|
untuk en bingka...ajis...aziz...hang..dll
sweet tak pasti soalan nih dah ada atau blum...kalau dah sori k...
1. apa yang membuatkan lelaki merajuk?
2. kalau merajuk apa yang lelaki harapkan dari pasangan?
3. biasanya berapa lama merajuk?
:nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
sweet tak pasti soalan nih dah ada atau blum...kalau dah sori k...
1. apa yang membuatkan lelaki merajuk?
2. kalau merajuk apa yang lelaki harapkan dari pasangan?
3. biasanya berapa lama merajuk?
Dear lovely sweetlove,
Pertama sweet dan kaum hawa yang lain perlu tahu bahwa RAJUK ini bukanlah sifat-sifat semulajadi lelaki. Dengan kata lain amat sukarnya mencari lelaki yang merajuk ini umpama mencari sebilah jarum di dalam timbunan kapas. Lelaki yang kaum hawa kategorikan sebagai merajuk ini sebenarnya ialah lelaki yang pura-pura merajuk atau dengan kata lain RAJUK ADA MAKNA... sekarang kita pergi kepada jawab soklan sweetlove yang makin hari makin sweet pulak sejak mendapat idea-idea dari poremur LELAKI ATM yang tidak lokek ilmu serta sanggup berkongsi rahsia dan petua-petua persoalan kehidupan ini.
1. Lelaki pura-pura merajuk kerana merajuk ada makna tu. Mungkin kalau lelaki pura-pura merajuk akan mendapat upah dari kaum hawa. Apatah lagi kalau kaum hawa menggunakan 'bahasa tubuh' untuk memujuk lelaki tersebut.
2. Lihat jawapan 1 di atas. Lelaki mengharapkan upah yang spesial...
3. Berapa lama merajuk? Hari-hari pura-pura merajuk pun tak apa kalau mendapat upah spesial tu...
Jadi timbul persoalan , apakah kaum hawa hanya akan memberi layanan yang istimewa jika lelaki merajuk? Kenapa tak boleh mendapat layanan yang istimewa sepanjang masa. Mengapa kalau pura-pura merajuk baru dapat? Alangkah baiknya kalau lelaki tidak diajar oleh kaum hawa untuk berpura-pura bagi mendapatkan hadiah yang istimewa. Penyakit pura-pura nanti akan berjangkit menjadi sikap bohong yang boleh menjejaskan perhubungan mesra pasangan yang telah sedia harmoni. Dan ini bermula dengan sikap kaum hawa yang mengajar kaum adam berpura-pura untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa. Kaum hawa seakan merasa rugi kalau memberi sesuatu yang istimewa kepada kaum adam tanpa ada sebab. Lalu kaum hawa ciptakan kepura-puraan dalam diri kaum adam yang akhirnya akan memakan diri sendiri...
Ingatlah pepatah cina 'perjalanan beribu batu bermula denganlangkah yang pertama". Kalau langkah yang pertama ialah kepuraan... bagaimana pula perjalanan perhubungan ke akhir hayat?
Majulah Lelaki untuk Negara
Sekian harap maklum
Hang Man |
|
|
|
|
|
|
|
sweet tak pasti soalan nih dah ada atau blum...kalau dah sori k...
1. apa yang membuatkan lelaki merajuk?
MaCaM2 aDaaaaa...:tq:
2. kalau merajuk apa yang lelaki harapkan dari pasangan?
Tak HaRaP PoN Ko OrG PuJuK.. KaMi aUtOMaTiK OK!:love:
3. biasanya berapa lama merajuk?
TeNgOk MOOd Laaaa.. Biasa 5 MiNiT jeR..:lebai: |
|
|
|
|
|
|
mat_toro This user has been deleted
|
1. apa yang membuatkan lelaki merajuk?
-women who don't give em enough tender loving care a.k.a. cold hard mechanical sex
2. kalau merajuk apa yang lelaki harapkan dari pasangan?
-cold hard mechanical sex
3. biasanya berapa lama merajuk?
-until he gets some cold hard mechanical sex |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Hang at 5-7-2006 01:29 PM
Dear lovely sweetlove,
Pertama sweet dan kaum hawa yang lain perlu tahu bahwa RAJUK ini bukanlah sifat-sifat semulajadi lelaki. Dengan kata lain amat sukarnya mencari lelaki yang merajuk ...
Hang yang bijaksana...
terima kasih daun keladi atas jawapan yang diberi...
upah spesial tu camner? nak kena belai2 manja ke?
eee...geli laa... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sweetLove at 5-7-2006 02:05 PM
Hang yang bijaksana...
terima kasih daun keladi atas jawapan yang diberi...
upah spesial tu camner? nak kena belai2 manja ke?
eee...geli laa...
orang belum kawin tak boleh bagi upah spesial tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Hang at 5-7-2006 02:29 PM
orang belum kawin tak boleh bagi upah spesial tu...
ok...
so nak bagi apa?
mengikut kerelevanan...hehehe
:ting: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sweetLove at 5-7-2006 02:38 PM
ok...
so nak bagi apa?
mengikut kerelevanan...hehehe
:ting:
kalau lum kawin nak upah spesial
bagi jer pelempang...!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1064 mat_toro's post
bro.. u gave back as good as it comes.. oi oi oi.. |
|
|
|
|
|
|
|
apa citer ni...
tak paham lah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ajis_kg at 3-7-2006 09:15 AM
CuKup ZaHir DaN BaTiNnye! SoaLaN InI TeLaH TerJaWaB.. SiLa SeMaK paGe BeLaKaNg.
TiMe kasIh:tq:
macam dah berpengalaman jer cara ajis jawab nih...;) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by BingkaUbi at 1-7-2006 03:26 PM
Putri22 yg comel,
Jawapan jujur saya,
1) macam mana putri tahu yang lelaki selalu fikir dia bagus sangat ? Lelaki tu yang kata macam tu ka or dari penilaian putri sendri ? BTW lelaki mema ...
en.bingka,
untuk jawapan no 4 tu, mmg perempuan aje ke yang ditugaskan utk buat semua benda tu?
org lelaki tak boleh buat ke?
utk jawapan no 1 pulak...mcmana kalau putri tanya berdasarkan reality..mmg lelaki tu mcmtu...apa pulak jwpn en.bingka?
[ Last edited by alieyn at 6-7-2006 12:35 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Hang at 1-7-2006 03:31 PM
Puteri yang makin lama makin berseri-seri,
1. Lelaki adalah dilahirkan sebagai pemimpin kaum wanita. Seseorang pemimpin itu mesti ada keyakinan diri yang tinggi. Kalau tidak ia tak boleh mem ...
en.hang,untuk soalan no 4,mana ada org yg perfect kat dunia ni..so camne lak nak cari pompuan perfect...emmm.........
[ Last edited by alieyn at 6-7-2006 10:55 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alieyn at 6-7-2006 10:52 AM
en.hang,untuk soalan no 4,mana ada org yg perfect kat dunia ni..so camne lak nak cari pompuan perfect...emmm.........
Alieyn yang mempunyai peribadi yang anngun lagi baik hati,
Kaum Lelaki tidak sampai hati mengatakan kepada kaum pompuan yang tidak orang yang perfect dalam dunia ini kerana hampir seluruh kaum hawa merasa diri mereka perfect atau bercita-cita ke arah menjadi wanita yang perfect menurut perpekstif mereka yang tersendiri.
Lelaki normal tahu tidak ada yang lelaki yang perfect.tapi kaum lelaki berusaha untuk memajukan diri menjadi lelaki yang lebih baik lagi kecuali lelaki yang sudah hilang kewarasan diri.
Bila kaum lelaki mengata 'pompuan tu perfect' bukan bermaksud bahwa pompuan tu ialah wanita yang perfect tapi maksudnya : pompuan itulah calon yang perfect untuk menjadi calon hidupnya. Bila lelaki mengata pompuan tersebut perfect bermaksud kami menerima dengan rela segala kebaikan atau kekurangan yang ada pada pompuan tersebut.
majulah lelaki untuk negara
sekian harap maklum
Hang Man |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Hang at 6-7-2006 12:15 PM
Alieyn yang mempunyai peribadi yang anngun lagi baik hati,
Kaum Lelaki tidak sampai hati mengatakan kepada kaum pompuan yang tidak orang yang perfect dalam dunia ini kerana hampir seluruh ka ...
oo..ni berkias² lah ye en.Hang?
mcm tu.......................;) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alieyn at 6-7-2006 10:48 AM
en.bingka,
untuk jawapan no 4 tu, mmg perempuan aje ke yang ditugaskan utk buat semua benda tu?
org lelaki tak boleh buat ke?
utk jawapan no 1 pulak...mcmana kalau putri tanya berdasarkan re ...
ulasan jawapan no. 1
lelaki perasan bagus ? perkataan perasan tu tak sesuai untuk soalan putri tuh sebenarnye.. hakikatnya, lelaki bukan perasan bagus tapi percaya pada diri sendiri dan ada keyakinan untuk menjadi terbagus bersesuaian dengan tujuan lelaki dijadikan iaitu memimpin kaum perempuan....
jawapan no. 4
kan masing2 ada tanggungjawab sendri..saya refer pada tanggungjawab perempuan menguruskan rumahtangga dan keluarga....hakikatnya memang tak de manusia yang perfect but seeloknya jadik la "perfect" yang menyenangkan hati lelaki...
hehehe...
sekian, terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by BingkaUbi at 7-7-2006 07:27 AM
ulasan jawapan no. 1
lelaki perasan bagus ? perkataan perasan tu tak sesuai untuk soalan putri tuh sebenarnye.. hakikatnya, lelaki bukan perasan bagus tapi percaya pada diri sendiri dan ad ...
komen saya lg tntg soklan no 1..
mcmana pulak kalau lelaki tu sebenarnya belum boleh di katakan bagus...tp dia sendiri yg anggap dia dah bagus...
sudahnya nnti org lain juga yg x berkenan dgn cara dia tu..dah byk contoh keliling saya ni...emm...
jadilah seperti diri sendiri...dan memperbaiki kelemahan diri day by day.....dan seterusnya...
tak perlulah pretend nak jd bagus...kerana itu akan menggoyahkan kepercayaan org pd diri kita...
biar kita mcm biasa..tp peningkatan tu ada...;) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alieyn at 7-7-2006 11:00 AM
komen saya lg tntg soklan no 1..
mcmana pulak kalau lelaki tu sebenarnya belum boleh di katakan bagus...tp dia sendiri yg anggap dia dah bagus...
sudahnya nnti org lain juga yg x berkenan dgn c ...
Alieyn yang baik hati lagi cun semoga berada di dalam keadaan sifat walafiat,
Kalau lelaki menanggap dirinya, maka itu sesuatu yang positif memandangkan dalam dunia ini makin banyak lelaki yang menanggap dirinya sebaliknya. Ini adalah permulaan yang baik bagi lelaki tersebut.
Jika Alieyn merasa bahawa lelaki itu masih belum bagus, maka Alieyn boleh menyatakan kepada lelaki tersebut -" u akan menjadi lebih bagus kalau membuat perkara ini begitu..begini etc". Inilah tugas kaum hawa. Menyokong dan memperbaiki kelemahan yang dirasakan ada pada lelaki idaman/suami dll. Janganlah menjadi seperti tikus yang membaiki labu. Tapi jadilah seperti aur dan tebing yang saling menyokong.
Apa pun penilaian 'BAGUS' ini adalah subjektif. Begitu juga kecantikan seorang perempuan juga subjektif. Tak semua orang akan menilai sesuatu itu bagus atau cantik.
Majulah lelaki untuk negara
sekian harap maklum
Hang Man. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Hang at 7-7-2006 12:29 PM
Alieyn yang baik hati lagi cun semoga berada di dalam keadaan sifat walafiat,
Kalau lelaki menanggap dirinya, maka itu sesuatu yang positif memandangkan dalam dunia ini makin banyak lelaki y ...
kalau dah mcm tu kata en.Hang,baiklah...saya menurut je...kalau tak nnti smpi bila2 tak abis..:lol
dgn ini saya mengakhiri persoalan dr saya utk kali ini
:tq: |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|