|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: BALANCE YOUR LIFE
[Copy link]
|
|
Kuih KASWI GEDIK
Resepi ambil dlm group ni juga..
Menjadi gedik & lembutnya.????
Resepi Kuih Kaswi Gedik
Bhn-
** 1 cwn gula merah
** 1/2 cwn gula putih
** 2 cwn air
** Sehelai daun pandan
(Masak sehingga mendidih dan sejukkan....)
** 2 cwn tpg gndm
**1/2 cwn tpg ubi
** 2 cwn air lg
** 2 sudu besar air kapur
** Sedikit garam
Cara-
Masukkan bahan diatas didlm bekas/ mangkok kemudian tuangkan air gula merah yg dh ditapis tadi.kalau nk warnanya hitam masukkan sedikit kicap pekat..kacau sebati..
Pastikan air kukusan tu dh mendidih..
Sapu loyang dgn sedikit minyak baru masukkan adunan tu..
Kukus selama 45 minit atau pun sejam..
Sejukkan dulu lepas tu boleh la potong dan digaul dgn kelapa parut yg dicampur sedikit garam....siappp ...
Foto&airtangan- Eniza M. Salim
Kredit resepi-Jamilah Jamilah |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa mintak resepi kek ari marek. Dibah tok bahan2nya. Sik banyak. Senang d carik juak. Mok details tangga video k. ????
Resepi kek lapis coklat cheese
400gram butter (pake pure butter nyaman agik)
450grm gula castor
4 biji telur ayam gred A
1 sudu kecil esen vanila
300 grm tepung gandum
80 grm serbuk koko ( saya guna van houten)
1. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang
2. Masukkan telur sebiji sebiji
4. Masukkan tepung bersama dgn serbuk koko
5. Dah sebati,bahagi kepada 7 bhgian dgn anggaran 208grm setiap lapisan
Bahan A.
750g cream cheese
170g gula castor
2 sudu kecil esen vanilla
2 biji telur
1. Pukul cream cheese, gula castor dan telur sehingga kembang dan putih gebu.
2. Bahagikan kepada 6 bhgian dgn anggaran 168grm setiap lapisan.
3. Ratakan adunan coklat terlebih dahulu selama 7 minit ataupun sehingga masak,bru tuang adunan cheese. Sehingga seterusnya.
4. Suhu 170 ataupun kurang mengikut oven masing2,api atas sahaja.
Resepi dan video: Noy Yullan.
*Jgn potong kek tok panas2 k. Surohnya sejok suhu bilit. Then msok dalam freezer. Dah sejok,keluarkan. Biar sekejap. Bruk d potong. Sak kacak lapisannya time motong. |
|
|
|
|
|
|
|
Resepi Kuih Goyang Simple rangup dan mudah!
Bahan-bahan Kuih Goyang Simple dan Rangup
500g tepung beras
1 cawan gula halus
2 biji telur
250ml santan kotak
Secubit kapur (cairkan)
1 sudu kecil garam
400ml air
minyak untuk menggoreng
Cara-Cara Memasak Kuih Goyang Simple dan Rangup :
1. Campur kesemua bahan ( kecuali air ). Dikacau rata.
2. Masuk kan air sedikit demi sedikit & kacau hingga sebati. Kemudian ditapis.
3. Panaskan minyak dgn api yg sederhana. Letak kan acuan kosong kedalam kuali & biarkan sehingga betul panas.
4. Celup acuan panas tadi kedalam adunan (pastikan acuan tidak tenggelam) hampir paras rata. Kemudian celup acuan kedalam kuali. Biarkan dalam 10 saat sebelum menggoyang acuan untuk keluarkan kuih.
5. Setelah kuih keluar, biarkan acuan didalam kuali & setelah beberapa saat kemudian ulang process mencelup & menggoyang.
6. Angkat kuih apabila agak kecoklatan & toskan. Biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan didalam bekas kedap udara
.
Kredit : empunya resepi |
|
|
|
|
|
|
|
Dumplings
Sy nk share 1 resepi dumpling yg sangat mudah dan cormfirm jadi ????????
Resepi saya ni mostly sukatan 'agak2' tp sy cuba define sebaik mungkin tuk specifickan lagi sukatan 'agak2' ni...haha
Resepi dumpling amatur ????
Kulit dumpling:
1 cawan tepung gandum (guna cawan sukat kek tau)
2 sudu besar tepung ubi ( xdak pun xpa)
1/2 cawan air ( buh sikit2 ya... sy guna air x smpai 1/2 cawan pun)_ ni pun pakai cawan sukat kek tu... ala.. yg cawan yg macam2 size n kaler tu... ????????
Cara2:
Campur semua bahan, uli selama 10 minit.
Rehat doh selama 2 jam , tutup doh dgn tuala lembab.
Selepas 2jam.. uli tepung dalam 5 minit lagi n rehatkan doh selama 30 minit lg
Kondisi doh kenyal2 dan x melekat kt tangan tau bila uli.
Resepi INTI dumplings
Isi ayam dicincang ( if sekor ayam, amik je bahagian dada tu semua)..nak mudah beli e minced chicken kt pasaraya
20 ekor isi udang ( terkurang pun x pa udang ni, terlebih lg sedap.. cincang halus)
2 3 urat daun bawang ( racik halus)
1/2 biji bawang holland (cincang)
Seulas bawang putih ( cincang)
Halia 2 hiris dan dicincang ( buh sikit je)
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap mnis/ kicap cair
1 sudu besar sos ikan/sos sotong
1 sudu besar serbuk perasa
1 sudu kecil lada hitam
Cara2:
Gaul semua. Siap!!
Cara membuat dumpling:
Canaikan doh kecil secara membulat, isi inti dan kelim ( kelim la sukati cm na pun)
Rebus dumpling sampai timbul dan biarkan dalam 2 3 minit masa merebus .
Angkat dan boleh dihidangkan..
Makan dgn sos thai ...
Kalau nk kukus pun bleh.. kukus dalam 15 minit.
Siap!!
Selamat mencuba!! |
|
|
|
|
|
|
|
RESEPI KEK SPAN VANILLA GEBU
BAHAN-BAHAN :
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
5 biji telur gred A
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar ovalatte
1/2 cawan air
1/2 cawan minyak jagung
1 sudu kecil ektrak vanilla
pewarna - mengikut anda suka
CARA MEMBUAT KEK :
1. Panaskan pengukus terlebih dahulu. sementara itu siapkan loyang dan lenserkan mentega pada loyang.
2. Masukkan tepung gandum, gula, telur, ovalatte, baking powder kedalam bekas adunan. kemudian putar hingga sebati tapi jangan sampai menjadi terlalu kembang. saya biasanya putar selama 5 minit.
Resepi Kek Span Vanilla
2. Sambil putar perlahan masukkan ekstrak vanilla bersama air dan pewarna kemudian putar lagi selama 5 minit hingga sebati.
3. Hentikan pemutar, kemudian masukkan minyak jagung dan gaul dengan menggunakan kaedah kaup balik menggunakan senduk hingga sebati.
4. Tuangkan adunan kedalam loyang yang sudah dilenserkan dengan mentega tadi. ingat kek ini akan sangat naik jadi tuangkan 3/4 loyang sahaja.
5. Akhir sekali, kukus selama 50 minit atau hingga masak menggunakan api sederhana, bila ingin tahu sudah masak anda boleh gunakan lidi dan cucuk bahagian tengah kek.
Kek ini sangat ringan dan tidak menggunakan tepung yang banyak ianya tidak sesuai untuk di kukus, memang seeloknya dibakar tapi tak ada salahnya apabila kita berkreativiti.
TIPS :
Semasa mengukus, jika naiknya terlalu tinggi boleh kurangkan api. Resepi kek span vanilla ini sangat lembut dan gebu, jadi tidak hairanlah bila kek ini banyak digemari oleh ramai orang.
Kredit : Empunya Resepi. |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki dikurung, ditekap seterika selepas didakwa hamilkan teman wanita
SEORANG lelaki bukan saja cedera akibat dipukul malah turut melecur akibat ditekap dengan seterika panas selepas mendakwa dikurung ahli keluarga teman wanitanya.
Situasi bertambah tegang apabila mangsa mendakwa dipukul dengan kepala tali pinggang dan ditumbuk di bahagian kepala oleh abang teman wanitanya selain turut diancam dengan pedang samurai.
Baca artikel lanjut di ruangan komen. |
|
|
|
|
|
|
|
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda Perak, Selangor dan Sabah, hingga tengah hari ini.
https://jom.sinar.la/2p9avkeb
????Sertai Telegram Sinar Harian. https://t.me/SinarHarianOfficial |
|
|
|
|
|
|
|
A businessman is being charged after he was suspected of smuggling 13 packets of subsidized cooking oil in a grocery store.
https://jom.sinar.la/yckrf9mm
????Join Daily Rays Telegram. https://t.me/SinarHarianOfficial |
|
|
|
|
|
|
|
"Success is when you find people copying you." |
|
|
|
|
|
|
|
"Never ignore the truth for temporary happiness." |
|
|
|
|
|
|
|
"If you want to be strong, learn to enjoy being alone." |
|
|
|
|
|
|
|
After this year, i actually want to give myself a big hug because I'm still standing.. |
|
|
|
|
|
|
|
“Sometimes you have to forget what you feel, and remember what you deserve.” |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|