|
Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there
[Copy link]
|
|
Jie tak matikan TT? Kesian plk kt Zack... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 22-3-2015 02:27 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Zamzam2013 replied at 22-3-2015 02:10 PM
Jie tak matikan TT? Kesian plk kt Zack...
Akak rasa? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 22-3-2015 05:15 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 22-3-2015 06:38 PM
Bab 54
Beberapa bulan seterusnya..
Spring Break
Mirror Lake Hollow, Columbus, Ohio
United State of America.
Madah pujangga pernah mengatakan hujan batu dinegara sendiri , hujan emas dibumi orang. Baiklah lagi dinegara sendiri. Rasanya mungkin langsung tidak bersesuaian dengan malang yang menimpa dirinya ditanah air tercinta.
Kata kata itu pada pandanganya pula sudah ketinggalan zaman. Hal ini kerana , 'hujan batu' ditempat sendiri terlalu 'merejam' tubuh lantas kesakitan tidak dapat ditahan lagi. Luka yang tak mungkin akan sembuh sekalipun masa beredar pantas. Parut akan kekal meninggalkan kesan jauh dilubuk hati. Jalan terbaik adalah berhijrah ke tempat orang. Dan disinilah dirinya tercampak.
Kali ini tindakannya menyerupai pepatah lain pula. Madah yang sering dipertikaikan sebagai hadis palsu. Menuntut ilmu sehingga sampai ke negeri China. Tetapi pilihannya berbeza. Columbus ! Kerana disinilah tempat yang pernah mencatatkan satu peristiwa penting dalam hidupnya. Terpatri dihati selagi hayat dikandung badan.
Persekitaran asing namun kerana sudah terbiasa membuatkan segala kembali normal. Menjadi minoriti kadang menjadikan diri lebih berdaya saing dan kuat. Kekok sudah tiada berdampingan dengan komuniti walau berbeza bahasa, warna kulit dan bangsa.
Mungkin wujud diskriminasi tetapi kebanyakan yang dikenali sopan dan ramah tamah. Lantas diri tidak merasa tersisih.
Namun Malaysia tetap dihati meski beribu batu jauh ditinggalkan. |
|
|
|
|
|
|
|
di mana kah penamat sbnr??? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 22-3-2015 06:37 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
fazss replied at 22-3-2015 05:54 PM
di mana kah penamat sbnr???
Akan penamat sat saja lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Jie jadi org lain pulak ke tt? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 23-3-2015 09:22 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 21-5-2015 12:19 AM
Cont
Sengaja membazir masa duduk melepak disini. Iphone disisi menemani diri yang bersendirian. Laman instagram dibuka. Teringin untuk mengetahui perkembangan pelakon comel Malaysia yang diminatinya siapa lagi kalau bukan Nora Danish. Cute ! Gambar lain ditelek.
Mata terpaku pada komen komen yang pada fikirannya tak ubah seperti 'keyboard warrior'. Hanya berani menasihat di alam maya umpama ustaz atau ustazah jadian. Itulah fenomena yang melanda Malaysia sekarang.
Satu komen dari pengikut Nora Danish bernama samaran MC D menarik perhatian. Kak Nora memang cantik tapi kalau pakai tudung lagi cantik ! Hampir tergelak membaca komen itu. Tak tahu ikhlas menasihat atau sengaja menunjuk. Bersangka baik sajalah. Mungkin niat pengomen itu tulus menasihati sesama Islam.
"Hi Gorgeous ! Kind a pleasant surprise to see you here.. I am desperately looking for you since morning..." Lelaki bermata hijau dan berambut perang keemasan bernama Adam Matthew berasal dari Illinois mula mendekati. Sedari tadi jenuh mencari teman yang seorang ini untuk menemaninya ke parti malam nanti.
"Yes Handsome !" Senyuman terukir di bibir. " Is there anything you wanna ask for my help?" Pelik melihat teman kuliahnya ini sanggup mencari. Mungkin berkaitan assigment kot.. Fikirnya.
"I ... I thought of inviting you to be my date tonight. At Lawrence's place.. If you don't mind.." Wajah cantik dihadapannya ditenung. Mengharap.
Diam sejenak. " I'll think about it !" Jawapan selamat diberikan.
"Hmmm... I was thinking it would be perfect if you were there... Please Lisa..." Kalaulah permintaannya ditolak Adam akan malu besar. Lawrence mencabarnya supaya mengajak Lisa bersama. Pertaruhan yang melibatkan USD500. Tambah pula wanita dari Malaysia ini memang cantik. Kena dengan citarasanya.
Mula serba salah melihat Adam merayu. "May be ! I'll text you later.." Tiada jawapan spesifik diberi.
"May be I'll see you then... I'll pick you up Lisa ! At 10 pm ..." Spontan tubuh itu dipeluk erat. Satu ciuman diberikan ke dahi sebagai tanda terima kasih sebelum berlalu. Hanya terpaku tidak menduga tindakan Adam.
Perhatian kali ini tertumpu pada Ipad pula. Mencari maklumat terbaru berkenaan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Satu suara mengganggu konsentrasinya.
"Miss.. Could you please shed a light, by showing me the route to Kennedy Commons?" Loghat suara yang didengar bukan seperti penduduk tempatan Amerika lebih kepada satu suara yang tidak asing ditelinganya....
Damn it ! Kata kata itu bergema dalam hati. Mujur bola mata tidak terkeluar saat mencuri pandang wajah disebelah.Terkejut ! Pantas saja bangun dari bangku ingin pergi. Namun langkahnya terhalang. Lelaki itu lebih cepat bertindak.
"Where you think you are going? Stop right there , Najiha ! You lied to me ! You'd lied to everybody ! How could you do this to me!" Zack hampir saja 'mati' mempercayai cinta hatinya sudah pergi buat selamanya.
Ternyata kematian Jie adalah satu rancangan Dato' Hanafi dan Zulkarnain untuk memperdayakan Azim. Supaya Azim tidak memburu Jie lagi diwaktu akan datang seadainya Papa Azim berjaya membuatkan anaknya lepas dari tuduhan. Duit memungkinkan segalanya terjadi.
Padanlah tiada siapa dibenarkan mendekati jenazah atau membantu sewaktu pengebumian rupanya Jie masih hidup ! Bijak ! Idea yang tak pernah terfikir dek orang.
Dan, Jie berjaya melakonkan wataknya dengan baik sehingga bukan setakat Azim saja percaya Jie sudah mati, malah semua yang berada di Malaysia percaya Jie sudah tiada. Darah dan kecederaan itu tampak nyata. Tahniah juga kepada Doktor Iskandar Zulkarnain yang pintar menggunakan kepakarannya.
Paling Zack terkilan, tujuan utama Jie memalsukan kematiannya hanya semata mata kerana ingin memulakan hidup baru bersama Zulkarnain ! Sedangkan Jie sendiri pernah berjanji akan mengahwininya selepas diceraikan Rayyan. Hingga kini Zack tak lupa janji itu.
Mujur, Zulkarnain akhirnya berterus terang keadaan sebenar tentang kematian Jie dan mengharapkan Zack merahsiakan bahawa Jie masih hidup hingga tiba masa yang sesuai.
Segalanya tertulis didalam surat yang diberikan oleh Zulkarnain. Lelaki itu benar bila berkata Zack pasti akan berterima kasih setelah selesai membaca semua.
Memang Zack sangat terhutang budi kepada Zulkarnain. Malah, Zulkarnain rela melepaskan Jie yang dicintai dan bakal menikahi Zeeta atas dasar tanggungjawab.
Sudah lama Zack ingin menjejaki Jie namun kesibukan kerja dan menguruskan urusan perceraian dengan Zeeta membuatkan semua perancangan tertangguh.
Sebelum ke sini, Zack menebalkan muka bertemu Dato' Hanafi untuk meminta izin bertemu Jie dan melamar sebagai isterinya yang sah. Kali ini Zack tak mahu bertunda lagi.
Pada mulanya Dato' Hanafi menentang keras namun Zulkarnain berjaya memujuk dan meyakinkan bahawa Zack mencintai Jie sepenuh hati dan akan menjaga Jie sebaiknya.
Untuk itu, Zack diminta menandatangani perjanjian dan mematuhi syarat Dato' Hanafi. Perjanjian dibuat secara lisan dan bertulis disaksikan Zulkarnain dan peguam yang dilantik Dato' Hanafi.
Antara syaratnya Tengku Safiah dan Tan Sri Isa tidak dibenarkan mendekati Jie langsung ! Jika Jie bersetuju mengahwini Zack dan mereka ditakdirkan dikurniakan cahaya mata, anak mereka harus dipantau jika sesiapa saja dari kalangan keluarga Zack ingin mendekat. Itu adalah syarat utama yang wajib Zack patuhi.
Malah, mereka juga harus tinggal dikediaman yang disediakan oleh Dato' Hanafi. Nampaknya Daddy Jie memang melindungi anak bongsunya dengan bersungguh sungguh kali ini.
Demi cinta yang mendalam pada Jie , Zack hanya menurut saja. Tak mungkin melepaskan peluang untuk memiliki cinta pertamanya. Syarat Dato' Hanafi tidak menjadi halangan buatnya.
"I'm afraid you might getting a wrong person here, Sir ! My name is not Najiha ! Nur Lisa is my name .. You may have a look on my pass.." Id pelajarnya ditunjukkan. Masih cuba untuk berlakon. Tak pasti bagaimana Zack tahu dirinya masih hidup dan berada disini.
"Stop acting Najiha ! I know it was you.." Zack tahu dihadapannya memang Jie. Matanya belum buta.
Jie boleh mengubah gaya rambut perangnya kepada kerinting dan fringe dihadapan tetapi wajah itu tetap sama. Walau warna mata Jie yang hazel tampak kelabu. Itu boleh jadi Jie memakai kanta lekap berwarna ! Pasal kad pelajar yang ditunjukkan Zack tahu identiti boleh ditukar. Bukan susah.
Hanya saja gaya berpakaian yang berubah. Jie dilihat makin seksi dengan berseluar pendek mendedahkan betis yang gebu serta memakai baju tanpa lengan menampakkan bahu yang putih bersih. Mungkin terikut dengan gaya pakaian rakyat disini.
Namun itu tidak membuktikan dihadapannya bukan Najiha ! Zack sangat kenal Jie.
"I totally cannot get you, Sir !" Seboleh mungkin Jie cuba berlagak selamba. Riak muka seperti tidak mengenali Zack.
"Seems I have to rush now, hope you don't mind as I need to leave you alone.. I gotta go ! Nice meeting you ! " Berpaling untuk pergi.
Zack terpaku. Satu pendekatan drastik harus dilakukan. Memandangkan mereka berada di US, tindakannya pasti tidak akan dipertikaikan. Pantas tubuh itu ditarik. Satu idea gila datang.
"Stop it Zack !" Tubuh lelaki itu ditolak kasar. Mula menjarakkan diri. Cuak memikir jika Zack meneruskan hasratnya.
"See..." Zack senyum kemenangan. "Finally you say my name.. Jangan risau Najiha ! I takkan buat kerja gila macam tu.. I still respect you." Kelakar mengenangkan wajah pucat Jie bila Zack cuba mengacah untuk mencium bibir merah delima itu.
"Whatever !" Jie malas layan. Duduk semula dibangku. Kehadiran Zack tidak diendahkan. Sesi lakonan tamat.
"Zulkarnain yang bagitau I, you masih hidup.. Cuma I seorang saja yang tahu.. " Zack menerangkan tanpa dipinta. Mengambil tempat disebelah Jie.
"What?! Zulkarnain bagitau you ? Apa motif dia?" Dada Jie berdebar kencang. Sudahlah Zulkarnain menangguhkan perkahwinan mereka disaat akhir. Jie tak kisah kerana memikirkan barangkali lelaki itu sibuk dengan tugasan dihospital.
"May be sebab dia sedar I cintakan you.." Zack menjawab selamba.
Zack tahu Zulkarnain rasa bersalah atas segala yang terjadi diantara dirinya dan Zeeta dulu maka mengambil keputusan melepaskan Jie untuk menebus perasaan berdosa terhadap Zack.
"Wait !! You datang sini Zeeta tahu ke ?" Jie takut Zack terbawa bawa dengan kenangan cinta mereka dulu lalu mengabaikan isteri dan anaknya.
"I dan Zeeta dah bercerai !" Zack mahu Jie jelas dengan duduk cerita yang sebenar. " In fact Zulkarnain akan kahwin dengan Zeeta lepas habis Iddah.." Zack cuma mendoakan Zulkarnain dan Zeeta hidup bahagia berdua. Kasih sayang Zack pada Danish tidak luak walau sedikitpun.
" I tak faham.. " Jie pening. " Apa semua ini? Kenapa Zulkarnain tak cakap apa apa dekat I?!" Jie rasa tertipu. Jelas Zulkarnain yang beriya melamar dirinya takkan lelaki itu berubah hati sekelip mata ? Air mata menitik. Diri dipermainkan oleh lelaki tak guna !
" Baby please.. I still love you.. We belong together ! " Zack tersentak melihat airmata yang mengalir dipipi Jie. " I boleh explain dekat you.." Lancar saja Zack bercerita dari mula sehingga akhir.
Tentang Danish yang merupakan anak kepada Zulkarnain dan Zulkarnain rasa bertanggungjawab untuk mengambil Zeeta sebagai isteri sekaligus membesarkan Danish bersama.
" You dengan Zulkarnain memang lelaki tak guna !" Jie geram. " You guys ingat I dan Zeeta ini bola?! Tak ada harga diri?! Boleh di passing sana sini?! Ridiculous !" Kecewa dengan sikap Zack dan Zulkarnain.
Sesuka hati Zulkarnain 'menyerahkan' Jie kepada Zack dan Zack pula dengan senang hati 'melepaskan' Zeeta untuk dikahwini Zulkarnain.
"Bie.." Zack cuba memujuk. "Memang semua ini nampak berbelit. But trust me inilah jalan keluar terbaik !" Pilihan yang sukar namun Zack redha. Mungkin ada hikmah disebalik kekusutan ini.
Jie tetap tidak puas hati. " You dengan Zulkarnain ingat you all tengah main badminton ke sekarang ?! Servis bertukar tangan ?! Macam tu ?!" Hina terasa bila diri dianggap seperti barangan terbuang. " I takkan terima you Zack ! I nak jumpa Zulkarnain kenapa dia sanggup buat I macam ini.." Keputusan Jie muktamad. Baik Zack mau pun Zulkarnain harus diajar supaya menghormati wanita !
Zack terpana. " Tapi Bie... You dah janji dekat I you akan kahwin dengan I lepas Rayyan ceraikan you ! I tak lupa.. You tak boleh mungkir janji you !" Nampaknya Zack terpaksa menuntut janji yang pernah diucapkan Jie kalau itu mampu mengubah keputusan Jie.
Giliran Jie pula tersentak. Janji.. Baru teringat janji yang pernah dipersetujui suatu ketika dulu.
"Sejak bila you pandai gunakan strategi bodoh untuk dapatkan apa yang you nak ini?!" Jie menyoal sinis. "I nak you lupakan perjanjian kita.. It was a mistake.." Jie hanya bersetuju pada masa itu kerana dendam yang membara terhadap Tengku Safiah. Ingin mempergunakan Zack yang masih mencintainya.
Zack hanya tenang. Menoleh sekilas ke arah Jie. " Sekurang kurangnya I tak guna cara kotor untuk miliki you Najiha ! You tengok apa yang Ku Iz buat.. Dia perangkap you untuk jadikan you isteri dia.. Ugut I supaya tinggalkan you.. Next Ray.. Ray pula komplot dengan Zarith Sofea untuk buat Ku Iz ceraikan you supaya you jadi isteri dia.. Then Azim gunakan Juwita untuk pecah belahkan rumahtangga you.. I tak macam mereka yang sanggup buat apa saja untuk dapatkan you ! Semua ini takdir yang tertulis Bie.. I cuma rasa ini adalah peluang baik untuk kita hidup berdua.." Zack mengeluh. Reaksi yang diterima dari Jie tidak seperti yang diharapkan.
"I tak paksa you untuk berjanji , you yang setuju ! Salah ke I nak tuntut janji you dulu?" Zack menyambung kata katanya.
" I takkan berganjak ! Kali ini I takkan lepaskan you lagi ! I tahu you tak boleh lupakan I ! Kalau tak kenapa you berada dekat sini?" Zack pasti Jie masih ingat kenangan mereka dulu. Tempat mereka bertemu dan menyulam cinta. Mirror Lake menjadi saksi kisah cinta agung mereka.
Jie terdiam sejenak. "Itu tak mengubah hakikat you pernah tinggalkan I dulu !" Spontan terbayang saat indah berdua disini.
"And you sendiri cakap I bukan dijadikan dari tulang rusuk you untuk temani you seumur hidup you, I nak you anggap saja kita tak ada jodoh. " Jie tunduk.
Masih segar dalam ingatan Jie, Zack tega memutuskan hubungan mereka tanpa alasan yang kukuh. Hanya kerana takut ugutan Ku Iz ! Dirinya dibiarkan terkapai kapai.
"I mengaku I bodoh ! I tinggalkan you sebab takut Ku Iz cederakan you sedangkan I patut fight untuk bersama you.. My mistake baby !" Zack tidak mahu berbahas lagi. " I cakap you bukan dijadikan dari tulang rusuk I sebab I tahu I tak setanding Rayyan untuk miliki you." Zack sedar diri waktu itu. Jurang antara Rayyan dan dirinya sangat jauh. Walau akhirnya takdir menentukan mereka sebenarnya sedarah daging.
"Tapi deep inside I wish you will be mine forever !" Sememangnya itulah yang diharapkan sejak dulu. "Please Baby... kita ada peluang untuk betulkan kesalahan dulu. I tak nak hilang you lagi kali ini.. Be with me please.. I want you to be my wife.. I janji akan buat segala yang mampu untuk bahagiakan you.." Jari jemari itu digenggam erat.
"You akan menyesal hidup dengan I, Zack ! I mungkin tak boleh mengandung lagi lepas I keguguran hari itu. You carilah gadis lain.." Jie pantas saja menolak.
Mengerti dengan sikap Zack yang sukakan kanak kanak. Jie tak mahu Zack kecewa apabila mendapat tahu Jie bukan wanita yang sempurna lagi.
Zack masih lagi tenang. " I tak kisah Bie ! I cuma nak hidup dengan you ! Lagipun kita dah ada Tasha.. Anggap saja dia anak kita berdua.. Say yes Bie.." Masih tak putus asa merayu.
"I still tak boleh lupakan Ray .. I confused ! Sorry Zack ! Kadang I rasa I cintakan you jugak.. Entahlah.." Jie tak mahu menipu. Cinta terhadap Rayyan masih ada. Jie juga kadang terkenangkan Zack. Pening kepala !
Zack senyum. " Ray dah bahagia hidup dengan Safihah, Bie !" Akhirnya abang sulungnya memilih untuk meneruskan hidup disamping Safihah. Gadis manis bertudung itu.
Mama adalah insan paling gembira apabila mendapat tahu Rayyan sudah pulih dari cengkaman sihir Juwita dan melamar Safihah sebagai isteri. Zack tak pasti reaksi Rayyan jika tahu Jie masih hidup.
Cuma, sekurang kurangnya dengan pernikahan Rayyan dan Safihah, Mama dan Papa tidak terlalu sedih dengan perceraian Zack dan Zeeta yang agak mengejut.
Syukur, hubungan Khalid dan Viana juga semakin pulih dan perkahwinan mereka dapat selamatkan. Zack tahu Khalid juga terpaksa akur dengan syarat keras Dato' Hanafi.
Tubuh Jie dipeluk erat. "You pernah cintakan I sekali. Bagi I peluang untuk buat you jatuh cinta pada I kali kedua dan I pasti you akan lupakan Ray.." Mungkin ini kerja gila. Tapi Zack yakin mampu merebut semula hati Jie.
"Tapi Zack.." Jie masih ragu. " I pernah jadi kakak ipar you tiba tiba I jadi isteri you. Apa orang lain akan cakap?" Ini adalah salah satu sebab kenapa Jie lebih memilih Zulkarnain. Jie tak mahu dikaitkan dengan Rayyan lagi.
Zack tahu hal ini akan dipertikaikan. " Baby..." Wajah cantik itu diusap lembut. "Abaikan apa yang orang lain cakap... Dah takdir you jadi isteri abang I dulu. I tak kisah ! Ada apa lagi alasan you untuk tolak lamaran I?" Zack tahu Jie sekadar beralasan untuk menolak.
Bagilah sejuta alasan sekalipun Zack tetap tidak peduli !
Jie hilang akal untuk beralasan lagi. "Let me think about it !" Hanya itu saja terluah.
Mengharap agar Zack sudi memberi masa untuk berfikir. Jie tak mahu terburu buru membuat keputusan.
Lagi pula, Jie mahu mendengar sendiri penjelasan dari mulut Zulkarnain tentang hal Zeeta.
|
|
|
|
|
|
|
|
entryyyyyy pls.... |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun citer nie dah mcm sinetron indonesia...
tetap nak tunggu n3nya... |
|
|
|
|
|
|
|
Berbelit jln citer tetap nk tahu ending..
Klu wat drama mau nya beratus episod nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
zack & jie happy ever after lah?
i liiikee
|
|
|
|
|
|
|
|
macam Cinta Ibadah
sesuai skrip ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
tt bila nk nge update nye ni...waaaaaaaaaaaaaaaaaaa... |
|
|
|
|
|
|
|
mane sambungan nye tt....dh ber days2 dh tnggu..huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 28-3-2015 01:16 PM
Berjalan seiringan sambil berbual mesra. Mata bertentangan mata. Mengimbau kembali kenangan sewaktu menimba ilmu disini. Ada satu perasaan menusuk ke dalam hati Zack. Bahagia dan teruja berada disisi Jie. Tak sangka berpeluang menikmati keindahan cinta sekali lagi bersama wanita yang telah kian lama menghuni hatinya.
"Najiha..." Spontan tangan memaut erat pinggang Jie. "You ingat tak rutin kita kat tempat ini?" Masih segar diingatan Zack legenda yang menjadi bualan pelajar dan orang ramai. Tempat yang sedang mereka berdiri sekarang. The Long Walk berdekatan dengan bahagian tengah The Oval.
Mengikut legenda , pasangan kekasih yang berjalan berpimpin tangan dari The Long Walk melalui The Oval arah timur ke barat maka cinta mereka akan kekal selamanya.
Jie tak lupa ! Tetap ingat sewaktu berkasih dulu mereka sentiasa berjalan berpimpin tangan melalui sini. Menghabiskan masa berdua.
"Sebab tu la sampai sekarang I tak dapat lupakan you ! I dah terkena sumpahan 'legend' itu.." Zack bergurau.
Sesekali mencuri pandang ke arah Jie. Wajah wanita itu tampak biasa. Sukar untuk Zack menebak. Sedar hati Jie bukan sepenuhnya milik Zack seperti dulu menimbulkan resah.
"Banyaklah terkena sumpahan you !" Seboleh mungkin Jie tak mahu mengenang kisah silam. "Cintakan I tapi you kahwin juga dengan Zeeta ! Dasar lelaki ! " Kadang Jie tak faham dengan Zack. Hubungan mereka sudah lama berlalu. Jie berat untuk memulakan semula sesuatu yang sudah berakhir. Entahlah..
Mungkin kerana tak mahu ada kaitan Rayyan, Tengku Safiah dan juga Tan Sri Isa membuatkan Jie sukar menerima semula Zack dalam hidupnya.
Kalau saja Zack yatim piatu seperti dulu mungkin Jie tak keberatan untuk memberi peluang kedua pada Zack.
Sayangnya Zack anak kandung kepada Tengku Safiah dan Tan Sri Isa. Adik bongsu Rayyan dan Khalid. Mengahwini Zack seperti mengulang semula sejarah menjadi isteri Rayyan. Jie bosan berdepan masalah yang sama.
Zack tersentak. Tak sangka Jie akan berkata begitu. "Baby..." Jari jemari Jie digenggam erat. "You sendiri tahu sebab I kahwin dengan Zeeta. Kenapa you nak pertikaikan perkara yang dah lepas ni?" Bagi Zack perkahwinan dengan Zeeta adalah satu kesilapan. Sekarang adalah masa untuk perbetulkan semua. Berharap Jie sudi hidup bersama.
"Zack..." Jie tak mahu lelaki itu menaruh harapan lagi. "I rasa I tak boleh terima you... Ini tak adil untuk Zeeta.. Pernah tak you tanya Zeeta sama ada dia rela dengan penceraian ini? I pernah diceraikan, Zack ! I dah rasa sakitnya ! Takkan you sanggup hidup dengan I dalam masa yang sama lukakan hati Zeeta?"Jie simpati dengan Zeeta.
Salah Zack yang memberi harapan dengan mengahwini Zeeta dulu tetapi kini kerana kesilapan silam Zeeta, Zack tega menceraikannya. Tindakan yang kejam bagi Jie. Walaupun alasannya kerana Zulkarnain mahu bertanggungjawab dan membesarkan Danish bersama.
Zack makin tak faham. Jie seperti main tarik tali. Kecewa mula bertandang. Namun cepat cepat diusir jauh. "Adil ke untuk Zeeta kalau I teruskan perkahwinan kami tapi I tetap ingatkan you, Baby? Mungkin Zeeta akan terluka sekarang tapi I yakin Zulkarnain mampu mengubati luka dihati Zeeta dan membahagiakan Zeeta." Pada mulanya Zack sendiri rasa bersalah untuk menceraikan Zeeta. Simpati mendengar rayuan wanita itu. Akan tetapi Zack tak mahu terusan mengikat Zeeta dalam perkahwinan tanpa cinta. Zeeta layak dicintai oleh lelaki lain kerana Zack tak mampu mencintai Zeeta. Cinta Zack masih teguh buat Jie.
"Macam mana pula dengan Zulkarnain? You yakin Zulkarnain betul betul cintakan Zeeta? Macam mana kalau Zulkarnain pun macam you? Kahwin sebab terpaksa bertanggungjawab? You tak kesiankan Zeeta jadi mangsa ke?" Jie merenung ke dalam anak mata Zack. Walau tahu lelaki itu tetap mencintainya Jie serba salah untuk menerima. Tak mahu membina mahligai bahagia diatas kehancuran hati wanita lain.
Zack mengeluh luar sedarnya. Jie tampak seperti tidak sudi untuk menerima dirinya kembali. Pelbagai alasan dan hujah dibentang. Persis pertandingan debat. Malas bertikam lidah lagi.
"Baby.."Zack memaut erat tangan Jie. "Why not you bagi diri I and you sendiri peluang kedua?" Jie dilihat hanya diam. "Kita dekat Ohio sekarang. Forget about Zeeta or Zulkarnain. Just focus on us.." Zack tak mahu saat indah ini berlalu dengan pertikaian lagi.
"Shall we start fresh?"Zack inginkan Jie melupakan semua kepedihan dulu. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|