|
UMRAH VII, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
bro hussain,
thanks..
syaza nampak menarik tapi dia naik qatar.. so most prob tansit kat doha..
cs.. wow.. boleh tahan mahal dia..
zahafiz x boleh le.. dia buat bulan ni je..
tiram x berapa clear le.. tapi murah.. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by HUSSAINTAHIR at 3-12-2009 09:11
bro kalau nak cari pakej menarik pilah MASUM
MATTA International Fair Selangor Umrah & Muslim Travel (MASUM)
kt Shah Alam Convention Centre
15-17 january 2010
last year dia bt bulan feb..i pergi ngan ayahjoe... |
|
|
|
|
|
|
|
bro hussain,
thanks..
syaza nampak menarik tapi dia naik qatar.. so most prob tansit kat doha..
cs.. wow.. boleh tahan mahal dia..
zahafiz x boleh le.. dia buat bulan ni je..
tiram x berapa cl ...
adikzarif Post at 3-12-2009 08:58
bro.. tak gi sekali ke?.. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh g masum ni.. rasanye x ada kelas masa ni.. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
boleh g masum ni.. rasanye x ada kelas masa ni.. hehe
adikzarif Post at 3-12-2009 16:00
Bro.. if you dont mind telling me..
Tengah ikuti proram apa sekarang ni..(selalu ada class masa weekend) |
|
|
|
|
|
|
|
Bro,
X pergi.. kena jaga rumah dia.. sbb tahun ni dia jaga anak.. kita kena le jaga rumah dia pulak.. bukan jauh pun.. seberang jalan je..
Program apa? buat MHRM je.. kat OUM.. |
|
|
|
|
|
|
|
1158#
mamaaisyah
W/Salam, mamaaisyah
Selamat berangkat semoga di permudahkan segala urusan dgn mendapat umrah yg mabrur, InsyaAllah.
Tempat2 yg makbul doa
1. Ketika mula2 melihat Ka'bah
2. Di dalam Ka'bah (di antara Hijir Ismail dan Ka'bah juga di kira kawasan dlm Ka'bah)
3. Di Multazzam (antara Hajar Aswad dan pintu Ka'bah)
4. Di Rukun Hajar Al Aswad
5. Di Hijir Ismail
6. Di Makam Nabi Ibrahim
8. Ketika Bertawaf
9. Di Telaga Zam-Zam
10. Di Bukit Safa dan Bukit Marwah
11. Ketika minum air Zam-Zam
Itu yang akak tau lah. Kalau salah tolong betulkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Ha sanabil ni la ada ofer utk cover visa n grounding dulu sy penah tsnya. Means Tickt pi blk sndri Cari. Dh ada air asia ke Dubai ni mayb can cut cost |
|
|
|
|
|
|
|
malam semalam jumpa satu grup pakcik2 kat kuang stasion
ada antaranya customer aku dia cakap dah byr tkt AA k jeddah
utk thn 2011 pd 2008 rm800/seorang x 11orang
pehtu ada yg kat andalusia dah klua offer umrah 2011 rm2800!! |
|
|
|
|
|
|
|
Ha sanabil ni la ada ofer utk cover visa n grounding dulu sy penah tsnya. Means Tickt pi blk sndri Cari. Dh ada air asia ke Dubai ni mayb can cut cost
sunsuria3 Post at 4-12-2009 00:33
silap tu kak AA ke abu dhabi. satu lagi offer nas air ke jeddah return serendah
sr525=rm480-500/pax. insyaallah flight kami jun nanti kl-auh-kl & auh-jed-auh
= rm770-rm800. harap2 visa & ground dapat tak lebih rm2000 so umrah kami
nanti + hotel 2 malam kat auh tak melebihi rm3000 |
|
|
|
|
|
|
|
malam semalam jumpa satu grup pakcik2 kat kuang stasion
ada antaranya customer aku dia cakap dah byr tkt AA k jeddah
utk thn 2011 pd 2008 rm800/seorang x 11orang
pehtu ada yg kat andal ...
farmasi Post at 4-12-2009 03:00
bro farmasi biaq betul
air asia tak keluar lagi tiket route tu..camner diorang boleh bayar tiket kul-jeddah..fuuh ganas nie
andalusia ada pakej 2011 2800..hehe naik air asia kot..heheh |
|
|
|
|
|
|
|
silap tu kak AA ke abu dhabi. satu lagi offer nas air ke jeddah return serendah
sr525=rm480-500/pax. insyaallah flight kami jun nanti kl-auh-kl & auh-jed-auh
= rm770-rm800. harap2 visa & groun ...
farmasi Post at 4-12-2009 03:38
bro planned nak buat macam you jgk utk ramadhan 2009
tapi sebab dengan kul-jed very soon..so cancel planned
nak ambik kul-jeddah terus
timing fligh tak bagus
kul-auh then auh-jeddah....ada 1 hour 45 min utk change flight
jed-auh then auh to jeddah ada 30 minit utk change flight
bukan apa takut air asia delay jer... |
|
|
|
|
|
|
|
Assalammualaikum semua...
Untuk renungan dipagi Jumaat.....
malan Solat Tahajud ( 2 rakaat ) Sedikit tetapi biarlah berterusan (Istiqamah )
SATU cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan bangun mengerjakan ibadat, khususnya sembahyang Tahajud atau sembahyang di tengah malam.Tetapi satu persoalan boleh ditimbulkan berhubung perkara ini ialah kenapa Allah meletakkan masa untuk sembahyang tahajud pada tengah malam ketika suasana sunyi, sejuk dan penuh keheningan.
Jawapannya kerana Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang makhluk yang mengaku bertuhankan Allah. Sesungguhnya, bukan satu perkara mudah untuk bangun daripada tidur nyenyak pada waktu dinihari ketika orang lain sedang dibuai mimpi. Juga bukan satu perkara mudah untuk berwuduk dalam suasana dingin malam yang mencengkam dan bukan mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata yang masih terkebil-kebil kepedihan.
Dengan kata lain, amalan bangun bertahajud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan. Keadaan tubuh yang letih dan lesu kerana sehari suntuk bekerja pada siang hari menyebabkan sesetengah orang yang tidur seperti mati. Ia amat susah untuk disedarkan walaupun puas dikejut.Matanya akan menjadi bertambah mengantuk dan tubuhnya akan menjadi bertambah penat apabila mereka tidur lewat malam kerana asyik menonton TV atau mereka melakukan kerja tambahan lain.
Keadaan sejuk dan suasana sunyi sepi di tengah malam juga menjadi faktor untuk membuatkan seseorang nyenyak tidur dan berasa keberatan untuk berhubungan dengan Allah di tengah malam. Iman yang kurang tebal akan membuat seseorang yang tidur nyenyak menarik selimutnya dengan lebih kemas lagi. Sesungguhnya ketika itu adalah masa paling nikmat untuk tidur. Namun, pada kesukaran inilah tersembunyi suatu rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui hamba-Nya.
Sekalipun sembahyang Tahajud sekadar sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi nilainya. Firman Allah s.w.t bermaksud:
"Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji."
(Surah Al-Israk: Ayat 79)
Ayat ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya sembahyang Tahajud. Ia peluang keemasan yang ditawarkan Allah kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Penciptanya. Sesungguhnya segala kesusahan dan kepayahan itu hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, namun bagi mereka yang biasa, ia menjadi suatu kenikmatan pula.
Bagi yang dapat menghayatinya, mereka akan berasa satu kerugian besar jika meninggalkan sembahyang Tahajud. Di waktu inilah - iaitu sepertiga malam, pintu langit akan terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya."
(Hadis Riwayat: Abu Daud)
Sesungguhnya untuk mendapat kasih sayang daripada Allah bukan sesuatu yang mudah. Allah mengasihi orang yang beriman dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan yang dilarang.Sembahyang Tahajud satu suruhan Allah dan oleh itu Allah menyayangi mereka yang mengerjakan sembahyang ini.Bagi manusia yang benar-benar yakin dan patuh kepada Allah tidak akan keberatan untuk bangun melakukan Tahajud di tengah malam.
Sebaliknya, orang yang lemah imannya akan berasa berat untuk menolak selimutnya walaupun berat selimutnya tidak sampai setengah kilogram.Sembahyang Tahajud sesungguhnya satu daripada sembahyang sunat yang mempunyai nilai dan kedudukan tinggi berbanding sembahyang sunat lain.Sembahyang Tahajud adalah amalan orang soleh yang sentiasa mahu mendekatkan diri kepada Allah.
Amalan sembahyang Tahajud bukan hanya diamalkan umat Nabi Muhammad malah umat nabi sebelumnya.Ini bererti perintah Tahajud bukan dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad sahaja. Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: "Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah
a. Jauh daripada segala penyakit
b. Lahir kesan takwa pada wajahnya
c. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia
d. Percakapannya mengandungi hikmat
e. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).
Sementara empat perkara di akhirat ialah:
a. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
b. Dipermudahkan hisab
c. Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat
d. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.
Walaupun manusia sedar ketinggian kedudukan sembahyang Tahajud, namun sedikit sekali manusia yang mengaku beragama Islam sanggup dan bersedia melakukan sembahyang ini. Bagi mereka, tidur lebih seronok dan lebih utama daripada bersembahyang.
Sesungguhnya, manusia akan berlumba-lumba untuk bersembahyang Tahajud sekiranya mereka dapat merasai betapa nikmatnya melakukan amalan itu.Keheningan dan kedinginan malam seolah-olah memberi kesempatan kepada seseorang untuk merapatkan lagi jurang hubungan antara makhluk dan Khalik.
Apa yang dibaca seseorang ketika bersembahyang itu seolah-olah didengar dan mendapat layanan daripada Allah Yang Maha Berkuasa. Orang yang khusyuk dalam sembahyang akan berasa hubungannya dengan Allah begitu hampir.Biasanya, permohonan seseorang untuk mendapat sesuatu itu cepat mendapat layanan apabila tidak ramai orang memohonnya.Oleh itu, mohonlah keampunan dan limpahan rahmat Allah ketika orang lain sedang tidur nyenyak.
Berhubunglah dengan Allah ketika peluang masih ada, umur masih muda dan pintu taubat masih terbuka. Insya-Allah kita akan mendapat limpahan rahmat dan nikmat daripada-Nya.Sebaik-baik permohonan dan masa untuk berhubung dengan Allah ialah pada waktu malam. Sebab itu, kurangkanlah tidur dan banyakkanlah bersembahyang di tengah malam.
Mungkin juga anda perlu melakukan sesuatu aktiviti sebelum anda masuk tidur.. 4 Perkara Sebelum Tidur (Tafsir Haqqi)
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra :-
"Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu : -
1.Sebelum khatam Al Qur’an
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah
Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah…. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an. Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami Semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu. Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
"Ya Allah...ringankan tubuh badan kami untuk bangun mengadap dan bermunajat padaMu di sepertiga malamMu
p/s : Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
|
HYPERLINK "http://feedproxy.google.com/~r/tazkirahs/~3/wRQsdVVPLT8/petua-murahkan-rezeki-dan-dijauhkan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=email
|
|
|
|
|
|
|
|
1170# farmasi
farmasi, u amik package dr mana?care to share?thanks |
|
|
|
|
|
|
|
tahun depan kan AA nak ke jeddah..dlm mid year gitu baru ni kuar paper dia orang tgh meeting dgn kerajaan arab saudi..
kalau dpt half way pi abu dhabi then sambung ke jeddah pun ok gak tu..
betul ke andalusia punya price tu? blh booking sekarang ni |
|
|
|
|
|
|
|
Rasulullah SAW, mengatakan :" Syurga merindukan empat orang:
Pertama, orang yang senantiasa membaca Al-Qur'an. Nampaknya wajar jikalau syurga merindukan ahli qur'an ini karena sejak didunia saja mereka sudah diservis oleh Allah dengan ketenangan bathin, kasih sayang-Nya, kecintaannya, kemuliaan dan selalu di ingat oleh-Nya.
Kedua, penjaga lidah. Memang lidah tak bertulang tapi ia lebih tajam dari sebilah pedang, dampaknya akan mengakibatkan peperangan antar suami isteri, antar kelompok, bahkan antar dua bangsa. Efek negatifnya akan membuat orang menjadi sengsara, akan melenyapkan pahala kebaikan yang kita buat seperti api memakan kayu bakar, akan membuat puasa jadi hampa dan sia-sia. Namun bila kita menjaganya, subhanallah… begitu banyak kenikmatan akan kita raih, dengan lisan kita berdakwah, dengan lisan kita bertilawah, dengan lisan kita berdo'a.
Ketiga, pemberi makan orang yang kelaparan. Sungguh, Allah Yang Maha berterimakasih (Syakuur) akan membalas sekecil apapun kebaikan kita kepada orang lain. Bila kita memberi minum kepada saudara kita yang kehausan maka Allah akan memberi kita minum pada hari kiamat nanti disaat orang-orang sedang dilanda dahaga, Bila kita memberi makan kepada saudara kita yang sedang kelaparan, niscaya Allah akan memberi kita makan di saat orang-orang kelaparan pada hari akhir nanti, Bila kita memberi pakaian kepada saudara kita didunia ini, niscaya Allah akan memberi kita pakaian yang indah disaat orang-orang telanjang pada hari perhitungan nanti, bila kita memudahkan urusan saudara kita yang sedang kesulitan dan dihimpit permasalahan, yakinlah bahwa Allah akan memudahkan urusan kita sejak didunia ini. Pertolongan Allah akan datang kepada seorang hamba manakala sang hamba menolong saudaranya.
Keempat, Orang-orang yang berpuasa di bulan ramadhan. Di bulan yang mulia yang penuh berkah, rahmat, ampunan ini Allah menjanjikan kepada kita akan pembebasan dari panasnya api neraka, pedihnya azab neraka dan kejamnya siksa neraka bila kita berpuasa, dan menghidupkan malamnya dengan shalat, qiro'at dan ibadah Sosial dengan hanya mengharap ridho Allah.
Bila empat amal ini kita lakukan, nampaknya wajarlah bila syurga merindukan kehadiran kita…Amien
Ustadz Ahmad Jameel
Pastikan kita jadi golongan orang – orang yang dirindukan syurga, InsyaAllah Semoga Allah memanjangkan umur kita dan memberikan kita kesehatan, kemudahan dan dapat memaksimalkan ibadah kita dalam setiap saat . Amin. |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih jellybee..
insyaallah kalau diizinkan Tuhan teringin betul berdoa ditempat yang mustajab..
skrang ni duk menghitung hari nak ke sana..
moga saya dapat melakukan ibadah umrah dgn sempurna..
doakan saya.. |
|
|
|
|
|
|
|
bro farmasi biaq betul
air asia tak keluar lagi tiket route tu..camner diorang boleh bayar tiket kul-jeddah..fuuh ganas nie
andalusia ada pakej 2011 2800..hehe naik air asia kot..heheh
HUSSAINTAHIR Post at 4-12-2009 08:21
tu la tekezut gak aku dengar tapi depa cakap sungguh2 & andalusia tu mmg dikatakan siap charter satu flight AA |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by farmasi at 4-12-2009 20:53
1170# farmasi
farmasi, u amik package dr mana?care to share?thanks
harizariel Post at 4-12-2009 11:16
lum ada package cuma yg dah terbeli tkt AAX ke abu dhabi tu yg berkira2 nak beli
tiket murah ke jeddah dgn nas air tapi pegi & balik kena tido 1 mlm kat abu dhabi
then nak cari ground handling muassasah dgn travel agent kat sini termasuk visa
kat abu dhabi bole la melawat mesjid zahir & beli belah skit |
|
|
|
|
|
|
|
1179# farmasi
try lah sanabil tu dia ada cover ground handling dan visa..saya penah call dulu..kalau lelaki dan tak ramai mayb blh tumpang tidur rumah husband kat abu dhabi...dia pun ada roomates gak 4 orang..tidur kat living room should be fine i think after all sehari je.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|