CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AyieBoyZ

[Lain-Lain] ALL ABOUT BOLLYWOOD MOVIES

[Copy link]
Post time 31-10-2014 11:22 PM | Show all posts
AyieBoyZ posted on 31-10-2014 11:15 PM
i maybe bias, but aku tetap rase srk paling atas compared to aamir dgn salman. aamir mmg pndai pil ...

ala samalah
aku pun ltk SRK above aamir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2014 11:23 PM | Show all posts
AyieBoyZ posted on 31-10-2014 11:15 PM
i maybe bias, but aku tetap rase srk paling atas compared to aamir dgn salman. aamir mmg pndai pil ...

belum lagi...
aku tunggu lama sket baru nak tgk..
aku prefer download..
klu angin baik, baru tgk wayang..

@cmf_GAIA dh tgk kot
tp belum komen pun lg...cam tak puas jek
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2014 01:27 PM | Show all posts
hari ni p tgk happy new year! best giler... 10 stars!
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
dauswq posted on 31-10-2014 11:23 PM
belum lagi...
aku tunggu lama sket baru nak tgk..
aku prefer download..

Eh, best gile la Haider tapi mmg cite serius la, takde masala sangat, gloomy ja manjang n tragedy after tragedy, dah based on Hamlet kan Mmg penuh tragedy je la...sangat dark
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 01:23 AM | Show all posts
cmf_GAIA posted on 3-11-2014 01:21 AM
Eh, best gile la Haider tapi mmg cite serius la, takde masala sangat, gloomy ja manjang n tragedy  ...

citer dark ni saya suka tgk wlpn pnjg berjela
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2014 08:45 PM | Show all posts
Salam
Saper dah tengok filem PK lakonan Aamir Khan arahan pegarah 3 idiots???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2014 08:53 PM | Show all posts
stardust awards semlm

Winners of Stardust Awards 2014
                            By Bollywood Hungama News Network, Dec 15, 2014 - 08:37 IST
                                                                                    Searchlight Awards (Small Budget, Big Concept)
Best Film
Queen

Best Actor
Randeep Hooda - Highway

Best Actress
Kangna Ranaut - Queen

Best Director
Imtiaz Ali - Highway
Vikas Bahl - Queen

New Talent Awards Superstar of Tomorrow (Male)
Tiger Shroff - Heropanti

New Talent Awards Superstar of Tomorrow (Female)
Alia Bhatt - Highway

Breakthrough Supporting Performance (Male)
Sidharth Shukla - Humpty Sharma Ki Dulhaniya

Breakthrough Supporting Performance (Female)
Huma Qureshi - Dedh Ishqiya

Achievers of the Year (Rulers of Box Office 2014)
Film of the Year
Happy New Year

Dream Director
Farah Khan

Best Actor - Drama
Shahid Kapoor - Haider

Best Actress - Drama
Priyanka Chopra - Mary Kom

Best Actor - Thriller / Action
Shah Rukh Khan - Happy New Year

Best Actress - Thriller / Action
Rani Mukerji - Mardaani

Best Actor - Romance / Comedy
Varun Dhawan - Humpty Sharma Ki Dulhaniya

Best Actress - Romance / Comedy
Sonam Kapoor - Khubsoorat

Star of the Year (Male)
Shah Rukh Khan

Star of the Year (Female)
Deepika Padukone

Best Actor in a Negative Role
Sonu Sood - Entertainment

Best Actor in a Supporting Role (Male)
Govinda - Kill Dill/Happy Ending

Best Actor in a Supporting Role (Female)
Tabu - Haider

Best Music Director
Yaariyaan

Best Lyricist
Kausar Munir - Daawat-e-Ishq

Best Playback Singer (Male)
Ankit Tiwari - (Galliyan) Ek Villain

Best Playback Singer (Female)
Kanika Kapoor - (Baby Doll) Ragini MMS 2

Special Awards Pride of the Year
Anupam Kher

Colors legend Hall of Fame
Rajshri Productions

Style Diva
Jacqueline Fernandes

International Icon of the Year
Amitabh Bachchan

Lifetime Achievement Award
Asha Parekh                                                                       
                                                               
link : http://www.bollywoodhungama.com/movies/features/type/view/id/7635

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2014 09:48 AM | Show all posts
x klua dvd haider kan .. x sbr nak tengok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2014 11:15 AM | Show all posts
tdpp2006 posted on 15-12-2014 08:45 PM
Salam
Saper dah tengok filem PK lakonan Aamir Khan arahan pegarah 3 idiots???

baru nk kuar tayangan 19 dec ni la..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 05:44 PM | Show all posts





PK (2014) 153 min  -  Comedy | Drama | Fantasy  -  19 December 2014 (UK)



Ratings: 8.9/10 from 13,004 users  
Reviews: 201 user| 24 critic




A stranger in the city asks questions no one has asked before. Known only by his initials, P.K.'s innocent questions and childlike curiosity will take him on a journey of love, laughter and letting-go.

Director: Rajkumar Hirani
Writers: Rajkumar Hirani, Abhijit Joshi, 1 more credit »
Stars: Aamir Khan, Anushka Sharma, Sanjay Dutt |See full cast and crew »


Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 05:54 PM | Show all posts
tdpp2006 posted on 15-12-2014 08:45 PM
Salam
Saper dah tengok filem PK lakonan Aamir Khan arahan pegarah 3 idiots???

dah tengok...besssttttt, sensitif sikit topicnya
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak de sape bkk thread psl filmfare award thn ni ker?
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 03:17 PM | Show all posts
faraRosales replied at 16-12-2014 09:48 AM
x klua dvd haider kan .. x sbr nak tengok

dah kuar kan bluray ver.

i baru donlod,,

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 03:52 PM | Show all posts
PK sangat best!!! Aamir lakonan yang sangat supert...heroin Anushka Sharma sangat2 la cantik..Movie ni agak sensitif coz banyak persoalan tentang tuhan dan agama..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 03:52 PM | Show all posts
nashrudean replied at 31-12-2014 03:17 PM
dah kuar kan bluray ver.

i baru donlod,,

ye bru kua .. aku pun baru nak donlot .. hihi

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2015 07:25 AM | Show all posts
My review of PK

Pertamanya, filem ini bergerak atas satu idea - sebuah filem polemik atau satire mengenai agama (dan Godmen) tetapi disadur cantik oleh naratif sampingan - kisah pencarian alat kawalan seorang makhluk asing dan kisah cinta seorang Hindu dan Muslim. Filem 'multi-layered plot' seperti ini sebenarnya sangat menarik, seperti filem Lagaan yang pada awalnya dikatakan sebuah filem epik tentang penjajahan British di India, namun plot utama sebenarnya difokuskan pada permainan Kriket. Kerana itu perancangan Rajkumar Hirani (Pengarah PK) untuk merahsiakan jalan cerita sebenar tentang 'idea' filem ini dari Official Teaser adalah bijak sebenarnya.

Secara keseluruhan, filem ini masih mengekalkan trademark Rajkumar Hirani, iaitu 'fable-like storytelling' atau penceritaan seperti kisah dongeng. Dalam semua filem beliau, penceritaan berkisar pada protagonis utama yang memasuki 'dunia' yang baru dan cuba mempersoal dan memperbetulkan masalah dalam dunia tersebut (Munnabhai - seorang gangster menjadi Doktor), (Lage Raho - seorang orang biasa berjumpa Mahatma Gandhi), (3 Idiots - pelajar dalam sebuah institusi pendidikan). PK tidak lari dari konsep tersebut, dan tidak keterlaluan untuk aku katakan yang PK mungkin 'entiti' terbaik untuk membenarkan soalan2 tentang agama, which for me is brilliant.

Ada beberapa highlight dalam PK yang meletakkan Rajkumar Hirani jauh di atas jika dibandingkan dengan pengarah2 lain. Pertama, kepakaran beliau dalam babak flashback. Contohnya, babak flashback Anushka yang menceritakan tentang pengaruh Tapasvi di rumahnya, ketika shot PK ketika bercerita tentang bagaimana beliau mengenal Tuhan dan paling menarik ketika Anushka menceritakan apa yang terjadi di gereja di akhir filem. Ketika shot2 begini, Hirani seperti menggunakan sepenuh ilmu dan pengalamannya menjadi Ad Director satu ketika dahulu untuk menjadikan babak flashback lebih menarik dan berkesan. Kerana itu pada babak2 sebegini kita seakan-akan menonton beberapa filem pendek dalam satu filem. Teknik pengarahan Hirani juga outstanding dalam beberapa babak. Contohnya, ketika babak stesen kereta api terbakar. Dalam babak itu, sebuah lagu retro digunakan, bukannya typical muzik sedih dengan serunai seperti filem Hindi lain. Teknik sebegini banyak digunakan dalam filem seram di Hollywood seperti filem Insidious dan TV series (General Hospital), untuk menaikkan rasa mysterious. Babak 'bunyi telefon' yang seperti menghalang perbualan PK dan Jaggu (bunyi telefon di balai polis terutamanya) juga seperti tidak signifikant dan kecil, namun penggunaan bunyi ini menjadikan perbualan tersebut 'real' dan tidak dibuat-buat. Menarik.

Kedua, seni dalam skrip. Karan Johar dalam satu interview pernah mengatakan hanya seorang pengarah di India yang mampu menggabungkan two distinctive elements (mainstream and creative art) dalam satu filem - Rajkumar Hirani. Dalam filem PK, mesej2 dalam filem ini sangat kuat tapi disampaikan secara bersahaja, unapollogetic dan humourous. Contohnya babak Mahatma Gandhi yang jika dilihat dari satu sudut, sekadar satu babak kelakar namun sebenarnya babak tersebut adalah satu sindiran untuk orang yang hanya mengingati beliau pada wang kertas, bukan meneladani perjuangan beliau. Selain dari itu, alasan PK untuk mencari alat kawalan jauh untuk 'pulang ke rumah' juga satu analogi bijak pengarah. Dalam satu babak, PK memandang ke atas untuk berbicara dengan Tuhan dan berkata 'Apa yang betul, apa yang salah, aku tidak tahu. Aku mahu pulang ke rumah, apa sahaja yang Kau perintahkan akan aku lakukan. Cuma bawa aku pulang ke rumah aku'. Babak ini sebenarnya kuat dari segi falsafah (kalau benar intrepretasi aku), yang kita sebenarnya adalah dalam sebuah kembara menuju kepada-Nya, dalam perjalanan 'pulang ke tempat asal' keturunan manusia iaitu syurga. Mungkin ibrah babak ini besar maknanya bagi orang yang berfikir. Filem ini juga hebat disebabkan skrip filem ini dibuat 'done-to-death', babak komedi sederhana dan tidak melampau, dan mempunyai twist yang menarik. Lirik pada lagu filem ini juga puitis, terutamanya lagu Chaar Kadam (4 langkah). Kerana itu dalam satu interview, Anushka mentakrifkan skrip filem ini sebagai 'bullet-proof'.

Walau bagaimanapun, ada beberapa minor kelemahan dalam filem ini yang agak ketara. Watak Anushka dalam filem ini dilihat agak kecil dan kurang menyerlah. Filem ini sepatutnya boleh menyerlahkan bakat beliau, seperti Kareena dalam 3 Idiots dalam babak ketika Pia bersemuka dengan ayahnya dan menuduh ayahnya penyebab abangnya bunuh diri di landasan kereta api. Ramai juga yang tidak berkenan dengan haircut Anushka dalam filem ini. Selain dari itu, babak klimaks filem ini juga tidak setanding dengan babak klimaks dalam 3 Idiots. Kisah persahabatan antara PK dan Jaggu juga 'half-baked', sehingga menyebabkan ending cerita ini seperti tergesa-gesa.

Filem ini mencipta fenomena paling 'pelik' di India kerana adanya puak yang menentang sekeras-kerasnya tayangan filem ini di panggung (sehingga membakar poster dan menggertak orang dari menonton filem ini) namun kutipan filem ini adalah paling tinggi dalam sejarah filem di India setakat ini. Kekuatan skrip sebenarnya membantu 'repeat audience' dan kualiti inilah yang diperlukan scriptwriters dan pengarah di Malaysia. Aku cuba untuk tidak komen lebih-lebih tentang 'agenda' filem ini untuk mengkritik agama dan managers agama, tetapi aku percaya filem ini dibuat untuk kita berfikir, lebih dari kita bertindak dengan kekerasan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2015 08:22 AM | Show all posts
good review @AyieBoyZ
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2015 02:00 PM | Show all posts
yeah mmg best PK ni..kutukan tentang godmen yg menggunkana agama utk raih pangkat, kuasa dan wang ringgit.cuma as a Muslim, kena tgk je la islam india mcm mana. cth kahwin campur agama kat sana adalah biasa (aamir khan sndiri prnah kawin ngan hindu, x convert, begitu juga Shahrukh Khan)..

so bila tgk si Jaggu (Hindu), kapel ngan Pakistani (Muslim) and ada babak yg dorg telah pon 'sleep together', pastu nak kawen lak kat gereja (Kristian), so agak ternganga gak la adegan2 tu.

part2 lain, mmg byk points yg terkena pada agama hindu..tu yg dorg protes bagai tu kot.BTW, i suka ngan jawapan2 yg diberikan oleh Aamir Khan masa dia diinterview.rasa bangga lak as a muslim dia cakap mcm tu.

Five Questions Aamir Khan Answered About PK.


1) Reporter: You stole money from a Hindu Temple,
but not a ‘chadar’ from mosque/tomb?
Aamir Khan: It is the money that people need to
survive in this world, not the ‘chadar.’


2) Reporter: In a scene in the film, Lord Shiva was
degraded. Why not the Prophet or Hussain of
Islam?
AK: First of all, none of the Lord(s) were
degraded. Secondly Muslims don’t use any picture
or figure of their Prophet or Hussain (A.S).
Therefore, you cannot impersonate them in any
way.


3) Reporter: Posters of missing Lords and Ladies of
Hinduism were displayed in the film. Why not the
God of Muslims?
AK: I would reply to this question with the same
answer. You cannot raise the question on Allah or
His personality since Islam doesn’t show or use
any picture of Him.


4) Reporter: The guy in the film was a Muslim while
the girl was Hindu. The film ended up showing
that Muslim or Pakistani men are not a fraud but
loyal. Don’t you think that love story was a part of
Jihad.
AK: Well, no. The ending of the film had a
message that Muslims and Pakistanis are not who
we think they are. They are loyal and dutiful
instead. Previously, we have seen a Hindu boy and
a Muslim girl in many movies, neither we
protested against it nor you did. I guess you
shouldn’t protest now either.


5) Reporter: We saw you chasing and targeting a
Hindu Saint throughout the movie. Why not a
Muslim cleric?
AK: None of the clerics in any Islamic society
calls himself a messenger of God, or someone
who can contact his God. Every cleric, no matter
how senior he is, learns from the book of Allah,
The Holy Quran, and preaches from it.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2015 03:50 PM | Show all posts
Sebab ramai komen pasal PK, kawan pun nak bagi pandangan jugaklah. Bagi kawan, filem ni memang deep. Mungkin orang takkan faham tapi secara peribadi ini adalah satu bentuk sufism. Lihat adegan ketika di hospital PK mencari tanda agama dan bertanya kepada atendan/doktor di hospital tersebut. Mana tanda agama? Bukankah dalam Islam sendiri kita diterapkan bahawa bayi umpama kain putih, ibu bapanya yang mencorakkan sama ada Islam, Yahudi, Nasrani dan lain-lain.

Begitu juga babak ketika dia mencari selipar di kuil, pelakon pembantu berkata bahawa perkara ini memang biasa.. pergi pakai selipar lain balik pakai selipar lain. Yang ni kawan memang tersentuh, sebab secara peribadi selipar kawan pernah hilang masa sembahyang Jumaat. Tapi kawan tak ambik selipar orang, balik kaki ayam. PK pun sama dia tak ambik selipar orang tapi ambik selipar dewa...

Begitu juga dengan jawapan masa soal jawab tu. Dia cakap ada 2 tuhan, satu tuhan yang mencipta alam ini dan satu lagi tuhan yang dicipta manusia. Bolehke kita nak pertahankan tuhan semesta alam sedangkan dia sendiri mencipta alam. Yang ni, sesuai sangat dengan masyarakat Malaysia sebab kononnya nak pertahankan kalimah Allah sedangkan Allah itu Tuhan seluruh alam, yang mencipta alam ini... kamu siapa nak pertahankannya? kamu kenal Allah sebenar-benar kenal?

Sebab tu dia tanya, siapa Islam siapa Hindu? semuanya adalah makhluk yang dicipta Tuhan sekelian alam.. yang ni memang deep. Kalo belajar ilmu ketuhanan memang akan faham sebab semuanya adalah makhluk yang dicipta Allah. Islam, Hindu, Kristian.. semuanya adalah makhluk Allah.. siapa yang nak beri hidayah kalau bukan Allah. Jadi, janganlah menghina agama-agama lain kalau benarlah kita ini beragama yang diredhai Allah. Berdakwah dengan kebaikan bukan dengan menggunakan ketakutan. Inipun ada disentuh dalam PK.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2015 04:07 PM | Show all posts
tinbeskut replied at 12-1-2015 03:50 PM
Sebab ramai komen pasal PK, kawan pun nak bagi pandangan jugaklah. Bagi kawan, filem ni memang deep. ...

Deep sgt kan...mmg terkena

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.191128 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list