CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik_es

Panggilan Telefon Misteri (Part 2)

   Close [Copy link]
Post time 2-2-2012 12:09 PM | Show all posts
cik es
yg citer pasal 'nani' tu mmg abih takat ari tu je eks...
konon cam say hai je ke??? tak de citer selanjutnye??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2012 12:09 PM | Show all posts
dah ada sambungan pun..

seronok dgr pengalaman cik es..beraninye la kan korg pergi terjah umah tue..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 02:31 PM | Show all posts
citer mistik disulami dgn cinta dan lucu... akak suka sgt2... terutama bab lelaki cam Danny yang tersangatlah romantik... haiiii leh cair akak tau!!! sib baik akak dh kawin, kalau tk.... pass Danny to me jer lah... hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 04:24 PM | Show all posts
waarghhh.... saspennyer
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 04:29 PM | Show all posts
Reply 1076# cik_es


    dear, u ada SLE? take care.. i heard that penyakit tu xde cure..kene mkn steroid kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2012 05:03 PM | Show all posts
rumah2 kerajaan yg lama2 nie mmg slalunya berhantu kot..aku dulu penah dok kat umah banglo kerajaan  ...
pooh83 Post at 2-2-2012 09:57


yang dimaksudkan tu,rumah kerajaan di sini ke yang awk pernah tinggal? ke rumah kerajaan di tmpt lain? misteri jugak rumah2 kerajaan ni ek! btw,terima kasih atas doa

get well soon, Cik_Es!!!
mala0n Post at 2-2-2012 11:16


Kamsiaaaa

cik es
yg citer pasal 'nani' tu mmg abih takat ari tu je eks...
konon cam say hai je ke??? tak de  ...
seeri_7843 Post at 2-2-2012 12:09


belum habis dear...masih ada sambungan lagi tentang nani


dah ada sambungan pun..

seronok dgr pengalaman cik es..beraninye la kan korg pergi terjah umah  ...
zaza86 Post at 2-2-2012 12:09


berani LAH SANGAT... haha... sambungan akan datang korang nilai lah sendiri BETAPA BERANINYA kitorang.. hihi

citer mistik disulami dgn cinta dan lucu... akak suka sgt2... terutama bab lelaki cam Danny yang ter ...
tahilalatmanis Post at 2-2-2012 14:31


heppp....jaga akhlak kak... kih kih


Reply  cik_es


    dear, u ada SLE? take care.. i heard that penyakit tu xde cure..kene mkn ste ...
asamfy87 Post at 2-2-2012 16:29


Ya syg...Kalau dlm dunia perubatan,ya there's no cure untuk penyakit SLE,so far. Tetapi kita berbalik pada janji Allah,setiap penyakit Insya Allah ada ubatnya. A'ah,sy memang ambil steroid,dah setahun lebih. Baru-baru ni penyakit SLE sy relapse,sebab tu kdg2 kalau tak muncul kat sini lebih dari seminggu,mmg kurang sihat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2012 05:47 PM | Show all posts
jaga kesihatan ye cik-es...

adik saye pun ada SLE...dia kena diagnosed sejak sekolah rendah sampailah skrg dah anak dara...sentiasa berulang-alik ke hospital & bergantung pd ubat...ubat dia 1 plastik penuh mcm2 jenis...minggu lps baru je buat physio sbb doktor nak tau kekuatan otot & tulang...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 07:55 PM | Show all posts
thanks cik es....
terbaiiikkkkk....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2012 10:21 PM | Show all posts
Reply 1110# cik_es

i ade 2 org adik ipar yg ade SLE..i know how they suffer..sorang dah pergi menghadap ilahi..lagi sorang tgh fight...die ni kuat sikit...nak lawan penyakit tu katanya...take care n don't stop fighting...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 11:52 PM | Show all posts
Sy tahu banglo yang awk maksudkan tu, bumbung dia segitiga. Kat situ dulu memang ada kes bunuh,  ...
cik_es Post at 2-2-2012 09:25


Haaaa.....btul..baru teringat yang bumbung dia pelik sket...tapi tak teringat bentuknya...dulu kitaorang selalu ngintai bila diaorang kumpul ramai2 kat situ.  Bising betul sebab selalu ada aktiviti mabuk2..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 09:40 AM | Show all posts
Tggu update cik es esok(sabtu) dan 7/2(selasa) tp rabu baru dpt bce sbb cuti am kan..xpe, leh rempit bce byk²..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 04:23 PM | Show all posts
hbs gak merempit part I and part II

TT, jaga diri k
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 05:48 PM | Show all posts
best la citer cik es ni....

*part yg ak tnggu adalah part cintan-cintun cik es ngan danny..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 09:43 PM | Show all posts
Reply  cik_es

Check in..Dengan setia menanti cerita dari cik_es...
7teen Post at 9-10-2011 15:39



    yess...yess...gegehh ni mengikuti. best sangat, boleh buat novel le..buat le cik_es, rugi woowww, nanti bleh dpt publisiti dan duit royalti..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 11:38 PM | Show all posts
Menanti hari esok dengan sabar...(^_^)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2012 11:42 PM | Show all posts
yess...yess...gegehh ni mengikuti. best sangat, boleh buat novel le..buat le cik_es, rugi  ...
Hearty_Winter Post at 3-2-2012 21:43


sy dah terangkan pasal ni dulu, cerita ini tidak akan sesekali dikomersialkan dalam bentuk apa sekalipun untuk hormat permintaan sahabat sy Freddie. kalau cerita lain,insya allah dalam perancangan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2012 02:49 PM | Show all posts
cik_es..........
selama ni saya SR jek.. tapi sy nak bagitau,
mengalir air mata saya part cik es crita kat akash pasal wife die.......
sedih sangat......... tak tau la macam mana kalau kita kat tempat akash kan......
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2012 05:19 PM | Show all posts
nice story! keep up!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2012 05:24 PM | Show all posts
Assalamualaikum, seperti yang sy janjikan, setiap hari Selasa & Sabtu akan ada update dan seperti biasa, update sy akan buat pada waktu malam sebab sy perlu buat "final touch" sebelum paste ke sini, sy sangat menjaga kualiti cerita untuk kepuasan pembaca.

Cuma,malam ni sy update lewat sikit mungkin dalam pukul 10 malam atau lebih sebab sy agak sibuk sikit malam ni, sy pergi attend Ceramah Khas Maulidur Rasul di Masjid At-Taqwa Miri Sarawak.

Salam Maulidur Rasul
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2012 01:25 AM | Show all posts
20...

Tiba-tiba mata menjadi silau apabila terdapat cahaya lain yang mula menyinari lorong kecil itu. Kami berpandangan antara satu sama lain. Ternyata.. kami tidak berempat,kerana ada yang lain bakal menemani. Sebuah kereta Kenari merah menyusuri masuk ke dalam lorong kecil yang kami lalui tadi, kelihatan seperti mereka juga meninjau-ninjau kawasan itu, kereta mereka dipandu cukup perlahan. Ada kemungkinan mereka tidak menyedari kehadiran kami di situ kerana persekitaran yang agak gelap membataskan penglihatan. Kami memerhati sahaja kereta itu hinggalah mereka mula menyedari kehadiran kami,kerana mereka memasang lampu tinggi beberapa kali sebagai isyarat. Kami melambai dari jauh. Kami belum pun sempat meninjau ke dalam kawasan rumah tinggal tersebut, niat tergendala kerana tertarik pada kereta Kenari merah tu. Siapa mereka? Pemburu hantu kah? Paranormal seekers macam dalam majalah mastika tu ke? Fikiran ku agak jauh melayang, perbagai andaian timbul, namun tidak ku suarakan pada sesiapa kerana bimbang diketawakan lagi seperti kebiasaan.

Akhirnya kereta mereka diparkir berhampiran tempat kami berpijak. Enjin dimatikan. Seorang demi seorang keluar dari kereta, mereka datang bertiga. Dua orang lelaki dan seorang perempuan,dua daripadanya berwajah agak seiras, adik-beradik mungkin,fikirku. Seorang dari mereka pun aku tak kenal langsung.

"Hai... korang buat apa sini?" tanya salah seorang dari mereka.
"Assalamualaikum.." sapa Adib.
"Hehe...Waalaikumsalam.. korang tinjau-tinjau jugak ke?"
"A'ah...sekadar nak tengok-tengok. Tak pernah masuk sini. Korang?" jawab Syaz.
"Sama lah..tadi lepak kat pantai sana,dengan member lagi 2 orang. Memang planning nak tengok tempat ni" kata mereka.
"By the way,korang ni paranormal seekers ke?" tanya ku, sebab aku tengok mereka bawa kamera DSLR bagai. Pertanyaan aku mengundang senyum Danny,hampeh.
"Tak lah..cuma sekadar nak cuba ambil gambar pemandangan sini waktu malam je. Banyak dengar cerita je..saja nak tengok sendiri" kata mereka,berani.

"Aku Aiman.. ni adik aku,Diana. Yang tu kawan kitorang,Budi" kata Aiman. Mereka bersalaman dengan kami. Betul sangkaan aku tadi, adik-beradik.
"Aku Adib.. ni adik aku Danny, yang tu awek dia,Sha. Yang macam perempuan tak siap ni,Syaz" kata-kata Adib membuat mereka ketawa berdekah,termasuk Syaz.
Aku je terpinga-pinga sekejap, bila masa pulak aku jadi awek Danny? Suka tau buat spekulasi,aku ni bukan artis yang nak digosipkan dengan sesiapa. Menyampah.
Mereka memandang-mandang ke arah Danny dan Adib beberapa kali,mungkin masih tak percaya yang Adib tu abang kepada Danny. Macam aku juga dulu, ingatkan Adib tu adik Danny sebab wajah macam budak-budak.

Kami berkongsi pendapat seketika di situ, agak menyenangkan apabila Aiman,Diana dan Budi sangat peramah. Belum pun sampai setengah jam kami kenal antara satu sama lain, tetapi keserasian sudah agak terjalin. Menurut Aiman, mereka sudah merancang nak ke rumah tinggalan itu sejak minggu lepas lagi tapi ditangguh pada minggu berikutnya sebab lagi dua orang kawan nak ikut, tapi mereka batalkan di saat akhir sebab tiada keberanian. Akhirnya,hanya mereka bertiga yang jejak kaki di situ dan sedikit lega sebab kami berempat turut berada di situ atas tujuan yang sama, walaupun sebenarnya tak ada dalam perancangan asal. Ini lah yang orang kata,kebetulan. Kebetulan kah? Mungkin. Kami berbincang sebentar dan Aiman mengajak kami untuk memasuki rumah itu sebab mereka memang dah standby awal-awal lampu suluh yang agak besar, macam nak memburu di hutan pada waktu malam pulak. Ah sudah, mereka ni nak masuk rumah pulak, aku makin tak sedap hati. Nampak macam aku seorang je yang takut kat situ, yang lain macam rilek je termasuk Diana. Jiwa kental betul mereka ni.

"Erm... korang pernah dengar tak,kalau nak pergi tempat macam ni,tak elok pergi dalam jumlah ganjil..." aku mengeluarkan teori yang dari mana entah aku dapat,aku pun dah tak ingat.
"Maksud kau?" tanya Syaz.
"Contohnya macam kita ni kan, jumlah tujuh orang,tak elok sebab nombor ganjil. Kena cukupkan lagi sorang,jadi lapan" terangku.
"Ye ke?Atas sebab apa pulak?" tanya Budi.
"Sebab... kalau kita pergi tujuh orang, yang lagi sorang tak da pasangan kan,nanti ada makhluk lain temankan dia" jelasku lagi. Aku tidak berbohong,itu lah petua yang pernah aku dengar waktu masih sekolah dulu, cuma aku tak pasti tentang sumbernya. Petua kalau tak nak ada makhluk lain ikut serta,kena pergi dalam jumlah genap. "Petua orang lama-lama kot.. Saja je tu. Redah je lah Sha,bukan selalu kita pergi tempat macam ni" kata Syaz. Akhirnya aku bersetuju.

Kami mula meninjau sebuah rumah yang paling besar di situ,rumah batu. Tak lah sebesar banglo mewah,tapi boleh lah dikatakan agak besar berbanding rumah-rumah yang lain. Sampah dan daun-daun kering berselerakan sana sini. Rumput sangat panjang dan tumbuhan menjalar lain sudah tumbuh hingga ke dinding rumah. Terdapat beberapa pasu bunga, tapi kebanyakannya sudah retak. Kawasan menjemur baju yang diperbuat dari besi juga sudah berkarat, terdapat sebuah buaian kecil di situ,mungkin sebagai mainan anak-anak kecil atau tempat bersantai satu ketika dahulu,juga sudah berkarat tetapi masih utuh berdiri.

Langkah demi langkah disusun perlahan,kami tidak berbual sesama sendiri waktu itu,kerana masing-masing leka memerhatikan keadaan di situ. Kami mengikut sahaja 'ketua tidak rasmi' kami iaitu Budi,mungkin kerana dia kelihatan lebih berani,dengan wajah yang sedikit bengis tapi mungkin di dalam hati ada taman hehehe. Apabila Budi berhenti melangkah,kami juga berhenti. Apabila Budi ke sesuatu tempat ke sebelah kanan,kami juga begitu. Kami tidak mahu dan tidak akan berpecah,seperti yang sudah dipersetujui lebih awal. Keadaan gelap sudah menjadi agak terang kerana lampu suluh, mereka bertiga iaitu Budi, Aiman dan Diana membawa seorang satu lampu suluh yang boleh tahan besarnya. Manakala aku, Danny, Adib dan Syaz cuma menumpang cahaya lampu suluh mereka, aku ni lampu suluh kecil ada la,itu pun Danny punya,yang digantung sekali dengan kunci kereta dia. Bila aku teringat pasal handphone, pantas tanganku meraba poket, aduh handphone tertinggal dalam beg,beg pulak dalam kereta. Kereta tu tadi kunci ke tak eh? Aku terfikir-fikir..

"Awak..." Aku menyentuh lengan Danny dengan lampu suluh. Danny menoleh.
"Kenapa?Awak okay?Nak balik?" tanya Danny.
"Tak.. tadi awak kunci tak kereta?"
"Erm...tak sure,tak ingat" jawapan Danny membuat aku resah. Takkan nak hilang beg tangan lagi buat kali kedua? Parah.
"Ala..handbag sy kat dalam tu,handphone wallet semua dalam tu"
"Jadi,apa masalahnya sekarang?"
"Tak kena curi ke?"
"Hey..siapa yang ada kat sini waktu-waktu macam ni,kita je kan?"
"Mana lah tau..kot-kot ada orang lain nampak kat situ ada kereta,dorang nak curi ke.."
"No,i don't think so. Jangan risau ok" Danny meyakinkan.Aku mengangguk sahaja.

"Tapi.." kata Danny.
"Tapi apa?"
"Awak nak call abang awak ke?Awak janji balik rumah pukul berapa?"
"A'ah eh.. Pinjam lah handphone awak sekejap,nak sms je"

Aku menghantar sms pada abang aku, maklumkan pada dia pasal aku balik lambat. Selepas memastikan sms tu delivered, aku pun menyerahkan balik hp tu pada Danny,tapi belum sempat Danny memasukkan handphone tu kembali ke dalam poket, handphone tu berbunyi dan abang aku yang call. Aku menggelabah seketika. Takkan nak cakap dengan abang aku yang aku dekat...rumah hantu, eh rumah kerajaan lama yang keras ni?Nak kena tibai balik rumah nanti, boleh lah.

Aku jawab panggilan tu, abang aku bertanya aku di mana dan kenapa balik lambat. Lebih-lebih lagi aku sms guna handphone Danny,bukan dengan handphone sendiri,menimbulkan lagi syak. Aku cuma beritahu pada dia, aku lepak kat pantai dengan dorang Danny dan Adib, Syaz pun ada sekali dan terjumpa kawan-kawan lama,mungkin lepak lama sikit. Kawan lama? Padahal baru je kenal tadi, tepi pantai lah sangat kan. Aku berjanji dengan abang aku,aku balik sebelum pukul 12.30 malam, fuhh nasib baik abang aku tak banyak tanya lagi cuma dia pesan nanti make sure kalau balik, Danny hantarkan sampai rumah. Aku ia kan sahaja. Aku serah balik handphone tu pada Danny.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.050815 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list