CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8111|Reply: 124

Ibu Bapa Maut Serentak, Sekelip Mata 4 Beradik Yatim Piatu- Waris Tanya,"Sekarang Siapa Nak Jaga?"

[Copy link]
Post time 25-10-2022 03:21 PM | Show all posts |Read mode
Gerik: "Arwah meninggalkan empat anak dan sekarang menjadi persoalan siapa yang akan menjaga mereka.


"Saya sendiri tidak menyangka suami isteri itu dipisahkan serentak," kata Hamizura Osman, ibu saudara kepada Rosnah Ahmad, 44, yang maut bersama suami, Azranawi Radzi, 42, dalam kemalangan, semalam.


Pasangan suami isteri itu meninggal dunia selepas skuter Kymco ditunggangi Azranawi dan dibonceng Rosnah terbabit nahas dengan sebuah kereta di Kilometer 2.3 Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu, dekat Kota Tampan, Lenggong, kira-kira 6.15 petang.


Foto: Harian Metro




Hamizura berkata, pasangan suami isteri itu meninggalkan empat anak yang masih bersekolah, membabitkan tiga lelaki serta seorang perempuan, masing-masing berusia 16, 14, 12 dan tujuh tahun.


Katanya, setakat ini belum ada perbincangan antara ahli keluarga mengenai penjagaan anak yang ditinggalkan pasangan itu.


"Mungkin antara kami ahli keluarga tiada masalah dan boleh menjaga mereka namun kasih sayang seperti ibu dan ayah kandung tidak serupa.


"Kalau boleh, kami hendak jaga keempat-empatnya dan perbincangan akan dibuat selepas ini untuk tidak memisahkan penjagaan antara empat beradik itu walaupun secara logiknya siapa sahaja yang mampu dan sanggup menjaga keempat-empatnya serentak," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Gerik, di sini, hari ini.


Kelihatan di pekarangan Unit Forensik itu adalah waris kedua-dua belah keluarga pasangan itu, namun tiada kelibat empat anak yang ditinggalkan pasangan itu di situ.


Menceritakan keakrabannya dengan suami isteri itu, Hamizura berkata, dia yang mempertemukan jodoh mereka berdua kira-kira 20 tahun lalu.


Menurutnya, selain pertalian darah dengan Rosnah, dia dan suaminya turut rapat dengan Azranawi yang bekerja sebagai penguat kuasa di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sejak sekian lama.


"Saya dan suami berkawan dengan arwah Azranawi sudah lama. Kami mempertemukan Azranawi dengan Rosnah yang juga anak saudara saya ketika usia Azranawi 24 tahun," katanya.


Sementara itu, abang sulung Rosnah, Zamzuri Ahmad, 52, menyifatkan pasangan suami isteri itu pemurah dan mereka gemar membelanja saudara-mara.


"Malah, arwah Azranawi dan Rosnah sering memberi potongan harga kepada rakan yang bertandang di gerai makan diusahakan mereka di Manjoi, Ipoh. Mereka berdua memang bukan jenis orang yang terlalu berkira," katanya.


Katanya, dia difahamkan kejadian berlaku ketika pasangan itu dalam perjalanan pulang dari Gerik menghala Ipoh bersama konvoi motosikal dengan rakan lain.


Jenazah pasangan itu siap dikafan dan meninggalkan pekarangan Unit Forensik Hospital Gerik jam 11.43 pagi tadi untuk dihantar ke Masjid An-Nur Batu 8, Ulu Kinta, Ipoh sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Rambutan, Ipoh. -CARI


Sumber: harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2022 03:25 PM | Show all posts

Besar Pahale Bagi Anak Yatim Piatu Makan

Rebutlah peluang keemasan ini wahai pak2 sedare & mak2 sedare..

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Gi konvoi?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian, hidup berubah bila ada kematian dlm keluarga.

Begitu juga bila ada pertambahan ahli keluarga dulu jd disayang2 kini eh ketepi kau dah besar dah tak comel dan begitulaa seterusnyaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 03:34 PM | Show all posts
Sedihnye...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde tinggal reta ke.. aiyo sapa nak bela 4 org sekaligus
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2022 03:50 PM | Show all posts
jgnla nak jaga sebab harta...
semoga dimurahkan rezeki yg jaga anak yatim piatu ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 03:54 PM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 25-10-2022 03:25 PM
Rebutlah peluang keemasan ini wahai pak2 sedare & mak2 sedare..

insaf i baca ayat u ni.. betulla dari keratan berita tu nampak macam ada drama tolak menolak lepas ni. kesian ko nakkkk.. htr la rumah anak yatim piatu, asal semua bersama dan habiskan sekolah elok2 kalau dah takde sgt nak membela
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2022 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 25-10-2022 03:37 PM
Takde tinggal reta ke.. aiyo sapa nak bela 4 org sekaligus

Penguatkuasa majlis bandaran bukan keje gomen eh? Tak de pencen?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 03:57 PM | Show all posts
bodoh..besar pahala jaga anak yatim piatu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 04:00 PM | Show all posts
lahhh sbb konvoi ke?? ni lahh yg aku x suka. tgal anak2 sbb hobi. dah jadi mcm ni kesian kat anak2 yg masih kecik
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 04:01 PM | Show all posts
masa convoi tu sapa jaga anak mereka?
suruh la yang jaga tu jaga je terus..
dah atuk nenek pakcik makcik semua pakat buka gelanggang taici..
nak jaga anak buah bukan main berat..
tang faraid semua ke depan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 04:03 PM | Show all posts
sebaiknya jgn dipisahkan..tp dgn ekonomi sekarang kalau both arwah xde tinggalkan harta mmg susah saudara nk ambil all 4.

Semoga hidup2 anak2 yatim ni terbela dgn saudara mara yang baik.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 04:04 PM | Show all posts
sampai 4 orang..kena orang betul berbesar hati la jaga..atuk nenek dah tua sgt kot
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 04:05 PM | Show all posts
peringatan untuk yang lain..
kalau kaki convoi tu sila tinggal wasiat siap-siap sebelum korang convoi in case tak balik lagi dah..
nak nak pi laki bini tinggal anak-anak..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Drmu at 25-10-2022 04:09 PM

Cbe apply bantuan ke or bantuan zakat..kurang blh jgak bantu skit2 insyaAllah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2022 04:10 PM | Show all posts
dekat malaysia ni tak sesuai bawa basikal dan motosikal...period
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 04:14 PM | Show all posts
smoga yg baik2 saja utk anak2 yatim ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 04:17 PM | Show all posts
kalau mak ayah kerja ada perkeso, keempat2 anak tu ada elaun bulanan sehingga umur 18 tahun. Epf pun tak silap ada jugak.
bantuan untuk anak2 yatim sekarang dah banyak, cuma itulah nk jaga keempat2 tu perlukan kesabaran & keikhlasan yg tinggi.
sedihnya kalau dipisahkan 4 beradik tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg sulung dah 16 tahun, bole kot jaga adik2...adik2 pun dah besar2 jugak, dah sekolah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Alice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datuk Seri Berstatus Suami Orang?
YgBenarAlice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datu
Views : 28451 Replies : 21
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 98915 Replies : 3912
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 72743 Replies : 784
Jumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?” –Wanita kiciwa Adik Hidap Kanser Tahap 4 ‘Disidai’ Berjam-Jam Di Hospital Sultanah Nur Zahirah
YgBenarJumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?”
Views : 33735 Replies : 63
Pelakon suara Doremon telah tiada
maklukpenggodaPelakon suara Doremon telah tiada
Views : 32806 Replies : 38
Maroon 5 in Kuala Lumpur
maklukpenggodaMaroon 5 in Kuala Lumpur
Views : 48500 Replies : 126
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 17398 Replies : 236
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 42460 Replies : 257
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 110996 Replies : 7259
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 75021 Replies : 706

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.061939 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list