CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Vellfire

[Borneo] Rumah Borak Borneo~Auk ajaklah

[Copy link]
 Author| Post time 6-2-2026 09:22 AM | Show all posts
40 pemain pétanque akan dipanggil sertai pemilihan selepas SUKSAR IV 2026
Februari 5, 2026, Khamis - 2:02pm



SIMANGGANG: Kira-kira 40 pemain pétanque akan dipanggil menyertai proses pemilihan selepas Sukan Sarawak (SUKSAR) IV 2026, ketika Persatuan Sukan Boules Sarawak berusaha memuktamadkan skuadnya bagi Sukan Malaysia (SUKMA) XXII di Selangor Ogos nanti.

Presidennya Dato Wan Abdillah Edruce Wan Abdul Rahman (gambar) berkata, para pemain akan dinilai kira-kira seminggu selepas SUKSAR berakhir dengan hanya tujuh pemain dipilih menyertai pasukan negeri.

“Pemilihan akhir pasti mencabar kerana Sarawak mempunyai kumpulan pemain yang berbakat besar.

"Daripada 40 pemain dipanggil, kami akan menyediakan senarai panjang 20 orang terdiri daripada 10 lelaki dan 10 wanita sebelum sebelum ia dimuktamadkan,” katanya kepada The Borneo Post.

Katanya, seramai 54 pemain daripada empat zon bertanding dalam acara pétanque pada SUKSAR tahun ini dengan setiap zon menghantar 14 pemain yang terdiri daripada tujuh lelaki dan selebihnya wanita.

Setiap kontinjen disokong tiga pegawai, iaitu seorang pengurus dan dua jurulatih menjadikan jumlah keseluruhan pegawai yang terlibat dalam acara itu seramai 12 orang.

Wan Abdillah berkata, pemain terpilih akan menjalani latihan intensif kira-kira enam bulan sebelum SUKMA bagi memastikan mereka benar-benar bersedia menghadapi temasya peringkat kebangsaan itu.

“Kami telah memulakan persiapan dengan melantik jurulatih negeri lebih awal sebelum SUKSAR iaitu bermula 3 Februari... jurulatih tersebut akan ditawarkan kontrak selama dua tahun bagi memastikan kesinambungan latihan dan pembangunan,” katanya.

Acara pétanque pada SUKSAR IV 2026 berlangsung dari 5 hingga 8 Februari di Arena Pétanque, Kompleks Sukan Sri Aman.

Para atlet mewakili empat zon, iaitu Zon Selatan (Kuching, Samarahan dan Serian), Zon Barat (Sarikei, Betong dan Sri Aman), Zon Tengah (Sibu, Mukah dan Kapit) dan Zon Utara (Miri, Bintulu dan Limbang).

SUKSAR IV 2026 yang dianjurkan bersama oleh Sri Aman, Betong dan Lubok Antu menampilkan 11 acara sukan melibatkan lebih 700 atlet berusia bawah 21 tahun serta menjadi platform penting untuk mengenal pasti bakat bagi pertandingan peringkat kebangsaan.

Pada SUKMA terdahulu yang dianjurkan di Sarawak, pasukan pétanque negeri melepasi jangkaan dengan meraih lima emas dan tiga perak sekali gus mencatat antara pencapaian terbaik oleh mana-mana kontinjen dalam acara tersebut.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-2-2026 09:35 AM | Show all posts
Trienekens jalankan perkhidmatan kutipan sampah awal sempena TBC
Februari 6, 2026, Jumaat - 9:17am

KUCHING: Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd akan menjalankan perkhidmatan kutipan sampah awal di kawasan terpilih di Kuching sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) akan datang.

Menurut kenyataan dikeluarkan Syarikat itu kutipan sampah di kawasan terbabit akan dijalankan sehari lebih awal, pada Malam TBC, 16 Februari (Isnin), bermula dari jam 12.00 tengah malam.

“Tiada perkhidmatan kutipan sampah di kawasan yang terjejas pada hari pertama Tahun Baharu Cina, Selasa, 17 Februari.

“Perkhidmatan kutipan di kawasan ini akan disambung semula mengikut jadual biasa selepas itu. Jadual kutipan di kawasan lain di bandar ini akan kekal tidak berubah,” katanya.

Penduduk dinasihatkan untuk meletakkan tong sampah roda mereka di luar pada malam sebelum kutipan bagi mengelakkan terlepas kutipan.

Mereka juga digalakkan untuk memastikan kawasan kejiranan mereka bersih dan mengelakkan pembuangan sampah sembarangan.

Sebarang sisa tambahan hendaklah dibungkus dengan selamat dan diletakkan di sebelah tong sampah roda pada hari kutipan untuk pelupusan yang selamat dan betul oleh pasukan kutipan.

Kawasan yang terjejas oleh perkhidmatan kutipan awal adalah di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU):

Jalan Gold Jade, Jalan Kim Kiat, Lorong Sungai Maong Hilir, Jalan Cross, Jalan Pisang Barat, Jalan Jambu, Lorong Angsana, Jalan Star Garden. Lorong Sky Garden 2,4, 6, 8, 8A, 8A1, 8A2 & 8A3, Lorong Bulan, Lorong Chu Shu, Poh Kwong Park, Lorong Poh Kwong 1, 2, 3, 4, 5, 6, 8B, 8B1 & 8B2, Jalan Kepayang, Lorong Kepayang 1, 2, 3, 4, 5, 7 & 8, Lorong Sungai Maong Tengah 5 & 5A, Lorong Kapor 1, 2, 3, 5, 6, 7, 9, 11 & 13.

Jalan Maxwell, Jalan Rickett, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Jalan Tun Abang Haji Openg, Jalan Batu Lintang, Jalan Mcdougall, Jalan Roadway, Flat Badaruddin (Polis), Jalan Rubber Road West, Lorong Rubber 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 12 & 14, Lorong Rubber 14 & 14A, Lorong Ong Guan Poh 1 & 2.

Manakala di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) - Jalan Wan Abdul Rahman, Lorong Sekama 2 & 3, Lorong Chawan 2, Taman Chung Hua, Jalan Foochow No. 1 (North), Lorong Foochow 1B, 1F, 1H & 1J, Jalan Foochow No. 2, Jalan Ming Ching, Jalan Berjaya, Jalan Cahaya, Jalan Dato Bandar.

Jalan Ong Tiang Swee, Jalan Bukitan, Jalan Bidayuh, Jalan Lowlands, Jalan Midlands, Jalan Uplands, Lorong Simpang Tiga 1, Kenny Hill, Jalan Jelutong, Taman Kenny Heights, Jalan Beda, Marbel Garden, Jalan Laksmana Cheng Ho, Lorong Laksmana Cheng Ho 2, 2A & 2A1.

Jalan Padungan, Jalan Abell, Jalan Tabuan, KMC Flat, Central Court Apartment, Jalan Ellis, Lorong Ellis 7 & 11, Central Avenue, Jalan Pinang, Jalan Lumba Kuda, Jalan Tan Sri Datuk William Tan, Jalan Pending, Persiaran Poh Ming, Taman Orchid, Jalan Foochow No. 1 (Upper), Lorong Foochow 1U, Lorong Foochow 1M, 1N, 1P, 1Q, 1R, 1S, 1T & 1V, Lorong Chawan 7, 8, 9, 10, 11, 13 & 14.

Jalan Rock, Lorong Rock 1 & 2, Taman Timberland, Taman Iris, Medan Iris Garden, Jalan Tong Wei Tah, Lorong Tong Wei Tah 7, Jalan Datuk Tawi Sli, Hua Joo Park, Lorong Hua Joo Park 4.

Jalan Tun Jugah, Stack 128 Apartments, Jalan Sherip Masahor, Lorong Sherip Masahor 3, Jalan Bintangor, Jalan Stampin, Lorong Stampin 14 & 16, Jalan Stampin Barat, Jalan Taman Hui Sing, Lorong Taman Hui Sing 1, 2 & 4, Jalan Taman Hui Sing Jaya, Jalan Datuk Bandar Mustapha, Jalan Minggi,  Lorong Taman Hui Sing 6, 7 & 8, Saville Suites, D'Jewel Condominium, Jalan Sherip Masahor, Jalan Datuk Bandar Mustapha, Jalan Hup Kee, Lorong Hup Kee 1 to 10, Taman Jelita.

Jalan Song, Lorong Song 3, Lorong Song 3A, 3B, 3D, 3F, 3G, 5A, 5B, 5C & 5D, Jalan Seladah, Lorong Seladah 2, 4, 6, 8 & 10, Jalan Kempas, Lorong Kempas 3, 3A, 3B & 3C, Lorong BDC B5 & B6, Taman Everbright Jaya, Jalan Stutong, Taman BDC Stampin, Lorong BDC A & B, Lorong BDC A1, A2, A4, A6, B1, B2, B3 & B4, Jalan Canna, Jalan Setia Raja, Lorong Setia Raja 4, 4A, 4C, 4E, 4F, 4H, 4K, 4K1, 4K3 & 4K6 (Tabuan Laru), Taman Casa Marbella, Kampung Sungai Laru.

Bagi Kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Padawan pula, kawasan terjejas meliputi- Jalan Bukit Cahaya, Jalan Rose Garden, Pearl Park, Lorong Sungai Maong Ulu 5, 6, 7, 8, 10,

11 & 12 (Empire Garden), Lorong Bukit Batu Kawa 1C & 1D, de'Loft Kuching-Greenwich Condominium, Kampung Sungai Maong, Greenwich South Condominium, DRYX Residences, Charming Garden Phase 2, Lorong Metro Park 1, 2, 3 & 3C2, Lorong Batu Kawa 3, 3A, 3C1, 3C2, 3G, 3H & 3J, Lorong Stapok Selatan 1, 2, 2A1, 2A2, 4, 6, 8 & 10, Palm Villa/Resident.

Lorong Kampung Semaba 10, 12 & 19, Jalan & Kampung Haji Baki Lorong 5, 5A, 5B, 5B1, 5B2, 6A, 6B, 6C, 7A, 7B, 7C, 7D, 7E &16, Lorong Semaba 5, 5/1, 6, 7, 8, 9, 10, 11 & 12, Taman Semaba, Semaba Park, Brilliance Garden, Kampung Sinar Budi Baru (Lorong Desa Wira 17B1, 17B2, 17B3 & 17B4, Tenth Square, Jalan Wen Hong, Winning Height,  Kampung Bumbok, Jalan Lama Batu Kitang, Kampung Batu Kitang Jaya (Kampung Kuala Dipang), Pekan Batu Kitang.

Jalan Batu Kawa, Kampung Sinar Budi Lama, Taman Lovelyland, Jalan Ngee Boon Kiung, Taman Chungnion Villa, Taman Sri Segedup, Kampung Segedup, Lorong Batu Kawa 4, Taman Rimba, Lorong Lintang, Kampung Stapok, Lorong Taman Kung Phin Height 1, 2, 3, 5, 7, 9 & 11, Kung Phin Park , Lorong Kung Phin 1 & 1/1, Lorong Taman Ka Hua 2A, Lorong Taman Victory 2B, 4, 4A & 4A1, Lorong Bayan Estate 1, 2, 3, 4, 5, 6,  6A, 6B1, 6B2, 7, 7A, 8, 10 & 10A to 10E, Lorong My Residence 1, 2, 2B, 3, 4, 4A, 6, 8 & 10, Jalan Kung Phin Ulu.

Lorong Belatok 15, Taman Saujana Indah, Taman Banjaran Serapi, Taman Malihah Jaya (Phase 2), 86 Residence - Jalan Sungai Tengah (Phase 1 & 2), Taman Malihah Jaya (Phase 2), Vision Hill, Taman Malihah - Lorong Belatok 7, 7A, 7A1 to 7A4, 11A to 11E, 13A ,13B,13C,13D, Taman Malihah.

Pangsapuri empat tingkat, Melina Jaya, Lorong Matang Jaya 6A1A to 6A1D, Lorong Matang Jaya 6A1 to 6A10, Taman M-Avenue, Taman Sri Perkasa, Taman Lee Ling, Taman Matang Jaya 3.

Stapok Housing Estate, Lorong Stapok Selatan 1, 3, 5, 7, 9, 11,11A, 11D, 11C1, 11C2, 11C2/1, 11D1, 11H, 13, 17, 19 & 21, Lorong Stapok Utara 11, Jalan Kangkok, Jalan Kangking, Chester Park, MJC One Residency, Taman Desa Moyan, Moyan Heights, RPR Taman Sri Cahaya, Taman Sri Moyan, Taman Moyaneeze, Kampung Sagah, Jalan Sin San Tu B, Jalan Sin Chern.

Jalan Taman Landeh, Lorong Landeh 1, Jalan Taman Fu Yi, Taman Sri Landeh, Taman Indah Landeh (RPR Landeh Lorong 1 & 3), Taman Greenland Villa, Taman Shun Lee, Taman High Park, Taman Penrissen Height, The Garden, Taman Lian Hua, Eden Fields, Taman Inling.

Orang ramai boleh menghubungi Trienekens’ Hotline di 082-612300 (Isnin-Jumaat, 8.30pagi– 5.30 petang) atau emel ke [email protected].


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2026 09:36 AM | Show all posts
Penduduk Kampung Batu Satu, Kuala Baram diberi pilihan
Februari 6, 2026, Jumaat - 9:19am



Lee (dua kanan) bersama Henry (kiri) dan Ahmad Denney menunjukkan kawasan pantai Batu Satu di Kuala Baram, semalam yang dipenuhi mendapan kelodak dan sisa kayu hitam sehingga menghalang laluan berhampiran struktur benteng pemecah ombak.

MIRI: Penduduk Kampung Batu Satu, Kuala Baram diberi tempoh dua minggu untuk membuat keputusan sama ada mahu menaik taraf laluan sedia ada yang kini tersumbat dengan sisa kayu bagi kegunaan bot nelayan atau laluan baharu dibina di lokasi alternatif.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata, penduduk kampung akan mengemukakan cadangan mereka dalam tempoh tersebut dengan input teknikal pakar Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi membantu mereka mencapai penyelesaian terbaik.

Menurutnya, struktur benteng pemecah ombak di lokasi itu telah berjaya mengurangkan kesan ombak kuat yang sebelum ini menyebabkan hakisan pantai, namun laluan berkenaan terus berdepan masalah mendapan kelodak sejak satu setengah tahun lalu, sekali gus memerlukan kerja pembersihan secara berkala oleh kontraktor.

“Sepanjang tempoh itu, kira-kira 55,000 meter padu sisa kayu dan kelodak telah dibersihkan.

"Bagaimanapun, kontrak kerja pengorekan laluan tersebut telah tamat dan peruntukan baharu diperlukan sekiranya kerja pembersihan mahu diteruskan.

“Pilihan yang ada sekarang adalah sama ada meneruskan penggunaan laluan ini atau membina laluan baharu dan penduduk kampung telah dilibatkan hari ini untuk mendapatkan pandangan mereka,” katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat di Pejabat Bahagian JPS Miri, semalam.

Hadir sama ialah Pengarah JPS Sarawak Datu Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Jurutera Bahagian Miri Henry Tuah, Pengarah Bahagian Pantai dari ibu pejabat Putrajaya serta beberapa pegawai kanan lain.

Sebagai langkah sementara, jabatan berkenaan akan meneruskan kerja pengorekan laluan bagi membolehkan bot nelayan keluar masuk dari rumah bot ke laut.

“Kita telah memanggil sebut harga dan keputusan pemberian kontrak kepada pembida berjaya akan diumumkan esok untuk melaksanakan kerja pembersihan, namun ini hanyalah langkah sementara,” katanya.

Pakar JPS akan memberi penerangan kepada penduduk kampung berkaitan kelebihan dan kekurangan kedua-dua pilihan selepas cadangan mereka dikemukakan.

Masalah mendapan kelodak dan sisa kayu hitam yang terdampar di kawasan pantai Batu Satu ketika ini semakin buruk semasa musim monsun, dengan keadaan laut bergelora dan kawasan itu berkemungkinan akan tertimbus sepenuhnya sekiranya tidak digunakan.

Struktur pemecah ombak tersebut dibina bagi mengurangkan hakisan pantai yang sebelum ini mengancam rumah bot di kawasan berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Lee memuji usaha JPS, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Bandaraya Miri (MBM) dalam membersihkan longkang serta kolam takungan air tersumbat di Senadin, Permyjaya dan sepanjang jalan pintasan Miri susulan kejadian banjir bulan lalu.

Beliau turut menggesa MBM supaya membaiki lubang jalan dan bahagian jalan yang rosak akibat banjir, termasuk menaikkan paras Jalan Ilmu di Senadin.

“Saya juga telah meminta JKR supaya meneliti tiga pintu air yang tidak berfungsi di bawah seliaannya berhampiran Kampung Tanjong Batu,” katanya.

Lee turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuang barangan rumah secara sewenang-wenangnya, sambil memaklumkan bahawa kontraktor yang terlibat dalam kerja pembersihan longkang baru-baru ini menemui pendingin hawa lama, tilam, sisa elektronik dan pelbagai barangan lain yang menyumbat saliran.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2026 09:40 AM | Show all posts
sbh - Ambil perhatian serius masalah infrastruktur di Sandakan

swk - Usah berspekulasi, beri ruang pihak berkuasa siasat sepenuhnya insiden lemas di Sibu Jaya

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2026 09:55 AM | Show all posts
Edar serbuk ekstasi, ketamin lelaki ditahan JSJN Sabah
Februari 6, 2026, Jumaat - 9:48am



TUMPAS: Rampasan dan tangkapan dadah direkodkan JSJN Sabah.

PENAMPANG: Kegiatan seorang lelaki mengedar dadah jenis serbuk ekstasi dan ketamin terbongkar selepas ditahan polis bersama hampir setengah kilogram dadah dalam serbuan di hadapan sebuah kondominium di daerah ini, pada Rabu.

Suspek berusia 37 tahun ditahan kira-kira jam 11 malam hasil pemerhatian sepasukan pegawai serta anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah sebelum ditahan di dalam sebuah kenderaan.

Ketua JSJN Sabah, Asisten Komisioner Alhusin Halil berkata, pemeriksaan terhadap kereta sedan dinaiki suspek membawa kepada penemuan 15 paket plastik berisi serbuk disyaki dadah jenis ekstasi dengan berat keseluruhan 498.01 gram.

Katanya, pasukan serbuan turut menemukan enam paket kecil berisi dadah disyaki ketamin seberat 15.10 gram.

“Pemeriksaan lanjut menjumpai 65 batang rokok disyaki mengandungi dadah.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM14,450,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek mengaku semua dadah berkenaan miliknya dan dipercayai mendapat bekalan daripada seorang individu.

“Bekalan ekstasi dan ketamin itu dipercayai dihantar ke sebuah pusat hiburan dengan kuantiti sekitar 15 paket ekstasi dan 25 gram ketamin bagi tujuan pengedaran.

“Siasatan juga mendapati suspek aktif menjalankan kegiatan pengedaran dadah sejak Oktober 2025,” katanya.

Beliau berkata, polis sedang mengesan rangkaian pengedaran serta sumber bekalan bagi mengekang aktiviti jenayah berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

“Suspek kini direman bagi membantu siasatan lanjut dan polis tidak menolak kemungkinan tangkapan susulan dibuat bagi menjejaki rangkaian sindiket,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2026 09:57 AM | Show all posts
Maklum balas, cadangan pemimpin masyarakat akan disalurkan kepada agensi berkaitan: Pang
Februari 6, 2026, Jumaat - 9:43am



Pang (kiri) bersalaman dengan pemimpin masyarakat Melayu peringkat akar umbi di Bintulu.

BINTULU: Segala maklum balas serta cadangan yang dibangkitkan oleh pemimpin masyarakat akar umbi akan disalurkan kepada agensi atau pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan lanjut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang berkata, melaluinya akan memudahkan penyelarasan susulan supaya isu-isu dibangkitkan dapat ditangani secara bertanggungjawab dan sistematik.

Beliau berkata, antara isu tersebut ialah permintaan untuk mempercepatkan pembinaan Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Mohammad (OKMS), kebimbangan mengenai kerosakan jalan serta keperluan untuk menambah baik penyelenggaraan saliran bagi meningkatkan keselamatan dan kesejahteraan hidup penduduk.

Katanya, pembangunan komuniti memerlukan usaha kolektif disebab itu maka penganjuran sesi perbincangan yang seumpamanya adalah untuk memperkukuh kerjasama, persefahaman dan kemajuan.

"Dengannya kita dapat membina komuniti kampung yang lebih kukuh dan lebih terhubung bersama-sama," katanya semasa mengadakan sesi dialog dan perbincangan dengan beberapa pemimpin masyarakat Melayu di Pusat Khidmat N68 Tanjong Batu di Pusat Komersial Bintulu Sentral pada Khamis.

Dalam pada itu katanya, sesi tersebut juga untuk mendengar dengan teliti keperluan dan kebimbangan penduduk kampung, di samping bertukar pandangan tentang pembangunan masa depan komuniti setempat.

"Platform dialog sebegini membolehkan komunikasi yang terbuka, langsung dan bermakna, memastikan suara penduduk didengari dengan jelas sekali gus memastikan pemimpin serta ketua masyarakat dapat bekerjasama dengan lebih berkesan," jelasnya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-2-2026 09:58 AM | Show all posts
sbh - Edar serbuk ekstasi, ketamin lelaki ditahan JSJN Sabah

swk - Maklum balas, cadangan pemimpin masyarakat akan disalurkan kepada agensi berkaitan: Pang

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.630424 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list