|
[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari
[Copy link]
|
|
puteribaya replied at 17-10-2017 03:54 PM
i penah baca Fred rosemary ni,.,gila saiko,,uishh ngeri kalu btembung ngan orang gini
Kann,
Memang bes citer nie puteribaya |
|
|
|
|
|
|
|
i baca dr crime library, skrg dah x de website tu
|
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 20-10-2017 12:20 AM
MENGAPA ADIK BERADIK PAPIN MEMBUNUH MAJIKAN MEREKA?
Hi dani

Kisah adik beradik Papin nie penah d adaptasi ke filem&dokumentari dlu kann
Adakah kerana Lea& Christine Papin penah alami trauma menyaksikan kekerasan&bentuk penganiayaan&kes penceraian ibubapa mereka,sampai mengganggu mental kedua abdkbradik nie kan smpai terpaksa buat terapi mental...
Mnyedihkan |
|
|
|
|
|
|
|
puteribaya replied at 24-10-2017 11:31 AM
i baca dr crime library, skrg dah x de website tu
Buku tu pun rsa yer ada,
Tp da tukar sampul rsa yer...
puteribaya |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih sudi luangkan masa baca thread ai nih 
the lost tapes? siri tv kat astro dulu kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
masa tu di perancis... kalau terbukti di mahkamah lakukan jenayah berat, pesalah akan dihukum pancung dgn guillotine. tp adik beradik papin nih ada masalah mental, jd mahkamah kurangkan hukuman.
btw guillotine execution di khalayak ramai yg terakhir pd 1939,

kemudian hukuman pancung diadakan di dlm kawasan penjara hingga thn 1977. akhirnya, Perancis mansuhkan hukuman mati pd 1981.
|
|
|
|
|
|
|
|
update; buku terbaru psl suspek kes bunuh Black Dahlia - Black Dahlia, Red Rose: The Crime, Corruption, and Cover-Up of America's Greatest Unsolved Murder, penulisnya yg juga penyiasat undang2, Piu Eatwell percaya kes tu sebenarnya berjaya diselesaikan kalau LAPD menyiasat seorg lelaki bernama Leslie Dillon dgn lebih teliti. Ai rasa teori beliau sgt plausible.


Menurut Eatwell, kalau lihat drpd cara pembunuhan, si pembunuh ada latar belakang perubatan dan pengalaman menguruskan mayat.
Leslie Dillon dikatakan pernah bekerja di rumah mayat dan dia tahu bagaimana utk mengeringkan darah drpd tubuh mayat - iaitu dgn memasukkan tiub pd kakinya. Dillon adalah org suruhan Mark Hansen, pemilik kelab mlm yg memberikan Elizabeth Short tempat tinggal di Hollywod. (boleh baca post INI utk ingat semula peranan Mark dlm kes tersebut). Eatwell syak Mark Hansen sgt marah apabila Elizabeth menolak tawaran seks sedangkan gadis itu menumpang di rumah 'harem'nya dan selalu meminta duit. Tambahan lg, Mark bosan dgn hobinya yg suka mengumpul teman lelaki. Apapun, pengkaji2 kes ini berpendapat Elizabeth gemar bertukar2 teman lelaki utk mendapatkan wang, makanan, tempat tidur dan pakaian semata2. Apabila lelaki2 ini inginkan seks, dia akan menolak dgn alasan ingin mempelihara daranya atau sudah berkahwin/bertunang.
Jadi Mark mengarahkan Dillon utk membunuh Elizabeth, tetapi dia tak sangka lelaki tu adalah seorg psycopath. Kalau dilihat drpd pandangannya, sudah tentu Mark seboleh2nya tak mahu pembunuhan Elizabeth jd big news di Los Angeles dan semua org tahu dia adalah kenalan rapat Black Dahlia. Namun, dgn peluang ini Leslie pun merealisasikan morbid curiosity-nya ke atas perempuan tu.
Pada Oktober 1948, pakar psikiatri Dr Joseph Paul De River, yg berkhidmat utk LAPD telah menerima sepucuk surat dari seorg lelaki bernama 'Jack Sand' yg kononnya mengenali si pembunuh. Dia tahu motif pembunuhan dan berjanji akan menolong pihak polis menangkapnya. Bila Dr De River dan bbrp polis yg menyamar menemui Jack Sand, mereka syak dialah pembunuh sebenarnya. Hanya dia saja yg tahu maklumat berkenaan tatu bunga ros Elizabeth yg dipotong drpd kulitnya dan kemudian disumbatkan pd kemaluan perempuan itu. Setelah disiasat, nama sebenar Jack Sand adalah Leslie Dillon. Dia bekerja sbg org suruhan merangkap bapa ayam utk rangkaian bisnes pelacuran Mark Hansen. Selain tatu ros, Dillon tahu satu lg info yg disembunyikan oleh LAPD drpd pengetahuan org awam - bulu kemaluan Elizabeth dipotong dan dimasukkan ke dlm duburnya.
Semasa pertemuan dgn Dr De River itu, Dillon 'berpendapat' mayat dipotong dua kerana si pembunuh ingin melihat sejauh mana zakarnya boleh masuk ke dlm tubuh wanita. Dia juga mengatakan pembunuh yg dipanggilnya sbg 'Jeff' melakukannya di sebuah hotel. Jeff memilih bilik di tingkat bawah utk memudahkannya memindahkan mayat. Dr De River meminta Dillon membuka bajunya, dan merekodkan lelaki itu mempunya tubuh yg sgt kekar. Kemudian dia menyuruh Leslie Dillon membuka seluarnya, walaupun teragak2 dia pun bersetuju - apa yg Dr De River lihat adalah zakar yg sgt kecil "spt kepunyaan budak umur 8 thn".

Dillon memberitahu bahawa "Jeff" mungkin membunuh Elizabeth kerana dia pernah diugut bahawa mangsa akan mendedahkan kelemahannya kpd rakan2 pembunuh. Pihak berkuasa mula menyedari motif pembunuhan kejam itu berakar umbi drpd ejekan berkenaan saiz zakarnya. Lelaki itu turut menambah si pembunuh sukakan wanita 'bermulut besar'. (sbb tu dia menghiris mulut Elizabeth sedemikian rupa - 'big mouth' aka mulut tempayan). Apabila dirinya ditanya mengenai penggunaan alkohol atau dadah, Dillon menjawab dia lebih mengemari dadah. Adakalanya dia akan mengisar phenobarbital dan memasukkannya dlm makanan atau aiskrim, kemudian memberikannya kpd gadis2 agar mereka tak sedarkan diri.
Hotel yg disyaki sbg tempat kejadian, Astor Motel - salah sebuah biliknya dipenuhi darah dan najis. Cadarnya tepu dgn darah dan terpaksa direndam dahulu sebelum dihantar ke dobi. Apa yg pelik pekerja motel itu menganggap perkara tersebut adalah normal tanpa terfikir betapa seriusnya kecederaan org yg telah berbaring di cadar itu.
pd 1949, LAPD dilanda skandal rasuah terbesar dlm sejarah negara itu. Ini juga memberi kesan ke atas kes pembunuhan Black Dahlia. Betapa rosak dan tercemarnya jabatan polis ketika itu, hingga bahagian homicide dikatakan cuba menutup siasatan. Ketika disoal polis, Dillon memberitahu sekiranya LAPD melepaskannya dia tidak akan mendedahkan kejahatan pihak polis pernah lakukan termasuk "tempat2 mayat yg mereka sembunyikan setelah dibunuh atas arahan kongsi gelap."
Semua watak penting dlm kes ini telah meninggal dunia termasuk Dillon. Kebanyakan dokumen telah hilang atau dikunc dlm vault di ibu pejabat LAPD. Malah terdpt bukti menunjukkan bahawa ada percubaan utk menyembunyikan fakta, menjatuhkan kredibiliti saksi dan mengugut serta mengganggu Dr De River.
|
|
|
|
|
|
|
|
wowwww.... kejam nye manusia. anyway thanks tt sudi berkongsi maklumat |
|
|
|
|
|
|
|
raradhia replied at 14-9-2017 02:59 PM
best sgt laaaaaaaa cerita2 kat dlm ni, baru iols terbaca. .
yg talvar tu siapa laa pembunuh sbnr ...
Kan,tulah chuolss sibuk begosip jek, |
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 26-10-2017 06:38 PM
terima kasih sudi luangkan masa baca thread ai nih
the lost tapes? siri tv kat ast ...
Dhan, u tau tak cite pompuan yg lari2 hysteric macam nampak "something", lepastu dia kena cekup(?????) polis tp polis tak pcye pon cite dia (dia cakap the unseen ni kejar dia nak bunuh dia)...
Last2 die mati kat jail, yg peliknya kat badan dia ni nampak kesan cakar, macam kuku haiwan |
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 23-10-2017 08:31 PM
toce toce...
Knock.....Knock.....
Daniiiiii, where are youuuu
 |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry dear, mlm tadi ai tertido awal pulak 
Cerita tu first time ai dengar, ada detail lain tak? Mcm location negara, nama ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
bila sebut guolitin ni..ingat Marie Antoinette..permaisuri Perancis
|
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 1-11-2017 01:23 PM
Sorry dear, mlm tadi ai tertido awal pulak
Cerita tu first time ai dengar, ada detail lain t ...
Takde dah dann, huhuhu.....
Kalau tak silap cite ni asal thai/philippine |
|
|
|
|
|
|
|
tred ni paling best kat bod neh.. kagum juga kes2 kejam berabad pun masi bokeh di baca hingga kini.. syabas tt.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah gugel dari tadi tp tak jumpa pun kisahnya. nanti ai cuba lagi 
|
|
|
|
|
|
|
|
family penciptanya, Joseph Guillotine, malu nama keluarga dia org dikaitkan dgn benda tuh. last2 dia org tukar family name kpd nama baru 
|
|
|
|
|
|
|
|
amboi... biasa2 jah sis, setakat translate pastuh tambah sikit2 info ... tp kebanyakan negara barat lebih awal kumpul dan simpan rekod/dokumen, jd kes2 yg bertahun lama pun org dpt baca dan kaji 
|
|
|
|
|
|
|
|
@dani-rox..ada tak kronologi kisah Talwar (Malaysian vesion) ..kat Bangsar..rasanya late 80s..maid and 2 anak Talwar dibunuh oleh guard rumah tu,,dan disumbat dlm lubang najis..khabar nyer sbb maid tu ejek dan tolak suggestion nak romen ..cari En Google mcm x de je |
|
|
|
|
|
|
| |
|