|
Tanpa kami sedari,rupa-rupanya Adib, Syaz, Budi, Aiman dan Diana sudah tiada di situ. Aku memandang sekeliling,suasana agak suram. Maklumlah lampu suluh pun kecil je berbanding Budi punya lampu suluh tadi. Aku dah mula gabra, aku tak nak memerhati kawasan sekeliling dengan detail sangat sebab risau kalau-kalau ternampak yang pelik-pelik pula nanti. Danny tercari-cari mereka, bila dia semakin merenggangkan jaraknya dengan aku, aku dah mula panik. Bulu roma aku tiba-tiba berdiri, seram sejuk.
"Hey,jangan jauh sangat lah!" aku dah cuak,tapi nada suara agak berbisik. Danny meminta aku berjalan di depan dia dan mengarah aku masuk ke dalam rumah bersama-sama, kerana katanya, dia memang ada nampak yang lain masuk ke dalam tadi. Mesti mereka belum berapa jauh lagi. Aku menurut sahaja. Langkah dipercepatkan sikit. Bila dah masuk ke dalam rumah tu, rupanya barang-barang dalam tu masih agak elok tersusun lagi,cuma berhabuk dan berbau hapak. Aku terbatuk seketika, rasa lemas dengan keadaan begitu, lama kelamaan bau hapak itu tadi mungkin dah sebati dengan hidung, jadi dah tak rasa terganggu walaupun habuk yang agak tebal tu,menyakitkan hidung. Sapu tangan yang memang ada dalam poket sejak tadi,aku keluarkan dan selitkan dari telinga ke telinga untuk tutup bahagian mulut dan hidung. Danny tergelak kecil. Katanya, macam ahli forensik nak pergi siasat tempat kejadian pulak. Akhirnya kami jumpa balik dengan yang lain, mereka sedang memerhati sebuah lukisan lama iaitu potret seorang wanita yang seakan-akan pose seperti monalisa hasil karya Leonarda Da Vinci,tergantung di dinding sebuah bilik. Aku rasa itu adalah bilik utama sebab bersaiz agak besar. Budi dan pasangan adik beradik tu bersembang sesama sendiri manakala aku pulak cepat-cepat merapatkan diri dengan Syaz, peluk lengan dia sebab aku agak takut,rasa seram. Syaz membiarkan sahaja, selalunya dia tak suka sesiapa peluk-peluk dia macam tu,rimas katanya. Situasi macam tu dimaafkan kot.
"Aku rasa pelik lah... tuan rumah ni sebelum pindah,tak angkut habis barang dia" kata Adib.
"Tu la pasal..aku tengok ada lagi barang-barang ni,even tak banyak sekalipun" Budi menyampuk.
"Aku rasa lah kan, dorang pindah tergesa-gesa kot" Adib mula membuat andaian, ditegur oleh Diana.
"Ehem.. yang tu nanti-nanti kat luar kita discuss lah,diam-diam je dulu" nasihat Diana. Betul juga, orang tua-tua kata, kalau jumpa apa-apa yang pelik,elok lah kalau jangan ditegur. Buat tak tahu je.
Rumah itu belum habis kami teroka. Baru sahaja bilik yang pertama. Kami beralih pada bilik yang kedua. Berbeza dengan bilik pertama tadi, bilik kedua ni sedikit kecil. Agak kosong, hanya sebuah almari sahaja yang kelihatan. Itu pun sebelah pintunya sudah rebah ke lantai. Kami tidak berminat untuk berada dalam bilik itu lebih lama kerana tiada apa yang menarik pun. Kami beralih pula ke tingkat atas, jika di bawah tadi ada dua bilik, di atas pulak ada tiga bilik. Satu bilik bertentangan dengan tangga manakala dua lagi berada di sebelah kiri dan kanan tangga.
Waktu itu, hujan sudah mula turun rintis-rintis. Adib cuba buka salah satu dari bilik itu, iaitu yang berhadapan dengan tangga. Bismillahirahmannirahim, ucapnya sebelum pintu dibuka. Tapi, kecewa sebab pintu itu ternyata berkunci dari dalam. Tanpa disangka-sangka, Adib ketuk pintu tu perlahan seolah-olah meminta sesiapa di dalam bilik tu, bukakan pintu.
"Yang abang gi ketuk pintu tu pasal apa?" tegur Danny. Adib tersengih. "Kan selalunya kalau pintu berkunci,kita ketuk je suruh orang kat dalam bukak, macam dah terbiasa pulak,hehe" alasan Adib. Syaz sudah ketawa terkekeh-kekeh,aku mencubit lengannya. Kalau betul-betul ada orang buka pintu tu dari dalam macamana? Kalau orang tak apa lagi,kalau makhluk lain? Hish, fikiran yang bukan-bukan itu aku lemparkan jauh-jauh. Kita kalau fikir kita takut, kita akan lebih takut. We are what we think, kata guru kaunseling aku dulu masa kat sekolah, masa ni lah nak praktikkan apa cikgu ajar, the power of mind! Amboi.
Kami tidak membuang masa, beralih pula pada pintu bilik yang lain,juga berkunci. Hampa. Mungkin dalam tu ada banyak lagi barang milik tuan rumah kot,sebab tu lah tuan rumah kuncikan ketiga-tiga bilik tu. Kami tidak menunggu lama lagi sebab hujan yang pada awalnya hanya rintis-rintis,semakin lama semakin lebat. Sejuk mula menggigit, tambahan lagi dengan angin malam, rasa dingin terasa hingga ke tulang. Adib mengarahkan Budi yang berada di belakang sekali untuk patah balik, turun ke tingkat bawah semula. Tapi malangnya, seorang dari kami pun tak berjaya jumpa tangga sedangkan kami yakin, tangga memang berada betul-betul kat depan pintu bilik yang Adib ketuk tadi. Beristighfar.
"Korang..memang aku sorang je yang tak nampak tangga,atau korang pun sama jugak?" tanya Budi dengan nada perlahan.
"Err... aku tak nampak jugak lah Budi. Bukan tadi kita naik tadi,tangganya depan bilik ni ke?" jawab Danny.
"Aku rasa, tangga memang depan bilik ni tadi.Sebab, kita naik tadi,aku depan sekali,memang terus nampak bilik ni" Adib menyambung. Kami mula resah, keadaan yang tenang tadi,mula bertukar jadi panik. Nasib baik lah tidak seorang pun di antara kami yang jenis menggelabah, waktu macam ni, masing-masing kuatkan hati, kerana sedar,itu lah risikonya bila pergi ke tempat-tempat macam ni. Jantung aku berdegup kencang, rasa kesal menguasai diri kerana membenarkan diri aku terperangkap dalam situasi macam ni,kalau tak setuju dari awal tadi kan lebih baik.
Aku cuba bertenang dan mengimbas kembali, ada tak di antara kami yang terlepas cakap tadi. Sepanjang ingatan aku, macam tak ada. Kecuali tindakan Adib mengetuk pintu tadi, mungkin mengganggu 'makhluk' lain,mana tahu. Aku memberanikan diri,menghampiri Adib. "Erm... Abang Adib, i rasa kan..elok u minta maaf sekarang pada mereka. Mungkin u ketuk pintu bilik tadi, ganggu mereka" bisik aku pada Adib. Adib sudah pucat, aku tahu dia ketakutan dan dia cuba mengawal rasa takut. Atas rasa tanggungjawab, Adib tidak banyak kerenah. Adib terus menghampiri pintu yang diketuk tadi.
"Aku minta maaf kalau aku mengganggu, aku cuma bawa mereka untuk tengok-tengok tempat ni. Aku tak ada niat jahat lain. Aku makhluk Allah, aku tahu kau pun sama. Lepaskan lah sahaja kami, aku janji kami takkan datang lagi, maaf" kata Adib. Suasana sunyi. Sangat sunyi. Yang kedengaran hanya lah bunyi rintisan hujan. Kami berpandangan sesama sendiri. Tangga yang dicari masih belum kelihatan. Tanpa disuruh, Adib membaca ayat kursi dan melaungkan azan. Serentak dengan itu, Diana mula menangis dan aku memeluknya untuk menenangkannya, aku amat bimbang andainya Diana lemah semangat,akan membahayakan lagi keadaannya nanti. Suara azan laungan Adib bergema di dalam rumah itu, namun suasana seram sememangnya terasa dan aku pasti di saat itu, masing-masing terasa kesal kerana menjejakkan kaki ke situ, tapi oleh kerana persetujuan adalah hasil sepakatan bersama, maka untuk menyalahkan sesiapa adalah tidak adil sama sekali.
Azan sudah selesai. Kami yang sememangnya mengadap pintu,menoleh perlahan ke belakang dan bersyukur, kerana tangga yang dicari tadi, ada di situ,beberapa tapak ke belakang sahaja. Ternyata ia sudah disembunyikan dari pandangan kami. Adakah makhluk lain dalam rumah ni, tak mahu kami pergi dari situ? Sempat berfikir. Adib mengarahkan semua turun ke bawah. Kami menurut sahaja kerana bimbang andai tangga itu 'lesap' kembali. Sedang kami dalam perjalanan turun, Diana tiba-tiba mengaduh kesakitan, lampu suluh dihalakan pada Diana yang sudah terjelepok ke lantai. Darah membuak keluar dari kaki Diana, rupanya dia terpijak paku berkarat yang melekat pada sebatang kayu. Kayu tu seolah-olah sebahagian dari perabot yang sudah tercabut. Keadaan kelam kabut seketika, darah yang keluar tidak berhenti dan paku yang dia terpijak tu tadi, bukan satu tapi tiga batang paku, terbenam ke tapak kaki menembusi selipar nipis yang Diana pakai. Aiman mengangkat Diana keluar dari situ kerana Diana sudah tidak mampu berjalan atas kecederaan yang agak teruk tu.
Diana mengadu sakit dan menangis. Ditenangkan oleh abangnya,Aiman. Melihatkan Aiman yang agak terkial-kial mengangkat Diana, Adib mengarahkan mereka untuk mengizinkan dia mengangkat Diana seorang diri. Mungkin akan lebih memudahkan. Aiman setuju sahaja tanpa banyak fikir. Atas sebab tubuh Adib yang jauh lebih tinggi dan agak sasa itu, maka dia dapat mengangkat Diana dengan jauh lebih mudah berbanding Aiman yang bertubuh agak kecil dan kurus. Darah menitik-nitik hingga ke perkarangan rumah, hingga lah ke kereta. Aku cemas, tak sedap hati. Sebelum masuk ke dalam kereta, aku bertanyakan pada Danny sama ada dia ada menyimpan kain buruk atau apa-apa sahaja kain lap di dalam kereta. Danny menggeleng. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cik_es at 5-2-2012 01:30
Aku mencadangkan agar Budi dan Aiman bawa Diana ke hospital dulu,kecederaan Diana nampak parah jugak, lagipun kami tak ada keberanian untuk mencabut paku yang terbenam itu. Aiman bersetuju, aku sempat suruh Syaz dapatkan nombor telefon Aiman supaya kami senang berhubung selepas itu kalau perlu. Aiman terus memandu keluar dari situ. Aku, Adib, Syaz dan Danny masih lagi di luar, belum masuk kereta lagi. Aku nekad untuk membawa mereka masuk semula ke dalam rumah untuk bersihkan darah Diana yang banyak menitik di lantai. Aku betul-betul tak sedap hati untuk meninggalkan tempat tu dengan keadaan darah Diana di sana sini atas lantai,hingga ke perkarangan rumah pulak tu. Cadangan aku dibantah keras oleh Adib.
"I rasa tak perlu. U tahu kan apa berlaku tadi and now u nak patah balik masuk dalam?" bantah Adib.
"Kenapa tak boleh?Kita kena bersihkan balik la tempat tu" jawab aku.
"Tak perlu k,rumah tu takda orang tinggal pun. Tak kisah la kotor sekalipun"
"Orang yang tinggal situ memang takde. Makhluk lain ada,i think"
"Its ok, kita tinggalkan dulu. Esok pagi kita datang balik ok" Adib memberi cadangan lain.
"I tak setuju, kita kena masuk balik,bersihkan malam ni jugak"
"Tak perlu Sha.."
"I nak jugak..no matter what,apa yang susah sangat?Biar i yang bersihkan,korang cuma perlu teman je"
"Sha..kalau nak degil,boleh tak jangan malam ni?Degil esok pagi boleh?"
"I rasa i degil pun lebih ok lagi dari orang yang tak bertanggungjawab macam u la Adib" aku mula bengang.
"I tak nak patah balik sebab bahaya,tadi tak jumpa tangga.Lepas ni kalau tak jumpa langsung pintu keluar macamana?"
"Kalau orang pergi rumah u, buat kotor,u marah kan?"
"Sha.."
"U jawab soalan i..u marah ke tak?Orang tak diundang datang rumah u, masuk rumah u tanpa izin, lepas tu blah macam tu je,dengan keadaan rumah tu kotor,u marah tak?"
"Sha...jangan macam ni" Danny mencelah.
"Ok fine,kalau semua tak setuju, kita balik sekarang. Syaz,jom" aku terus masuk ke dalam kereta Syaz walaupun menyedari beg tangan aku dalam kereta Danny. Syaz terdiam, tak terkata apa-apa sebab dia jarang tengok aku marah macam tu. Enjin baru sahaja dihidupkan, Adib datang semula ke arah kami. Tingkap kereta diketuk perlahan, aku menurunkan tingkap kereta. Hujan yang sudah berhenti dari tadi, macam dah nak mula hujan balik.
"Yes Encik Adib,apa lagi?" kataku tanpa sedikit pun memandang ke arah dia.
"Sha, i minta maaf ok" kata Adib.
"U minta maaf ni sebab Danny suruh,kan?" teka ku.
"Tak..sebab i memang nak minta maaf. Sorry,ok? Jom,kita masuk balik ke dalam bersihkan semua tu.Please?" ajak Adib.
Aku terdiam. Tadi tak nak, ni dah elok-elok duduk dalam kereta, enjin pun dah start bagai, baru kau nak ubah fikiran pulak? Sebelum Adib berubah fikiran,aku terus bersetuju. Kami patah balik ke dalam rumah tu untuk bersihkan sisa darah Diana yang agak banyak di atas lantai terutamanya di bahagian tangga dan sepanjang jalan ke pintu masuk utama. Nasib baik la salah satu lampu suluh besar milik Aiman tadi, masih lagi ada pada Syaz, kalau nak harap lampu suluh kecil tu,agak sukar. Aku berfikir macamana nak bersihkan lantai tu,kain buruk dah la tak ada,air tak ada. Bingung seketika. Tak ada idea. Aku cuba mencari sesuatu di rumah tu, untuk lap lantai. Surat khabar pun tak ada, langsir ada la. Tapi,takkan nak cabut langsir tu kot? Untuk lap lantai? Hish,tak sesuai pulak.
Danny berkata sesuatu pada Adib tapi aku tak faham, kerana mereka mula berkomunikasi dalam Bahasa Cina Hakka. Nampak seperti mereka sedang berbincang sesuatu. Aku diam sahaja sambil cuba berfikir-fikir akan cara lain. Danny cuba ke bahagian dapur dengan Syaz,manakala aku dengan Adib masih menunggu di ruang tamu dengan keadaan yang samar-samar tu. Danny kembali ke ruang tamu dengan sebaldi air. Haih, berfungsi ke paip air rumah ni,biar betul,aku terperanjat. Menurut Danny,dia saja je nak cuba tengok tadi, ada air paip ke tak. Tak sangka pulak betul-betul ada walaupun air tu kotor dan agak kekuningan tapi boleh lah kalau nak guna untuk bersihkan lantai. Danny dan Adib meminta aku dan Syaz beralih ke tepi sebab mereka nak bersihkan kawasan tangga dan lantai, mereka cuma suruh kami tolong suluhkan saja,yang lain-lain,mereka buat. Ok,dah cukup bagus ni, tapi nak cuci macamana? Dorang jirus je kot.
Belum sempat aku berfikir panjang, aku agak terkejut apabila Danny tanggalkan baju dia, Adib pun sama. Aku cepat-cepat alih pandangan, terasa malu tiba-tiba sebab aku tak pernah tengok mereka dalam keadaan begitu. Syaz pun terkejut sama.
"Hoi...korang ni dah kenapa buka baju pulak?" tegur Syaz menahan ketawa. Tapi,aku sendiri dah mula ketawa.
"Kan takde kain..pakai je lah baju kitorang dulu,balik nanti boleh cuci tapi lepas tu kena buang terus lah" jawab Danny.
"Oh...tu yang korang bincang tadi eh?" tanya aku.
"A'ah..." kata Danny,tanpa memandang ke arah aku langsung,nampak sangat dia segan. Adib rilek je, ke dah biasa buka-buka baju depan perempuan? Aku dan syaz sempat berbisik-bisik mengumpat.
"Weh...tak payah nak bisik-bisik lah,tau lah body i hot. Dah,pandang sana!" kata Adib memecah sunyi. Aku dan Syaz tergelak lagi. Aku mencuri pandang ke arah Danny dan Adib, dah lah tinggi, badan agak tegap jugak, kulit cerah je. Stok lelaki selalu pergi gym lah tu, sebab aku selalu jugak dengar Danny pergi gym yang tak jauh dari rumah dia. Rasa nak tergoda pulak tengok dorang dalam keadaan macam tu, padahal sebelum tu tadi, bukan main lagi melalui saat genting, sekarang ni,perasaan takut tu macam dah hilang.
Aku agak terkejut bila bunyi guruh kedengaran kuat, macam nak runtuh langit. Kilat sabung menyabung. Perasaan yang sudah agak tenang tadi, kembali terganggu apabila mataku berjaya menangkap kehadiran entiti lain di rumah itu.
Tiada apa yang mampu aku lakukan..kecuali... terdiam.
Bersambung..
P/S : Next update - Selasa 7 Februari 2012 |
|
|
|
|
|
|
|
Minta maaf banyak, hampir pukul 2 pagi baru ada update, jenuh sy menjawab sebab dah ramai yang buzz kat chatbox facebook tanya dah siap ke tak. Hehehehe sorry sangat2 sebab delay! Ampunnnnnnn..... |
|
|
|
|
|
|
|
serammmnyeee....saspennn...!!!gigih saya baca ngan adik beradik ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Ok, agak menyeramkan.... Meremang rambut hamba membacanya |
|
|
|
|
|
|
|
berani betul pergi patah balik sebab nak basuh darah tuh...tapi lagi seram kalo tinggal camtu je... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Cik_Es, selama ni saya SR aje. Memang seronok baca kisah cik_es ni. Saya pernah tinggal di banglo kuarters kerajaan selama 9 tahun zaman 70an dulu..bila cik_es cerita pengalaman ni saya teringat waktu kami dok sana. Arwah mak saya selalu kena kacau/rasuk sebab dia lemah semangat dan boleh nampak benda2 mcm ni. Waktu kami berpindah ke rumah baru, semua suis lampu kt dalam rumah tu tak boleh ditutup ..maka terang benderanglah banglo tu hingga ke hari berikutnya. Arwah bapak n mak tak bagi kami tolong angkat barang mungkin sebab tak mau kami nampak apa2 yg tak sepatutnya dinampak. Adik saya cerita, rumah tu bagaikan tak bagi kami pindah. Maaf ya sebab mencelah. Sekadar berkongsi pengalaman. |
|
|
|
|
|
|
|
yeay..first time rase suspens bila baca cite TT
salam maulidurrasul to u too |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by langit_biru18 at 5-2-2012 09:37
Reply 1125# cik_es
suspennyer..tq cik es for your new entry... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1131# kazman
crita la lagi kazman.... boleh share dgn ktorg... TT mesti ok punyer.. heheh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1134# lilinputih
Oleh kerana TT kata dia akan update pada 7/2 nanti, izinkan saya tambah sikit lagi ttg rumah lama kami tu. Rumah banglo kuarters kerajaan yang kami duduk tu memang sah ada "penghuni" lain. Nak cerita sikit berkenaan banglo tu: Laman rumah kami seluas padang bola. Ada pokok rambutan, pokok buah nona, jambu batu dll.Pokok rambutan kami tu dulu ada buaian tp lepas arwah mak ternampak cik pon dok main buaian tu terus ditanggalkan..
Apabila kami bermain di belakang rumah, waktu malamnya mmg sah akan mengigau kena kejar hantu. Selalu kami dengar seolah-olah arwah mak panggil tapi bila gi kat dia, dia cakap tak panggil pun.
Arwah bapak saya cerita masa saya kecil dulu dlm lingkungan umur 3-4 thn, saya hilang. Jenuhlah diorg mencari sekitar rumah, dalam bilik tidur, bilik stor, bilik pembantu rumah semua takde. Akhirnya lepas arwah bapak saya azan, baru jumpa saya tertidur dalam bathtub bilik mandi kat atas. Padahal dah beberapa kali jenguk kat situ..maknanya benda tu nak menyakatlah..
Adik saya pulak cerita pernah sekali tu arwah mak n bapak gi outstation dan kami tidur kt bilik tetamu tingkat atas bersama dgn pembantu rumah...takut punya pasal..adik saya terjaga dan ternampak tangan berbulu lebat tgh mengagau dari siling berdekatan katil kami seolah-olah mencari benda utk bergantung..nasib baik adik saya tak menjerit masa tu cuma dia tarik selimut dan berkelubung hingga esok paginya. Saya, Alhamdulillah tak pernah dpt tgk benda2 mcm ni..dan tak mau tgk punn...
Sekarang ni rumah banglo tu dah takde. Semuanya dah dirobohkan. Tempat tu sekarang ada hotel 5 bintang. Tak taulah apa jadi kat "penghuni" lama banglo tu sama ada masih kat situ atau terpaksa pindah. Syukurlah masa kami pindah rumah, dia tak ikut sekali.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply lilinputih
Oleh kerana TT kata dia akan update pada 7/2 nanti, izinkan saya tambah ...
kazman Post at 5-2-2012 18:07
haahh...tangan berbulu... seramnya!! |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah! Suspennye kak sha..takut..ape la yg kak sha nampak tu ek.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1135# kazman
Entah2 penghuni lama tu pindah sekali kat hotel tu.ye lah kan org rubuh tpt dia ,lagi [pun dia nak juga tingal kat hotel yg bertarap lima bintang.klass gitu hantu pun naik tarap juga. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
yey ada hupdate he3
sila sambung yerrr TT
oittt jgn merusuh krg FRU momod mai ha3 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1139# evita_ina
khennn...... tak yah nak buzz2 Aishah tu.... sian dia.. tak senang duduk dia ...nak buat kerja pun tak tenang.... Kan dia dah janji, Insya'allah kalau dia sihat dia akan update setiap hari Selasa & Sabtu... ok la tuuu... sbb walaupun 2 kali seminggu tapi bila dia update.. dia post panjang-panjang.. memang berbaloi menunggu... yang penting kena ada sikap sabar lahhh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1136# cik_es
Esoknya kami tengok bahagian siling di mana adik saya ternampak tangan berbulu tu terjulur keluar. Ada kesan macam atap bocor tapi takde lubang. Bila kami bgtau arwah bapak, dia kata adik mengigau aje tu takde apa2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1138# voiletiris
Kalau ada kesempatan, silalah ke Hotel The Royale Chulan di jalan Conlay, Kuala Lumpur. Kat sanalah letaknya kuarters kerajaan yg kami duduk dulu. Saya pun setuju kalau "penghuni" lama tu lagi syok dok kat sana sebab ramai org dia boleh sakat & takyah bayar apa2 nak enjoy semua kemudahan hotel 5 bintang tu..hehehe! |
|
|
|
|
|
|
| |
|