CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Santeira

[SERAM HOTEL]kisah seram di hotel (dalam dan luar negara)

  [Copy link]
Post time 11-2-2015 02:15 PM | Show all posts
aikkk...kebetulan kan, masa tu pekan brincang pun tak ramai orang kan...selalu jam, ringlet pun sama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2015 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tempek gak la kisah seram sy kat cni..hehehe..

Bln 11 tahun lepas g honeymoon..almaklum laa baru kawen ..nk gi honeymoon nye kat kk,tp sbb husband keje kat labuan..so lepak labuan smggu..weekend tu baru pegi kk..alkisahnya hotel kat labuan ni laa..

Kisah 1:
1st day smpai dri semanjung,cek in la kat hotel ni..name pe ntah hotelnya..xigt dah..blk dia kecik je..cantik tp xde tgkap..mlm tu tido xde pape..esoknye lepas husband g keje,tggal le sy sorg2 kat blk tu..smbung tido balik..sy tdo mengiring..blkg sy pintu blk..tgh syok2 tdo,tbe2 tkejut sbb dgor mcm org bkak pintu blk..lpas 2 dgor dia pggil2 name sy..gemersik je sorenye..mse tu mmg meremang 1 bdn..mmg sy xgerak lgsg..kejung kat c2 sbb takut..mgkin sbb xde respon kot dri sy,digoyang2 nye katil tu..kuat giler!mase tu mmg pejam je mata rapat2 smbil baca2 pape yg patut smpai la tlelap..sedar2 tgk jam baru 9.30pg..rasa mcm lama giler..lepas sy bgun,on the spot husband kol tye ok x?pelik jgak apasal husband tye mcm 2..sy ckp je la ok je..ptg tu husband balik,dia ckp jom la checkout..kite carik hotel lain la..sy tye kenapa..dia ckp sbb hotel ni xde tgkap..lepas checkout,masuk je kete,husband ckp kwn tmpt keje dia gitau hotel 2 berantu..lepas husband gitau cam 2,terus sy cite yg sy kene tu..huhuhu..tkejut jgak husband..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2015 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah 2:

Hotel yg lain plak.lepas cabut dri hotel 1st tu .. name hotel tu g*****.. lebih kurg 4 hari jgak dok hotel tu..hari yg keberapa xigt..time tu mlm..tgh syok2 tdo..sy ni kalau tdo suka mengiring..kalau hotel kan sblh kiri kanan katil ada meja sisi pastu ats meja tu ada lampu kan.sy ni jenis tdo xleh gelap sgt..sbb rasa mcm lemas..jd sy bukak lmpu sisi sblh sy time tdo 2..mse tu pkul brape xtau la,sy tjaga..bukak je mata,elok je ada budak ala2 ju on 2,bertenggek kat meja tu..mmg nampak jelas la mukenye sbb dok bwh lampu..terkujat xyah ckp la..terus pejam mata rapat2..tp posisi xbrubah..still dok mgiring ngadap budak 2..hahaha..bukak mata,tgk ade lagi..pejam balik..mse tu mmg dah takut sgt2 dah..2 3 kali pejam bukak still ada benda tu kat c2..dok perati je sy..last2 sy jerit smbil pejam mata..hahahaha..husband kat sbelah dan2 bgun tye kenape..lepas husband goyang2 bdn tye knpa baru brani bukak mata..dh xde dah budak tu kat c2..dan2 tdo pusing mengiring belah husband..tdnya gatai xnak pusing..hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 08:29 AM | Show all posts
nakkomenjugak replied at 19-12-2014 12:22 PM
Aku teringat pengalaman aku masa bercuti kat PD tahun ni. First time aku mengalami benda2 camni masa ...

eeeeee rajin sedekah tacanggggg! tenkiu momodddddd~~~   
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2015 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by zawara at 24-4-2015 11:59 AM

CErita ni baru lagi dlm seminggu lepas sy dgn kakak p jln kL ziarah rumah kwn dia,disebabkan mls nk susahkan kwn dia kitorang cek in hotel je,hotel bajet murah2 je tp selesa laa...niat nak stay 2hari 1mlm je disebabkan melencong sana sini dah jadi 3hari 2mlm,terpaksa cari hotel lain ..cari yg dekat2 tempat kitorang lepak masa tu,jumpa la satu hotel ni,hotel yg sama kitorang stay masa 1st day tu tp cawangan yg lain.

Kakak sy kata eh jom try hotel sebelah dia nak tak cam lawa je, (hotel yg ni selang 3,4 kedai je dr hotel  yg tadi)
SY pon hangguk2 jela sbb dia yg bayar..kikikiki masa ni dah pukul 1pagi
Da setel semua,naik la kitorang ke tingkat 2 (hotel ni rumah kedai je ada 3tingkat)Bukak2 pintu mak aih suram gila walaopon dah bukak lampu, sy try bukak tv lahai teruknya signal tv dgn remote xde button. Sy mmg jenis kalau tido kt hotel mesti kena bukak tv xde la sunyi sangat mlm2.

Cari towel konon nak mandi, kitorang tak bawak towel masing2..cari punya cari mmg xdak la dorg tak sediakan towel dlm bilik tu.
Sy ajak akak cek out je tgk bilik pon da serupa gua, hati pon xsedap berdebar lain mcm je.
Kemas2 beg, gendong la turun tangga p kaunter balik, org kt kaunter tu kata ada towel sambil hulurkan..
Akak pon ajak naik bilik balik alah nk tidur je pon esok kan nak balik,jom lah cepat
Dgn buat muka tak puas hati sy ikutkan jelaaaaa..
Sampai depan bilik..mak ai apesal bilik terbukak....weyh ko tak tutup bilik ke td? Aku tutup la!!!
Sampai berdentum pintu bilik tu sy tutup,apahal plak terbukak.

Dalam 3saat kitorang saling berpandangan depan pintu bilik yg terbukak n gelap gelita tu, sy ajak akak turun.
Jomlah cek out, jom la stay hotel tadi
Terkocoh2 la kitorang turun gendong beg masing2 ,peluh pon dah beku mcm ais
Org dkt kaunter tu nak bagi kitorang bilik lain sbb duit bilik td burn la kalau kitorang keluar.
Dia bagi bilik bawah dkt dgn kaunter dia je, kitorang ok ok jela...masuk bilik tu.

Bilik ni lagi teruk hahahha
Tv tak boleh on langsung,aircond lagi pulak rosak terus. Peluh beku tadi da mcm sauna da meleleh2 turun.
Sedapkan hati..da nak pkol 2 ni tido jela brp jam je lg nk siang.
Bukak pintu bilik air nak mandi..ternampak ada gumpalan tisu ape tah ats siling. Natang apa plak ni.
Dlm dilema nak mandi ke idok ni..haishhh..tak jadi la..nk bukak pintu bilik air tak boleh la plak.
Dua tiga kali try ...akhirnya terbukak jugak.
Kakak tiba2 kata eh jomla cek out,cepat kemas biarlah burn duit tu..kita p hotel tadi balik.

Sampai je dalam bilik hotel yg tadi rasa lega sgt..
KAKAk kata nampak muka sy pucat je masa kt dlm bilik seram tu,muka da mcm nk nanges..mana tak nya dlm hati tuhan je taw,perasaan tu camne tah tak dpt nak explain...ntahlah knp sy sorg je boleh rasa, kakak rileks je.

Walaupon tak berapa nak seram tp ada sesuatu dlm bilik tu,nasib la tak bermalam kt situ..tu pon da main bukak pintu.
Hotel ni depan kl fest..hotel seram kaler merah..hotel best kaler kuning hitam
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2015 02:17 PM | Show all posts
agak seramlah semua cerita2 ni..walaupun Abg John xbrapa percaya dengan hantu kecuali jin dan syaitan yang sesat lagi menyesatkan..Tp abg john pernah dengar Wisma Cosway tingkat 4 dia berhantu. Orang yang bekerja dkt situ pun xpernah berani masuk ke situ..Abg John pernah lah survey dkt level 4 tu minggu lepas tp xboleh masuk sebab level tu mmg dah lama dikosongkan..ada sesapa tahu kisah misteri dkt wisma cosway tu tak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2016 10:23 AM | Show all posts
xde lg ke org nk smbung ni....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2016 10:29 AM | Show all posts
kisah kawan aku...

masa tu ada kursus kt G**** B**** Resort kt PD.....kitorang dpat blik yang cm apartment tu...yg lelaki dpt blik hotel....masa dh landing atas katil nak tido..aku ngn kawan aku rsa cm susah sgt nk tdo...tp buat2 pejam mata...pksa tdo....luar tingkap bising sgt bunyi cm cermin kt luar tu diseret2....tp kitorng wt derk je dgn anggapan angin kuat maklum la kt pantai kn.....

dkt bilik lain...dlm kul 3 pagi cmtu kawan aku call ckap suh dtg bilik dia....siap call budak laki suh dtang teman...sbb dia takut sgt.....esok nya dia cter..bila dia pejam mata dia nmpak cm pompuan kt tgan dia penuh gunting duk halakan gunting kt muka dia.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2016 03:52 PM | Show all posts
tadi pagi2 buta tyme readykan mknan anak, scroll2 fb, terbaca satu cerita pasal apartmen @Langkawi..

tak sure la cite baru ke lama.. baca2 komen, katanya pasal Konda Istana ke ape..

mmg bhantu ke? baca pngalaman kt fb tu, mcm dasyat je.. tp rse mcm xpnah terbaca plak kat sini...

hihu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 02:28 AM | Show all posts
sweetsour25 replied at 14-9-2016 03:52 PM
tadi pagi2 buta tyme readykan mknan anak, scroll2 fb, terbaca satu cerita pasal apartmen @Langkawi.. ...

Ada link tak? Atau pun paste kat sini ke. Nk baca juga hehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 08:41 AM | Show all posts
mystica replied at 15-9-2016 02:28 AM
Ada link tak? Atau pun paste kat sini ke. Nk baca juga hehe

Sumber: http://fiksyenshasha.com/kondo-bilik-1107-langkawi/

KONDO 1107 LANGKAWI

Pertama sekali aku minta maaf sebab jalan cerita agak panjang sebab malas nak buat part 1 part 2. Yang kedua maaf sebab aku tak de niat untuk nak jatuhkan perniagaan sesiapa atau menakut kan sesiapa. Biarlah jadi pengajaran pada korang sebelum pergi mana mana rempat tempat baca review dahulu.
16 Ogos 2016. Aku bersama seorang pensyarah lelaki (Dr Idham), 6 pelajar lelaki dan 6 pelajar perempuan (termasuk aku) ke Langkawi untuk buat kajian lapangan di sekitar Gunung Raya dan Pantai Chenang. Kesemua kami adalah pelajar separuh masa geografi sebuah ipta. Aku diberi tanggungjawab untuk mencari tempat penginapan sepanjang berada di sana. Aku telah memilih sebuah kondo yang pada hemat aku sangat berpatutan harganya dan berdekatan dengan tempat makan. Aku berurusan dengan seorang agen untuk menempah dua bilik selama 3 hari 2 malam. Agen itu jugak adalah rakan lama aku ketika di sekolah menengah.
Kami tiba di kondo tersebut jam 1:30pm, 16 Ogos 2016. Kawasan parkir kereta yang di penuhi lalang dan tumbuhan menjalar. Bumbung parkir pecah seperti tidak diselenggara. Bangunan kelihatan usang dan berlumut. Aku menghubungi agen untuk maklumkan ketibaan kami. “Okay selamat datang, kunci ada di dalam bilik masing- masing. Bilik 1107 dengan 1005”, kata agen melalui telefon.
Sebaik memasuki pintu utama lobi kondo, kami tergamam. Semua memandang aku dengan satu soalan. “Betul ke kondo ni? Atau kita salah kondo?”, tanya Syauqi. Yelah sebab aku yang pilih tempat ni. Sungguh ku tak sangka rupanya indah khabar daripada rupa. Lobi kosong, tak ada kaunter pendaftaran pertanyaan, tak ada penyambut tetamu. Yang ada hanyalah chandelier yang hampir jatuh menyembah lantai, lantai yang berhabuk di penuhi dengan daun kering, tampalan iklan memenuhi ruang dinding lobi dan tak ada manusia lain selain daripada kami di situ. Keadaan sangat berbeza ketika aku survey di website dan agoda.
“Tak apa lah, kita naik tengok bilik dulu”, kata Dr Idham nak sedapkan hati kami. Sebelum ke pintu lif kami terpaksa melalui kolam renang di sebelah kiri. Keadaan kolam yang kotor berlumut, daun kering berselerak, lalang memenuhi sekitarnya. Di sebelah kanan laluan terdapat sebuah gym. Kelihatan sudah tutup dan tidak digunakan lagi. Keadaan gym yang berselerak, di penuhi daun kering dan habuk yang tebal. Di sebelah lif terdapat sebuah cafe yg sudah lama di tinggalkan. Cermin cafe sangat kotor, kerusi meja berselerakkan, daun kering memenuhi ruang lantai cafe. Macam mana daun kering ada dalam cafe dan gym sedangkan pintu dan cermin berkunci dan tertutup rapat?
Lif sangat usang dan hanya berhenti di tingkat yang tertentu. Mungkin rosak dan tidak diselenggara. Kami ke tingkat 10 untuk melihat bilik 1005. Biliknya jauh daripada lif dan koridor akan gelap pada waktu malam kerana tidak mempunyai lampu. Aku dan rakan perempuan yang lain sepakat untuk memilih bilik 1107 tingkat 11 kerana biliknya berhampiran dengan lif. Sebaik memasuki bilik 1107, bau bilik sangat ‘welcoming’ hingga aku tak dapat nak agak bau apakah ini. Bau bunga cempaka diselangi bau hanyir ikan yang agak meloyakan. Lantai bilik yang sangat berhabuk seperti tidak ada orang yang pernah menginap sebelum kami. 1107 mempunyai 1 master bedroom dan dua bilik tidur bersaiz sederhana. Lengkap dengan dapur dan dua bilik mandi tapi ada blood stain dalam tab mandi.
Hari pertama sepatutnya kami dah mula kajian lapangan di Gunung Raya. Tapi pensyarah batalkan dan tunda pada keesokkan hari. Di kedai makan, sejujurnya kami tak sedap hati dengan kondo tu. Masing- masing sepakat untuk cari tempat penginapan lain. Motel di kawasan sekitar sudah penuh. Hotel- hotel lain juga turut penuh sedangkan ketika itu bukan cuti sekolah. Akhirnya terpaksa akur untuk bermalam di situ.
7:30pm kami sampai di kondo, ternampak seorang makcik sedang siram rumput dan lalang di kawasan parkir kereta. Aku tak dapat lihat wajah makcik tu, tapi kenapa dia siram lalang? Dr Idham pesan jangan tegur, biarkan saja. Pukul 9:00pm kami berjanji berkumpul di parkir kereta untuk makan malam.
Dari tingkat 11 untuk ke lobi, lif berenti di setiap tingkat. Setiap kali pintu lif terbuka aku nampak koridor di setiap tingkat gelap dan tak ada orang. Yang peliknya kenapa lif berenti di setiap tingkat tapi tiada orang seolah olah ada seseorang sedang bermain dengan butang lif itu. Lif tiba di tingkat 6, nampak makcik siram lalang tu berdiri depan lif sambil pegang sabit. Aku cam makcik tu sebab baju yang dia pakai.
Aku x dapat lihat wajah dia disebabkan keadaan koridor yang sangat gelap dan hanya ada cahaya dari dalam lif, dia hanya menundukkan muka. “Going down?”, tanya Kamila kat makcik tu. Tapi makcik tu tak jawab. Dia diam ja. “Makcik nak turun bawah ke?”, aku tanya. Makcik tu diam jugak. Tiba- tiba dia angkat tangan yang bersabit tu terus meluru ke arah kami. Tapi pintu lif tiba- tiba tertutup. Ghaaammmmmmmm… satu bunyi kuat dari luar lif. Sumpah memang kecut perut sebab kiteorang rasa makcik tu tetak pintu lif. Sampai je kat lobi, kami lari keluar dari lif sambil menjerit hingga ke parkir.
Sampai je parkir dah nampak group lelaki dan pensyarah kat kereta. Dorang tanya kenapa lari sambil menjerit. Kiteorang cakap nanti nak cerita. Kiteorang makan sekitar dataran helang. Sementara tunggu makanan sampai, Dr Idham tanya kenapa lari sambil menjerit tadi. Kamila pun mula cerita apa yang jadi masa nak turun ke lobi. Aku nampak riak muka Dr Idham berubah. “Kami juga kena benda yang sama”, kata Syauqi.
Aku dah tak rasa nak makan malam tu. Tiba tiba rasa kenyang. Apa yang ada dalam fikiran kiteorang masa tu macam mana nak tidur situ, dan kenapa motel- motel lain full house di saat yang macam ni. “Tak apa kita balik kondo kita rest, esok pagi pagi kita dah nak mula kajian lapangan. Balik karang jangan lupa solat sebelum tidur”, kata Dr Idham.
Malam tu aku dengan yang lain sepakat tido depan tv kat ruang tamu ramai ramai. Dalam pukul 12:30am tu boleh dikatakan masing masing dah berdengkur kecuali aku dengan Shida hanya pejam mata tapi tak tidur. Pukul 2:00am tiba tiba aku dengar air paip singki dapur terpasang. Yang aku tahu dorang semua ni dah tidur. Shida cuit jari aku dan aku cuit jari shida. Masing masing takut nak buka mata. “Kau dengar tak bunyi air?”, bisik Shida. Aku cuma jawab aku dengar dengar nada suara berbisik. “Makcik tu la wey kat singki”, bisik Shida sambil genggam tangan kanan aku. Aku buka mata sedikit dan lihat ke arah singki melalui hujung hujung anak mata saja. Sah!!! Memang makcik bersabit tadi tengah berdiri kat singki sambil air paip singki tu terpasang. Untuk pengetahuan korang, ruang tamu dan dapur bersambung. Jadi kalau korang duduk depan tv, dapur berada di sebelah kiri korang.
Aku terus pejam mata sambil genggam tangan Shida. Ketakutan buat aku makin berpeluh malam tu. Tiba tiba air paip singki tu berhenti dan aku dengar tapak kaki berjalan dari sinki dapur menuju ke pintu utama. Selepas tu aku dengan shida dah tak dengar apa apa bunyi pelik dan kiteorang tak buka mata sampai ke pagi. Kira tidur pun tidur tidur ayam. Tidur yang tak nyenyak. Pagi selepas subuh aku dengan Shida tanya Kamila dengan yang lain lain sama ada dorang ada dengar apa apa tak malam tadi. Dorang cakap dorang dengar tapi tak berani buka mata. Kamila sorang je yang tak dengar dan tidur mati. Bersyukur sebab tak ada sebarang histeria.
Hari kedua di Langkawi, kamj fokus dengan kerja kerja lapangan. Masa terluang aku call agen iaitu kawan lama aku sendiri untuk tanya apa kena dengan kondo tu. Aku nak jumpa dia tapi dia bagi alasan dia sibuk memandangkan dia tour guide di Langkawi. Jadi kami bersembang dalam telefon saja. Dia minta maaf atas kejadian yang menimpa dan dia offer kami bilik lain di tingkat 6. Aku tak setuju memandangkan kami jumpa makcik bersabit di tingkat 6. Aku tolak tawarannya dengan baik.
Selesai kerja lapangan sekitar jam 5:00pm. Dr Idham bagi cadangan supaya kami bungkus makan malam dan makan di dalam bilik sahaja. Jadi tak perlu keluar semula untuk makan malam. Kami bersetuju memandangkan masing masing sangat letih. Kami sampai di kondo sekitar jam 6:00pm. Kebetulan depan kondo tu ada orang jual durian. “why not kita makan durian depan tu sebelum naik ke bilik, esok dah nak balik”, Azizi bagi cadangan. Cadangan tu di persetujui oleh semua orang. Selesai makan durian sekitar jam 7:15pm, kami menuju ke pintu utama lobi kondo. Tiba tiba ternampak seorang budak lelaki sekitar 5 tahun tengah menangis kt tangga lobi.
Dr Idham tegur kenapa nangis. Dia cakap mak dia tinggal dia Dan dia tak tahu nak guna lif macam mana. Kami tanya dia tinggal tingkat berapa dan kami akan hantar kan. Dia cakap dia tinggal di tingkat 6.
Tingkat 6 okay. Tingkat makcik bersabit tu. Kami 13 orang sepakat nak hantar budak tu balik ke bilik mak dia. Kami risau dia terserempak dengan makcik bersabit tu. Dalam lif ke tingkat 6 kami sembang sembang macam biasa dengan budak tu. Sampai je kat tingkat 6, Syauqi tanya budak tu bilik nombor berapa. Guess what?? Budak tu dah tak ada. Toleh kiri kanan depan belakang memang budak tu dah tak ada. Tiba tiba saja bau busuk sekitar kiteorang. Aku tak tau nak describe bau tu macam mana. Tapi sangat busuk. Dari tingkat 6 kami naik tangga ke tingkat 10 untuk ambik barang barang group lelaki sebab Dr Idham nak kongsi bilik dengan group perempuan since benda pelik makin kerap jadi. Kiteorang naik tangga sebab lift stuck kat tingkat 13.
Selesai solat isya berjemaah, group lelaki cakap dorang tido depan tv group perempuan tido kat master bedroom. Aku pun ok kan saja. Pukul 11:30pm semua orang tengah syok layan cite hindustan kat tv2 tiba tiba blackout. Gelap gelita. Ruang tamu tiba tiba saja bau wangi bunga melur. Bau tu sangat kuat tapi tak ada siapa pun bersuara. Orang tua tua cakap bau wangi wangi ni selalunya pontianak. 6 hingga 7 minit bergelap tiba tiba pintu utama di ketuk kuat. Tombol pintu digoncang. Ketukan tu sangat kuat macam nak roboh pintu.
Kami tak buka pintu sebab sepanjang kami di kondo tu, kami tak pernah jumpa sesiapa pun atau berselisih dengan sesiapa pun kecuali makcik sabit dengan budak kecik ghaib tu je. Kereta di kawasan parkir sentiasa penuh tapi kami tak pernah nampak manusia lain selain kami saja disitu.
Ketukan pintu tu berterusan selama lebih kurang 20 minit kemudian diikuti dengan bunyi sesuatu yg di seret di luar.
Bunyinya sangat membingitkan telinga. Seolah olah seperti besi yang di seret di luar bilik kami. Syauqi intai di lubang intai yang ada pada pintu untuk lihat apa yang berada di luar. Guess what?? Makcik bersabit tengah seret sabit dia depan pintu bilik kami. Makcik tu seret sabit dia dari depan pintu lif ke depan pintu bilik kami. Bunyi sangat mengilukan. Aku dan yang lain lain dah takut dah mula nangis. Dr Idham cakap jangan menjerit. Kalau takut tutup telinga pejam mata. Lepas bunyi seret seret tu hilang tiba tiba ja pintu sliding balkoni kat ruang tamu terbuka. Angin menderu masuk. Angin tu bawa bau yang sangat busuk. Bau kuat bunga melur tadi terus hilang. Azizi terus tutup pintu slide tu. Memang pintu tu tak boleh kunci sebab rosak.
Selepas itu bunyi bunyi ketuk pintu bagai tu hilang macam tu je. Malam tu memang kami tak tidur, bergelap sebab blackout. Semua berkumpul kat ruang tamu berjaga. Geng perempuan ada yang tertidur kat sofa. Aku ingat semua gangguan dah reda. Rupanya tak. Pukul 3:00am air paip singki dapur terpasang. Dalam gelap gelita bersuluh cahaya telefon bimbit, nampak kelibat manusia berdiri di singki. Aku mampu nangis dan hanya ingat nak balik rumah cepat cepat.
Dr Idham pesan kalau takut jangan jerit tutup mulut, nak nangis jangan ada suara. Bau bunga melur tu datang balik. Azizi tiba tiba bangun dan azan. Kelibat tu tak berganjak tak bergerak hingga habis azan. Air paip masih terpasang. Tengah semua mata tertumpu pada kelibat di singki, tiba tiba tombol pintu utama di goncang dengan kuat di selangi dengan ketukan pintu yang sangat kuat. Saat genting macam ni memang dah tak ingat bacaan surah atau doa doa pelindung.
Aku dah macam orang pakinsen terketar bibir tangan sejuk beku sebab terlalu takut.
Syauqi buka yotube bacaan alquran 30 juzuk. Gangguan tu tetap tak hilang. End up Dr Idham cakap dia nak pergi buka pintu tu nak tengok siapa yang ketuk. Dia cakap kita berserah pada Allah dan kita tawakal. Yess dia memang pergi buka pintu yang di ketuk bagai nak roboh tu. Sebaik pintu di buka, tak ada sesiapa pun tapi angin yang menderu masuk dengan daun kering serta bau yang sangat busuk. Guess what?? Air paip singki tiba tiba berhenti sendiri dan dah tak ada gangguan lagi selepas tu. Kami tak tidur sampai ke subuh.
Selepas solat subuh matahari dah terpacak, kami kemas barang barang, bersihkan diri nak check out. Pukul 8:00am macam tu kiteorang buka pintu nak keluar, dengar suara riuh rendah suara kanak kanak mandi kat kolam renang. Aiikk ramai pulak orang. Sebelum ni tak de meriah macam ni pun.
Kiteorang turun ke lobi dan aku call agen untuk tanya kat mana nak drop kunci bilik sebab kiteorang nak balik dah. Agen cakap letak je kat dalam bilik. Dah sepasal pulak nak kena naik letak kat bilik puaka tu pulak. Azizi dengan kawan dia suka rela nak letak kunci tu kat bilik. Sementara tunggu dorang, kami lepak kat lobi. Memang ramai orang masa tu kat lobi. Tiba tiba ada pakcik sekitar umur pertengahan 50an tegur. “Awak semua dari mana? Baru sampai harini ke? Tak penah nampak pun”. Dr Idham jawab yang kami kat sini dah 3 hari 2 malam tinggal kat bilik 1107 dengan 1005. Pakcik tu terkejut sebab dia kata dia yang jaga tempat ni tapi dia tak nampak kami pun selama 3 hari yang kami sebut tu dan bilik 1107 tu dah lama tak ada orang sewa sejak kondo ni disita dan ditutup. Lepas tu kondo ni di buka semula tapi dah jadi hak persedirian. Memang dah tak ada siapa nak selenggara tempat ni.
Pakcik tu berkeras yang dia memang tak nampak kami sepanjang 3 hari yg kami cakap kan tu. Malah tempat parkir kereta yang kamj parking tu pun dia cakap dah seminggu orang tak parkir situ sebab ada batu bata yang tak di alihkan. Pagi ni dia cakap batu bata tu mungkin dah di alihkan dan dia baru nampak kereta kami disitu pagi ni. Sebab itu dia sangka yang kami baru sampai situ pagi ni. Dr Idham sempat tanya tentang makcik yang siram lalang tu. Pakcik tu ketawa dan dia cakap mustahil orang nak siram lalang.
Selepas azizi dengan kawan dia turun ke lobi kami cerita pada azizi. “Kalau pakcik tu tak nampak kita, pakcik jual durian tu mesti nampak kita. Jom tanya pakcik jual durian depan tu” Kata azizi. Kami lintas jalan dan tanya pakcik yang jual durian tu. Pakcik durian tu cakap dia memang nampak kami tapi masa kami datang masa maghrib kemarin, dia cakap bau kami sangat wangi dan dia sangka itu minyak wangi yang kami pakai. Tapi selepas kami selesai makan durian dan balik ke kondo, bau wangi tu masih kekal ada di situ mengalahkan bau durian. Dan dia berhenti meniaga awal kemarin kerana tak sedap hati.
Sampai je rumah aku baca review review blogger tentang kondo yang kami sewa ni. Ternyata banyak bad review dan ada kisah mistik sejak kondo tu disita. So korang nak check in mana mana make sure baca review dulu. Takut kat website nampak cantik tapi depan mata macam bangunan tinggal.

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
sweetsour25 replied at 15-9-2016 08:41 AM
Sumber: http://fiksyenshasha.com/kondo-bilik-1107-langkawi/

KONDO 1107 LANGKAWI

Bole bg hint tak condo ni kat mana..n area mana? Xle bygkan..gangguan yg korang lalui..nasib baik ramai.. Tupon takut la jugak kan.. Ishh mmg seram... Dgn makcik sabit xhabis2 ganggu..siap bole masuk dlm umah berdiri kat sinki  
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 11:40 AM | Show all posts
arissya_boom replied at 15-9-2016 11:37 AM
Bole bg hint tak condo ni kat mana..n area mana? Xle bygkan..gangguan yg korang lalui..nasib baik  ...

bkn iol yg alami sis..

iol bce kt fb timeline...
pstu share sini..

bila bce komen kt fb tu.. katanye kondo istana.. cer search kt fb.. tgh viral kalo xsilap citer ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 11:45 AM | Show all posts
sweetsour25 replied at 15-9-2016 11:40 AM
bkn iol yg alami sis..

iol bce kt fb timeline...

iols bace pastu search kondo istana tu xde pon cite seram....minah fb tu maybe reka cite kot...mcm byk je kesah seram dlm fb die tu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 11:59 AM | Show all posts
men_cari replied at 15-9-2016 11:45 AM
iols bace pastu search kondo istana tu xde pon cite seram....minah fb tu maybe reka cite kot...mcm ...

ntahla uoll...

page yg i link ni, dia kumpulkan citer2 seram rasenye..

bdasarkan komen fb, ade yg mengiyakan..ade yg menidakkan..
katanya, kondo ni dlu femes org gov buat meeting etc..slalu fully book.
pastu kne sita, start tu, dah xterjaga..

ade lg satu komen ckp, mngkin dia ade tserempak dgn group yg share cerita ni,katanya group ni asalnye ke hotel sebelah, tak sampai bpe minit dorg keluar smula..menuju ke kondo istana. mungkin teksi salah hantar..

mungkin baru2 ni je ade kisah seram kt kondo ni? tu yg belum femes..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
sweetsour25 replied at 15-9-2016 11:40 AM
bkn iol yg alami sis..

iol bce kt fb timeline...


Oic.. Tp td bila i search condo istana ni kat fb.. Keluar gamba2 org yg check in situ..tgk gamba mcm baru lg.. Tp bila tgk gamba org2 tu mcm ok je condition hotel n swimming pool kat situ... Xdela plak nmpk kelam suram.. Tp xtau la.. Bkn kita yg alami pon..tgk gamba je pon..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2016 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku stay di wanderer's guesthouse manila. Tempat ni port backpacker mat saleh. Bilik ada yg jenis dorm & private tapi shared toilet. Aku n suami amek yg private la xde keje duk dorm. Aku saja la stay sini sbb boleh tahan murah. Nak tido pon just satu malam je. Time ktorang masuk guesthouse tu full house.

Malam tu lepas solat ktorang tdo awal. Bilik kecik sempit aircond pulak sejuk dengan selimut nipis macam sarung cadar sangat tak membantu aku untuk tido dengan nyenyak. Suami aku pulak memang dah berdengkur. Lambat sikit baru aku dapat tido nyenyak.

Tengah-tengah malam aku terjaga sebab mimpi nampak perempuan muka tak clear tapi rambut panjang nak cekik. Terkejut n berpeluh-peluh aku walaupun aircond sejuk yg amat. Tapi aku cuba nak tido balik buat bodo jela tak larat aku nak melayan. Berapa saat sebelum aku nak pejam mata terdengar bunyi duit syiling terjatuh baik ja bunyi die macam ringtone henpon tu, bunyi memang dari dalam bilik. Bukan main clear lagi padahal bilik kedap bunyi. Tak dengar pon bunyi bising dari luar kalau nak kata bunyi henpon orang luar tak logik la di situ. Bunyi duit syiling tu berpusing sampai die terjatuh stop. Huhu aku pon tak rasa seram mana. Tak kuasa nak melayan baik aku tido. Seterusnya aku tido mati sampai lah ke subuh. Sori memang langsung tak seram
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 05:23 PM | Show all posts
arissya_boom replied at 15-9-2016 01:55 PM
Oic.. Tp td bila i search condo istana ni kat fb.. Keluar gamba2 org yg check in situ..tgk gamba ...

Condo Istana uollss...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 11:49 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


100% Welcome Deposit Bonus hanya untuk anda!!!


Deposit minimum MYR100 keatas dan dapatkan bonus anda sekarang!!!



Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2016 02:48 AM From the mobile phone | Show all posts
sweetsour25 replied at 15-9-2016 08:41 AM
Sumber: http://fiksyenshasha.com/kondo-bilik-1107-langkawi/

KONDO 1107 LANGKAWI

Wow tq so much sis. Td bru check in hotel. Dh balik rumah baru boleh baca hihi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.070440 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list