Review dari aku sikit pasal cerita nie
Ashraff pilih Edryna sebab dia memang nak carik perempuan yang pakai baju kuruang + bawak mangkuk tingkat. Tak sangka dekat tengah-tengah KLIA, dia akan jumpa ciri-ciri perempuan yang dia carik. Ashraff is a pilot. Pilot yang bagi aku dalam citer nie macam cool dan maybe hensem kot sebab ada gak yg terhegeh-hegeh kat dia (pilot suma hensem ker? ). Tak lupa jugak karektor dia sebagai suami yang nampak penyabar + betul2 berusaha untuk lembutkan hati Edryna.
Edryna benci lelaki nama Asyraf. Tak kisahlah Asraf ker, Ashraff ker, Asrap ker. Bila bunyi sama, automatik dia tak akan suka sampai bila-bila walaupun perangai manusia nie kan lain-lain. Tapi sebab 1 insiden kerana lelaki bernama Asyraf sampai meninggalkan kesan yang tak boleh nak dihilangkan, itulah sebab kenapa Ashraff juga turut dibenci. Hanya kerana nama yang sama dengan lelaki yang Edryna benci. Bekerja sebagai associate consultant untuk company yang terlibat dengan report alam sekitar. Sebab tu mangkuk tingkat jadi pilihan hati dia memandangkan benda tu tak akan bagi sebarang kesan pada alam sekitar.
Macam biasa. Mula-mula benci. Tapi kalau dah hidup sebumbung, makan sama, tengok tv sama, lama-lama akan jadi rindu dan sayang. Itulah yang terjadi kat Edryna. Bila dah bahagia mesti ada yang cemburu kan. Acap@Asyraf, lelaki yang pernah kena sepak dengan kasut Edryna datang nak balas dendam
Bagi aku ok. Citer nie aku boleh layan walaupun starting aku rasa macam bosan sikit. Ada info pasal macam mana nak jaga alam sekitar nie yang aku rasa semua orang tahu. Antara buat-buat tak tahu atau tak amik tahu. Terselit juga kisah mereka-mereka yang bergelar pilot. Yang penting apa pun kerja kita, hati kita sendiri yang tentukan kita nak jadi baik atau tak. Wah! Dah apahal pulak bercakap macam nak bagi motivasi nie Tapi cerita nie lama-lama jadi sweet + kelakar. Part yang aku ingat sampai skrang bila Ashraff cuma dapat upah 30 sen dr Edryna lepas antar barang pegi pusat kitar semula dengan punya bersemangat Ashraff buat announcement kat dalam flight untuk isteri tercinta tapi Edryna boleh plak membuta. Memang spoil
So, saper tak baca lagi, nie blh masuk dlm list ok utk beli time BF nanti. Kalau nak cepat, p jenguk kat Jemari Seni |