|
Empat Sekeluarga Maut Dalam Kebakaran Rumah Teres Di USJ 2
[Copy link]
|
|
takutnya rumah terbakar ni..nak nak lagi kalau rumah jenis yang ber grill..mana nak lari kecuali pintu utama..semoga kita semua selamat..RIP to mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
baca paper katanya berpunca dari piano ... dan mungkin ada litar pintas |
|
|
|
|
|
|
|
ajinomotonosuga replied at 6-2-2017 08:46 PM
Smoke alarm ade tak???
Esp pagi, tgh tido
Kat mana blh beli smoke detector?pakai bateri kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Melaka.
Sekarang jog kat hutan dara, dekat zoo lebah, best.........
|
|
|
|
|
|
|
|
Kebakaran pukul 5.30 pagi.
Mungkin isterinya yg mayat ditemui dlm bilik air,
pasang water heater. Mungkin ada shot, kut.
Apa pun, tunggulah hasil siasatan bomba.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jiran Pelihara Anjing Kesayangan Mangsa Kebakaran
PETALING JAYA: Dua ekor anjing peliharaan keluarga mendiang Lim Ah Kok yang terselamat daripada kebakaran kini dijaga oleh jiran mereka, Marissa Wong.
Dua ekor anjing itu adalah jenis Retriever Golden, berusia lapan tahun bernama Amber dan seekor lagi jenis Miniature Pinscher berusia empat tahun bernama Sugar.
Pernah menjaga anjing-anjing tersebut apabila pemiliknya pergi bercuti sebelum ini, Wong berkata beliau tahu di mana anjing-anjing itu ditempatkan di dalam rumah jirannya itu.
Wong berkata, ketika pasukan bomba tiba, beliau segera memberitahu mereka bahawa Amber berada di sekitar ruang tamu dan Sugar berada dekat dengan dapur.
Beliau berkata Amber berjaya diselamatkan tidak lama selepas itu kerana dia telah memanjat kerusi dan anggota bomba dapat mencapai dan mengangkatnya keluar.
Bagaimanapun, beliau berkata Sugar hanya dapat diselamatkan beberapa jam kemudian selepas anggota bomba dapat memecahkan jeriji rumah kira-kira pukul 10.40 pagi.
"Saya membantu anggota bomba membawa Sugar keluar dari rumah kerana kakinya terbakar teruk dan tidak sedarkan diri," katanya.
Wong, yang turut mempunyai dua anjingnya sendiri, berkata beliau telah membawa Amber dan Sugar berjumpa doktor haiwan dan akan menjaga kedua-duanya sehingga anak perempuan Lim datang mengambilnya.
"Doktor haiwan berkata keadaan Amber agak serius kerana paru-parunya terjejas teruk disebabkan asap dan Sugar banyak melecur, tetapi kini stabil.
"Kedua-duanya trauma dan menggigil ketika saya membawa mereka pulang.
"Doktor haiwan memberitahu saya sedikit masa diambil untuk mereka pulih seperti biasa," katanya.
Penduduk-penduduk di USJ 2 mengingati Ah Kok sebagai ahli yang aktif dan mengasihi keluarganya.
Pengerusi Persatuan Penduduk USJ 2 Syed Zain Syed Mohamed berkata Ah Kok merupakan salah seorang ahli yang paling aktif dalam Unit Rondaan Sukarela di kawasan tersebut dalam tempoh enam tahun yang lalu.
"Saya masih ingat beliau seorang yang sangat baik hati dan sentiasa mahu mengenali jiran-jirannya. Apabila kami memulakan sistem jagaan berpagar, dia membantu dengan pergi rumah ke rumah untuk mengumpul yuran dan melakukannya dengan senyuman.
"Beliau bagaimanapun memperlahankan aktivitinya sejak setahun lalu untuk memberi tumpuan kepada anak-anak," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
memang menakutkan....pasang grill tak boleh larik bila berlaku kebakaran....tak pasang grill takut rumah kena pecah masuk pulak....dilemma sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
tips yg baik, thanks..
rip..sedih baca berita nie..
kesian pd yg anak sulung yg sebatang kara
|
|
|
|
|
|
|
|
siannye kesian kesian kesian
|
|
|
|
|
|
|
|
berita camni nak wat aku carik fire extinguisher tuk setiap bilik..boleh?pastu pasang fire alarm..better than nothing |
|
|
|
|
|
|
|
Jiran jiran cina i di usj baik mengalahkan orang melayu. Kalau ada kematian depa dulu yg mai rmh...parking oun bertoleransi.. |
|
|
|
|
|
|
|
smg anak yg masih hidup tabah dgn ujian .
Kehilangan semua ahli family amat mencabar .
Takziah . |
|
|
|
|
|
|
|
Please amend the address in the article as the burnt house is at 111 Jalan 2/3 and NOT at Jalan USJ2/5A.
Your source Hmetro has already corrected its news after Bernama amended and sent clarification:
http://www.bernama.com/bernama/v8/ge/newsgeneral.php?id=1328065 |
|
|
|
|
|
|
| |
|