saya seorang khunsa hidup sebagai lelaki sebelum ini tapi cenderung menjadi perempuan skrg. apa yang perlu saya lakukan. saya ingin menjadi perempuan sejati dan berkahwin. mudah ke proses undang-undang untuk semua pertukaran ini? apakh proses pertama hingga terakhir yang perlu saya lakukan.
saya takut melakukan maksiat jiwa saya betul2 terseksa dan telah mencuba untuk membunuh diri sebbelum ini. tolong lah saya encik.
Jawapan : Abul Harith : Wassalam Sdr. Hussaini, terima kasih atas soalan.
Saya menghargai kesudian Sdr. berkongsi kisah dan dilema Sdr.
Berkenaan hal Sdr., walaupun Sdr. seorang khunsa buat masa ini, ia bukanlah boleh dipilih sesuka hati sama ada Sdr. mahu menjadi perempuan atau lelaki selepas ini. ALLAH telah pun menciptakan hambanya mengikut jantina tersendiri. Cuma mungkin perkembangan peringkat janin sewaktu dalam kandungan menyebabkan Sdr. mempunyai dua alat kelamin.
Proses yang Sdr. perlu lalui seharusnya tidak sesukar mana jika semuanya berjalan lancar.
1. Sdr. perlu berjumpa doktor pakar dalam hal ini samada pakar O&G, androgogi (sakit tuan) atau (sakit puan) untuk menentukan jantina sebenar Sdr. Alat kelamin akan diperiksa untuk menentukan yang mana lebih berfungsi. Kemungkinan ujian hormon & genetik akan dilakukan juga.
2. Setelah mendapat pengesahan jantina dari doktor yang bertauliah, rawatannya bergantung kepada kesediaan Sdr. samada mahu pembedahan atau tidak. Terapi hormon juga akan diberi supaya Sdr. betul-betul menjadi lelaki atau perempuan seperti yang disahkan doktor.
3. Doktor akan mengeluarkan surat pengesahan jantina Sdr. dan Sdr. boleh menukar nama (jika perlu) di Pejabat Pendaftaran.
Prosedurnya adalah semudah yang disebutkan. Namun, diingatkan bahawa prosesnya mungkin lama jika terdapat karenah birokrasi dan sebagainya. Diharapkan Sdr. bersabar jika ia berlaku.
Saya mengharap Sdr. Hussaini tidak mudah putus asa, anggaplah ianya ujian TUHAN untuk menguji keimanan hamba-NYA. Jika Sdr. tabah dan redha, insya-ALLAH, ALLAH akan membantu dan meluaskan rahmatnya ke atas Sdr. Perbuatan berputus asa dan mahu membunuh diri akan menjauhkan kita dari rahmat ALLAH, bahkan akan mendapat kemurkaan-NYA.