|
Sasaran Amerika
Wheat menyatakan, mengikut kepercayaannya, Soros telah menjadikan Amerika sebagai 搆acang keras yang sukar dipecahkan |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ilya at 18-4-2009 13:55
aku takde dewa, buat apa nak sakit ati
Ko jek yg mendewa-dewakan dia, siap kopi pes segala..
errrr... dengo ayat Quran, kena amek wudu'???? : ...
keh keh keh.... betulla bro, si jahilooon tu kata ko dah fitnah dia...... eiiiii.... ko tak takutke hukuman Allah nanti???
yang si jahiloooon murakab tu kata bukan gitu, katanya kalau tak ada wuduk cuma boleh dengar Quran je, hang nak baca surah al fatihah pun harem, gitulah kekdah pemahaman jahiloooon murakab ni.
Kronologi cerita....
Si jahilooon murakab dok kutuk PAS, katanya sokong bukan Islam mempersendakan Quran.
Aku tanya, mana ayat yang larang bukan Islam baca petikan al Quran???
Si jahiloooon murakab ni bawak nas yang larang orang yang tak berwuduk dari menyentuh masyhaf
Aku tanya lagi, mana ayat yang larang bukan Islam baca petikan ayat Quran???
Si jahiloooon murakab bawak hukum jangan percaya dengan bukan Islam
Aku tanya lagi mana ayat yang larang bukan Islam baca petikan al Quran???
Si jahilooon bawak lagi hukum sentuh Quran dan bawak kawan sejahilooon murakab macam dia jugak tapi yang ni lebih advance, nak kene tengok niat ....prrrpftphrrrpftph
Aku tanya lagi mana ayat yang larang bukan Islam baca petikan Quran????
Ni la yang paling best, memula dia tepek katanya majlis mufti Malaysia kata harem bukan Islam baca Quran untuk tujuan polotik ....prrrpftphrrrpftph. Ni la kot majlis mufti yang dulu buat fatwa sure heboh tu harem yang mengakibatkan penganjur kene tukar nama tapi masih asas yang sama, dan majlis mufti hanya mampu menelan air liur ....prrrpftphrrrpftph
Atau ni juga himpunan mufti yang hisap rokok fatwa merokok tu harus dan yang tak hisap rokok kata merokok tu harem ....prrrpftphrrrpftph
Maha maha nye kejahilooonan si jahilooon murakab ni dia tanya haku balik mana ayat Quran yang benarkan bukan Islam gunakan al Quran untuk tujuan politik ....prrrpftphrrrpftph. Jadi bro, biarkanla si jahilooon dengan kemurakabannya. Ni la produk islam keagungan amenooo iaitu Melayu wajib Islam.
Sorila bro aku mencarut kat hang, pasal si jahilooon murakab tu hanya layak bersembang dengan anak haku je ....prrrpftphrrrpftph ....prrrpftphrrrpftph ....prrrpftphrrrpftph |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1042 guagcore\ catat
mana surah aura...bak datang...bunyi gebang jerk lebih...
surah aura mana |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ilya at 20-4-2009 11:24
tulahhhhhhhhhhhhhh dah malu pun masih nak kaber lagikkkkkkkk
mintak itu ini, dah ada penerangan kat atas pun, masih nak kaber-kaber malu yg dah mengg ...
keh keh keh...... bro, kesian haku kat jahiloooon murakab tu sekarang ni sudah tukar, jawapan tak nampak tetiba semberono tanya haku, surah aura mana????
kat mana agak kebanggaan si jahilooon murakab tu, di tanya tak mampu jawab tetiba nak menanya, konon mau putarla itu.... keh keh keh
Untuk kelihatan kat sapa sapa yang baca la.... aku kalau setakat jahil, buleh lagi aku nak berkawan, tapi kalau dah jahillll murakab, mintak mahapla aku nak layan, ngan anak haku bolehla cerita.... hahahahahahha |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by guagcore at 20-4-2009 16:48
keh keh keh...... bro, kesian haku kat jahiloooon murakab tu sekarang ni sudah tukar, jawapan tak nampak tetiba semberono tanya haku, surah aura mana????
kat mana agak kebanggaan si jahilooon murakab tu, di tanya tak mampu jawab tetiba nak menanya, konon mau putarla itu.... keh keh keh
Untuk kelihatan kat sapa sapa yang baca la.... aku kalau setakat jahil, buleh lagi aku nak berkawan, tapi kalau dah jahillll murakab, mintak mahapla aku nak layan, ngan anak haku bolehla cerita.... hahahahahahha
mana datang surah aura...pandai mintak...bila orang lain mintak jawapan suruh anak jawap...
'dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (Al-Quran), dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik', surah Al- Baqarah ayat 99.
pemikiran jumub...bagi tau aku mana datang surah aura...mana surah dalam Al-Quran yang kata orang kafir boleh gunakan ayat2 suci Al-Quran untuk tujuan politik...kalo akal anak ko lagi pandai dari ko aku tak tau nak kata apa...belajar dulu mandi wajib baru soal orang...
'wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu kufurkan (ingkarkan) ayat-ayat keterangan Allah padahal kamu menyaksikan kebenaranNya?, A-li 'Imraan ayat 70.
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by guagcore at 20-4-2009 16:48
keh keh keh...... bro, kesian haku kat jahiloooon murakab tu sekarang ni sudah tukar, jawapan tak nampak tetiba semberono tanya haku, surah aura mana????
kat mana agak kebanggaan si jahilooon murakab tu, di tanya tak mampu jawab tetiba nak menanya, konon mau putarla itu.... keh keh keh
Untuk kelihatan kat sapa sapa yang baca la.... aku kalau setakat jahil, buleh lagi aku nak berkawan, tapi kalau dah jahillll murakab, mintak mahapla aku nak layan, ngan anak haku bolehla cerita.... hahahahahahha
Originally posted by guagcore at 16-4-2009 10:22
ya!!!!! ini dia ayat yang jelas dan nyata bukan Islam di larang membaca 'petikan' alQuran ....prrrpftphrrrpftph
lepas ni mesti gebang kat kenkawan aku belum jawap...tapi bila disoal asal usul surah aura tidak tahu...munafik
'dan bandingan (orang-orang yang menyeru) orang-orang kafir (yang tidak mahu beriman itu), samalah seperti orang yang berteriak memanggil binatang yang tidak dapat memahami selain dari mendengar suara panggilan sahaja; mereka itu ialah orang-orang yang pekak, bisu dan buta; oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan akalnya', Al- Baqarah ayat 171.
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shamsadis at 20-4-2009 17:16
mana datang surah aura...pandai mintak...bila orang lain mintak jawapan suruh anak jawap...
ko tuan rumah ....so bila kami tanya ada tak ayat Quran yg mengatakan orang
bukan Islam tidak boleh baca Quran, ko patot nya respon.
bukannya mengelak and mengelat dgn tanya balik soalan pada kami.
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shamsadis at 20-4-2009 18:04
sudah diberi petikan surah Al-Quran tapi tak membacanya...
Dan mereka (kaum Yahudi) berkata pula: "Hati kami tertutup (tidak dapat menerima Islam)".
(Sebenarnya hati mereka tidak tertutup) bahkan Allah telah melaknatkan mereka disebabkan
kekufuran mereka, oleh itu maka sedikit benar mereka yang beriman, Al- Baqarah ayat 88.
Itu ayat tentang apa ? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1051 shamsadis\ catat
tuan umah,
Ayat berkenaan dgn apa tu |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1051 shamsadis\ catat
tuan umah....main tepek je ke.
oookaay lah, kalau pening, aku fresh balik soalan kami.
soalan : Mana ayat Quran yang melarang bukan Islam membaca Quran.? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tehherba at 20-4-2009 18:09
tuan umah,
Ayat berkenaan dgn apa tu
Mohon petunjuk dari Allah swt
Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu. Al- Baqarah ayat 147. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tehherba at 20-4-2009 18:14
tuan umah....main tepek je ke.
oookaay lah, kalau pening, aku fresh balik soalan kami.
soalan : Mana ayat Quran yang melarang bukan Islam membaca Quran.?
Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam, Al-Nahl ayat 98.
agak2 ustaz eng ko ming tue dia Islam??? dia baca ayat2 suci Al-Quran...dia bukan sahaja baca terjemahan tetapi membaca ayat2 suci Al-Quran...
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul, Al-Mumtahanah ayat 1.
dimana datang nyer surah aura...??dah puas cari tapi tak jumpa |
|
|
|
|
|
|
|
Anwar Ibrahim dan Projek Islam Liberal Malaysia ?
Oleh : AIDC
Islam Liberal mungkin masih baru di Malaysia. Tetapi bukan perkara baru di Indonesia dan Turki. Di Indonesia, hampir berpuluh-puluh buku diterbitkan mendedahkan, membongkar dan menentang Islam Liberal, namun begitu, semakin dibongkar, semakin kencang pengaruhnya semakin menular dan merosakkan umat Islam di negara itu. Klik di sini
Mengapa arusnya sangat kencang ? Bukan kerana faktor karisma Gus Dur, bukan kerana Nurcholish Madjid atau Dr Azyumardi Azra atau Ulil Abshar Abdalla (sekadar sebut beberapa tokoh).
Tetapi faktor utamanya kerana lembaga besar yang sedang mengepam sumber kewangan yang juga sangat besar. Lembaga itu berpaksi di Jabatan Negara, Amerika Syarikat, mengepam dana melalui lembaga bernama Asia Foundation, RAND Corporation, CIA dan USAID disalur kepada institusi tempatan bernama JIL (Jaringan Islam Liberal).
Dana yang besar itu akan menambahkan lagi karisma Gus Dur, Nurcholish Majdid atau Ulil Abshar Abdalla. Klik di sini dan di sini dan di sini
Dana yang besar itu akan menjadikan Gus Dur aktif dengan Wahid Institute, Nurcholish Madjid berjaya dengan Universiti Paramadina dan Ulil Abshar Abdalla pula ghairah dengan Jaringan Islam Liberal (JIL). Tanpa dana dari luar, semua institusi yang diketuai oleh tokoh-tokoh Islam Liberal itu tidak akan membuahkan apa-apa hasil.
Dr. Greg Barton, pengkaji Islam Liberal yang merupakan profesor di Monash University, Australia, menghabiskan sebahagian hidupnya untuk meneliti perkembangan Islam Liberal Indonesia. Tesis PhDnya pun juga berkaitan dengan pembangunan Pemikiran Islam Liberal di Indonesia.
Maknanya, dia bukan sekadar pengkaji, tetapi juga pendokong dan pendorong kerana satelit Islam Liberal berpusat di Universiti Harvard,(The Pluralisme Project), klik di sini dipancar ke Asia melalui Universiti Monash dan disalurkan ke negara-negara yang menjadi sasarannya.
Menurut Dr Greg Barton lagi, kehebatan Islam Liberal bukan sekadar pada "Liberal", tetapi lebih hebat lagi kerana 'Liberalisasi Islam' itu berjaya memusnahkan akar-akar Islam termasuk persoalan akidah dan syariah.
Islam Liberal berjaya meruntuhkan tembok sacral Al Quran melalui methodologi dekonstruksi (kritik teks) dan memusnahkan akar syariah dengan methodologi ijtihad (penafsiran semula) secara terbuka. Klik di sini dan Klik di sini
Paling menarik, Indonesia yang diancam hebat dengan virus Islam Liberal inilah yang dinobatkan Anwar sebagai "Model Demokrasi Terbaik Dunia Muslim".
Ironis pemikiran Anwar, beliau tidak menyorot tentang bahaya Islam Liberal, seperti yang dilihat oleh kebanyakan pencinta gerakan Islam lain, sebaliknya, beliau melihat kemunculan Islam Liberal itu sebahagian proses 'reformasi' dan 'transformasi', ke arah 'demokrasi Islam' yang beliau angkat sebagai 'model terbaik' di dunia muslim.
Adakah ini bermakna untuk mencapai piawaian 'Model Demokrasi Terbaik', sesebuah negara Islam itu wajib menerima kehadiran 'Islam Liberal' ?
Kalau begitu, nampaknya semacam intim takrif 'demokrasi' dengan 'Liberalisasi'.
Anwar Ibrahim bersama Dr Greg Barton |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah Anwar Ibrahim juga pendokong Islam Liberal ?
Abu Saif al Mahshari, Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Pulau Pinang dalam kertas kerjanya menyenaraikan beberapa tokoh pemula yang menjadi rujukan Islam Liberal iaitu John Locke, Immanuel Kant dan Voltaire. Tokoh - tokoh ini dipanggil 'Religious Enlightenment' (Pencerahan agama).
Kemudian dikuti oleh Adam Smith dan diperbaharuhi oleh Charles Kurzman dan lain-lain. Klik di sini
Umumnya Anwar amat menitikberatkan tentang frasa, kosa kata dan nama tokoh yang bakal disebut dalam ucapan atau tulisannya. Anwar amat peka, setiap pemilihan kosa kata atau nama tokoh akan memberi kesan mendalam kepada khalayaknya.
John Locke
Misalnya dalam program 'Dialog Asian Renaissance' (anjuran IKD di Tasik Kenyir, Terengganu 2007) membahas semula gagasan pembaharuan berasaskan John Locke dan Russeau. Klik di sini dan di sini
Ketika berucap di 'Forum New York Democracy Forum', Amerika Syarikat (Disember 2005) dan 'the Assembly of the World Movementfor Democracy' di Istanbul, Turki (April 2006)juga memetik falsafah tokoh John Locke.
Dalam ucapan itu Anwar mengakui demokrasi dan kebebasan berasaskan pemikiran John Locke, yang mempengaruhi penggubalan undang-undang Amerika, tetapi menurut Anwar keinginan manusia kepada kebebasan dan demokrasi juga sesuai di dunia Muslim. Klik di sini
Anwar menulis dalam Journal of Democracy (Oktober 2007) bertajuk "Anwar Ibrahim on freedom, democracy and the rule of law ". Dalam tulisannya Anwar memetik pendapat John Locke yang membenarkan individu menentang kerajaan sekiranya kerajaan menyekat hak kebebasan asasi.
Dalam tulisan itu Anwar secara jujur mengakui gembira bersekutu bersama NED, sebuah Yayasan Demokrasi tajaan Amerika. Klik di sini
John Locke adalah seorang ahli falsafah Barat, beragama Kristian, dikenali sebagai ahli falsafah 'Liberalisme' moden abad ke-17.
Menurut Locke, konsep liberalisme bermaksud mewujudkan 'Negara Liberal', iaitu pembahagian di antara hak individu dan hak pemerintah. Konsep Liberalisme ini dipanjangkan kepada agama menjadi 'Liberalisme Agama' yang sekarang ini lebih dikenali sebagai Pluralisme Agama (persamaan antara agama) atau lebih senang disebut 'Islam Liberal'. Klik di sini
Adam Smith
Begitu juga dengan pemikiran Adam Smith. Anwar sering menggunakan hujah tokoh falsafah barat ini ketika berucap atau menulis berkaitan dengan ekonomi dan agama.
Ketika berforum dengan Emma Rothchild [keluarga Rothchild pemilik akhbar Liberation, Perancis ?] dalam 'Wacana Empat Tokoh di Florence, Italy', 2007, Anwar menggesa umat Islam agar memberi perhatian kepada pemikiran 'Adam Smith' yang telah diketengahkan oleh Emma Rothchild.
Adam Smith adalah bapa 'pencerahan' Scotland (Scottish Enlightenment) yang dianggap pelopor ekonomi moden yang bertunjangkan sistem pasaran bebas dan kapitalisme.
Adam Smith mengamalkan fahaman "Deisme" iaitu satu fahaman mempercayai kekuatan diri sendiri (akal) serta menolak konsep alam ghaib, wahyu, dan mukjizat.
Menariknya dalam forum itu, Anwar bersetuju dengan gesaan Muhammad Iqbal (salah seorang tokoh Islam Liberal) agar umat Islam membuka pintu ijtihad yang telah ditutup dan dengan pembukaan semula pintu ijtihad Anwar berpendapat umat Islam dapat menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Klik di sini
Charles Kurzman
Tokoh kontemporari yang menjadi rujukan kumpulan Islam Liberal adalah Charles Kurzman, Professor Sosiologi di University of North Carolina, US. Klik di sini .
Antara bukunya yang paling popular adalah 'Liberal Islam: A Source-Book', merumuskan konsep Liberal Islam adalah peniruan daripada konsep 'Western liberalism' yang memperjuangkan pemisahan kuasa antara gereja dengan kerajaan, demokrasi, hak kebebasan wanita dan kumpulan minoriti, kebebasan berfikir serta kemajuan ketamadunan manusia. Klik di sini
Di dalam pengumpulan data yang dibuat oleh Charles Kurzman berkenaan tokoh-tokoh Islam Liberal, dia turut menyenaraikan nama Anwar Ibrahim (Malaysia) sebagai salah seorang pendokongnya, sebaris dengan Abdurrahman Wahid (Indonesia), Asghar Ali Engineer (India) dan Fethullah G黮en (Turki). Klik di sini dan di sini
Sementara itu tokoh-tokoh Islam Liberal lain yang turut disenaraikan antaranya; S.M. Zafar (Pakistan); Rachid Ghannouchi (Tunisia), Benazir Bhutto (Pakistan), Fatima Mernissi (Morocco), Chandra Muzaffar (Malaysia), Ali Shari`ati (Iran), Mohamed Arkoun (Algeria-France), Abdulkarim Soroush (Iran), Muhammad Iqbal (India), Nurcholish Madjid (Indonesia) dan lain-lain.
Manakala badan-badan yang memperjuangkan Islam Liberal, Charles senaraikan antaranya; CSID (Center for the Study of Islam and Democracy, USA; ICMI (Ikatan Cendekiawan Muslim Se-Indonesia), Indonesia; IIIT (International Institute for Islamic Thought), USA dan Malaysia; ICIP (International Center for Islam and Pluralism), Indonesia; MFI (Minaret of Freedom Institute), USA; Muslim WakeUp!, USA dan lain-lain. Klik di sini
Lebih menarik lagi, sebahagian besar senarai badan yang disenaraikan oleh Charles itu mempunyai kaitan rapat dengan Anwar Ibrahim. Misalnya, Anwar merupakan antara pengasas IIIT USA dan pengasas IIIT di Malaysia. Anwar juga penggerak utama dalam CSID yang beliau telah dianugerahkan sebagai 'Muslim Moderat' 2005. Klik di sini
Anwar Ibrahim menerima gelaran "Muslim Moderat of The Year Award 2005" daripada CSID, di Amerika Syarikat. Dari kiri Antony Sullivan, (Naib Pengerusi CSID), Radwan Masmoudi (Presiden CSID), Anwar Ibrahim dan yang tidak bertudung ialah Asma Afsaruddin (Pengerusi CSID). Semasa Anwar menerima anugerah ini turut disaksikan oleh Andrew S. Natsios (USAID), Lorne Craner (IRI) dan Carl Gershman (NED). CSID sebuah organisasi berpengakalan di Washington DC yang ditaja oleh agensi Amerika Syarikat yang bermotifkan demokrasi iaitu USAID, NED, IRI dan NDI |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa Anwar terlibat aktif dengan Lembaga Pluralisme Amerika ?
Sepanjang dua tahun Anwar menetap di Amerika Syarikat(2005-2007), beliau banyak terlibat dengan lembaga - lembaga kerajaan Amerika khususnya berkaitan dengan pluralisme.
CMCU- Center for Muslim-Christian Understanding
Anwar menjadi pensyarah jemputan di Center for Muslim-Christian Understanding (CMCU), Universiti Georgetown di bawah seliaan profesor Kristian yang dipanggil 'father' oleh penganut Kristian iaitu John Esposito. Klik di sini, di sini dan di sini.
Menariknya CMCU, tempat Anwar menjadi pensyarah pelawat itu turut disenaraikan mendapat tajaan Projek Pluralisme Amerika Syarikat dari Universiti Harvard. Klik di sini
CSID - Center for the Study of Islam and Democracy
Anwar juga terlibat aktif dalam CSID (Center for the Study of Islam and Democracy). Selain badan ini dianggap sebagai missionari Islam Liberal oleh Charles Kurzman, John Esposito, 'guru' Anwar merupakan antara pengasas awal dan pemain di sebalik tabir badan itu.
Malah, sebelum CSID menganugerahi, gelaran 'Muslim Moderat' pada tahun 2005, John Esposito telah terlebih dahulu memberi gelaran sama kepada Anwar pada tahun 2001, dalam bukunya 'Makers of Contemporary Islam'. Klik di sini
Begitu juga dengan terma " Democracy Islam" yang menjadi tema utama perbincangan CSID hari ini, sebenarnya diambil daripada rumusan buku karya John Esposito bertajuk "Islam and Democracy" yang ditulis pada tahun 1996.
Carl Gershman (dua dari kanan), seorang Yahudi berfahaman Zionis, memegang jawatan Presiden NED adalah salah satu penaja program ceramah Anwar dan CSID
Menariknya, Anwar terlibat dalam badan berlabel Islam bernama CSID dan tema utama pun berbau Islam iaitu Islam dan Demokrasi, tetapi penaja utama CSID adalah seorang Yahudi, Carl Gershman, Pengerusi NED (National Endowment for Democracy). Klik di sini dan di sini
Jadi Islam jenis apakah yang cuba dikembangkan oleh CSID ke seluruh dunia Islam itu kerana di belakangnya terdapat suntikan Yahudi ?
Menurut Radwan Masmoudi, Presiden CSID, Islam tajaan CSID adalah 'Islam sebenar' yang diistilahkan sebagai 'Islam Moderat'.
Apa hujah "Muslim Moderat" mengenai Mahkamah Syariah dan poligami ?
Adakah sama hujah "Muslim Moderat' berkenaan Mahkamah Syariah dan Poligami seperti yang difahami oleh seluruh muslim sebelum ini ?
Radwan berhujah, Mahkamah Syariah yang dipraktikkan di dunia Islam hari ini bukan bersumberkan Al Quran, tetapi berasaskan pendapat manusia. Menurutnya lagi poligami juga bukan berasaskan Al Quran, kerana Al Quran hanya menganjurkan umatnya mengamalkan monogami seperti yang dianjurkan oleh Kristian.
Malah lebih radikal lagi, Radwan berpendapat Al Quran perlu ditafsir semula mengikut versi masa kini, selaras dengan kemodenan. Klik di sini
Apakah ini bermakna seseorang tokoh yang dianugerahi 'Muslim Moderat' oleh CSID seperti Abdulkarim Soroush (Iran), Saad Edin Ibrahim (Mesir) dan Anwar Ibrahim (Malaysia) juga berfikiran seperti Radwan Masmoudi, sebagai tokoh pembaharu agama ?
Radwan Masmoudi sebagai Presiden CSID. Badannya menerima dana Amerika yang kebanyakannya dikontrol oleh Yahudi. CSID pula memilih tokoh-tokoh yang 'sealiran' dengan mereka untuk diberi anugerah.
Sila kaji pemikiran Radwan Masmoudi untuk memahami apa itu 'Muslim Moderat' dalam video di bawah :
Jika beginilah pemikiran Radwan yang mengetuai CSID, sudah tentu nada seperti ini pernah didengar di Malaysia apabila diperjuangkan oleh Sister In Islam, satu NGO Islam Liberal Islam Malaysia.
MFI -Minaret of Freedom Institute
Anwar juga terlibat dalam MFI (Minaret of Freedom Institute). Anwar pernah menyampaikan ceramah yang bertajuk "The Importance of Free Markets in Islam and to Muslims |
|
|
|
|
|
|
|
IIIT - The International Institute of Islamic Thought
IIIT ditubuhkan pada tahun 1981 oleh Anwar bersama rakan-rakannya (almarhum Ismail Al Faruqi, Dr Jamal Berjinzi, Abdul Hamid Sulaiman dan Dr Taha Jabir al-扷lwani), di Herdon, Virginia, Amerika Syarikat telah menjalankan misi pluralisme dengan bekerjasama dengan beberapa yayasan Kristian termasuk ICRD (International Center for Religion and Diplomacy).
Kerana sumbangan IIIT dalam menggerakkan pluralisme, aktivisnya, Dr Jamal Berzinji (Naib Presiden IIIT) telah diberi anugerah 'Faith in Action Award 2007' oleh pihak ICRD. Anwar juga turut hadir dalam program itu. Klik di sini
Dr Douglas Johnston Presiden ICRD (no 2 dari kiri) bersama dengan Dr Jamal Barzinji (no 3 dari kanan) dan Anwar Ibrahim (no 2 dari kanan) dalam program 'Faith in Action Award' pada 7 Jun 2007.
Dr Taha Jabir al-Ulwani (Presiden IIIT), juga turut berkerjasama dengan yayasan Kristian di Amerika. Kerjasama itu di antara Universiti Cardoba Amerika (kepunyaan Dr Taha Jabir al Ulwani) dengan Washington Theological Consortium (WTC) untuk mempromosi persefahaman antara agama. Klik di sini
Bersama dengan John Esposito, Dr Taha merupakan pengasas CSID pada tahun 1999 di Washington, D.C. Klik di sini
Menurut Prof. Madya Dr. Idris bin Zakaria dalam kertas kerja bertajuk "ANCAMAN DAN TENTANGAN TERHADAP ISLAM dan MUSLIM; TUMPUAN KES: Liberalisma / Pluralisma", beliau merumuskan dua agensi Amerika yang berperanan menggerakkan Islam Liberal iaitu Rand Corporation dan Institut Brooking, Washington. Klik di sini
RAND Corporation
Berkenaan dengan RAND Corporation, nama Anwar juga turut disebut sebagai individu Muslim yang terlibat dalam memberi input dalam menyediakan kerangka besar satu pelan bertindak kepada kerajaan Amerika untuk melawan teroris Islam, bertajuk "Building Moderate Muslim Networks" (Membina Rangkaian-rangkaian Muslim Moderat).
Laporan terbitan RAND Corporation itu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Anwar Ibrahim kerana sumbangan ideanya. Ketika itu, Anwar sedang mengajar di Universiti Georgetown, Amerika.
Selain nama Anwar, beberapa nama tokoh Islam Liberal lain juga turut disenaraikan termasuk Azyumardi Azra (Indonesia), Ulil Abshar-Abdalla (Indonesia), Abdurrahman Wahid (Indonesia), Radwan Masmoudi(CSID) dan lain-lain.
Menariknya dalam laporan RAND Corporatin itu, turut memuatkan deklarasi 'kumpulan Murtad Islam' yang terdiri daripada Salman Rushdie, Taslima Nasreen, Ayaan Hirsi Ali, Ibn Warraq, Irshad Manji, Mehdi Mozaffari, Maryam Namazie dan lain-lain.
Deklarasi kumpulan murtad itu bertajuk "Manifesto: Together Facing the New Totalitarianism"
S
alman Rushdie penulis buku menghina Al Quran dan Nabi Muhamad SAW bertajuk "The Satanic Verses"
Lebih menarik lagi, Anwar sebelum ini pernah memuji Salman Rusdie pengarang buku "The Satanic Versus" sebagai 'profound writer' (penulis berpengetahuan mendalam), dalam majalah ASIAWEEK, 11 November 1993, sedangkan ketika itu seluruh umat Islam mengecamnya termasuk tawaran bunuh oleh Ayatollah Khomeini ke atas penulis murtad itu. Klik di sini dan di sini
Laporan RAND Corporation itu disunting oleh Angel Rabasa, Cheryl Benard, Lowell H. Schwartz dan Peter Sickle, diterbitkan pada tahun 2007, dengan tajaan Smith Richardson Foundation. Klik di sini Klik di sini dan di sini dan di sini |
|
|
|
|
|
|
| |
|