CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

P/S: NOTA KAKI (TAMAT)

[Copy link]
 Author| Post time 5-3-2015 08:39 PM | Show all posts

apa yang tak kena Zam?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2015 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboihhhh.. baru dok ganu kejap dah terel eh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2015 08:58 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 5-3-2015 08:50 PM
Amboihhhh.. baru dok ganu kejap dah terel eh

hehehe....getel kepok lekor pung terer..
ni kang pulok nampla..kacang je
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 5-3-2015 08:58 PM
hehehe....getel kepok lekor pung terer..
ni kang pulok nampla..kacang je

Gentel bini je dop brani lagik.. gigil manjang
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 09:30 PM | Show all posts
Nah gigih aku google resepi tomyam poktek...

Sape punya blog ni entah... ampun tuan punya blog... pinjam kejap resepi anda

http://patyskitchen.blogspot.com ... poktek-seafood.html

ada udang, lala, ketam, sotong... malas nak tepek gambar, dulu reti, sekarang tak reti.


Cepatlah Sabtu datang, aku nak cuba masak tomyam poktek nih kang Abang Malik suruh masak, aku tak reti



TT sila tepek gambar tomyam poktek & somtam




Hmm... jangan-jangan Malik kena tembak sebelum sempat dia sebut, "Aku terima nikahnya..."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2015 10:27 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 5-3-2015 09:18 PM
Gentel bini je dop brani lagik.. gigil manjang

Erk! ..apakah maksud mu  itu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2015 10:31 PM | Show all posts
Ipo replied at 5-3-2015 10:27 PM
Erk! ..apakah maksud mu  itu..

errkkkkk..



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2015 10:38 PM | Show all posts
aylanins replied at 5-3-2015 09:30 PM
Nah gigih aku google resepi tomyam poktek...

Sape punya blog ni entah... ampun tuan punya blog.. ...

Ni ha...tomyam poktek putih..




Ni tomyam poktek merah



Ni somtam..terliur weh..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-3-2015 10:49 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 5-3-2015 11:08 PM

"Assalamualaikum Ayla.." Conan menyapa lembut.

"Wa..wa'alaikumussalam..awak buat apa kat sini?" Aylanins melingas sekitar situ. Sebenarnya dia mencari kelibat Arisha. Buatnya Arisha nampak Conan di situ bersamanya, entah apa pula anggapan Arisha nanti. Walaupun dia tahu yang Arisha juga mungkin masih ada sisa kasih dan cinta pada Nicki.

"Saya temankan Arisha..tadi kami ke rumah anak yatim, lepas tu kebetulan mereka kirim buah untuk majlis marhaban nanti. Ayla datang sorang je ke?" Conan ramah bertanya.

"Ya..mak kirim ni. Nak masak nanti.." Aylanins melemparkan senyuman nipis. Dia cuba melarikan anak matanya dari pandangan mata Conan.

"Oh...kenapa awak tak beri kad itu pada saya sendiri? Kenapa awak beri pada Arisha?" Conan mula teringat kad jemputan kahwin Aylanins.

"Kebetulan saya jumpa dia hari tu, jadi saya berilah terus pada dia. Samalah tu kan..ada tulis Arisha dan suami..awaklah tu. Siapa lagi?" Aylanins pula yang merasa gelisah. Sekali lagi dia melingas melihat sekeliling.

"Ayla...awak bahagia?"

Aylanins tidak menjawab. Baginya soal bahagia atau tidak bukan persoalannya sekarang ini, kalau nak kata bahagia, memang bohonglah tapi rasa itu cuba dipupuk dan dia juga sudah ada rasa cinta untuk Malik.


ARISHA yang sedang memilih buah tembikai di satu gerai tidak jauh dari gerai sayur itu, mula mencari kelibat Conan. Matanya terpaku pada dua susuk tubuh di sebuah gerai. Kelihatan mesra Conan bersembang dengan Aylanins. Entah kenapa hatinya mula diulit cemburu. Cemburu melihat suami bertemu bekas kekasih hati. Degupan jantungnya semakin kuat.  Apakah makna perasaan yang hadir dalam hatinya ketika ini? Kenapa dia harus rasa tercalar melihat Conan beramah mesra dengan Aylanins?

"Cik nak berapa biji?"

Arisha masih ralit memandang ke arah Conan dan Aylanins. Sungguh hatinya merasa cemburu.

"Cik! Cik!"

"Err..ya?"

"Cik nak berapa biji?" Ulang penjual itu lagi.

"Beri saya lima biji ya..letak dulu kat sini. Nanti saya suruh suami saya ambil.." Arisha buka dompet dan menghulurkan dua keping wang kertas lima puluh ringgit kepada penjual buah tadi.

Usai membayar, matanya dialih semula ke arah Conan dan Aylanins. Aylanins sudah berlalu pergi dari situ tetapi Conan masih memerhati Aylanins dan tidak  berganjak dari situ. Dia cepat-cepat pandang ke arah lain, tadi Conan sudah berpusing ke arahnya dan berjalan ke sini. Dia pura-pura tidak nampak apa yang sudah berlaku. Conan mula mengangkat buah tembikai ke kereta.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 11:05 PM | Show all posts
Kenapa dia harus rasa tercalar melihat suami Conan beramah mesra dengan Aylanins?


suami conan?? konpius... aku ni laki ke pompuan??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2015 11:08 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 5-3-2015 11:05 PM
suami conan?? konpius... aku ni laki ke pompuan??

ahhahahahaaaa...aku sendiri dah konfius...
ok edit....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2015 11:09 PM | Show all posts
Sepanjang perjalanan ke rumah anak yatim, Arisha hanya diam saja. Dia tunduk. Setiap kali matanya bertembung mata Conan, dia mula merasa berdebar. Sungguh debaran yang kuat dirasakan ketika ini. Malu pada lelaki itu jika dia tahu apa yang dirasainya sekarang ini. Pelik pula bila memikirkan semua itu. Alunan lagu Korea dari corong radio turut sama mendayu menebuk hatinya yang semakin bergetar. Lirik lagu itu seolah kena dengan perasaan yang dirasainya ketika ini. Apakah dia sudah jatuh cinta pada Conan??
Kereta semakin laju dipandu menuju ke rumah anak yatim. Conan pula setelah menghantar Arisha, dia kembali ke pejabat. Jam dua petang nanti, ada mesyuarat yang perlu dihadirinya. Lepas kerja nanti dia akan berjumpa dengan Nicki. Tidak mahu persahabatannya dengan Nicki putus kerana seorang perempuan. Baginya sahabat sukar dicari waktu senang dan susah. Saat ini terkenang dia dan Nicki sama-sama menempuh senang dan susah dulu apalagi ketika kejadian yang tidak diduga, diserang makhluk jadian.


AYLANINS masih diam dalam kereta. Tadi dia memerhati Conan dan Arisha sama-sama mengangkat buah tembikai masuk ke dalam bonet kereta. Arisha mesra dengan Conan, itu bermakna gadis itu sudah boleh terima Conan. Kereta Conan dipandang sehingga hilang dari pandangannya. Dia jeling jam, sudah hampir dua belas setengah tengahari. Dia  perlu ke butik pula untuk mengambil baju pengantin.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2015 11:18 PM | Show all posts
SAMPAI di butik, Aylanins melangkah masuk ke dalam butik itu. Pintu cermin ditolak perlahan. Senyuman diberikan kepada pembantu kedai yang mengalukan kedatangan pelanggan. Aylanins menyatakan yang dia ingin mengambil baju pengantin yang sudah ditempah atas nama Malik. Sepatutnya dia bersama Malik mengambil baju pengantin itu tetapi segan pula rasanya dengan lelaki itu. Biarlah dia ambil sendiri dan Malik nanti datang di rumahnya nanti.

"Maaf cik..baju pengantin yang cik tempah tu dah diambil semalam." Jawab pembantu kedai itu sambil tersenyum.

"Dah ambil? Siapa? Perempuan ke lelaki?" Berkerut kening Aylanins  mendengar kata-kata gadis pembantu itu.

"Perempuan, dia kata cik yang suruh dia ambilkan." Gadis itu pula tercengang melihat riak Aylanins.

"Cik tahu tak nama dia siapa?" Aylanins sudah menggelabah.

"Dia tak cakap pula namanya.."

Aylanins semakin bingung. Takkan mak pula yang datang ambil? Malik? Tak mungkin..tadi pembantu itu kata perempuan. Habis siapa?? Kali ini Aylanins terdiam. Hanya satu nama saja yang terlintas di benaknya sekarang ini.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 5-3-2015 08:39 PM
apa yang tak kena Zam?

Yalah @Ipo... Takkan senang je ayla kawin dgn malik... Takkan si mawar hitam tak buat hal...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 07:17 AM | Show all posts
Ipo, berapa bab lagi ye? x sabar nak tau sapa Mawar Hitam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2015 08:44 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 6-3-2015 08:48 AM

BAB 43




LEMAH langkah Aylanins menapak keluar dari butik pengantin. Sarat benaknya memikirkan siapakah yang mengambil baju pengantinnya di situ. Telefon bimbit diambil dari beg tangannya. Nombor Malik dihubungi. Sepuluh minit berbual, talian dimatikan. Sekali lagi Aylanins terdiam. Memang bukan Malik yang ambil baju pengantinnya. Malah tadi, bukan saja baju pengantin perempuan, baju pengantin lelaki juga sudah tidak ada di butik itu. Belum sempat Aylanins buka pintu kereta namanya dipanggil seseorang. Segera dia mencari arah suara itu.

"Ayla! Tunggu!" Ipo berlari ke arah Aylanins yang masih berdiri di tepi kereta.
"Ya?"

"Kejap..aku ada hal nak beritahu kau." Ipo tercungap-cungap. Mengah berlari tadi, nak kejar Aylanins.

"Hal apa?"

"Kita ke restoran tu..aku haus ni." Ipo mengajak Aylanins ke sebuah restoran yang terletak selang tiga kedai dari kedai butik tadi.

Beriringan mereka berjalan ke restoran lalu minuman dipesan. Aylanins masih menanti bicara dari Ipo tentang hal yang ingin diberitahu oleh Ipo tadi. Riak lelaki itu seperti sudah serius. Apakah ada yang tak kena? Ipo dilihat masih lagi cuba menghilangkan mengah tadi. Dikipas-kipasnya badannya dengan suratkhabar yang kebetulan ada di atas meja makan tadi. Seketika kemudian, pelayan membawa dua gelas minuman sejuk ke meja mereka. Rakus Ipo meneguk teh o ais sampai habis separuh. Dahaga benar nampaknya.

"Lega..dari tadi aku haus ni." Ipo sengih, gelas diletakkan semula di atas meja.

Aylanins  masih menunggu bicara dari Ipo.

"Ayla...aku ada sesuatu yang aku rasa kau harus berhati-hati." Ipo mulakan mukadimah.

"Maksud kau?" Sudah berkerut kening Aylanins mendengar mukadimah serius dari Ipo.

"Amir..dia beritahu aku pasal Hani. Kau masih ingat masa Amir jadi makhluk jadian tu ketika dalam hutan kecil..tempat Hani dan Linda ditemui dulu?" Ipo pandang Aylanins yang sudah semakin berkerut dahinya.

"Ya...aku masih ingat..kenapa?"

"Amir beritahu aku..masa tu memang dia sudah separuh jadi makhluk tu dan masa tu sebenarnya dia hendak melarikan diri  jauh dari manusia, bimbang dia akan cederakan orang lagi.  Masa tu memang dia bersama Linda..dan dia minta Linda balik, tinggalkan dia di situ tapi Linda degil. Dia dapat rasa yang dia akan bertukar jadi makhluk tu. Masa tulah juga Hani tiba dan ketika tu..Amir sudah pun separuh jadi makhluk tu..tapi dia nampak Hani seperti orang lain masa tu. Di tangan Hani ada sebilah pisau. Aku rasa baik kau bertitahu bos kau pasal ni. Pergi balik tempat tu dan cari pisau tu..mungkin boleh membantu siasatan kes ni.." Ipo berterus terang.

"Hmm...perkara tu dah lama. Ada ke lagi pisau tu? Aku tak rasa yang Hani akan biarkan macam tu saja. Kalau dialah mawar hitam tu, dia akan seboleh mungkin hapuskan bukti. Dia kan polis dan pangkat tinggi lagi. Tentu dia dapat hidu tindakan dan siasatan polis tapi aku harap..bukan dia mawar hitam tu. Aku dapat rasa yang dia tu macam ada masalah mental sikit. Aku tak salahkan dia..yalah..siapa yang tak sakit hati dan dendam kalau diperkosa begitu, bukan sorang tapi lebih dari tu." Aylanins mengetap bibir.

"Err..tak semua la lelaki macam tu.." Ipo sudah berubah riak. Nampak seperti Aylanins menyalahkan semua lelaki pula.

"Aku tak kata semua lelaki.." Jeling tajam pula Aylanins ke arah Ipo yang sudah tersengih-sengih.

"Hmm..satu lagi, kau dan Malik macam mana? Aku dengar Hani ada ugut kau pasal nikah tu kan?" Ipo teguk lagi teh o ais sampai habis.

"Ya..tak sangka, selama ni dia sukakan Malik..entahlah, aku pun dah bingung ni. Aku rasa aku ni tak ada luck dalam hal cinta.." Aylanins tunduk.

"Kau ni cepat sangat mengalah. Kau kena tabah Ayla. Malik pun  sukakan kau..jadi aku rasa tak ada masalah. Lainlah kalau Malik tu pun ada hati kat Hani tu." Ipo senyum nipis.

Aylanins diam. Mungkin juga dulu Malik sukakan Hani kerana dari pengakuan Malik, dia tak sentuh pun Hani masa kejadian sepuluh tahun dulu. "Ipo..kau rasa mawar hitam tu, Hani ke?"

"Hmm..." Ipo diam seketika. Teh o ais diteguk sampai habis. "Susah nak teka. Hani, dia suspek utama sebab dia ada motif kuat untuk balas dendam, Muzafar..mungkin juga..sebab dia cintakan Hani dan dia tengok dengan matanya sendiri kejadian tu. Tentu ada rasa sakit hati dan marah yang meluap pada lelaki yang merosakkan Hani. Linda..pun ada kemungkinan juga sebab dia adik Hani dan dia tahu penderitaan Hani selama ini. Tentu dia juga tahu apa yang terjadi pada Hani."

Aylanins kembali diam. Sudah berselirat dia memikirkan siapa sebenarnya mawar hitam itu. Nama-nama yang disebut Ipo tadi, ada kemungkinannya. Masing-masing ada motif tersendiri.

"Anyway, tahniah untuk kau. Hari Khamis ni kan kau nikah?" Ipo mengalih topik.

"Ya..tapi.." Aylanins tunduk lagi. Teringat baju pengantinnya yang sudah diambil orang.

"Kenapa? Ada masalah?"

"Baju pengantin aku..ada orang lain ambil.." Sugul Aylanins saat menutur hal itu.

"Maksud kau?"

"Tadi..aku nak ambik kat butik tu..tapi dah ada orang ambil, kata pembantu kedai tu..perempuan yang datang ambil. Aku tak nak tuduh sesiapa tapi aku rasa Hani.."

"Hah?? Dia nak buat apa dengan baju pengantin kau?"Ipo sudah terkejut.

"Mana aku tahu..kan dia ugut aku supaya batalkan pernikahan tu..."Jawab Aylanins, geram.

"Hmm..apa Hani tu dah jadi psiko pulak ke?" Ipo pula merasa tidak senang duduk. Semakin lama semakin jelas Hani ingin bongkarkan siapa mawar hitam sebenarnya."Malik tahu?"


"Ya..aku dah call dia tadi..kejap lagi dia sampai.." Lemah suara Aylanins ketika ini.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-3-2015 08:44 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 5-3-2015 11:40 PM
Yalah @Ipo... Takkan senang je ayla kawin dgn malik... Takkan si mawar hitam tak buat hal...

memang mawar hitam masih dendam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2015 08:45 AM | Show all posts
yipun_78 replied at 6-3-2015 07:17 AM
Ipo, berapa bab lagi ye? x sabar nak tau sapa Mawar Hitam

dah nak habis dah yipun...mungkin sampai bab 45..tak pun..50
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2015 09:02 AM | Show all posts
MALIK sampai sepuluh minit kemudian. Dia melabuhkan punggung sebelah Ipo. Segan hendak duduk sebelah Aylanins tadi. Minuman dipesan sekali.

"Ayla..apa dah jadi sebenarnya?" Malik mulakan bicara.

"Baju dah ada orang ambil.." Malas Aylanins hendak menjawab sebenarnya.

"Pelik..saya tak ambil pun. Siapa yang ambil?" Malik turut bingung.

"Habis macam mana ni?" Aylanins sudah risau. Susah sangat dia pakai saja baju kurung ungu dia tu dulu.

"Tak apa..kita cari yang lain. Butik kat situ je.." Malik senyum, cuba memujuk Aylanins yang sudah sugul.

"Malik..aku rasa kau kena hati-hati." Ipo pula mencelah.

"Maksud kau?"

"Hani..dia macam nak ugut Aylanins saja.."

"Aku tahu.." Malik bersuara lemah.

"Hmm..aku pergi dulu. Nanti, aku datang majlis nikah kau..Selamat pengantin baru.." Ipo sengih dan bersalam dengan Malik sebelum melangkah pergi dari situ. Dia tidak mahu mengganggu pasangan berdarah manis itu di situ.

Aylanins dan Malik turut beredar dari situ setelah membayar minuman dan mereka beriringan ke butik itu semula.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2015 09:18 AM | Show all posts
SAMPAI di rumah, Aylanins letak semua barang yang dikirim ibu tadi di atas meja dapur. Dia mula mengemas mana yang patut. Baju pengantin pula diletakkan di atas sofa di ruang tamu. Dia berehat sekejap di situ. Jenuh otaknya memikirkan siapa yang mengambil baju pengantinnya tadi. Pembantu kedai butik itu pula senang saja menyerahkan baju itu kepada perempuan itu. Tadi, dia rasa nak marah saja pada pembantu itu dan Malik pula minta gantirugi. Nasiblah boleh pilih baju pengantin yang lain, percuma tanpa bayar apa-apa.

"Eh, Ayla dah balik?"

Aylanins menoleh. "Ya mak..bahan-bahan tu Ayla dah beli. Ada kat atas meja makan kat dapur tu." Aylanins senyum.

"Hmm..ni baju pengantin mana pulak ni? Bukan ke yang dulu tu lain? Kenapa tukar pulak?"

"Mak..baju pengantin yang dulu tu entah siapa yang ambil. Terpaksalah Ayla ambil yang ni..itupun Malik yang pilih.." Aylanins sedikit mengeluh.

"Malik? Kata tak nak ajak Malik?"

Aylanins senyum. Ibunya sudah tersenyum mendengar kata-katanya tadi. Bukan dia sengaja mengajak Malik tapi dah tak tahu nak buat apa lagi. Mujurlah juga Malik sudah ada di KL.

"Siapa yang ambil?"

"Entahlah mak..pelik pulak rasanya. Dia nak buat apa dengan baju pengantin kami?" Aylanins pun masih bingung. Kalau benar Hani yang punya angkara, dia nak buat semua tu??

"Tak apalah..asalkan ada baju lain. Karang kamu dan Malik pakai baju biasa pulak nanti. Oh ya, esok maklong nak datang. Maklong tinggal di rumah kita sampai majlis selesai. Lepas tu, kita sama-sama ke Terengganu pula."

Aylanins mengangguk-angguk. Dia minta diri ke bilik. Baju pengantin turut diambil sekali.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.161253 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list