CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: missayeen

missayeen & Frens Ghost sTory cOLLecTioN

 Close [Copy link]
Post time 31-3-2008 11:04 AM | Show all posts
Assalamualaikum...
2 hari tak masuk benang nih... dah sampai page 46 yer.. tahniahhh tahniah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2008 11:09 AM | Show all posts

Reply #1106 thorgard's post

seramm arr citer ko ni..
ko igt lg x camne muka dia..
mmg diorg leh ckp ke
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2008 11:12 AM | Show all posts

Reply #1106 thorgard's post

..............derang lari sebab tak berani nak bersuara.......





ishhhhhh takutnya........
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2008 11:25 AM | Show all posts
ini citer time mak aku kecik2 dulu... satu malam arwah datuk dan nenek dan mak aku nak pegi rewang kenduri..... diorang pegi naik basikal.... mak aku duduk kat palang depang basikal tu dan datuk aku yg kayuh.... nenek aku siap lambat sikit... so mak ngan datuk aku tunggu la nenek aku kt atas bsaikal tu.....

tiba2 mak ngan atuk aku rasa mcm nenek aku naik kat seat belakang tu... rasa la beratkan.... so datuk aku pun tanya la, "dh naik dh yah"... pastu mak aku kata mmg dengar nenek aku jawab "hmmm".... so datuk aku pun  kayuh la basikal pegi umah org kenduri.... sepanjang jalan tu atuk aku borak la ngan nenek aku dan ngan mak aku.... tp mak aku heran la jugak apsal nenek aku tak bg respond apa2 pun kat datuk aku.... tp mak aku buat dek ajer la..... zaman dulu2 mana ada lampu jalan, dan jalan pun mmg gelap gelita.... zaman tu jalan kg la.... sampai kat satu kawasan tu ntah camner tiba2 rasa ringan ajer seat belakang tu... so datuk aku pun berhenti la dan tengok seat belakang kot2 nenek aku jatuh basikal ke.... rupa2 nya mmg takde org kat seat belakang tu.... so datuk ngan mk aku tengok sama sendiri la sbb mmg diorang rasa nenek aku naik basikal tadi....

berbalik kepada nenek aku..... bila dia dh siap, dia pun keluar la nak naik basikal ngan atuk aku... baru nak turun umah, dia nampak atuk aku dh kayuh basikal, dia kejar jugak aku dan panggil, tp datuk aku tak dengar... pastu nenek aku nampak ada mcm api yg ikut atuk aku kat belakang....

so smpi hari ni pun tak tahu apa benda yg tumpang atuk ngan mak aku.... nak kata seram giler takde la... tp misteri la jugak....
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2008 11:32 AM | Show all posts
aku nak cerita sikit nih.. bukannya kisah seram pon..
cuma berkaitan dengan mimpi yang aku lalui dalam minggu minggu yang lepas...
mimpi #1:

mungkin kerana aku ni asyik layan benang benang di bod mysteri ni.. aku pun terkena mimpi neh.. hehe..
aku baru berpindah ke rumah yang kami sekeluarga sewa sekarang ni.. masa tahun baru cina hari tu lah kami pindah... rumah ni rumah kampung.. bertiang.. di bahagian belakang rumah ni ada dua batang pokok kelapa (pokok kelapa batang ke?) .. yang satu tu betul betul mengadap pintu belakang rumah ni.. asalnya ada tangga.. tapi tangga tu dah di robohkan.. tak tahu la kenapa..
berdekat dengan pintu belakkang tu pula corner ke kanan sikit adalah pintu bilik kami. (Untuk pengetahuan kami tak tidur kat dalam bilik tu sebab aku rasa semacam je bila masuk sana. kami anak beranak lebih rela tidur di ruang tamu.) di sebelah kiri pula pintu menuju ke dapur dan bilik air..

mimpi aku mcm nih.. dalam mimpi tu aku tengah period lah.. tapi in real life aku tak period masa tu.. aku nampak darah aku bertitisan di dalam bilik.. (sorry yer.. agak disturbing sikit mimpi aku nih)... tengah aku nak lap darah tu kan.. tiba tiba.. dari pokok kelapa yang bertentangan dengan pintu belakang tu.. ada sorang perempuan berpakaian putih (miss P la tu) terbang masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang.. lalu masuk ke dalam bilik.. aku yang dalam mimpi tu tengah mengelap darah tu terkaku... lembaga tu pula menyeringai .. dia kata "aku nak hisap darah"... aku lak masa tu tahu aku tengah mimpi.. aku baca la apa yang patut termasuk lah azan... dan cuba untuk sedar dari mimpi.. alhamdulillah lah aku tersedar disebabkan oleh dikejutkan oleh laki aku yang ada kat sebelah.. dia tanya kenapa.. aku kata tak apa apa.. tak nak la takutkan dia.. sebab laki aku ni lagi penakut dari aku.. hehe

tapi nasib baik dia kejutkan aku.. kalau tak.. tak tahu la apa jadi dalam mimpi tu...
pokok kelapa tu pulak.. sejak aku masuk rumah tu.. aku memang terasa sumthing bila aku renung pokok tu lama lama.. kekadang aku saja je tenung pokok tu lelama dengan harapan aku akan nampak sumthing.. tapi bila aku fikirkan akibatnya nanti kalau aku ternampak apa apa.. terus aku tutup pintu dan masuk dalam rumah...
tak lama lepas aku mimpi tu.. di bahagian peranakan aku sakit mcm orang nak beranak.. aku hairan.. ada kaitan ke mimpi aku tu?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2008 11:35 AM | Show all posts

Reply #1144 alangGIRL's post

penanggal kut..........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2008 11:38 AM | Show all posts

Reply #1145 malika's post

hanya mimpi tu..............  tak yah takut........
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2008 11:55 AM | Show all posts
mimpi#2:
mimpi ni datang tak lama selepas mimpi sebelum ni..

korang ada tengok Harry Potter tak? aku rasa dalam sekuel yang dia masuk pertanding triwizard tu ke yang ada dumbledore suh dia amik gula gula.. gula gula tu pulak jenis yang menggigit tu? ingat tak rupa gula gula tu?

mimpi aku mcm ni.. aku tak ingat situasi dan suasana dalam mimpi tu.. tapi apa yang aku paling ingat ialah.. ada satu benda hitam melekat kat jari telunjuk kanan aku dan menghisap darah aku... rupa makhluk tu pulak sebijik mcm gula gula harry potter tu.. mula mula aku tak perasan rupa makhluk tu mcm tu.. tapi tak lama lepas aku mimpi tu.. kami sekeluarga ada tengok cd harry potter tu.. masa tu lah aku perasan yang rupa gula gula tu sama mcm makhluk yang gigit jari telunujuk aku dalam mimpi tu..

apa yang memusykilkan aku..bila aku sedar dari mimpi, aku rasa kebas di jari telunjuk aku.. dan sampai sekarang ni masih lagi rasa sakit...

mimpi#3:
mimpi yang sama... cuma makhluk yang berbeza (berwarna hijau) dan yang digigit pula anak aku yagn no 2...
mula mula aku tak fikir mimpi ni ada kaitan dengan anak aku... sebab aku ingat mimpi tu untuk aku sebab jari telunjuk aku masih sakit.. tapi baru aku teringat semalam.. masa aku tengah sibuk nak memasak.. anak aku yang no 2 tu balik balik tunjukkan jari telunjuk dia yang digigit dalam mimpi tu.. dia kata "ntit" (maksud dia sakit) dia belum pandai cakap.. baru umur 2 tahun..

mula mula aku tak layan sangat.. cuma bila dia balik balik sebut "ntit... ntit" baru aku teringat mimpi aku tu.. agaknya betul ke jari dia tu pun sakit mcm jari aku sekarag ni?

mimpi laki aku#
yang ni sampai sekarang pun harraaammm laki aku tak mau cerita kat aku... tapi yang aku tau mimpi tu betul betul menakutkan la.. sebab laki aku jarang mimpi yang begitu.. selalu dia mengigau bagi ceramah orang... bagi motivasi kat orang.. yang tu aku selalu gelakkan dia kalau dia mengigau..

tapi mimpi dia yang satu ni langsung dia tak mau sebut.. apa yang aku tau ialah.. masa tu dia meracau racau.. bulu roma di seluruh badan dia meremang.. aku nampak sebab aku yang kejutkan dia dari mimpi tu.. tapi sampai sekarang ni lah dia tak nak kasi tau aku...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2008 11:59 AM | Show all posts
Originally posted by noor2 at 31-3-2008 11:38 AM
hanya mimpi tu..............  tak yah takut........


mudah mudahan la tak ada kaitan kan... hehe... takut jugak.. tapi tak mahu la layan sangat mimpi mimpi nih.. setakat mainan tidur kan?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2008 12:07 PM | Show all posts

Reply #1149 malika's post

..........kebanyakan mimpi hanyalah mainan tidur...mungkin syaitan mengganggu.......tak pernah terjadi di alam realiti...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2008 12:09 PM | Show all posts
tak ada la nak jadikan mimpi tu satu reality... cuma musykil juga kenapa bahagian bahagian yang terlibat dalam mimpi tu menjadi sakit... itu je...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2008 12:10 PM | Show all posts

Reply #1148 malika's post

rumah yang Malika tinggal tu cemana?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2008 12:12 PM | Show all posts

Reply #1145 malika's post

aku pun pernah mimpi mcm tu masa sekolah dulu.aku tidur sorang dalam bilik rumah kg(bilik tu sampai sekarang takde orang nak tidur sebab mmg menyeramkan).masa tu aku tidur mengadap dinding katil atas (katil 2 tingkat),aku mimpi ada perempuan baju putih berdiri tepi katil(katil 2 tingkat jadi kalau org dewasa berdiri, sama aras dgan katil tu).lepas tu aku rasa satu benda sejuk atas peha aku(rasa2 macam tangan orang).masa tu lah aku tersedar dari tidur tp benda sejuk tu masih ada kat peha aku(masa tu tak berani pusing;masih mengadap dinding).untuk nak tahu aku masih mimpi lagi ke tak aku gigit jari tangan aku,memang rasa sakit!masa tu punyalah takut sampai aku keluar peluh jantan(peluh dia sebutir besar diikuti dengan badan menggigil).lama jugak dia letakkan tangan dia kat peha aku,masa tu segala ayat abis aku baca tapi tak berani nak pusingh badan sampai pagi!
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2008 12:39 PM | Show all posts

Reply #1153 nodiman's post

..seram..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2008 12:54 PM | Show all posts

Reply #1152 noor2's post

rumah yang kami tinggal tu so far alhamdulliah.. tak ada la gangguan yang nyata.. cuma aku rasa perasaan aku je.. kadang kadang dengar bunyi ketuk ketuk dinding.. kadang kadang rasa mcm ada orang naik tangga depan.. tapi tak ada...
laki aku jarang ada di rumah.. selalu kami tiga beranak je yang ada kat rumah.. rumah tu pula kalau siang kompem la tak ada orang...
aku jenis yang tak suka anak anak aku berkeliaran kat luar rumah.. jadi aku slalu kunci pintu..
anak aku yang first tu.. perempuan umo 4 tahun pandai bukak pintu walaupun dah kunci..  anak aku yang no 2 pulak.. selalu letak 2 bantal kat depan pintu untuk bukak pintu.. tapi sebab kunci yang satu tu atas sikit dari tombol pintu dia tak leh nak bukak..
aku selalu pesan kat anak aku yang first tu.. kalau aku mandi ke apa ke.. ada orang ketuk pintu jangan bukak pintu.. atau kalau aku kat dapur ke jangan pandai pandai bukak pintu main kat luar.. nasib baik lah anak aku ni jenis dengar cakap.. dorang lebih suka layan cd otromen kat dalam rumah dari main kat luar rumah.. hehe

pernah satu malam tu... laki aku ada kasi tau dia balik lambat.. masa tu kami tiga beranak tengah syok tengok tv.. aku terperasan mcm ada orang naik tangga.. (antara aku dan tangga tu hanya dipisahkan oleh dinding) tapi aku buat tak layan.. tiba tiba anak aku yang first tu berlari ke pintu.. nak bukak pintu.. aku terus sound dia.. "nak ke mana tu?" dia pulak balas "baby nak bukakan ayah pintu.. ayah sudah balik" .. terus aku suh dia berhenti dan duduk balik kat tempat aku.. aku tanya dia.. ada tak ayah panggil dia.. dia kata ada.. aku dah keras dah.. sebab aku tak dengar suara laki aku pun..
terus aku sms laki aku suh beli extra kunci untuk kunci atas sekali.. supaya dia tak leh nak bukak pintu..
kalau tido pulak.. aku selalu bukak lampu dapur dan lampu luar.. sebab kalau tutup lampu dapur aku selalu rasa mcm ada orang je di sebalik pintu dapur tu nak masuk ke ruang tamu... tapi semua tu hanya perasaan aku je la tu.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2008 01:02 PM | Show all posts

Reply #1153 nodiman's post

aku pun pernah mengalami apa yang nodiman alami nih..
rasa mcm mimpi.. tapi sebenarnya mcm real.. atau rasa mcm real.. tapi sebenarnya dalam mimpi..
dalam kes aku.. masa tu aku study lagi kat shah alam.. masa part 2 aku tak tinggal hostel.. aku menyewa kat sec. 2... dulu kat sana tu untuk persiapan budak tesl kalau aku tak silap..
hari tu aku demam.. jadi aku tak pergi kelas.. member member sebilik aku semua dah pergi kelas.. katil aku pulak kat atas.. masa aku tengah tido tu aku ada terasa ada dua orang perempuan tengah ketawa.. bukan ketawa mengilai.. cuma ketawa mengekeh tu.. satu aku perasan duduk kat hujung kaki aku.. dan satu lagi menenggek kat pagar katil aku tu..
dorang berdua ni cuba nak kejutkan aku sambil ketawa mengekeh tu.. aku sedar masa tu.. cuma aku rasa mcm aku mimpi.. aku nampak dua orang perempuan tu.. rambut panjang.. cuma masa tu aku tak leh bergerak...
agaknya dorang tu nak kejutkan aku nak ajak aku ketawa sekali kut.. tapi bila aku tak layan.. yang menenggek kat pagar katil tu jadi marah dan cakar tangan aku..
terus aku bangun dan tengok dua orang tu dah tak de.. tapi bila aku tengok tangan aku.. ada kesan cakaran panjang 3 jari... terus aku tak mo tido lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2008 01:09 PM | Show all posts

Reply #1155 malika's post

samalah kita.....noor pun tiggal tiga beranak je.....hubby outstation..dua minggu sekali dia balik.....tapi alhamdulillah tak de apa2...



kalau takut..bukalah semua lampu..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2008 01:15 PM | Show all posts
lagi sekali masa aku dah kerja.. masa tu aku menyewa sensorang...
masa tu aku tengah tido jugak... tapi masa tu aku sedar.. mcm mana nak describe yer.. tido tapi sedar... mula mula tu aku dengar bunyi berdesing di telinga aku... pas tu aku dengar bunyi orang bercakap cakap... bunyi budak budak berlari dalam rumah tu.. dan aku juga dengar bunyi guli berjatuhan... aku cuba bangun.. tapi tak boleh bergerak.. lama juga la aku dalam keadaan mcm tu.. tapi bila aku sedar suasana kembali sunyi sepi.. dan aku pula terpinga pinga sama ada itu mimpi atau reality... hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2008 01:16 PM | Show all posts
cuba malika sentiasa amalkan ayat suci.......

noor biasa amalkan sepanjang masa.....1) ayat kursi, ayat seribu dinar, 3 kul, alfatihah, ayat lahaulawala...dan ayat Allahumma'antassalam.....

ayat2 ni biasa noor amalkan sepanjang pagi..semasa nak hantar anak pi sekolah..hembuskan ke ubun2 kepalanya semoga dia di lindungi dari segala gangguan syaitan, gangguan manusia jahat dan malapetaka yang tak diingini..

lepas tu noor bacakan ke atas anak kedua...

noor bacakan semasa dalam perjalanan..

kalau naik kereta hubby..noor sentasa amalkan sepanjang perjalanan..kalau nak balik ke kg..sepanjang perjalanan tulah mulut noor berkumat-kamit membaca..

masa nak tidur juga...n masa lepas sembahyang..

cubalah..insyaAllah kita akan terlepas dari gangguan syaitan..

noor pernah juga bermimpi hantu..tapi bila hantu nak rapat..mesti noor kata kat hantu'' oppppppsss nanti2 jangan rapat'.lepas tu terus hantu bertukar jadi orang, kawan2..atau mimpi tu berubah.....wakakakkaka......tp ni bukan tipu..memang betul...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2008 01:25 PM | Show all posts

Reply #1157 noor2's post

hehehe...
kadang kadang nak tido tu sengaja bukak semua lampu kalau dah perasaan seram tu menyerang..
anak anak ni pulak.. dulu masa kat rumah lama dorang tak kisah pun kalau tutup lampu masa nak tido.. sejak tinggal rumah sekarang ni je pandai meragam.. asal tutup lampu je mesti dua dua menangis.. dia kata "malam... malam..." anak yang kecik pulak kata "ayamm... ayamm... " pas tu aku pulak kata "memang la dah malam.. sebab tu mama suh tido"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.420931 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list