CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: flameboy35

Pulau Tioman, Pahang

  [Copy link]
Post time 18-12-2006 04:27 PM | Show all posts
pendapat aku tetap mcm dulu .... kalau sukakan kedamaian tanpa hiruk pikuk, pantai nan indah ... cubalah satu chalet kat ABC tu ...... chalet dia yg paling hujung sblm naik bukit ker utk ke Marine PArk .... tapi kalau anda gemarkan suasana yg lebih happening, silalah ke salang .....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2006 05:15 PM | Show all posts
noorm ko bagi la no. tpon dia aku nak serve dulu mana yang ok dan murah
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 09:08 AM | Show all posts
Originally posted by fiktee at 18-12-2006 05:15 PM
noorm ko bagi la no. tpon dia aku nak serve dulu mana yang ok dan murah

nama chalet tu nazri place ... dia ada dua tempat... nazri place 1 & nazri place 2 ..... aku suggest nazri place 1 ...... no dia 09 4191329 ...... kalau tak silap aku rate dia dari RM50 to RM200... mengikut type .... budget chalet , family chalet & hotel room ...

nko jugak boleh refer kat www.nazrisplace.com

apapon elok confirmkan balik rate dia yek....

tq
-norm-
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 11:45 AM | Show all posts

Reply #99 bottombikini's post

tq bottom.. tokei salang indah pun ko ade kee? ko bagi jeee lah skali... aku nk sevey ni tokey yg peramah... aku dah call tokey yg satu lagi tu... mcm x user friendly betul... mcm x nak berniaga jee
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 11:47 AM | Show all posts
Originally posted by no0rm at 19-12-2006 09:08 AM

nama chalet tu nazri place ... dia ada dua tempat... nazri place 1 & nazri place 2 ..... aku suggest nazri place 1 ...... no dia 09 4191329 ...... kalau tak silap aku rate dia dari RM50 to RM ...


tq noorm.. very informative... :tq::tq::tq:
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 01:09 PM | Show all posts
Originally posted by fachai at 19-12-2006 11:45 AM
tq bottom.. tokei salang indah pun ko ade kee? ko bagi jeee lah skali... aku nk sevey ni tokey yg peramah... aku dah call tokey yg satu lagi tu... mcm x user friendly betul... mcm x nak berniaga jee


hah? yeke..tak tau lah pulak tapi masa pegi tu cam ok je
dedulu masa call pun dia nye bunyi cam irritating sikit tapi bile dah jumpa user frenly la pulak tak hengat-hengat..aku bagi ko tips utk tak sakit hati - agaknye dia tgh tensen kot sekarang kan musim tengkujuh so bisnes tak masyukk..hehe

fyi, masa aku gi tu tokei salang indah tu pun bukan mesra alam sangat pun.
aku tak tau la samada perasaan aku je ataupun aku je yg kena camtu
tapi sebab chalet dia murah gile..peduli apa aku

tapikan, to be honestlah..aku rasa industri pelancongan kat negara kita ni esp yg pulau2 kena tingkatkan lagi senyuman dan customer service tu
jangan tang mat saleh je nak layan first class mementang duit depa banyak
pat yg local lak layan gitu-gitu nak-taknak je.. aku sebagai warga malaysia yg nak tengok bangsa sendiri maju dalam industri ni rasa sedih banget dilayan cam kelas kedua. aku tau la aku ni bukan banyak sangat duit pun..gi jejalan kat pulau2 tu pun yg budget punye..amik chalet yg murah2 je. tujuan utama nak tgk kecantikan pulau2 yg ada kat mesia ni dan nak tengok tempat orang. cantik tu tak dpt nak dinafikan tapi customer service very the sad.
oleh itu, pendapat aku la..baik aku gi thailand/bali. diorang punye layanan mabeles..murah pun murah.  

pengalaman aku masa gi langkawi..tak mesra alam.baik makcik2 yg jual makanan hinggalah yg jual ubat gamat kat jetty. aku yg ingat2 nak amik ubat gamat sedozen terus tak jadi amik disebabkan layanan yg "first class" dari penjual tersebut..

sorry kalau ada yg terasa..itu hanyalah secebis pengalaman
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2006 01:45 PM | Show all posts
Originally posted by bottombikini at 19-12-2006 01:09 PM


hah? yeke..tak tau lah pulak tapi masa pegi tu cam ok je
dedulu masa call pun dia nye bunyi cam irritating sikit tapi bile dah jumpa user frenly la pulak tak hengat-hengat..aku bagi ko tips ut ...



hohoho... gitu kaa bottombikini... ade pulakdouble standard ekk.. Part ni mmg aku tak gemar lah.. coz we paid for the service.. bukan die bagi free... aku pun tak kaye maner if nk duduk hotel mahal -2 pun..
Tapi...  pd helmet aku ni laaa... ade baik nye pegi tempat yg baikkk layannan nya.. supaya mood bercuti tu x spoill....  :brgin:

p/s : teringat mase aku  hornymoon dolu-2.. bergaduh dgn apek jual sayur kt cameron... moral of the story.. apek jual sayur pun harus kene mesra alam... heheh
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 02:08 AM | Show all posts
anyone stayed dekata japamala before... boleh kasi info more ttg resort nie.. dlm bilik sea clift dia ada tv tak.. many thanx in advance..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2007 03:20 PM | Show all posts
nak tanya sikit kat kawan2.dari tekek nak ke marine park ada teksi tak.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2007 11:37 AM | Show all posts
teksi????...ade ker??
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2007 12:02 PM | Show all posts
saya baca story mory "flameboy35" dari berjaya pegi tekek ada van service byr rm10. Dari tekek "flameboy35" pergi marine park naik kaki. ada tak service van pergi marine park.

noorm....ada cite dari kpg abc nak pergi marine park jln kaki 3 minit saja. cuma nak tahu keadaan jln macam mana kena pajat bukit ke atau ada jln disediakan.bukan apa bawa budak kecik pjt bukit susah juga tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2007 02:22 PM | Show all posts
oh..dah naik balik thread ni ek

aku gi tioman last year feb 2006..now dah may 2007..sekejapnye masa berlalu..cam baru je lagi balik dari sana..

aku plan nak gi redang lak..tolong sesapa kasi tips kat thread redang pls pls pls
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2007 02:56 PM | Show all posts
seingat aku jalan dari tekek tu jalan dia ok je...lurus n kau lalu tepi laut..aku yg dari berjaya ni kena naik n turun bukit..coz berjaya ni atas bukit sikit..kat sana bnyk van n kau kena pandai tawar je la..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2007 03:34 PM | Show all posts
tq bro flameboy.


bro noorm?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2007 04:46 PM | Show all posts

Salam,

Amir dah baca keseluruhan postings members semua dan Amir sungguh berterima kasih pada yang melayari topik ini. Ucapan terima kasih juga dituju khas kepada Shahgti dan Flameboy kerana banyak info yang boleh dijadikan pertunjuk untuk ke sana. Members yang lain seperti Noorm,Bottombikini dan Embunn memperkemaskan lagi info membolehkan Amir merumuskan keputusan kearah mana nak dituju.

Amir bersama keluarga insyaAllah akan kesana minggu depan dengan kereta. Perkara yang telah dirumus ialah:-

1. Amir akan menginap di Salang Indah Resort.
2. Akan pergi ke Renggis Island (swimming and snor******)
3. Marine Park.
4. Nak pergi makan dekat Tekek.
5. Nak naik feri, tak mahu naik bot laju.
6. Akan ikut nasihat Shahgti dan Flameboy apa yang perlu dibawa seperti air mineral,lotion dan lain-lain.

Ada beberapa perkara yang Amir ingin tanya.

1. Feri servicenya sekali saje ke? Satu masa pergi dan sama masa balik maksudnya Mersing ke Tioman ke Mersing. Ini sangat penting kerana Amir nak adjust time ke Mersing.

Harap members boleh beri info.

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2007 05:12 PM | Show all posts
Kepada sesaper yg nak pergi tioman tu, aku advice lebih baik pergi ke salang rather than tekek...salang lebih relax dan choice of food lebih banyak di salang...tekek adalah pekan di pulau tioman...nothing much but tekek is not as beautiful as salang...

dibawah aku nak bagi a few tips sebelum nak bertolak ke tioman via mersing:

1. semasa nak beli tiket ferry, jangan tanya harga dekat penjaga kaunter, terus hulurkan RM25 ringgit dan terus ambil tiket, kalau kita memandai tanya harga, dier akan kenakan sebanyak RM35 sehala, itu adalah standard price utk ferry, kalau naik speed boat, harganya lebih daripada itu...penduduk di pulau tioman akan membeli tiket ferry dengan harga RM25 ringgit...kalau penjaga kaunter tanya awak orang tioman ke? jawab ya...

2. Kalau anda sudah sampai ke jeti mersing, berhati-hati dengan pengutip duit dari jabatan laut johor...dia akan mengutip duit sebanyak RM5 sebagai alasan utk menjaga marine park yg ada di tekek...try and not to pay this to the jabatan laut johor.

3. Pastikan anda membawa makanan seperti asam, oren dan makanan2 yg dapat mengelakkan dari mabuk laut. Bawa minyak angin cap kapak pun boleh.

4. Makanan di pulau tioman agak mahal harganya, cuba bawa makanan atau minuman dalam beg sebelum bergerak ke pulau, beli air kotak ke, air mineral ke, and a few junk food should be ok...

5. Cuba berbaik-baik dengan orang tempatan di pulau tioman, mereka dapat membantu anda mencari gerai2 yg menarik utk dinner, lunch and breakfast...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2007 05:30 PM | Show all posts
Originally posted by ifanonline at 24-5-2007 05:12 PM
Kepada sesaper yg nak pergi tioman tu, aku advice lebih baik pergi ke salang rather than tekek...salang lebih relax dan choice of food lebih banyak di salang...tekek adalah pekan di pulau tioman. ...


Salam ifanonline,

Aiseh man,hang punya tips sangat bagus lah,terima kasih infan. Amir nak tanya sikit,parking kereta di Mersing macam mana infan,ada tempat selamat ke?

Berapa kali infan feri dari Mersing ke Tioman dan masanya?

Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2007 09:54 PM | Show all posts

Reply #117 Amir's post

salam amir,

parking kereta ada di sekitar jeti, u cuba pilih parking kereta yg paling dekat dengan jeti, harga parking kereta selama 3 hari 2 malam sebanyak RM20 kebawah, u cuba tawar-menawar dengan penjaga parking kereta tersebut...maybe boleh dapat dlm RM15...

ferry paling awal dalam kul 11.30 pagi dan paling lambat adalah pada 5.30 ptg
dari segi jumlah trip ferry, i'm not sure about that..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2007 10:52 AM | Show all posts
Originally posted by ifanonline at 24-5-2007 09:54 PM
salam amir,

parking kereta ada di sekitar jeti, u cuba pilih parking kereta yg paling dekat dengan jeti, harga parking kereta selama 3 hari 2 malam sebanyak RM20 kebawah, u cuba tawar-menawar  ...



Salam kembali infan,

Terima kasih infan. Nak tanya lagi sekiranya infan boleh membantu atau members lain seperti shahgti dan flameboy jugak boleh membantu sebelum Amir merumuskan program perjalanan ke sana.

1. Pada musim cuti sekolah ini,bilakah masa terbaik dan sesuai ke sana iaitu weekdays ke weekends?

2. Apakah Salang Indah beach Resort menggunakan jeti tekek? Kalau ya,agak-agak berapa jauh dari jeti tekek itu dan berapa harga tambang kereta/van sapu untuk ke Salang Indah? ( Amir tahu di sana tidak ada kereta sewa dari apa yang Amir baca postings-postings members)

3. Untuk pergi swimming dan snor****** ke Palau Renggis,bayaran yang dikenakan mengikut kepala ke? Kalau ya,adakah bayaran itu termasuk alat-alat snor****** seperti mask,life jacket dan fin?

4. Diantara satu-satu beach itu,dekat-dekat ke dan boleh ke sana ke dengan berjalan kaki atau kena naik kenderaan?

Wassalam.


[ Last edited by  Amir at 25-5-2007 11:04 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2007 12:21 PM | Show all posts

Reply #119 Amir's post

Lebih baik amir pergi ke tioman pada weekdays if possible, depends on your preferences, samada suka orang ramai atau suka privacy...

salang mempunyai jeti nya sendiri dan ferry serta speedboat akan berlabuh di jeti-jeti dimana anda hendak pergi...kalau di salang, tidak ada pengangkutan darat dan kita perlu berjalan kaki ke tempat resort yg kita duduk...

berkenaan snorkel tu, bayaran mengikut package berkumpulan adalah lebih murah dari package individu, u can get this info at one of the counters beside the mersing jetty...

dari satu tempat ke satu tempat perlu menaiki speedboat if you're talking about going to other beaches in tioman island, kalau di salang sahaja, berjalan kaki pun boleh sampai...for instance you nak pergi tekek dari salang, memang kena naik speedboat utk ke sana...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.053240 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list