CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Jangan Pandang Belakang Congkak

[Copy link]
Post time 10-6-2009 01:58 PM | Show all posts
dah g tgk minggu lepas best gak crite ni.. layan la..gelak2, bleh release tension... lakonan sam menjadi betul.   klakar siot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2009 03:46 AM | Show all posts
tgk isnin lepas.... mmg best gak... lucu tul.... tp ending x best sgt la... patutnya lisa tu adala adegan lawan2 sket ngan bomoh azli.... ni azli dok jampi2 je dah kalah.... x syok tul......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2009 08:12 AM | Show all posts
Kutipan JPBC dijangka 'meletup'
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
[email protected]

David Teo yakin filem arahan Ahmad Idham bakal catat sejarah baru

METROWEALTH Movies Production berkeyakinan filem Jangan Pandang Belakang Congkak (JPBC) akan mencatat sejarah baru dari segi kutipan filem Melayu di negara ini. Keyakinan itu bersandar pada kemampuan filem komedi seram arahan Ahmad Idham itu mengatasi pencapaian kutipan harian filem seram Jangan Pandang Belakang, dua tahun lalu.

Begitupun, penerbitnya, David Teo enggan mendedahkan jumlah kutipan filem lakonan Cat Farish, Shaheizy Sam, Lan Pet Pet dan Lisa Surihani itu kerana katanya, jumlah sebenar tidak penting.

"Apabila saya memaklumkan JPBC berjaya mengatasi pencapaian Jangan Pandang Belakang, dengan sendiri orang ramai sudah boleh mengagak berapa banyak filem itu mampu melakukannya," katanya ketika dihubungi Selasa lalu.

Pada minggu pertama tayangannya, Jangan Pandang Belakang berjaya mengumpul kira-kira RM2.7 juta dan apabila tayangannya di negara ini selesai, filem itu memungut sejumlah RM6.4 juta untuk muncul filem Melayu paling berjaya di pasaran. Dicampur jumlah kutipan hasil tayangan di luar negara, produser itu mampu tersenyum lebar dengan jumlah RM7.5 juta.

Katanya, dia amat berkeyakinan JPBC berupaya mencatat sejarah baru dalam kutipan filem Melayu sejak 1933, melihat kepada sambutan cukup hangat diberikan kepada judul berkenaan.

"Saya sebagai penerbit amat terkejut dengan kemampuan filem ini mencatat pungutan sebegitu baik. Jadi, saya minta maaf kepada peminat yang gagal memasuki panggung kerana saya dimaklumkan pihak pempamer, ramai penonton kecewa apabila tidak dapat menonton JPBC akibat kehabisan tiket.

"Pada hari biasa juga, sambutannya amat baik. Panggung pula tidak mencukupi kerana pihak pempamer menjangkakan filem besar seperti Terminator Salvation akan menarik lebih ramai penonton. Jadi mereka tidak menyediakan skrin tambahan untuk filem ini. Nampaknya, JPBC mampu mengalahkan filem Hollywood itu pada minggu kedua tayangannya," katanya.

David menjangkakan, sambutan yang baik akan berterusan untuk beberapa minggu lagi dan berdasarkan pola tontonan sehingga semalam, tidak mustahil JPBC tampil filem paling cemerlang kutipannya pada tahun ini.

Ketika ini, filem yang turut dijayakan Zarina Zainoordin, Dina, Mas Muharni, Azlee, Den Wahab dan Piee itu diputarkan di 58 pawagam di bawah payung Skim Wajib Tayang.

Ditanya apakah Metrowealth mungkin mengeluarkan filem susulannya berikutan sambutan hebat diterima JPBC saat ini, David tidak berasakan mereka perlu mengikut trend sebegitu.

"Menghasilkan filem sekuel JPBC bukanlah sesuatu yang wajib kepada kami ketika ini. Sebaliknya, lebih baik Metrowealth menghasilkan filem atau jenama baru pula untuk hiburan penonton," katanya.

Menyentuh filemnya yang dijangka menemui penonton dalam masa terdekat, David memberitahu, tiga lagi judul bakal menemui peminat di pawagam sebelum berakhirnya 2009. Tiga filem terbabit ialah Senario Episode II: Beach Boys arahan Ahmad Idham, diikuti Remp-It V3 (Farid Kamil) dan Remp-It Nan Sempit (Ahmad Idham). Semuanya dijangka ditayangkan selepas musim Aidilfitri nanti.

"Saat ini, kami giat menjalankan penggambaran filem seram terbaru berjudul Santau yang diarahkan Azahari Zain. Pada Julai pula, kami akan melancarkan sebuah lagi filem komedi, manakala sebuah drama berat lakonan bintang ternama akan mula dirakam pada Oktober," katanya.

Santau muncul filem ke-34 keluaran syarikat berkenaan dan sehingga kini 30 judul sudah ditayangkan kepada umum.

Pada 2010, David berazam menerbitkan 10 judul dan dia tidak berasakan wujudnya sebarang halangan untuk Metrowealth merealisasikan impian berkenaan. Tambahan pula, dia sendiri sudah mengenal pasti beberapa pengarah baru yang mampu diketengahkan syarikat itu dalam membantu membangunkan industri perfileman Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 08:49 AM | Show all posts
aku dah tgk semalam... aku gelak time mula2 je tgk si pie tu nak mati...
pastu aku dah tak gelak sangat,,,, naper eh?

aku tak leh blah la tgk si cat tu wat attitude hip hop sangat2... skit2 dah le cat oiii....
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 11:10 AM | Show all posts
aku da tgok rabu last week. best3.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 01:25 PM | Show all posts
not bad la citer ahmad idham kali nih.. bleh la rembat dvd nanti.. kelakar tp tadek la lawak splastik dah.. keep going ahmad idham..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2009 12:08 AM | Show all posts
....overall ...so so pada aku
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2009 11:56 AM | Show all posts
ok je..ari rabu ari ru aku tgk da..
kelaka laa citer nyer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2009 04:37 PM | Show all posts
pd yg udah tgk ... nih mcm citer scary movie ker? melawakkan scene2 tertentu drp citer sebenar?
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2009 06:46 PM | Show all posts
aku pon tgk ari tu ngan anak2 buah dll. Yang aku perasan, hampir sepanjang masa panggung tu riuh rendah ngan penonton ketawa...  agak nya masa aku pegi tu memang ramai yang suka ketawa kut

Pendapat aku, kalau untuk ringan2kan kepala otak, memang lega la. Part cat tu yg asyik yo ,,yo ,,yo tu nampak terover je. Cakap ngan orang tua kampung pun ber 'yo yo'.
Lagi atu yg aku ingat, semasa bomoh tu nak tangkap toyol tu nak masuk dlm botol, watak si wawa tu tak leh tahan ketawa. alahai ....

Aku suka filem ni sebab scene dia cantik. Memang terasa la suasana kampung tu dan secara tak langsung mempromosi negeri Perlis.:pompom:
Dendangan lagu atas batu tu pun memang kelas la. Ada tak sesaper yg ade klu ape nama lagu tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2009 01:49 PM | Show all posts
mcm mana nih
ada orang ajak tgk lagi

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2009 03:51 PM | Show all posts

Reply #112 Syd's post

Poie yo ....
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2009 09:41 PM | Show all posts
lawaks giler ler....sakit perut aku duk ketawa jerk..huhuh
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2009 06:22 PM | Show all posts
heran lakk....aku gelak time scene si kuman bomoh jawa ngan scene mazlan nyanyi masa dia nak jadi org minyak tu....yg lelain aku rasa cam susah nak gelakk.....rugi lak aku rasa RM9 aku tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2009 10:30 PM | Show all posts
dh tgk citer ni semlm... adoi.. sakit perut dibuatnya... terutama masa lan pt pet jadi org minyak nk

rogol mangsa... siap ada lagu selingan tu....

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2009 10:31 PM | Show all posts

Reply #111 stroberi_80's post

aku pun suka lagu tu... gabungan moden dan tradisional ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2009 10:34 PM | Show all posts

Reply #103 hainina's post

aku rasa ada sambungannya... kan ke malas last tu mata si azli jadi merah... aku  rasa roh si

lisa surihani dh masuk dlm badan si azli.... kan ke dia senyum jek masa tu....

ada la part 2 tu kot?????????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2009 09:55 AM | Show all posts

Reply #115 Diamondy's post

sbb tu aku rasa keciwa sangat
watak si bomoh kuman tu
ciputttt yang amat sangat

tak puas aku nengok dia
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 08:08 PM | Show all posts

ni filem melayu lain yang anaranya best untuk ditengok.....

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 05:38 PM | Show all posts
baru tgk ahad lepas.lawak gak,kre ok la wat release tension..
best ar trio cat,sam ngn lan pet2..mmg lawak diorg tu..tp part cat yg byk yo yo tu agak kureng sket,cam menyampah pon ada gak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Alice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datuk Seri Berstatus Suami Orang?
YgBenarAlice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datu
Views : 28451 Replies : 21
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 98915 Replies : 3912
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 72743 Replies : 784
Jumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?” –Wanita kiciwa Adik Hidap Kanser Tahap 4 ‘Disidai’ Berjam-Jam Di Hospital Sultanah Nur Zahirah
YgBenarJumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?”
Views : 33735 Replies : 63
Pelakon suara Doremon telah tiada
maklukpenggodaPelakon suara Doremon telah tiada
Views : 32806 Replies : 38
Maroon 5 in Kuala Lumpur
maklukpenggodaMaroon 5 in Kuala Lumpur
Views : 48500 Replies : 126
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 17398 Replies : 236
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 42460 Replies : 257
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 110996 Replies : 7259
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 75021 Replies : 706

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.069704 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list