|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: RIGHT ON TIME
[Copy link]
|
|
tari apa kabar?
lama tak bersiaran
lama sangat tenggelam tu...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tourism giat jadikan Johor Bahru destinasi pilihan pelancong Singapura
SHARIL Nizam (empat, kanan) merasmikan Majlis Pelancaran Johor Bahru CBD Heritage Walk di Sungai Segget. FOTO Bernama
Johor Bahru: Tourism Johor akan terus mempergiat usaha bagi menjadikan negeri itu khususnya bandar raya Johor Bahru, sebagai destinasi pilihan utama pelancong dari Singapura.
Pengarah Tourism Johor Sharil Nizam Abdul Rahim berkata, antara inisiatif akan dilaksanakan ialah menyusun pakej-pakej pelancongan menarik seperti aktiviti meneroka sejarah di negeri berkenaan.
Beliau berkata, usaha itu dilakukan bagi menjadikan Johor sebagai lokasi penginapan dan bukan sekadar lokasi perhentian untuk membeli-belah warga republik berkenaan.
"Sebenarnya memang akan ada langkah-langkah inisiatif daripada Tourism Johor untuk pelancong Singapura, seperti mana yang kita maklum, mungkin ada yang mengatakan mereka ini hanya jadikan bandar ini sebagai pit stop.
"Kita akan ambil langkah supaya mereka datang dan menginap di Johor. Misalnya, ada bangunan-bangunan ikon berkemungkinan jika kita buka dan menyusun jadual perjalanan menarik, akan menyebabkan mereka duduk (bermalam) di Johor," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Johor Bahru Central Bussiness District (CBD) Heritage Walk di Legaran Segget di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai usaha Tourism Johor menarik pelancong dari Singapura, sekali gus menjadikan negeri itu sebagai lokasi pelancongan utama dan bukan sekadar perhentian untuk membeli-belah.
Sharil Nizam berkata, kejatuhan nilai ringgit juga memberi peluang kepada Tourism Johor untuk meningkatkan lagi usaha merancakkan sektor pelancongan negeri.
"Kadang-kadang kita fikir mata wang kita jatuh, kita rasa macam, mengapa nilai mata wang Ringgit Malaysia beginikan?
"Sebenarnya, pada saya, itulah kelebihan untuk kita, gunakan sebaik mungkin, kita buat promosi lagi dekat luar, biar orang datang ke Johor termasuk untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan di sini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pelancong-singapura
|
|
|
|
|
|
|
|
Sub kontraktor didakwa liwat, cabul anak saudara
GAMBAR HIASAN
Muar: Seorang sub kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan meliwat dan mencabul anak saudaranya dalam dua kejadian di Tangkak, tahun lalu dan awal bulan ini.
Tertuduh berusia 44 tahun yang didakwa atas dua pertuduhan, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Hakim Irwan Suainbon.
Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa meliwat anak saudara perempuan berusia sembilan tahun dalam pondok berdekatan rumahnya di Tangkak, 11 pagi, 9 Februari lalu.
Bagi pertuduhan ini, dia didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan iaitu pemenjaraan tidak melebihi 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan.
Pertuduhan kedua pula, dia didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa sama di rumah tertuduh, pada jam 9 malam, Mac tahun lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama.
Seksyen ini memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman sebatan.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Mohammad Zuwairi Md Noor manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 bagi kedua-dua pertuduhan namun gagal membayarnya sebelum dihantar ke Pusat Koreksional Muar dan menetapkan 26 Mac ini untuk sebutan semula serta lantikan peguam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -cabul-anak-saudara
|
|
|
|
|
|
|
|
Polis siasat kejadian tular rotan anjing
JOHOR BAHRU: Polis telah merekodkan keterangan seorang lelaki bagi membantu siasatan kejadian tular penderaan seekor anjing peliharaan di sebuah taman perumahan di Johor Jaya di sini, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata pihaknya sedang menyiasat lanjut kes berkenaan susulan menerima laporan berkaitan kejadian yang berlaku pada 9.30 malam, Khamis lepas itu daripada seorang pengadu.
"Pengadu yang merupakan seorang wanita tempatan berusia 49 tahun mendakwa melihat sendiri perbuatan lelaki berkenaan.
"Sehubungan itu, polis telah mengambil keterangan individu (lelaki) dalam video terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Sohaimi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan, Seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak melakukan penganiayaan terhadap haiwan peliharaan dan meningkatkan pengetahuan serta kesedaran tentang perlindungan terhadap haiwan.
Terdahulu, satu video berdurasi 29 saat tular menerusi laman Facebook akaun Malaysian Dogs Deserve Better menunjukkan seorang individu merotan anjing peliharaannya. - BERNAMA
https://www.utusanborneo.com.my/ ... -tular-rotan-anjing |
|
|
|
|
|
|
|
nasi kukus ayamg goreng berempah
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Countdown to Ramadan 2024! Only 12 days left until the holy month begins. Prepare for a period of reflection, prayer, and fasting.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|