CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yeos

KRISIS FARAWAHIDA & JULFEKAR

[Copy link]
Post time 4-7-2009 02:57 PM | Show all posts
GILA SWINE FLU betul dorang ni, apa dah jadi sekarang ni, habis aib terbuka masing-masing ... dgn laporan polis ini, erti nya ... ada exist lah blue film farawahida tu .... eeeewwwwwwwww ... Farawahida action dgn siapa? dgn julpekar? doubel eeeewwwwwuuuuuuu grosssssssss  nak muntah ku terbayang muka julpekar tu ... some ppl just have not taste!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2009 08:35 PM | Show all posts
:kant:eeeeiiiiiiiiiiiiiiii:kant:
ntah2 mmg FW ada blue film sendiri kut
ngan mamat tu ke:geram::geram:goliiiiiiiiiiiiiiiii den
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2009 09:05 PM | Show all posts
farawaheeda ade video lucah ker? ngan sape tu,julfekar ker? adoiii...nape la sampai ke tahap tu

macam2 la dunia artis ni..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2009 09:14 PM | Show all posts
aku macam rasa dedua si farawahida ngan jul ni psycho...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2009 10:30 PM | Show all posts
aku lak rasa kalau si jul tu mmg ada simpan gambo blue FW, mesti dia simpan tuk wat stok merembesopsss dirty minded lak
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2009 10:38 PM | Show all posts
dulu puji tahap x ingat skang menyesal x sudah plak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2009 11:29 PM | Show all posts
aku rasa tak wujud la.. ni mesti farah dah malu sbb jul kata dia org mmg bercinta & pnah terlanjur.. jd farah claim ada vc & pic.. alang kepalang langsung semua malu.. tp yg lebih malu family farah dan bini & anak2 jul... bodo!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2009 10:21 PM | Show all posts
Farawahida bongkar rahsia
Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed




Penyanyi popular tampil mempertahankan diri sambil mendakwa dirinya didera mental dan emosi

LARA hidupnya tiada siapa yang tahu. Lima tahun hidup dianggap bagaikan dalam 'sangkar' atau mungkin bak 'neraka' cukup membuatkan Farawahida enggan menoleh ke belakang lagi. Siapa menduga, penyanyi berwajah manis itu menyimpan episod duka selama bergelar artis biarpun ada ketikanya dia kelihatan sering tersenyum pada peminatnya. Dirinya dan keluarga diperlakukan tak ubah seperti `sampah', malah lebih teruk, penyanyi ini mendakwa dia sering didera dari segi mental dan emosi.

Dan untuk kembali menjalinkan kerjasama dengan pengurusnya yang juga komposer terkenal, Julfekar Ahmad Shah dan bernaung di bawah syarikat Millennium Art Sdn Bhd, ia bagaikan igauan ngeri buatnya dan keluarga.

Kehidupannya tidak seperti artis lain, selain mendakwa dirinya dikongkong dan dikawal ketat, penyanyi kacukan Melayu-Pakistan mengakui, hidupnya tak ubah seperti pentas lakonan semata-mata. Hakikatnya, Farawahida tertekan dan menderita dengan `hidup yang indah khabar daripada rupa'.

Tidak tahan maruah dirobek, imej dicarik, nama baik bagaikan dipijak-pijak, Farawahida enggan berdiam diri lagi. Selama empat bulan berdiam diri, penyanyi berusia 24 tahun itu cuba menahan sabar, tetapi cerita-cerita yang mengaibkan dan menjatuhkan maruahnya terus dijaja dan diperkatakan. Farawahida bangkit menceritakan episod duka yang melingkari hidupnya.

Farawahida menegaskan, Julfekar bukanlah kekasihnya, malah hubungan mereka tidak lebih daripada pengurus dan artis.

Dengan nada perlahan, Farawahida akui: "Saya tak pernah menyimpan sekelumit perasaan kasih pada Julfekar, malah saya hanya menganggapnya seperti abang dan menghormatinya sebagai pengurus. Saya tahu Julfekar menyimpan perasaan cinta pada saya, tetapi saya tidak sesekali mahu bercinta dengan suami orang.

"Saya tak pernah berbohong malah saya bercakap perkara yang sama jika ada yang bertanya sejak dulu lagi. Julfekar hanya pengurus saya, bukan kekasih! Saya tak mampu lagi bekerjasama dengan Julfekar, bukan saya lupa jasa-jasanya menaikkan nama saya, tetapi saya tidak tahan dengan perbuatan dan cerita yang disebarkan.

"Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Selama ini, hanya Tuhan saja yang tahu deraan yang dilakukan pada saya dan keluarga. Saya dan keluarga sering dimaki hamun dan diancam, malah hingga hari ini, saya terus diganggu. Sejak pulang ke kampung halaman di Taiping, Perak, saya tak pernah bercakap dengan Julfekar, cuma berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS).

'Dia makin hamun saya dan keluarga'

"Bagaimanapun SMS yang diberikannya cukup menghiris perasaan, puas memaki hamun saya, ibu dan adik beradik saya pula menjadi mangsa. Saya tak mampu menahan sabar bila ibu saya dimaki dengan perkataan yang tidak sepatutnya. Bukan saya tak tahu cerita yang dijaja, malah apa yang diceritakan akan sampai kembali ke pengetahuan saya. Ramai yang tak percaya dan mahu mendapatkan kepastian cerita yang mereka dengar."

Farawahida berkata, bukan dirinya berdegil atau keras kepala kerana tidak mahu berbincang dengan Julfekar, tetapi cukuplah derita yang ditanggung selama lima tahun.

Sambil merenung jauh, Farawahida sebak mengatakan: "Saya cukup terseksa, saya dikongkong hinggakan mahu bertemu dan pulang ke kampung bersama keluarga juga sering dihalang. Boleh dihitung dengan jari berapa kali saya meluangkan masa bersama keluarga sejak bergelar penyanyi.

Dakwa diri pernah dikasari Julfekar

"Dia (Julfekar) bukan kekasih saya, malah jauh sekali suami saya tetapi dia cuba menentukan hidup saya. Ketika itu, saya hanya mampu bersabar kerana terikat dengan kontrak selama lima tahun. Kalau ikutkan hati, sudah lama saya angkat kaki tetapi saya tak mampu bertindak sebab sering diancam.

"Saya terpaksa akur dengan arahannya, jika membantah, saya dikasari. Saya pernah dipukul dan dikasari depan ibu dan orang ramai. Dia juga mendera saya secara mental dan fizikal. Ibu dan kakak yang sering menemani saya juga menerima tempias kemarahannya. Bayangkan, mahu bersama keluarga pun boleh mengundang perbalahan besar, malah apa saja yang saya buat perlu mendapat kebenarannya, jika tidak, saya pasti dimaki hamun dan dikasari.

"Paling saya tidak dapat terima apabila bersolat lama sedikitpun boleh mengundang kemarahannya. Saya kasihan melihat ibu dan kakak, mereka sering makan hati berulam jantung dengan perbuatan Julfekar. Nasiblah mereka sanggup terus menemani saya walaupun mata mereka sudah tidak larat memandang, hati mereka sentiasa berkata-kata.

“Paling sedih saya akan bergaduh besar dengan dia jika adik beradik saya datang ke rumah. Dakwaannya saya menghabiskan masa bersama keluarga dan mengabaikan latihan nyanyian memang tidak boleh diterima akal. Takkan saya perlu berlatih setiap hari hingga tiada sekelumit masa untuk adik-adik? Kami sekeluarga terpaksa menahan sabar gara-gara termakan janji manis Julfekar dulu."

'Julfekar halau keluar dari rumah sewa'

Akuinya, dia tekad melarikan diri selepas Julfekar menghalaunya dari rumah sewa yang dibayar syarikat di Setiawangsa, Kuala Lumpur. Mereka sudah berdepan dengan krisis teruk sejak November lagi.

Secara jujur, Farawahida akui: "Tahun lalu, saya sudah mahu melarikan diri apabila kami bergaduh besar gara-gara saya menemani keluarga membeli-belah barang perkahwinan kakak saya. Dia beranggapan saya keluar dengan lelaki kerana saya tak mahu MMS siapa bersama saya ketika itu. Takkan saya nak MMS wajah bapa dan ibu saudara yang menaiki kereta dengan saya, apa pula kata mereka nanti.

"Sebolehnya saya nak menutup penderitaan, saya tak mahu ahli keluarga lain tahu kegilaan Julfekar. Tentu mereka pelik kenapa Julfekar nak mengongkong hidup saya, sedangkan kami tiada hubungan. Julfekar mengancam saya, jadi saya takut nak balik ke rumah. Apabila mengetahui saya tak pulang, Julfekar mula berlembut memandangkan keesokannya saya perlu ke Indonesia untuk menjalani penggambaran klip video bersama Ari Wibowo.

"Saya memberikan peluang padanya memandangkan penggambaran klip video itu sudah dirancang awal, tetapi kesabaran saya hanya bertahan sehingga Anugerah Juara Lagu ke-23, Februari lalu. Kami berperang lagi apabila saya mahu keluar makan dengan keluarga untuk meraikan kemenangan saya. Dia menghalau saya lagi dan mungkin inilah masanya saya mahu keluar dari kemelut hidup yang tidak berkesudahan."

Farawahida nafi pernah ajak kahwin

Farawahida juga menafikan pernah mendesak Julfekar berkahwin, malah sebaliknya Julfekar merancang berkahwin lari dengannya ke Indonesia. Dengan suara perlahan, Farawahida berkata: "Bodohlah saya kalau saya mengajak Julfekar berkahwin sedangkan semua tahu, Julfekar sudah beristeri dan mempunyai anak yang dah besar panjang. Dia mencanangkan sudah bercerai tetapi hakikatnya, ketika itu dia masih tinggal serumah dengan anak dan isterinya. Jujurnya, antara punca saya melarikan diri disebabkan Julfekar merancang berkahwin dengan saya. Jangan kata nak jadi isterinya, jadi kekasihnya pun saya tak sanggup!

“Dalam SMS yang dihantar dan saya masih menyimpan SMS berkenaan, Julfekar memberitahu merancang mengadakan perkahwinan rahsia. Ketika itu, tak sampai seminggu lagi saya akan terbabit dengan persembahan penjelajahan sekitar Indonesia. Bimbang Julfekar merencanakan sesuatu, saya tekad lari.

"Selepas melarikan diri, Julfekar pernah menghantar wakil untuk berbincang dengan saya dan keluarga di kampung tetapi bukanlah isu kontrak yang menjadi persoalannya sebaliknya menghantar wakil merisik saya. Untuk apa? Takkan keluarga nak menerimanya sedangkan mereka tahu saya cukup menderita, malah keluarga juga sering dicaci dan dimaki seluruh keturunan.

Buat empat laporan polis

"Saya bersyukur Tuhan sentiasa memberi saya petunjuk, malah saya tak putus-putus memanjatkan doa supaya Tuhan memberikan petunjuk dan menyelamatkan saya daripada kemelut ini. Alhamdullilah, biarpun saya perlu bertatih dari awal untuk memulakan kerjaya nyanyian sekali lagi, saya bahagia."

Farawahida akui, dia juga mempunyai cukup bukti untuk mengheret Julfekar ke muka pengadilan, malah sehingga kini, dia sudah membuat empat laporan polis berhubung ancaman, gangguan dan ugutan.

"Saya memang orang kampung tetapi tidaklah sebodoh yang disangkakan. Julfekar sering menganggap saya dan keluarga, orang kampung yang bodoh dan tidak tahu mengenai undang-undang. Apabila diugut, saya membuat laporan polis untuk mendapat perlindungan diri. Jika diikutkan, saya boleh mendakwa dan mengheretnya ke mahkamah, tahun lalu. Keluarga saya juga membuat laporan polis kerana kerap diganggu dan diugut dalam SMS.

“Cacian, makian menjadi mainan mulutnya tetapi tidak buat keluarga saya. Saya juga kenal manusia bernama Julfekar, dia sanggup bersumpah atas nama Allah, asal dapat menyelamatkan dirinya," katanya yang tidak teragak-agak mengheret komposer itu ke muka pengadilan jika keadaan memaksa.

Kontrak tamat Februari lalu

Berhubung kontrak dengan syarikat Millennium Art Sdn Bhd milik Julfekar, Farawahida berkata, kontrak selama lima tahun sudah tamat pada Februari lalu. Bagaimanapun, dirinya tidak menerima sebarang notis pemberitahuan untuk melanjutkan kontrak selama setahun lagi.

"Selepas tiga bulan menunggu salinan kontrak, akhirnya Julfekar menyerahkan salinan kontrak berkenaan melalui wakilnya. Selepas meneliti dan berbincang dengan peguam, kami mendapati kontrak itu sudah tamat pada Februari lalu. Mengikut undang-undang, jika ingin meneruskan `pilihan' selama setahun lagi memandangkan kontraknya lima campur satu, pihak syarikat perlu memberi notis pemberitahuan sebelum kontrak tamat, sedangkan saya tidak menerimanya sehingga saya menghantar notis pemberhentian.

"Memandangkan saya tidak menerima notis pemberitahuan, jadi saya menganggap saya tidak lagi bernaung di bawah syarikat berkenaan. Saya nak tamatkan segala-gala kekusutan, saya nak tegaskan saya bukan lagi artis Millennium Art Sdn Bhd. Dulu saya tak berani bersuara disebabkan saya tidak tahu status dan kedudukan saya. Bagaimana saya nak berperang jika tiada senjata, begitu juga dengan keadaan saya ketika itu.

“Selepas mendapatkan nasihat peguam, saya rasa saya tak perlu takut lagi. Saya nak buka lembaran baru dalam hidup. Bagaimanapun, jika Julfekar tidak berpuas hati, dia boleh berbincang dengan peguam saya," katanya mengakui kini sedang menjalinkan hubungan intim dengan seorang pakar perubatan.

Info Farawahida

Nama: Farawahida Razali

Umur: 24 tahun

Tarikh Lahir: 19 Mac 1985

Tempat Lahir: Taiping, Perak

Zodiak: Pisces

Pencapaian: Artis Baru Wanita Popular - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 & Juara Etnik Kreatif AJL23 menerusi lagu Persoalan Cinta

Album: Farawahida, Tanpamu, Semuanya Ada Di Sini & Farawahida 2009



Solekan & Dandanan: Zul Bastari (018-272 1711) & Azie (017-534 5073)

Busana tajaan Crystal J Fashion House, Kompleks Pertama, Kuala Lumpur (017-601 5016)

Lokasi: Peninsula Residence All Suite Hotel, Jalan Semantan, Bukit Damansara, Kuala Lumpur (603-2084 1515)

Website: www.peninsula-residencekl.com

Terima kasih kepada Penolong Pengurus Perhubungan Awam & Pemasaran, Zalifah Yasmin Ibrahim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2009 11:02 PM | Show all posts
dua2 ambil kesempatan
sorang nk jadi terkenal
sorang nak perguna
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2009 02:16 AM | Show all posts
mcm hollywood plak artis kite
sanggup gadai body asal kuar album
:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2009 02:23 AM | Show all posts
dua2 ambil kesempatan
sorang nk jadi terkenal
sorang nak perguna
di@n Post at 5-7-2009 23:02

ni yg i cube nk komen... betull tuu 100% betull
dlu mae memula nk jd artis sanggup hadap ape saje.. da agak bole indi sket mule lah berkeras.. harusla jantan pun "keras" huhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2009 07:34 AM | Show all posts
aku rasa kita tak patut assume bkan2.. kita pun tak tau citer sebenar...
biar la hal ni dibawa ke mahkamah dulu n kita nilai sendirik....

hmm pas baca artikel farah semalam ka bipop, aku kesian pun ada gak kat dia.. semua pasal kontrak 5 tahun tu.. nak blah, takot kena saman.. dah abis kontrak, ada peluang larik, larik je...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2009 07:53 AM | Show all posts
seriau gak aku baca pasal julpekar ni....
kalo ler jantan mcm ni nk jd laki, adeihh..makan hati berulam jantung ler jwbnyer...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2009 07:57 AM | Show all posts
au pikir, masa tu fw ni muda lg..
ikut jerk la apa kata julpekar ni...
la ni, dh besar panjang, toak pun dh membesar sket, baru le rpikir mana baik mana buruk...hehe
kalo betul julpekar sudah menusuk pisang votaknyer ke dlm kupang belaan fw, memang tk patut betul julpekar ni...
dia patut membimbing, bukan pikir kesedapan dia jerk....
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2009 09:15 AM | Show all posts
aku tengok muka julpekar ni pun macam samseng 1st class
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2009 09:42 AM | Show all posts
lantak korang la... dua2 aku tak minat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2009 09:46 AM | Show all posts
'Farawahida tak tahu kenang budi'
Oleh Muhd Izawan Baharin
[email protected]

KUALA LUMPUR: “Dia cakap tidak melupakan jasa saya kerana menaikkan namanya, tapi pada masa sama menabur pasir dalam periuk nasi saya dengan pelbagai tuduhan mengaibkan. Beginikah cara dia membalas budi?,” kata komposer terkenal, Julfekar.

Beliau mengulas pelbagai tuduhan penyanyi, Farawahida terhadapnya yang disiarkan akhbar, semalam.

Julfekar atau nama sebenarnya, Julfekar Ahmad, 45, berkata tuduhan Farawahida melalui Berita Minggu semalam hanyalah untuk mengalih perhatian daripada perkara pokok iaitu kegagalannya membayar ganti rugi kepada Millennium Art Sdn Bhd (MASB) selain menagih simpati masyarakat.

“Dia tuduh saya pukul dia... tidak benarkan dia solat... halau keluar dari rumah sewa... ajak dia berkahwin dan yang paling serius membuat laporan polis mendakwa saya mengugut mahu menyebar gambar serta video lucah.

“Semua tuduhan itu sebenarnya membuka pekung di dada sendiri serta memalukan keluarganya. Orang ramai boleh menilai sendiri, tidak mungkin saya memukulnya di khalayak ramai seperti didakwa.

“Dulu dia ada acara (persembahan) tiap-tiap minggu, ada tak sesiapa nampak dia menyanyi dalam keadaan lebam akibat dipukul?

“Dia dakwa saya tidak benarkan dia solat sedangkan Farawahida sebenarnya baru hendak kenal agama sejak beberapa bulan lalu dan atas sebab itu, saya hadiahkan dia dua helai telekung dan sejadah selain buku agama,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, dia sama sekali tidak pernah menghalang Farawahida atau nama sebenar, Farawahida Razali, 24, solat kerana dia sendiri mendidik empat anaknya supaya tidak meninggalkan solat lima waktu.

“Tuduhan itu seperti mencari publisiti murahan menggunakan agama, malah saya hendak tanya adakah dia lupa berapa banyak wang yang dibelanjakan MASB sepanjang lima tahun kontraknya sejak 2004.

“Farawahida langsung tidak pandai berterima kasih tapi saya ketika itu percayakan bakatnya sehingga sanggup mengeluarkan wang untuk pembikinan album walaupun jualan albumnya Tanpamu dan Semuanya Ada Di Sini kurang memberangsangkan,” katanya.

Mengenai laporan polis terhadapnya, Julfekar berkata, dia sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk membantu siasatan.

“Saya pun hendak tahu video lucah siapa dengan siapa kerana dalam kenyataan Farawahida hari ini (semalam), dia menyatakan kononnya saya yang terhegeh-hegeh cintakan dia, tetapi dia sebaliknya membuat laporan polis mendakwa saya ugut mahu sebarkan video lucah,” katanya.

Julfekar berkata, dia akan meneruskan saman sivilnya terhadap Farawahida bagi menuntut ganti rugi sebanyak RM431,000 pada minggu ini tetapi masih menimbang sama ada mahu membuat laporan polis bagi membela diri atau tidak, bergantung kepada nasihat peguam.

Kemelut antara mereka bermula apabila Julfekar yang juga pemilik MASB mendakwa Farawahida yang masih mempunyai setahun kontrak pilihan gagal menyempurnakan perjanjian yang ditandatangani apabila menyepikan diri sejak Februari lalu.

Farawahida dikatakan pernah dua kali menghantar surat untuk keluar daripada pengurusan MASB pada Februari dan awal Jun lalu, namun permintaan penyanyi itu tidak dapat dilaksanakan berikutan kuasa untuk menamatkan kontrak pilihan adalah milik MASB dan bukan Farawahida.

Keadaan bagaimanapun bertambah serius apabila Farawahida membuat tiga laporan polis dengan terbaru pada 1 Julai lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, mendakwa Julfekar mengugut mahu mengedar gambar dan video lucahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2009 09:53 AM | Show all posts
apela yg sebenarnye berlaku neh.. pas satu2 bukak citer busuk kt media...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2009 10:01 AM | Show all posts
dulu dgn azharina pun si jul ni buat hal kan
ameliaizlyn Post at 1-7-2009 12:39
,

kESIAN mamat ni ,artis2 wanita muda bawah dia semua nak "fitnahkan' dia.Kesian kesian..dah ler korang gelarkan dia SHREK le,Fantastic 4 ler...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2009 10:17 AM | Show all posts
...agree 2u 109#
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.322852 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list