|
[Tempatan]
Ketuk pintu misteri dari Sabak Bernam ke Port Dickson (Polis panggil mangsa beri
[Copy link]
|
|
dengar jugak kisah ni... katanya memang ramai kena n takde evidences kata sekampung ni buat cerita...
|
|
|
|
|
|
|
|
Misteri Ketukan Terus Menghantui Sabak Bernam
Misteri bunyi ketukan pintu rumah terus menghantui penduduk di Sabak Bernam semalam.
Seorang suri rumah, Noraidayawati Mohd Tahar, 47, berkata, gangguan bunyi ketukan pintu didengarinya terlalu kuat di belakang rumah berhampirannya kira-kira jam 9 malam tadi.
Menurutnya, dia bersama suaminya, Rahim Amat, 53, dan tiga anaknya mendengar dengan jelas bunyi ketukan yang berterusan dianggarkan selama 10 minit.
"Kami sekeluarga seram hendak mengintai di tingkap, lebih-lebih lagi kejadian ini tular sejak kelmarin," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.
Noraidayawati berkata, dia pada mulanya menyangka hanya mereka sekeluarga yang mendengar bunyi misteri itu, sebelum jirannya menghantar WhatsApp memaklumkan perkara sama.
Kredit foto: Sinar Harian
"Jiran beritahu dia juga ada terdengar bunyi ketukan pintu rumah sangat kuat di rumah jiran dan bertanya dengan pemilik rumah terbabit tentang gangguan tersebut.
"Bagaimanapun, pemilik rumah memaklumkan dia tidak mendengar apa-apa bunyi pelik.
"Sehingga kini, kami masih hairan dengan punca misteri bunyi ketukan kuat tersebut," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Taman Air Manis, Zulkifli Ijoh berkata, pihaknya yang membuat pemantauan menerusi Rondaan Sukarela Cegah Jenayah (RSCJ) di taman itu mengakui menerima aduan terbabit.
Beliau berkata, seramai 10 anggotanya yang tiba di rumah terbabit mendapati bunyi gangguan itu sudah tidak kedengaran.
"Apabila ditanya penghuni rumah terbabit mereka mendakwa tidak mendengar apa-apa bunyi ketukan, sebaliknya hanya penduduk sekeliling yang mendakwa terdengar bunyi ketukan kuat itu.
"Sehingga kini kami telah menerima lima aduan penduduk berhubung gangguan bunyi misteri itu sejak kelmarin dan antara langkah yang telah diambil ialah dengan meningkatkan rondaan cegah jenayah pada setiap malam sehingga awal pagi," katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu 37 Darat, Muhammad Nazri Saiman berkata, tiada lagi aduan penduduk di kampung itu yang mengadu terdengar bunyi ketukan pintu tanpa salam.
Bagaimanapun katanya, pihaknya akan meneruskan rondaan malam berikutan masih terdapat beberapa kampung berhampiran masih diganggu bunyi misteri itu.
"Saya difahamkan bunyi gangguan di kampung lain masih ada, tetapi tidaklah seteruk semasa kejadian hari pertama dan kedua kelmarin," katanya. -CARI
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
'Dengar bunyi ketukan tapi tiada pelaku dalam CCTV'
MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR | | 22 November 2020
Perbualan kumpulan WhatsApp penduduk di Taman Yu berhubung gangguan bunyi misteri di taman itu malam tadi. - Foto 123RF
SABAK BERNAM - Jika malam sebelumnya kecoh bunyi ketukan pintu tanpa salam di Taman Air Manis, namun ketukan misteri itu 'berpindah' mengganggu penduduk di Taman Yu, Sungai Besar malam tadi.
Ketua Penerangan Pas Kawasan Sabak Bernam, Muhammad Labib Abd Jalil berkata, kejadian ketukan pintu hadapan jeriji besi rumahnya di Taman Yu berlaku kira-kira jam 12.10 pagi tadi.
Menurutnya, bunyi ketukan kuat selama kira-kira lima minit itu mengejutkannya daripada tidur dan terus melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
"Setelah meneliti rakaman CCTV, saya dapati tiada sesiapa pun yang kelihatan mengetuk pintu jeriji besi terbabit," katanya kepada Sinar Harian.
Muhammad Labib berkata, bunyi ketukan pada jeriji besi rumah dua tingkat itu terlalu kuat hingga terdengar di tingkat atas bilik tidurnya.
"Saya terjaga daripada tidur sebab bunyi bising sebelum lama kelamaan terdengar sayup dan hilang daripada pendengaran," katanya.
Muhammad Labib berkata, beliau yang ingin kembali tidur kemudian sempat membaca aplikasi kumpulan WhatsApp taman itu yang memaklumkan terdapat kira-kira tujuh penghuni taman itu mengalami gangguan sama.
"Peliknya, penghuni memaklumkan, gangguan ini tidak didengari wanita sebaliknya hanya lelaki yang mendengar bunyi ketukan ini," katanya.
Dalam pada itu, Muhammad Labib berkata, semua sedia maklum bahawa ada makhluk ALLAH yang dijadikan ghaib seperti jin dan malaikat yang tidak dapat dilihat pada mata kasar.
"Saya tidaklah percaya pada hantu kerana ia tidak wujud. Saya tak pasti... cuma ini mungkin hanya permainan jin barangkali hendak bergurau dan sebagainya.
"Pandangan saya, sebagai orang Islam beriman, kita tidak perlu takut kerana jin ini makhluknya halus yang kita tidak nampak.
"Kalau setakat dia (makhluk halus) hendak ganggu masuk ke dalam rumah atau ke mana-mana dia boleh ganggu tetapi ini mungkin sekadar bergurau sahaja," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, sehingga kini pihaknya tidak menerima laporan polis berhubung kejadian ketukan pintu di rumah penduduk.
Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan meningkatkan rondaan di beberapa kawasan kampung yang tular berhubung gangguan bunyi ketukan pintu terbabit.
"Polis menasihatkan orang awam yang ternampak individu atau pihak mencurigakan segera hubungi polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... a-pelaku-dalam-CCTV
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jin dan syaitan pun gila glemer. Makin banyak berita keluar, makin jauh dia jalan2 pergi ketuk. |
|
|
|
|
|
|
|
seramai2 yg kena ketuk ni, xde sorg ke yg ada cctv.
ke gi ketuk rumah yg takde cctv jurrr?
kau bosan sgt ke hantu? |
|
|
|
|
|
|
|
Kul 9.. umur dah kertu pun masih takut nak intai.bukan kita suruh serbu punnn.
Mungkinkah teknik iklan agen CCTV,moga2 lepas ni order mencanak. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh rujuk post #103 uols
|
|
|
|
|
|
|
|
sekngucing replied at 22-11-2020 01:48 AM
rumah iols. memang 22 jam. pintu sentiasa buka... jd nak. ketuk camana hahaha
2 jam ko tutup pintu tu sebab nak berak kan bro?
|
|
|
|
|
|
|
|
Pasang ler cam. Murah je sekarang. Cucuk settle |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 22-11-2020 01:31 PM
2 jam ko tutup pintu tu sebab nak berak kan bro?
2 jam pg makan... tp pintu depan rumah ni jarang tutup... org sentiasa ada... |
|
|
|
|
|
|
|
ntah2 umah jiran yg berbunyi tu yg ketuk sndiri dari dlm sbb tu jiran2 sekeliling dengar pastu tuan rumah konon2 x dengar... |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 20-11-2020 07:13 PM
ketuk2 pintu tu nak jual kek kot, kemungkinan kaka @Kitty_catz nak habiskan stok kek mamasabariah ya ...
Hamboiii kaka dude, sempat menyelit pomot kek paus bff chuols iteww
|
|
|
|
|
|
|
|
sekngucing replied at 22-11-2020 01:38 AM
1996-1997 lah....
Haaaa ada pun yg ingat.. tengsss chuolsss |
|
|
|
|
|
|
|
Nahnukutu replied at 22-11-2020 12:53 PM
'Dengar bunyi ketukan tapi tiada pelaku dalam CCTV'
MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR | | 22 November 2020
...
"Peliknya, penghuni memaklumkan, gangguan ini tidak didengari wanita sebaliknya hanya lelaki yang mendengar bunyi ketukan ini," katanya.
Ok, rasa selamat sikit huhu
|
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 22-11-2020 06:12 PM
Haaaa ada pun yg ingat.. tengsss chuolsss
hantukum kum dah lama.. tp hantu purdah bawa kancil. merah tu late 90s...org jata hantu purdah tu= hantu kum kum
by the way iols ada alamat rumah yg ada pontianak menetap secara live didalamnya.. lokasi dia di klang.. uols nak tak.. rumah tu takda org pun |
|
|
|
|
|
|
|
nefnefnef replied at 22-11-2020 06:14 PM
"Peliknya, penghuni memaklumkan, gangguan ini tidak didengari wanita sebaliknya hanya lelaki yang ...
hantu semua oerempuan.. mana ada hantu lelaki |
|
|
|
|
|
|
|
Baik takut covid lagi dari takut hantu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ala bosan la tu. mat pet main ketuk2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|