|
Post Last Edit by B_ii_L at 7-9-2009 09:39
salam,
Baru je tukar SILVERSTONE SYNERGY 700 195/55/R15 RM160 sebiji.
kalau M5 RM140.
prada RM135 - org kedai tu kata tayar ni bunyi bising, tak tau la betol ke tak.
alt_gr Post at 23-4-2009 11:28 PM
Tempat Gombak Kedai Ah So, Silverstone M5 195/55/R15 ada mahal sikit la RM148.00, Tapi kalau Sime RM138.00 |
|
|
|
|
|
|
|
dpt info yokohama a drive r1 205/45/16 = rm230 area s.alam seksyen 24 |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by B_ii_L at 7-9-2009 09:39
Tempat Gombak Kedai Ah So, Silverstone M5 195/55/R15 ada mahal sikit la RM148.00, Tapi kalau Sime RM138.00
B_ii_L Post at 7-9-2009 09:38
Ah So tu tak jual tayar, skang concentrate niaga ci chiong fan dgn taufu fa |
|
|
|
|
|
|
|
Ah So tu tak jual tayar, skang concentrate niaga ci chiong fan dgn taufu fa
Fast-N-Furious Post at 7-9-2009 09:55 AM
cait apa da taufu fa, ko lapar ye fast. Aku tak tau nama kedai dia la bro:re: |
|
|
|
|
|
|
|
Kedai Falken kat Putra Height, Baru bukak...tak tau korang dapat ker tak... Hankook V8, 205/45/16, sejibik RM200 |
|
|
|
|
|
|
|
1# QAX
uncle baru je tukar 4 tyres
Michelin Primacy LC (tiada dlm list diatas)
225/55/16
Harga sebijik RM525 x 4 =2200
aligment/ in dan out balancing ( tak kasik gegarlah,smoothlah)
kedeback kedebuduk kena RM350 entah apa2lah cina ni
semua RM2550 terbang |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by hBk at 9-9-2009 01:39
ade update rege terbaru x?
tayar iswara rim 13 (175/70/R13) brape ek skrg?
|
|
|
|
|
|
|
|
14 (185/60/R14)....continental RM 145....camner ok tak?..ke mahal |
|
|
|
|
|
|
|
1# QAX
uncle baru je tukar 4 tyres
Michelin Primacy LC (tiada dlm list diatas)
225/55/16
Harga sebijik RM525 x 4 =2200
aligment/ in dan out balancing ( tak kasik gegarlah,smoothlah)
kede ...
cm_gagahperkasa Post at 8-9-2009 18:05
mak oi dasatnya harga tayar michelin, bunga bley tahan 10 tahun ke |
|
|
|
|
|
|
|
1# QAX
uncle baru je tukar 4 tyres
Michelin Primacy LC (tiada dlm list diatas)
225/55/16
Harga sebijik RM525 x 4 =2200
aligment/ in dan out balancing ( tak kasik gegarlah,smoothlah)
kede ...
cm_gagahperkasa Post at 8-9-2009 18:05
gilo aihh... mahalnya... mcm kena ketuk je... yg 195/55/15 baru 220... tapi saiz tuh... 225 gile besar!! kuat minum minyak neh! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mycos79 at 16-9-2009 08:45
cess..tunggu bonus raya tak dapek...wa angkut jugak ler 2 biji yokohama A1 185/60/14 rm160(sebiji)...semalam. yahoo...keter pong nak raya gak...hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
pasal tayar nih.. haku nak tanya vaive cap mana yg takleh ilang.... letak cun2 asyik bebudak curi jerk.... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku nanti karang nak gi tukau 2 bijik tayar belakang Dunlop Formula D 175/50/15... kedai quote 190 sebijik?
Ok tak rege nih? Aku rasa macam mahal jer... |
|
|
|
|
|
|
|
Portal tayar pertama Asia
Oleh ADHAM SHADAN
[email protected]
Portal tayar pertama dan terbesar di Asia itu menghimpunkan maklumat komprehensif tentang saiz, spesifikasi, harga bagi pelbagai jenama tayar dan pembeliannya.
PROSES membeli tayar kenderaan boleh menjadi rumit terutamanya jika anda mempunyai 'sifar' pengetahuan tentangnya. Dengan pelbagai lambakan jenama dan aneka spesifikasi di pasaran, anda kadangkala buntu yang manakah yang bersesuaian untuk model kereta anda.
Mungkin selama ini anda hanya tahu menekan pedal minyak, brek, mengemudi stereng dan serba sedikit ilmu menyelenggara kenderaan. Namun, bila tiba bab membeli tayar apabila ia rosak atau perlu diganti, anda menjadi bingung.
Kedai mana hendak dituju? Jenama apa dan spesifikasi bagaimana yang bersesuaian? Jenama apa lagi yang sesuai dengan model kereta saya dan lebih murah? Perlukah saya meninjau dari satu kedai ke satu kedai untuk melihat produknya dan harganya? Boleh percayakah harga yang diletakkan pekedai?
Itulah antara soalan yang mungkin bermain di minda anda jika berdepan dengan situasi ini.
Laman web
Dengan wujudnya laman web pembelian tayar www.tyrepac.com.my yang dilancarkan baru-baru ini, soalan-soalan itu mungkin terhapus. Dengan portal tayar itu anda mungkin boleh membuat penilaian dan keputusan sendiri tentang tayar yang hendak dibeli.
Portal tayar pertama dan terbesar di Asia itu menghimpunkan maklumat komprehensif tentang saiz, spesifikasi, harga bagi pelbagai jenama tayar dan pembeliannya. Ia berasaskan konsep online tyre hypermarket yang popular dan sangat berjaya di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.
PELBAGAI jenama tayar yang popular ditawarkan di portal Tyrepac.
Beribu pejabat di Singapura, portal Tyrepac didedikasikan buat pengguna-pengguna di Asia. Pada masa ini, ia beroperasi di Hong Kong, Korea, China dan Malaysia. Ia bakal memperluaskan operasinya ke Indonesia, Filipina, India, Jepun, Australia dan New Zealand pada masa akan datang.
Respons
Pelancarannya juga dianggap sebagai satu revolusi baru dalam pembelian tayar di Asia termasuk negara ini.
"Respons yang kami terima sejak ia mula dilancarkan di Singapura enam bulan lalu sangat fenomena. Kami telah tersenarai sebagai sepuluh laman jualan dalam talian paling banyak dilayari sebaris dengan laman dalam talian gergasi, Amazon. Ini menunjukkan potensi yang amat luas dalam industri peruncitan secara talian di Asia," kata Pengurus Besar Tyrepac Asia Tenggara, Tyrepac Pte. Ltd., Adrian Thio ketika pelancarannya di sebuah restoran di The Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Laman web baru itu bersifat seperti stor sehenti dalam talian yang komprehensif. Bayangkan tanpa perlu ke kedai atau ke bengkel kereta, anda boleh membuat perbandingan harga dan melihat gambar produk tayar hanya dengan duduk di atas kerusi anda. Terdapat sembilan jenama tayar kesemuanya iaitu Goodyear, Dunlop, Sime Tyres, Pirelli, Kumho, Continental, Yokohama, Cooperties dan Corsa.
Model kereta
Portal laman web itu juga bersifat intuitif dan mempunyai antara muka yang mudah dikendalikan. Ia membuatkan kerja mencari tayar yang bersesuaian dengan model kereta anda menjadi mudah.
Untuk memudahkan pencarian, pada laman utama web, anda perlu mengisi maklumat mengenai kenderaan anda menerusi senarai jenama kenderaan, modelnya dan tahun pembuatan yang tersedia. Terdapat kira-kira 30 jenama kenderaan kesemuanya termasuk kenderaan buatan tempatan seperti Produa dan Proton.
ADRIAN THIO (kanan) bersama Pengarah Urusan Tyrepac Malaysia, Jacob Chen (tengah) dan Pengarah Urusan Tyrepac Asia Tenggara, Lee Hwee Tiong pada majlis pelancaran Tyrepac di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Berdasarkan maklumat yang diberikan, ia secara automatik memberitahu saiz atau dimensi tayar kereta anda. Kemudian, ia menyenaraikan seleksi jenama atau model tayar yang bersesuaian dengan kenderaan anda. Ia begitu mudah!
Menawarkan pembelian secara dalam talian, pelanggan kemudiannya boleh melakukan pembelian secara terus di hujung jari.
PENGGUNA kini boleh membeli tayar secara talian.
Selepas pelanggan membuat pembelian, Tyrepac akan mengesahkan tempahan tersebut dengan pelanggan dan ia akan menghubungi pusat pemasangan tayar serta-merta. Terdapat hampir 70 pusat pemasangan tayar Tyrepac di seluruh negara.
Tarikh
Pelanggan kemudian memilih tarikh untuk tujuan pemasangan. Tarikh tersebut mestilah selepas dua hari membuat pembelian.
Tyrepac selepas itu akan mengesahkan penghantaran tayar sehari sebelum tarikh yang telah dipersetujui untuk pemasangan. Ia bagi memastikan tayar tersebut sudah ada apabila pelanggan tiba ke pusat pemasangan pada hari pemasangan.
Tyrepac turut menawarkan konsultasi bagi mereka yang memerlukan. Mereka boleh dihubungi menerusi telefon dan e-mel. Perunding-perunding Tyrepac turut dilatih untuk membantu pelanggan memilih tayar terbaik bersesuaian dengan keperluan, bajet dan gaya hidup pelanggan.
"Akan sentiasa ada permintaan bagi tayar. Ini kerana, setiap kereta sama ada yang lama atau baru akan tiba masa untuk menukar tayar. Kami juga melihat potensi yang hebat di Malaysia, memandangkan ia merupakan pasaran sedan terbesar di Asia," tambah Thio.
Menurut Thio, syarikat itu merancang untuk memiliki 150 pusat pemasangan di Malaysia pada hujung tahun ini dengan memperkasa khidmat pelanggannya.
Tyrepac kini boleh dilayari pada laman www.tyrepac.com.my. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi 03-7783 9309 atau e-mel ke [email protected]. |
|
|
|
|
|
|
|
115# mycos79
bagus gak laman nie ader semua jenis tayar dan reger....
so leh tengok harga pasaran  semasa tayar korang...hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
sapa nak beli tayar rujuk thread nie jer... |
|
|
|
|
|
|
|
btw, kalo blh bg current price, as for oct 2009.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|