|
|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: WHERE BUTTERFLIES BLOOM
[Copy link]
|
|
|
|
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ada lelaki datang bertanya kepada Rasulullah s.a.w.; “Ya Rasulullah! Ibu saya telah meninggal dunia dan dia ketinggalan puasanya satu bulan. Bolehkah aku puasa untuk membayar puasa itu?” Jawab Nabi s.a.w.; “Ya boleh! Hutang kepada Allah lebih berhak untuk di bayar.” – Sahih Bukhari |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 14-2-2026 07:48 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Perawi Hadith : Abu ad-Dardaa’ r.a Nabi s.a.w bersabda: “Tidak ada satu hari yang terbit mataharinya melainkan ada di kiri kanan matahari itu: dua Malaikat yang menyerukan seruan yang didengari oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: “Wahai sekalian manusia! Marilah kamu semua berusaha mengerjakan amal bakti kepada Tuhan kamu, kerana sesungguhnya pendapatan-pendapatan yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup di dunia adalah lebih baik daripada pendapatan-pendapatan yang banyak serta melalaikan bekalan akhirat; dan tidak masuk matahari melainkan ada di kiri kanannya dua Malaikat yang menyerukannya seruan yang didengarinya oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: “Ya Tuhan kami! Berikanlah ganti yang berganda-ganda kepada orang yang mencurahkan nikmat-nikmat yang dikurniakan kepadanya pada jalan yang diredhai Allah, dan timpakanlah kerugian yang besar ke atas orang yang menahan nikmat-nikmat Allah itu daripada mengeluarkannya pada jalan yang dituntut oleh Allah.” |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 14-2-2026 07:48 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jabir berkata: “Kami bersama-sama dengan Nabi Muhammad s.a.w. dalam suatu peperangan. Ketika kami kembali ke Madinah, kami hendak masuk (ke rumah-rumah kami). Maka beliau bersabda: “Sabarlah, sampai masuk malam, agar isteri berhias dari kusut masai dan berdandan (berhias) perempuan yang (lama) dtinggalkan oleh suaminya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 14-2-2026 07:48 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Daripada Abi Nijih ‘Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, “Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami.” Lalu baginda pun bersabda, “Aku berwasiat kepada kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Al Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat.” Riwayat: Abu Daud dan Tirmizi |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w wafat, Saidina Abu Bakar r.a terus memegang teraju pemerintahan sebagaimana yang diamanahkan oleh baginda s.a.w. Keadaan ini menyebabkan beberapa kelompok masyarakat Arab bertukar kembali menjadi kafir. Saidina Umar r.a bertanya Saidina Abu Bakar: Bagaimana kamu akan memerangi manusia sedangkan Rasulullah s.a.w telah bersabda: Aku diarahkan supaya memerangi manusia sehinggalah mereka mengucapkan Dua Kalimah Syahadah. Sesiapa yang mengucapkannya bererti dia dan hartanya bebas daripada aku kecuali apa yang dibenarkan oleh syariat dan segala-galanya terserahlah kepada Allah s.w.t untuk menentukannya. Abu Bakar menjawab: Demi Allah aku akan memerangi mereka yang membezakan antara sembahyang dan zakat kerana zakat merupakan tuntutan terhadap harta. Demi Allah, andaikata mereka enggan membayar zakat tersebut sedangkan mereka pernah membayarnya kepada Rasulullah s.a.w, aku tetap akan memerangi mereka. (Sahih Muslim) |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 14-2-2026 07:48 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Siapa yang suka bertemu kepada Allah, maka Allah suka menerimanya dan siapa yang tidak suka bertemu kepada Allah, Allah juga tidak suka menerimanya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 14-2-2026 07:48 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dari Umar bin Khattab r.a, katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehnya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah”. Riwayat Imam Bukhari. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nabi s.a.w. bersabda; “Bertenang-tenang itu dari Allah dan bergopoh-gopoh itu dari Syaitan.” – Riwayat Al-Baihaqi |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dari Abdullah r.a., katanya Nabi SAW bersabda,”Memaki orang muslim adalah durhaka (fasik) dan membunuhnya kafir.” H.R. Bukhari |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Daripada Mughirah bin Syu’ bah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, “Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka sentiasa berjaya”. H.R. Bukhari |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sabda RASULULLAH S.A.W: “Mahukah kamu sekalian saya beritahu sebaik-baik amal perbuatanmu, dan perbuatanmu yang paling suci di sisi Tuhanmu, amal perbuatan yang paling tinggi untuk memperoleh darjatmu, dan yg paling bagus di dlm mendermakan emas dan perak, serta sesuatu yg paling bagus daripada kamu sekelian berjumpa musuhmu kemudian mereka kamu pukul lehernya atau kamu yg dipukul lehermu? Iaitu zikir/ingat kepada Allah ta’ala”. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 14-2-2026 07:49 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hadis Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya: Baginda telah bersabda: Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, prihatin terhadap suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin, dan kamu semua bertanggungjawab terhadap orang yang kamu pimpin. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 14-2-2026 07:49 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sesiapa saja yang melihat kemungkaran hendaklah ia bertindak mengubahnya denga lisannya (kata-kata) dan jika masih tidak berdaya, hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya, dan itu merupakan iman yang paling lemah. ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim ) |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|