CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yipun78

BERITA AKHBAR MENGENAI ATM & PDRM

[Copy link]
Post time 11-8-2009 12:47 AM | Show all posts
1162# windof

hmmm... possible...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2009 01:39 AM | Show all posts
Nothing is secret in ATM bro, kalau google semua boleh dapat.
Pernah tengok movie Wira Angkasa? hehe... most of the scenes real place,real person, termasuk la yg tulis ni ,

  Alasan, untuk buat publisiti supaya ramai lagi yang berminat masuk tentera.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2009 09:48 AM | Show all posts
Cabaran Bukit Besi uji daya tahan

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
[email protected]


Kumpulan yang menyertai Cabaran Bukit Besi 2009 sedang melaksanakan disiplin kedua iaitu mendayung.


ACARA mendaki antara cabaran yang perlu dilalui oleh kumpulan yang menyertai Cabaran Bukit Besi 2009, baru-baru ini.


AHLI-ahli kumpulan memeriksa kelengkapan yang perlu dibawa bersama sebelum memulakan pertandingan.

SEHARI latihan mungkin tidak cukup untuk menggalas sepenuhnya empat disiplin yang dipertandingkan dalam Cabaran Bukit Besi 2009 sebagai pertandingan ala ketenteraan peringkat warga Pemerintahan Markas Medan Tentera Darat (TD).

Bagaimanapun, dalam setiap pertandingan yang diadakan oleh TD, ia sebenarnya untuk menyuntik kesedaran bahawa tugas dilakukan begitu murni dan tanggungjawabnya amat berat.

Ia sebagai latihan dari semasa ke semasa bagi memastikan warga TD khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya sentiasa bersedia demi memastikan keselamatan negara terjamin.

Sememangnya pengorbanan yang dilakukan oleh anggota dan pegawai ATM ketika melalui liku-liku kehidupan kerjaya mereka dalam bidang ketenteraan sangat besar demi mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Sehubungan itu, pertandingan seperti Cabaran Bukit Besi merupakan persediaan melengkapkan diri bagi memastikan anggota dan pegawai TD sentiasa bersedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Cabaran Bukit Besi mula diperkenalkan pada 2005 yang diilhamkan oleh Mantan Panglima Medan ke-14, Leftenan Jeneral (B) Datuk Masood Zainal Abidin.

Pertandingan ini berkonsepkan Kembaraduga dan diubahsuai agar menjadi lebih mencabar dan dramatik.

Objektif pertandingan ialah menguji daya perintah dan kawalan ketua kumpulan serta menanam gaya kepimpinan kepada semua anggota, meningkatkan daya ketahanan fizikal dan mental, toleransi serta keupayaan merancang daya saingan dan semangat juang.

Selain itu, pertandingan itu juga berperanan mengekalkan semangat setiakawan dan bekerjasama sebagai kumpulan kecil di kalangan pegawai dan anggota, meningkat serta mengekalkan kecergasan jasmani dan tahan lasak serta memupuk semangat kesukanan dan daya saing dalam pertandingan ala ketenteraan.

11 kumpulan

Pada tahun ini, sebanyak 11 kumpulan mengambil bahagian terdiri daripada Pasukan Trup Medan iaitu Pasukan Markas Medan TD, 31 Rejimen Artileri Diraja (RAD), 32 RAD, 33 RAD, 71 Rejimen Semboyan Diraja (RSD), 51 RAD dan Skuadron 4 Rejimen Askar Jurutera Diraja (4 Skn RAJD).

Sementara itu, pasukan jemputan pula terdiri daripada Batalion 1 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Institut Komunikasi dan Elektronik TD (Iked) iaitu pasukan yang berada di sekitar Kem Sungai Besi.

Keanggotaan untuk setiap pasukan adalah seorang pegawai, seorang Pegawai Tidak Tauliah (PTT) Kanan, dua Koperal dan Lans Koperal dan enam anggota terdiri daripada pelbagai pangkat (Pegawai, PTT Kanan, PTT Rendah) dan setiap anggota perlu membawa peralatan dan bekalan lengkap operasi.

Cabaran ini perlu dihabiskan dalam empat peringkat di mana peringkat pertama ialah pendakian bermula dari lapang sasar A, Kem Sungai Besi sehingga ke Puncak Bukit Besi kemudian turun dari puncak tersebut dan melalui bukit berhampiran Sri Kinabalu menuju ke Tasik Perwira berhampiran Kelab Golf Universiti Pertahanan Malaysia (KGUPNM).

Peringkat kedua pula ialah mendayung. Peserta perlu mendayung bot tempur di Tasik Perwira sejauh 1.5 kilometer bermula dari KGUPNM dan berakhir di Laman Tasik Perwira.

Peringkat ketiga berlari. Dalam peringkat ini peserta harus berlari sejauh dua kilometer menuju ke lapang sasar A, Kem Sungai Besi dan seterusnya menembak senjata kecil (Styer AUG 5.56 milimeter)

Peringkat keempat dan terakhir akan menguji ketepatan pegawai dan anggota melalui cabaran menembak pada jarak 100 dan 200 meter.

Bagi kesemua peringkat cabaran yang dijalankan, sistem pemarkahan terbahagi kepada enam iaitu, pemeriksaan awal peralatan, markah mendaki Bukit Besi, mendayung, berlari, menembak dan pemeriksaan akhir peralatan.

Sementara itu, Ketua Staf Am, Markas Medan TD, Brigedier Jeneral Datuk Shaharudin Abu Bakar ketika ditemui selepas merasmi dan menyampaikan hadiah kepada pemenang Cabaran Bukit Besi kali ini memberitahu, matlamat utama aktiviti untuk mewujudkan semangat setiakawan dan kerjasama yang kuat di kalangan anggota TD terutama yang berada di pemerintahan medan.

Menurutnya, cabaran ini telah dipertandingkan buat julang kalinya pada 29 Jun 2005 sempena Ulang Tahun Pemerintahan Markas Medan TD ke-24.

Katanya, pertandingan ini diteruskan bagi memenuhi aktiviti tahunan markas pemerintahan medan TD.

objektif pertandingan

"Antara objektif pertandingan adalah untuk menguji ketahanan serta memupuk semangat setiakawan di kalangan peserta.

"Di samping itu, ia juga dapat memupuk semangat kesukanan dan daya saing yang tinggi di kalangan warga trup medan TD serta warga Kem Sungai Besi," katanya ketika merasmikan Majlis Penutupan Cabaran Bukit Besi 2009 di Kem Sungai Besi baru-baru ini.

Shaharudin berkata, pertandingan ini mirip kepada sukan lasak dan kembaraduga yang mana memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang tinggi, komitmen dan disiplin diri yang baik merupakan tunjang utama setiap kumpulan bagi mengharungi empat disiplin utama pertandingan.

Beliau percaya dan yakin hanya kumpulan-kumpulan yang mempunyai semangat daya juang tinggi serta persiapan latihan yang mantap sahaja akan berjaya mengharungi dan menamatkan pertandingan ini.

"Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada kumpulan 71 RSD yang telah berjaya menjadi johan keseluruhan di dalam pertandingan ini.

"Kejayaan ini merupakan petunjuk utama komitmen pasukan berkenaan dalam memastikan kumpulan mereka terus unggul pada pertandingan akan datang," katanya.

Beliau berharap kemenangan yang dicapai akan menjadi perangsang dan semangat bagi kumpulan-kumpulan lain untuk memperoleh kemenangan pada pertandingan lain.

Menurutnya, kejayaan penganjuran Cabaran Bukit Besi kali ini tidak akan tercapai tanpa komitmen tinggi daripada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menentukan kelancaran pertandingan tanpa sebarang masalah.

"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kolonel Latih Markas Medan TD selaku Pengerusi Pertandingan, Kolonel Mahadi Abdul dan ahli-ahli jawatankuasanya yang telah menjayakan pertandingan ini." katanya.

Sementara itu, Pegawai Kenderaan RSD, Kapten Abdul Hanan Selamat yang merupakan Ketua Kumpulan Pasukan 71 RSD iaitu johan keseluruhan pertandingan berkata, beliau tidak menyangka berkat latihan selama tiga bulan berjaya mengangkat kumpulannya menjadi juara.

Menurutnya, sepanjang latihan aspek utama yang diberi penekanan ialah disiplin diri dan komitmen serta semangat setiakawan yang tinggi untuk mengharungi empat disiplin dipertandingkan.

"Dalam tempoh tiga bulan tersebut latihan yang kami lakukan adalah berkenaan empat disiplin yang dipertandingkan. Tetapi, kami memastikan setiap disiplin yang diharungi perlu melepasi tahap ditetapkan.

"Selain itu, kami juga melatih supaya mementingkan semangat setiakawan kerana pertandingan ini memerlukan kerjasama tinggi dan perlu ditamatkan secara bersama dalam satu kumpulan," katanya.

Abdul Hanan berkata, persediaan mental dan fizikal juga amat penting selain menjaga aspek kesihatan diri untuk mengekalkan tahap kecergasan.

Penyelia Semboyan RSD, Sarjan Levri Rubanjar pula berkata, persediaan awal dan rapi amat penting bagi memastikan setiap disiplin dipertandingkan dapat ditempuhi dengan jayanya.

Menurutnya, bukan senang untuk memupuk semangat kerjasama tinggi di kalangan ahli kumpulan tetapi berkat latihan selama tiga bulan mereka berjaya sehinggalah menjadi juara pada pertandingan kali ini.

"Selain semangat berkumpulan, setiap individu dalam kumpulan perlu memastikan diri sendiri sudah bersiap sedia sepenuhnya dari segi mental dan fizikal (kecergasan) kerana tanpa komitmen daripada setiap individu dalam kumpulan, kerjasama dan semangat setiakawan tidak akan dapat diwujudkan," katanya.

Menurutnya, terdapat tiga aspek penting yang perlu diberi penekanan oleh setiap kumpulan iaitu:

lKerjasama.

Kerjasama secara berkumpulan adalah amat penting bagi memastikan perjalanan setiap disiplin berjalan lancar.

lMasa.

Masa merujuk kepada tempoh yang ditetapkan untuk menamatkan setiap disiplin dipertandingkan.

Sekiranya tempoh masa ditetapkan tidak dapat dicapai adalah amat sukar untuk sesebuah kumpulan menjadi juara. Ia juga merupakan latihan kepada mewujudkan disiplin diri dan berpasukan yang tinggi.

lKetahanan mental dan fizikal.

Untuk mewujudkan kerjasama dan menepati masa ditetapkan, setiap individu dan kumpulan perlu mempunyai tahap ketahanan mental dan fizikal yang tinggi.

Ia merupakan persediaan awal untuk melengkapi diri dan kumpulan sebelum memulakan sesuatu pertandingan.

Dalam pada itu, Juru Radio RSD, Prebet Mohd. Zulkhairul Anuar Ibrahim berkata, pertandingan kali ini banyak mengajarnya menjadi lebih berdisiplin dan bertanggungjawab dalam setiap perkara dilakukan.

Menurutnya, sudah pasti setiap apa yang dilakukan walaupun dalam pertandingan perlu dengan sepenuh hati dan begitu juga dalam kehidupan seharian.

"Bagi saya apa yang penting dalam pertandingan seperti ini adalah sokongan antara satu sama lain dalam kumpulan.

"Dalam setiap kumpulan pasti akan ada ahli yang menghadapi masalah sepanjang pertandingan berlangsung.

Jika tiada sokongan diberikan oleh setiap ahli pasukan sudah tentu pertandingan sebegini tidak dapat ditamatkan dengan jayanya," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2009 09:48 AM | Show all posts
Pernah bertugas di hampir semua balai polis

Oleh MOHD. HAFIZ ABDUL MUTALIB


p. RAVI bersama seorang rakan ketika mengikuti Kursus Asas Inspektor di Tapah, Perak pada tahun 1996.

JAUH perjalanan, luas pemandangan dan bertambah pengalaman. Begitulah ungkapan yang dapat disimpulkan tentang perjalanan karier Cif Inspektor P. Ravi sepanjang 27 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Buktinya, Sabah dan Sarawak mahupun hampir semua balai polis di Semenanjung telah disinggahi oleh beliau sepanjang pembabitannya sebagai anggota pasukan ini.

Bermula dengan seorang lelaki biasa lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau mengakui pada mulanya tidak berminat untuk menyertai pasukan polis.

Namun disebabkan tiada pekerjaan yang sesuai untuknya ketika itu, Ravi mengambil keputusan untuk mencuba nasib.

Mungkin kerana rezekinya sudah ditetapkan dalam pasukan itu, permohonannya untuk menyertai polis berjaya dan dia diterima sebagai konstabel pada tanggal 2 Mei 1982.

Semenjak itu, beliau tidak lagi menoleh ke belakang. Dari situ juga minat Ravi dipupuk dari sehari ke sehari sehingga menjadikan dirinya semakin komited dalam pasukan polis.

Sejak 1982 juga Ravi mula bertugas sebagai anggota polis dan seringkali ditukarkan ke balai-balai di seluruh negara untuk menjalankan tugas.

Ini menjadikan pengalamannya dalam pasukan sentiasa bertambah kerana sering berkhidmat di tempat yang berlainan.

"Setiap balai tempat saya bertugas, pasti meninggalkan kenangan buat saya," katanya.

Ravi menceritakan, selepas tamat menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Bukit Siol, Sarawak, dia ditempatkan di Balai Polis Kuching selama tiga bulan sebagai konstabel.

"Di sana, saya mula menghayati tugas-tugas sebagai seorang anggota polis, walaupun saya sebelum ini tidak minat pekerjaan tersebut.

Selepas itu, beliau ditukarkan ke Balai Polis Karamunsing, Sabah selama empat tahun iaitu dari tahun 1983 hingga 1986.

"Di Sabah, saya berasa sedikit susah. Bukan susah sebab banyak jenayah, tetapi susah kerana makanan di sana mahal-mahal belaka.

"Berbekalkan gaji yang tidak seberapa, saya terpaksa mengambil keputusan untuk memasak sendiri dan dari situ jsaya mula belajar memasak," katanya sambil ketawa mengenang kembali kenangan ketika berkhidmat di Negeri Di Bawah Bayu itu.

Setelah empat tahun bertugas Karamunsing dengan kadar jenayah yang kurang, dia bertukar pula ke Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna.

"Bertugas di sana sangat bermakna buat saya. Penduduknya walaupun terdiri daripada pelbagai etnik, namun mereka semuanya amat baik dan peramah.

"Mereka menganggap saya seperti ahli keluarga sendiri dan sikap itu menjadikan saya rasa seperti tidak berada di tempat asing," ujarnya.

Semasa di Semporna, beliau melanjutkan pelajaran di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di sebuah sekolah swasta.

"Lima tahun di Semporna, saya ditukarkan pula ke Balai Polis Kulim di Kedah. Setahun saya bertugas di sana sebelum ditukarkan pula ke Balai Polis Johor Bahru," katanya.

Katanya, sepanjang lima tahun bertugas di Johor Bahru, banyak kes berlaku membuatkan beliau begitu sibuk.

"Kes rompakan, pembunuhan dan pelbagai lagi jenayah acap kali berlaku berbeza semasa saya bertugas di balai-balai polis sebelum ini," katanya.

Hampir 15 tahun memegang jawatan konstabel, Ravi menyertai latihan asas Inspektor di Pulapol Jalan Semarak pada tahun 1996. Beliau akhirnya dinaikkan pangkat sebagai Inspektor dan ditugaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya sebagai pegawai penyiasat jenayah.

"Pengalaman yang sukar dilupakan sewaktu bertugas sebagai pegawai penyiasat ialah berjaya menahan ketua kumpulan militan yang mengugat kestabilan negara pada masa itu.

"Dalam tempoh dua minggu kami berjaya menyelesaikan kes ini. Ketua kumpulan militan itu kini dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun serta 18 kali sebatan," katanya.

Setelah lima tahun di IPD Petaling Jaya, Ravi ditukarkan tugas sebagai Pegawai Pendakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Enam tahun di sana, Ravi sekali lagi ditukarkan ke Balai Polis Sungai Way sebagai Ketua Polis Balai dari tahun 2008 sehingga sekarang.

"Di sini mungkin saya akan kekal lama ataupun akan terus bertukar lagi. Itu menjadi persoalan kepada saya," katanya sambil ketawa.

Kini, bapa kepada dua orang cahaya mata itu menyambung pelajaran di peringkat ijazah pertama dalam jurusan undang-undang di Universiti Malaya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2009 02:47 PM | Show all posts
erk chill brother2..dont gado2..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2009 10:31 PM | Show all posts
adoii...cool la beb..gaduh2 lak kat cni..mcm budak2:geram:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2009 10:48 PM | Show all posts
X faham sebenarnya ape yg korang gadokan ni

Hanya SR tp terkomen ni sedikit
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2009 10:50 PM | Show all posts
1172# bacteria82

bac..sila balik ke umah kita..satgi x psl2 kena fire..lariiikkkkkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2009 10:52 PM | Show all posts
1172# bacteria82

bac..sila balik ke umah kita..satgi x psl2 kena fire..lariiikkkkkkkkkkkkkk
KIM.mafia Post at 12-8-2009 22:50

1st time tau masuk bod tentera ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2009 11:02 PM | Show all posts
1174# bacteria82

lenkali masuk bg salam dulu...
jgn jd mcm kim..main redah jer
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2009 02:02 AM | Show all posts
Post Last Edit by venez at 13-8-2009 02:52

dedicated page for angsa 4 in wikipedia : http://ms.wikipedia.org/wiki/Eksesais_Angkasa_Samudera
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2009 09:01 AM | Show all posts
icon tu tak nak interview pakcik ke???...............
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2009 08:01 AM | Show all posts
Negara perlu pertingkat sistem pertahanan-BH

SAYA berkesempatan mengunjungi Paris Airshow di Perancis dan melihat kecanggihan teknologi pesawat udara di pameran aeroangkasa yang terbesar di dunia itu baru-baru ini. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga berkunjung ke pameran itu yang tentunya untuk meninjau pesawat dan teknologi pada era moden bagi disesuaikan dengan keperluan negara.

Di negara kita, umumnya, pakar pertahanan, terutama yang terbabit dalam industri aeroangkasa memahami dengan jelas bahawa ada ruang yang perlu dipenuhi bila bercakap mengenai sistem pertahanan ini, terutama membabitkan kecanggihan teknologi, keberkesanan pesawat, kehebatan bertindak balas dan penguasaan ruang udara yang optimum ketika suasana memerlukan.

Di sebalik pameran pertahanan yang diadakan dalam negara, sesekali terkeluar pertanyaan nakal, apakah ruang udara kita benar-benar selamat, dipagari oleh barisan pesawat yang gagah dan mampu bertindak pada bila-bila masa diperlukan, diselia oleh kecanggihan teknologi markas taktikal udara dan dianggotai oleh juruterbang yang tinggi tahap profesionalisme.

Pada pandangan saya, semua pesawat pejuang MIG-29N Fulcrum yang sangat menjadi kebanggaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini sudah tidak sesuai digunakan lagi. Beberapa pesawat pengangkut C-130H boleh digunakan. Sukhoi 30-MKM masih menjalani tempoh penyesuaian dan dikatakan mampu beroperasi dengan optimum sekitar lima hingga 10 tahun lagi. Helikopter Nuri yang digunakan sejak perang Vietnam 1968 itu sedang menunggu penggantian yang tarikhnya belum tentu bila.

Pada masa ini selain 8 buah F/A-18 Hornet, pesawat pengangkut CN235, beberapa BAE Hawk 208 dan barisan Pilatus PC-7 yang hanya boleh digunakan untuk latihan juruterbang, masih digunakan. Pesawat Aermacchi MB-339 dan Northop F5E Tiger sudah ketinggalan zaman.

Sistem pertahanan negara kita berada dalam zon bebas, aman dan berkecuali (ZOPFAN) yang bermakna kita tidak mahu terjebak dalam kancah sengketa dengan negara mana pun di dunia. Umum mengetahui bahawa keupayaan jiran sangat hebat.

Adalah salah untuk beranggapan bahawa kita mahu berlumba dalam sistem pertahanan udara ini. Kita tidak perlu bermusuh dengan sesiapa.

Baru empat bulan Ahmad Zahid menjadi Menteri Pertahanan. Tempoh ini sangat singkat, dan tentulah beliau mengambil kira semua aspek berkaitan, terutama mengenai pembaharuan dalam angkatan tentera. Ketika di Lubnan baru-baru ini, beliau memberitahu bahawa kementeriannya sedang mengkaji dengan serius mengenai pembelian beberapa peralatan persenjataan baru, untuk melengkapkan anggotanya dengan sistem persenjataan yang mampu memberikan kesan psikologi yang setanding dengan pasukan dari negara luar.

Adalah sangat mengaibkan apabila tentera kita, sama ada yang bertugas di luar negara atau di dalam negara umumnya, masih tidak dilengkapi alat moden dan canggih dan keberkesanannya sangat optimum dalam peperangan di darat.

Menteri Pertahanan berperanan untuk meningkatkan, menjadikan sistem pertahanan negara berada dalam keadaan sangat mantap, siap siaga dalam setiap ketika.

IRFASILA,

Kuala Lumpur.

+++++++++++++

siapa ni eh? org sini ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2009 08:03 AM | Show all posts
Pakar menembak
Oleh Ifwan Tun Tuah
[email protected]

AZMER menerima hadiah daripada Hishamuddin selepas dinobatkan sebagai juara kejohanan menembak IPSC Piala Menteri Dalam Negeri.

Anggota UTK, Azmer Muhamad raih juara pertandingan peringkat antarabangsa tiga kali berturut-turut

PENGALAMAN selama enam tahun terbabit dalam pelbagai misi yang meletakkan nyawanya antara hidup dan mati membuatkan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini sentiasa tenang dan fokus ketika memetik picu senjata.

Lebih mengagumkan, tembakannya sangat konsisten, tepat dan pantas, hasil kesungguhannya menjalani latihan berterusan, tidak kira untuk menajamkan kemahiran ketika bertugas mahu pun menyertai pertandingan.

Justeru, tidak hairanlah anak kelahiran Kelantan yang mewakili PDRM ini mampu memegang gelaran juara Pertandingan Menembak Persekutuan Menembak Praktikal Antarabangsa (IPSC) tempatan selama tiga tahun berturut-turut.

Terbaru, Koperal Azmer Muhamad, 32, sekali lagi mengharumkan nama PDRM selepas menjuarai kategori `Production’ Pertandingan Menembak IPSC Piala Menteri Dalam Negeri dan UTK Open 2009 di Lapang Sasar IPSC Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras, Kuala Lumpur pada 13 hingga 16 Jun lalu.

Ditanya rahsia kejayaannya, `ayam tambatan’ PDRM ini berkata, tiada yang lebih penting daripada tumpuan dan ketenangan ketika memetik picu selain melakukan kajian serta perancangan rapi sebelum melangkah masuk ke medan.
AZMER (iri) ketika menyertai pertandingan di Bali tahun lalu.

Menggunakan pistol Glock 19 buatan Austria yang tidak diubahsuai, Azmer berkata, semua itu bagaimanapun bukan datang dengan mudah jika tidak disertai latihan jitu dan semangat kental.

“Semua orang boleh menembak, tapi untuk menembak dengan tepat ke arah sasaran dalam situasi yang pelbagai dan penuh tekanan, tidak semua orang boleh melakukannya.

“Saya sendiri melakukan latihan keras secara berterusan dan terpaksa bijak membahagikan masa antara komitmen tugas serta latihan untuk pertandingan,” katanya yang mengakui banyak mengorbankan masa rehatnya ketika tidak menyertai operasi untuk berlatih.

Selain itu, kata Azmer, penembak perlu membuat kajian mendalam mengenai situasi dan sasaran di setiap peringkat ketika pertandingan bagi membolehkan keputusan mengenai teknik dan strategi dibuat dengan pantas.

Hasil dedikasinya selama ini, tidak hairanlah penembak tepat UTK ini menjadi juara tiga tahun berturut-turut Pertandingan Menembak IPSC Piala Sultan Iskandar, Navy Open dan UTK Open sejak 2007.

Pertandingan Menembak IPSC mula diperkenalkan di Malaysia pada awal 1990-an mendapat sambutan menggalakkan daripada banyak pihak terutama pasukan beruniform, termasuk Pasukan Khas Laut (Paskal), Grup Gerak Khas (GGK) dan kelab menembak awam.

Kewujudan IPSC turut diiktiraf Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang menyifatkannya sebagai pertandingan yang menguji kepantasan, teknik dan taktik pengendalian senjata yang membantu menajamkan kemahiran dalam penugasan.

“Ia (IPSC) bukan sekadar satu pertandingan, malah satu kemahiran yang perlu ada pada setiap anggota polis, terutama bagi mereka yang mengendalikan senjata ketika bertugas,” katanya.

Sementara itu, Penyelaras Pertandingan Menembak IPSC Piala Menteri Dalam Negeri dan UTK Open 2009, Asisten Superintendan Mohd Suzrin Mohd Rodhi, berkata pertandingan anjuran PDRM yang dijayakan oleh pegawai dan anggota UTK itu mendapat sambutan sangat menggalakkan daripada peserta yang terdiri daripada penembak badan beruniform serta kelab menembak awam.

“Berikutan itu, kita bercadang untuk membuat penganjuran lebih besar dan menjemput peserta dari luar negara untuk menyertai pertandingan sama tahun depan,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2009 08:41 AM | Show all posts
zahid dah pi paris tu..ushar rafale ngan mirage ke?? ke ushar awek france....hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2009 08:36 AM | Show all posts
Kapal selam pertama tiba 17 September

TELUK SEPANGGAR: Kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman, dijadualkan tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Markas Wilayah Laut II di sini, pada 17 September ini.

Ia disusuli sebuah lagi kapal selam, KD Tun Abdul Razak, yang dijangka tiba di pangkalan sama pada Mac atau April tahun depan.

Timbalan Panglima TLDM, Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali, berkata pangkalan kapal selam itu siap sepenuhnya dan sudah diserahkan Kementerian Kerjaraya kepada Kementerian Pertahanan baru-baru ini bagi membolehkan operasi kapal berkenaan.

"KD Tunku Abdul Rahman akan ditempatkan di kawasan strategik yang dirahsiakan dan berfungsi mengawal keselamatan perairan di seluruh negara," katanya pada sidang media di Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar di sini, semalam.

Terdahulu, Mohammed Noordin menyaksikan majlis penyerahan tugas Panglima Wilayah Laut II TLDM daripada Laksamana Pertama Datuk Pahlawan Syed Zahiruddin Putra Syed Osman kepada penggantinya, Laksamana Pertama Anuwi Hassan.

Syed Zahiruddin Putra akan mengikuti kursus di Jakarta selama 15 bulan.

KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak yang dijana menggunakan tenaga diesel-elektrik, dikendalikan sepenuhnya pegawai dan anggota TLDM di perairan Perancis.

Malaysia adalah negara ketiga memiliki kapal selam di rantau Asia Tenggara, selepas Indonesia dan Singapura.

Dalam pada itu, Mohammed Noordin berkata, kapal selam berkenaan mampu memelihara kedaulatan perairan negara daripada sebarang ancaman musuh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2009 09:02 AM | Show all posts
TDM pamer kehebatan tatu

Oleh IRMAN HASHIM


DUA anggota TDM melompat melepasi halangan api pada persembahan tatu sempena Ulang Tahun ke-76 TDM, baru-baru ini.

GAGAH, berani dan tangkas. Tiga perkataan itu cukup untuk menggambarkan kecekapan anggota-anggota pasukan Tentera Darat Malaysia (TDM).

Setiap pergerakan dan tindakan yang diambil oleh anggota pasukan keselamatan itu memperlihatkan keperkasaan mereka.

Rakyat Terengganu baru-baru ini berpeluang menyaksikan kehebatan pasukan tersebut melalui persembahan tatu TDM di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Aksi-aksi mendebarkan dan mengujakan menyebabkan penonton 'panas punggung' menantikan setiap persembahan berlangsung.

Persembahan dimulakan dengan terjunan payung terjun oleh 10 anggota tentera kelahiran Terengganu yang masing-masing membawa bendera Malaysia, Terengganu, tujuh daerah di negeri ini dan bendera pasukan keselamatan itu.

Ia kemudian diikuti persembahan tempur tanpa senjata yang menunjukkan seni mempertahankan diri. Antara aksi yang dipertontonkan ialah kilas-mengilas tanpa senjata, bertarung menggunakan senjata M16 dan bonet.

Lebih mengujakan penonton apabila melihat anggota pasukan keselamatan itu melompat halangan dalam gelung berapi. Ini kerana untuk melompat halangan dan gelungan berapi tersebut memerlukan keberanian dan ketepatan lompatan bagi mengelak daripada terbakar atau cedera.

Selain itu, pemusnahan genting dan papan turut mengujakan kerana terdapat seorang anggota tentera memusnahkan 10 keping papan menggunakan kekuatan kepalanya.

Kebolehan anjing-anjing Cawangan Anjing Perang turut menarik perhatian penonton dengan pergerakan dan keupayaan mereka.

Haiwan berkenaan mampu mengesan bahan letupan yang tersembunyi selain membantu anggota tentera menyerang pengganas.

Dalam pada itu, ramai juga tertanya-tanya bagaimana kira-kira 400 anggota tentera boleh bergerak secara tepat dan serentak tanpa sebarang arahan dalam persembahan Kawad Senyap.

Pelbagai formasi

Pergerakan kawad kaki dan senjata tersebut menyaksikan anggota-anggota tentera membuat pelbagai formasi yang melambangkan kehebatan dan taktik pasukan keselamatan negara dalam mempertahankan negara.

Antara formasi yang ditunjukkan adalah Formasi X yang menggambarkan persediaan tentera dalam menghadapi musuh dari pelbagai penjuru.

Ketika para penonton masih tertanya-tanya selepas persembahan kawad senyap berakhir, mereka dikejutkan pula dengan letupan meriam dari tengah padang di stadium tersebut.

Letupan meriam tersebut merupakan sebahagian daripada persembahan Kawad Tindak Cemas yang mana tindakan yang dilakukan oleh tentera dalam menghadapi halangan semula jadi atau buatan manusia.

Melalui tindakan itu, pasukan Artileri Diraja memberi bantuan tembakan meriam bagi membantu pasukan di barisan hadapan.

Anggota pasukan Artileri Diraja berkenaan perlu membawa dan memasang komponen meriam seberat 1.3 tan di tempat yang ditetapkan.

Mereka kemudian perlu membuka komponen meriam tersebut dan membawanya pula ke tempat baru.

Belum sempat 'pulih' daripada kejutan itu, para penonton sekali lagi dikejutkan dengan jeritan suara beberapa lelaki yang lepasan tembakan berdekatan mereka.

Dua lelaki kemudian ditolak oleh sekumpulan lelaki bersenjata daripada tempat duduk hingga jatuh ke lantai dan salah seorang daripada 'mangsa' ditutup mukanya dengan jaket dan dibawa ke dalam sebuah kereta.

Operasi menyelamat

Ia merupakan aksi permulaan persembahan operasi menyelamat orang kenamaan oleh Unit Lawan Keganasan.

Pertunjukan itu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu penculikan, menyelamat tebusan dan penarikan keluar dan pengunduran.

Dalam peringkat menyelamat tebusan, seramai 12 anggota penggempur yang lebih dikenali sebagai komando menunjukkan kehebatan mereka dengan pergerakan menyusup ke dalam rumah penculik.

Mereka dibantu dengan dua penembak tepat dalam operasi tersebut. Penonton beberapa kali 'melompat' dari kerusi masing-masing apabila letupan bom digunakan untuk menggambarkan suasana tembak-menembak antara anggota tentera dan penculik.

Bahagian penarikan keluar dan pengunduran juga menyaksikan ketangkasan anggota tentera mengendalikan kenderaan awam untuk mengeluarkan mangsa penculikan.

Dalam pada itu, persembahan pancaragam yang melibatkan gabungan tiga divisyen infantri turut menghiburkan dengan gerakan yang menarik.

Seramai 200 anggota tentera menunjukkan kemahiran menggunakan pelbagai alat muzik sambil bergerak dalam formasi menarik.

Antara lagu yang dipersembahkan oleh mereka ialah ulik mayang, jom-jom inai dan suwa-suwe kemoning.

Persembahan tatu TDM ditutup dengan persembahan kumpulan akrobatik motosikal oleh Tim Akrobatik Wira Merah.

Wira Merah mempersembahkan 12 acara melibatkan 26 aksi dalam masa 30 minit. Persembahan mereka dimulakan dengan lintas hormat 30 anggota bersama 19 buah pelbagai jenis motosikal.

Antara aksi yang menarik perhatian ialah 20 anggota tentera berdiri di atas sebuah motosikal.

Anggota tentera wanita juga tidak kurang hebat apabila melaksanakan pelbagai aksi akrobatik di atas motosikal.

Para penonton turut 'menggigit jari' melihat aksi lompatan motosikal melepasi 10 orang serta empat buah kereta Proton Iswara.

Terdahulu, Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan program tersebut.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, Ahli-ahli Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) dan Panglima Kelapan Briged Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Datuk Azizan Md. Delin.

Azizan berkata, persembahan tatu berkenaan diadakan sempena Ulang Tahun Tentera Darat ke-76 yang disambut setiap 1 Mac dan tahun ini Terengganu dipilih untuk menjadi tuan rumah .

Sementara itu, kerajaan Terengganu turut mengambil peluang menghargai jasa bekas anggota tentera kelahiran negeri itu, Kapten (B) Hamid Awang yang menumpaskan pengganas komunis Kalimantan Utara di Lundu, Sarawak pada 7 April 1973 pada majlis tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2009 09:02 AM | Show all posts
TUDM usaha tingkatkan kualiti

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD


PANGLIMA Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin (barisan depan lima dari kanan) bergambar kenang-kenangan dengan para penerima Anugerah Kualiti TUDM.

INTEGRITI Teras Perkhidmatan Berkualiti menjadi tema sambutan Hari Kualiti Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi tahun 2009.

Ia bertujuan memupuk semangat kepada setiap warganya ke arah mencapai tahap kualiti terbaik setanding dengan pasukan tentera negara asing.

Dalam usia yang telah menjangkau 51 tahun, TUDM dilihat sentiasa berusaha meningkatkan tahap perkhidmatannya dengan menerapkan budaya kerja berkualiti pada setiap anggota.

Usaha meningkatkan kualiti kerja itu merupakan satu proses berterusan bagi memastikan salah satu cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa berada pada tahap siap siaga yang tinggi serta memenuhi aspirasi negara.

Nyata proses itu melibatkan kerjasama dari seluruh anggota TUDM bagi menjayakan misi mencapai matlamat ke arah memajukan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) pasukan tersebut.

Melalui setiap aktiviti yang dianjurkan di bawah TQM, TUDM berharap kesedaran untuk meningkatkan kualiti kerja dapat disuntik dalam kalangan setiap warganya.

Justeru, pelbagai aktiviti diadakan sepanjang tahun 2009 seperti bengkel fasilitator bengkel panel pengadil, pertandingan Anugerah Kualiti PTU (AKPTU) dan Anugerah Kualiti TUDM (AKTUDM) bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta yang mengambil bahagian untuk menghasilkan laporan kualiti yang betul.

Pertandingan kedua-dua anugerah itu menyaksikan penyertaan seramai 32 peserta dalam beberapa kategori anugerah, enam peserta bagi Anugerah Kualiti PTU (AKPTU) dan 26 peserta lagi bertanding bagi Anugerah Kualiti TUDM (AKTUDM) pada tahun ini.

Bagi Anugerah Kualiti TUDM, ia terbahagi kepada enam kategori iaitu Kategori Pengurusan Sumber Manusia, Kategori Pengurusan Kewangan, Kategori Pengurusan Projek, Kategori Pengurusan Logistik seterusnya Kategori Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Katogeri Penciptaan Inovasi.

Setiap peserta perlu menyediakan laporan pengurusan bagi markas, pangkalan dan unit-unit mereka beserta bahan bukti untuk dinilai oleh panel-panel yang dilantik khusus oleh TUDM.

Pada tahun ini Anugerah Kualiti PTU, juga merupakan anugerah kualiti tertinggi TUDM telah dimenangi oleh Pusat Latihan Kawal Komunikasi dan Lapor, berpangkalan di Kuantan.

Menurut Komandan Pusat Latihan Kawal Komunikasi dan Lapor (PLKKL), Kolonel TUDM Mohd. Tahir Basiron, usaha keras oleh segenap lapisan anggota beliau akhirnya membuahkan hasil apabila pusat latihan itu berjaya memenangi anugerah tersebut yang juga merupakan pengiktirafan tertinggi TUDM.

"Saya percaya dengan usaha gigih dan berterusan kita mampu merealisasikan apa sahaja yang diimpikan.

"Pengiktirafan ini merupakan satu suntikan dan dorongan kepada kami untuk bersama-sama meningkatkan kualiti kerja anggota pusat latihan khususnya dan TUDM amnya,'' katanya.

Ujar beliau, bukan suatu pekara mudah bagi mengekal dan meningkatkan kualiti.

tanggungjawab

Justeru beliau menyeru setiap anggotanya agar berfikiran positif dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan khidmat dan tanggungjawab terhadap negara.

Selain kualiti, pusat latihan itu turut mengukir nama sebagai sebuah institusi pendidikan dan latihan yang unggul bukan sahaja dikenali di negara ini bahkan dalam kalangan negara serantau.

"PLKKL juga menerima penuntut-penuntut dari negara-negara sahabat seperti Filipina, Sri Lanka, Bangladesh, Pakistan, Kamboja, Bosni Herzegovina, Albania, Thailand dan Brunei,'' ujarnya.

Pengiktirafan itu juga membuktikan TUDM mengambil berat kualiti setiap markas, pangkalan, unit-unit serta anggotanya bagi memastikan pasukan itu terus memacu ke arah kecemerlangan.

Sementara itu, Kolonel TUDM Samir Abas selaku Komandan Institut Teknologi Aerospace (ITAS), Alor Setar berkata, dalam usaha menambah baik kualiti, pelbagai penciptaan idea baru dan inovasi diperlukan.

"Sebagai contoh dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas atau latihan, kreativiti dan inovasi baru yang dicetuskan mampu meningkatkan kefahaman setiap pelatih.

"Secara tidak langsung ia akan meningkatkan kualiti setiap anggota yang menerima latihan tersebut,'' jelasnya.

ITAS di bawah naungan beliau yang berpangkalan di Alor Setar telah menunjukkan prestasi memberansangkan sekali gus melayakkan pusat latihan itu menerima Anugerah Kualiti TUDM, Kategori Inovasi.

Institut tersebut bertanggungjawab memberi latihan dan kelas berkenaan inovasi, reka cipta dan teknologi maklumat bukan sahaja kepada juruteknik dan jurutera TUDM malah seluruh warga ATM.

Selaras dengan usia TUDM yang dianggap telah matang, segala maklumat dan pelajaran yang disampaikan perlu menepati kualiti ditetapkan.

Melalui pertandingan seperti ini segala penyampaian dapat dikumpulkan dan hanya yang terbaik dipilih untuk dipertandingkan.

Justeru, proses penghasilan maklumat dan pemilihan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu pihak pusat latihan mengenal pasti setiap kelemahan yang ada.

"Inisiatif setiap jurulatih juga memainkan peranan penting kerana merekalah yang menentukan tahap kualiti setiap bakal pegawai dan anggota yang akan dihasilkan TUDM,'' katanya.

Beliau menambah, sebagai contoh penggunaan teknologi maklumat seperti Internet, alat bantu mengajar dan penciptaan inovasi terbaru dapat meningkatkan kefahaman setiap pelatih sekali gus meningkatkan kualiti perkhidmatan pasukan.

Tanpa mengguna perbelanjaan yang banyak, beliau berkata, pihaknya menggunakan segala perisian yang boleh didapati secara percuma untuk diguna dalam menghasilkan idea dan inovasi kreatif.

Sementara itu, penerima Anugerah Kualiti TUDM Kategori Pengurusan Sumber Manusia, Mejar TUDM Ahmad Nazri Nayan berkata, TUDM memiliki piawaian antarabangsa berikutan pasukan itu sering menerima pelatih dari pelbagai negara.

"Ini bermakna mereka percaya dan yakin dengan profesionalisme dan kualiti yang ada pada TUDM untuk memberi segala yang terbaik dalam melatih pegawai dan anggota," katanya.

Jelasnya, beliau sentiasa menekankan kepada latihan agar para pelatih yang dikeluarkan menepati dan memenuhi kehendak TUDM.

"Kita sentiasa bekerja dalam satu pasukan yang mana melibatkan pegawai dan anggota bawahan bagi menentu dan memastikan sasaran dicapai,'' ujar beliau.

Selaras dengan misinya untuk mempertahankan kedaulatan dan keutuhan negara serta kepentingannya melalui penggunaan kuasa udara yang berkesan, penekanan terhadap kualiti kerja sememangnya satu tindakan tepat dilaksanakan oleh TUDM.

Justeru, bagi memastikan pasukan tersebut terus dijulang dan disegani oleh negara-negara serantau proses peningkatan kualiti tersebut seharusnya dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 08:29 AM | Show all posts
Submarine makes Cochin call

COCHIN: Malaysia’s first submarine, on its maiden voyage to the Sepanggar Bay naval base in Sabah, made a port call at the Indian naval dockyard here.

The Scorpene-class KD Tunku Abdul Rahman began its journey on July 9, transited at Jeddah and Djibouit before reaching Cochin in Kerala on Tuesday.

The diesel-powered submarine will spend three days in Cochin before leaving for Lumut and Port Klang on its way to Sepanggar Bay.

The submarine is headed by Commander Zulhelmy Ithnain of the Royal Malaysian Navy and has 35 crew members.

The Indian navy patrol vessel INS Sujata received the submarine.

The KD Tunku Abdul Rahman is the first of two submarines acquired by the Government in 2002. It was handed over to the Royal Malaysian Navy at the French naval base in Toulon in January.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2009 08:15 AM | Show all posts
KD Perak perkuat pertahanan di perairan
Oleh Mohd Rafi Mamat

KUANTAN: Markas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Wilayah Laut Satu (Mawilla 1), Pangkalan Tanjung Gelang di sini menerima sebuah kapal peronda generasi baru (NGPV) KD Perak, bagi meningkatkan kawalan pencerobohan nelayan asing, penyeludupan dan ancaman lanun di perairan negara.

Panglimanya, Laksamana Pertama Datuk Pahlawan Mohd Som Ibrahim, berkata KD Perak adalah kapal ronda ketiga buatan syarikat tempatan jenis MEKO-100 RMN yang menggunakan reka bentuk dan teknologi Jerman.

Beliau berkata, selain dilengkapi sistem senjata yang moden, KD Perak turut memiliki keistimewaan lain termasuk mempunyai kemampuan melakukan pelbagai tugas maritim dan berlayar di laut tanpa henti selama 21 hari.

Katanya, seramai 58 anggota termasuk 11 pegawainya sudah ditempatkan di KD Perak untuk melakukan tugas rondaan mengawal perairan negara daripada aktiviti antaranya seperti pencerobohan nelayan asing, penyeludupan dan lanun.

"KD Perak yang dilengkapi senjata meriam jenis OTO Melara 76mm dan OTO Melara Single 30mm akan mengawal perairan wilayah laut satu seluas kira-kira 3,726 kilometer persegi membabitkan Kelantan, Terengganu, Pahang dan sebahagian Johor.

"Sehubungan ini, KD Perak dapat menambah lagi kekuatan pertahanan kita di perairan terutama di Pantai Timur bagi menghadapi pelbagai ancaman," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis menyambut KD Perak di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang di sini, baru-baru ini. Turut hadir Panglima 4 Briged Mekanis, Brigedier Jeneral Datuk Mohamed Batcha.

Kapal ronda KD Perak diketuai oleh pegawai memerintah, Komander Ismail Othman dibantu 11 pegawai dalam pelbagai bidang seperti komputer, kejuruteraan, elektrik dan enjin.

Mohd Som berkata, Mawilla 1 akan menerima sebuah lagi kapal ronda NGPV pada Oktober depan sebagai pelengkap kepada pertahanan negara terutama di perairan Pantai Timur.

"KD Perak juga turut akan bekerjasama dengan Tentera Laut Thailand dalam mengawal perairan kedua-dua negara termasuk Zon Ekonomi Eksekutif (ZEE).

"Kapal ronda berkenaan turut diserahkan kepada Pangkalan TLDM, Telok Sepangar, Kota Kinabalu," katanya yang yakin perairan negara akan dapat dikawal sepenuhnya pada masa akan datang.

Beliau berkata, KD Perak yang panjangnya 91.1 meter, 12.85 lebar dan 1,650 tan metrik itu sesuai untuk mengadakan seri latihan membabitkan semua cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan negara luar seperti yang diadakan sebelum ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.057039 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list