..nmpk x cina bisnes ngn melayu bisnes
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2012 07:14 PM | Show all posts
Sebab tu tak hairan orang macam TBH mati...duit rasuah pasir diSelangor ni bukannya sikit....beratus2 juta beb..yg dulu tak ada apa2..sekarang dah kaya raya dah.

Tu lah namanya SELCAT...tulus mulus ketenye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2012 12:56 AM | Show all posts
Advertisement/ Scam/ Spam - NI BUKAN POLITAIK KAA?!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.067106 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list