|
Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)
[Copy link]
|
na19_m This user has been deleted
|
Originally posted by gabantaro at 5-1-2006 05:07 PM
thread ni terlalu 'keras', bahaya utk kapal2 kecil :nana:
aku nak tanya, dulu kan abuya dah declare sesat, siap tayang kat TV lagi, tapi skang abuya kembali dgn rufaqa la plak setelah nama comme ...
Pada pendapat aku Arqam diharamkan disebabkan faktor politik,
sebab masa tu pengaruh Abuya sangat kuat, bukan sahaja di Asia Tenggara malah sampai ke China, Uzbezkistan. Ini sangat ditakuti kerana ia boleh menggugat kerajaan Malaysia, inilah faktor utama
ia diharamkan. Setakat tariqat Aurad Muhammadiah,tak ada apa-
apa yang pelik pun. ia petikan-petikan ayat Al Quran tertentu
seperti surah Al Ikhlas, yassin, dan banyak lagi yang dibaca
selepas solat,tak kan baca Al Quran boleh jatuh sesat.
Lagi pun TV 3 masa tu dikuasai oleh Anwar Ibrahim, ada
kepentingan politik sikit.Dulu Abuya dan Anwar Ibrahim kawan
baik. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by gabantaro at 5-1-2006 05:07 PM
thread ni terlalu 'keras', bahaya utk kapal2 kecil :nana:
aku nak tanya, dulu kan abuya dah declare sesat, siap tayang kat TV lagi, tapi skang abuya kembali dgn rufaqa la plak setelah nama commercial al-arqam diharam. adakah abuya masih membawa ajaran lama disebalik nama yg baru? [aku sekadar bertanya sbg org awam]
Oleh kerana sdr tidak mengkhususkan kpd siapakah soalan ini maka biarlah saya tolong jawabkan...
Memang benar...asaari(abuya) masih lagi membawa ajaran lamanya. Bahkan.....ajaranya serta pegangannya adalah lebih dahsyat berbanding dulu(zaman arqam). Dia menganggap dirinya insan pilihan Tuhan utk umat akhir zaman ini. Malah dia mewajibkan pengikut2nya bertawasul kpdnya untuk mendapat berkat serta pertolongan dari tuhan.
Dari luar memang dilihat bagus...suci..bersih. tetapi bila anda mengenali mereka dan ajaran terkini dari asaari secara mendalam..khususnya melalui tarbiah kpd ahli2 rufakak akan nampaklah bermacam-macam penyelewengan. Dimana konsep memuja dan mendewakan asaari amatlah ditekankan.
Para pelajar dididik untuk taksub kpd asaari..dimana mereka banyak disogok dgn "minda abuya" yakni memahami ajaran Islam hanya melalui pemikiran asaari yg banyak menyeleweng..bukannya melalui konsep memahami Islam menerusi pengajian al quran dan sunnah nabi saw.
Maka tak hairanlah..lahirlah pelajar2 yg berfikiran jumud dan sangat taksub kpd asaari. Minda mereka jadi tertutup dimana segala hujah mereka hanyalah bersandarkan minda dan sajak2 asaari semata-mata.
Anda sendiri boleh melihatnya menerusi thread ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by na19_m at 5-1-2006 05:34 PM
Pada pendapat aku Arqam diharamkan disebabkan faktor politik,
sebab masa tu pengaruh Abuya sangat kuat, bukan sahaja di Asia Tenggara malah sampai ke China, Uzbezkistan. Ini sangat ditakuti ...
Fakor politik?
Apekebendanya faktor politik...... kerajaan tak pernah heran dgn pertubuhan arqam. Mereka mempunyai data perisikan yg cukup ttg agenda politik al arqam. Pengaruhnya dibidang politik tidak sekuat manapun. LEBIH SUDU DARI GULAI JE... Yang kerajaan bimbangkan...kot-kot gerakan tsbt berubah menjadi militan spt yg berlaku disetengah2 negara..itu aje.
Adakah awak mengatakan....persidangan 13 mufti yg memutuskan kesesatan al arqam adalah bertujuan politik?
Fikir baik2 saudara! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 3-1-2006 11:14 AM
wahai insan yg berada di edinberghe.....
laa..org buat joke pun tak faham ker...apa ler pak sniper ni...itupun ndak jadi kemarahan ker...ishkk..garang ni....
yer betul..memang tk pernah ...
:lol
tak jgn dolak dalik. aku bukan tanya kau pernah jumpa ke tidak, aku nak tau
ADAKAH ASAARI PERNAH TULIS SAJK NIH.
sekian terima kasih |
|
|
|
|
|
|
gabantaro This user has been deleted
|
Originally posted by na19_m at 5-1-2006 05:34 PM
Pada pendapat aku Arqam diharamkan disebabkan faktor politik,
sebab masa tu pengaruh Abuya sangat kuat, bukan sahaja di Asia Tenggara malah sampai ke China, Uzbezkistan. Ini sangat ditakuti ...
boleh terima pakai ke pendapat ko ni? mcm tak betul ajer.
bak kata kawan diatas tu apakah peranan 13 mufti yg bersepakat dan setuju utk mengharamkan ajaran abuya ini? adakah mereka (13 mufti) ini anda dakwa telah disogok kerajaan utk tujuan mengharamkan abuya?
ok lah, jika pun betul ia berunsurkan politik, kenapa abuya begitu yakin dan secara terus terang membuat kenyataan yg dia sememangnya sesat? walaupun jika dia dipaksa membuat kenyataan tersebut, ini bermakna abuya telah berbohong! [adakah kita umat islam boleh berbohong; kecuali p ramlee dia boleh buat bohong sunat heheheh...]. aku jika ada ketua, tak rela ketua aku seorg pembohong!
begitu juga dgn beberapa pengikut abuya yg ditemuramah juga mengakui [dan telah insaf; alhamdulillah] bahawa ajaran abuya adalah sesat. cth lain spt kumpulan rabbani yg didakwa adalah pengikut arqam juga tidak mahu dikaitkan lagi dgn pertubuhan tersebut!
*seingat aku beberapa bulan lepas ada seorg penulis cina islam menulis tentang kesesatan abuya or arqam ini, sayangnya tak sempat baca hingga kini...
harap2 mendapat penjelasan dari anda pengikut2 abuya. terima kasih |
|
|
|
|
|
|
adi_sg This user has been deleted
|
sudahlah... buang masa kau tanya dorang tu... pandai mengelak soalan...
dah brape lama aku tanya kenapa dorang bolehkan amalan yaqazah tak jawap2 pun. sekadar menuduh para ulama' rantau ni sebagai puak wahabi.
------------------------------------------------------------------------------------------------
DEWAN PIMPINAN
MAJELIS ULAMA INDONESIA
Sejak tahun 1992, Komisi Fatwa Majelis Ulama Indonesia telah membahas dan membicarakan secara mendalam tentang masalah Darul Arqam dan mendiskusikannya secara seksama, khususnya ajaran yang menyatakan bahwa Aurad Muhammadiyah Darul Arqam diterima secara langsung oleh Syekh Suhaemi, tokoh Darul Arqam, dari Rasulullah SAW di Ka'bah dalam keadaan jaga
Komisi Fatwa Majelis Ulama Indonesia mengambil kesepakatan untuk meluruskan ajaran Darul Arqam yang dipandang menyimpang seperti tersebut di atas. Di pandang dari kaca mata hukum Islam (Figh) hal ini tidak dapat dibenarkan, sebab dengan wafatnya Nabi Muhammad SAW semua ajaran Islam yang harus disampaikan kepada ummat telah selesai, tak satu pun yang tertinggal Dengan demikian, sepeninggal Nabi tidak ada lagi susulan dari Nabi, sejalan dengan firman Allah, surat Al-Ma'idah ayat 3.
Darul Arqam yang inti ajarannya aurad Muhammadiyah adalah faham yang menyimpang dari aqidah Islam serta faham yang sesat menyesatkan
Bahwa dengan adanya keputusan dari beberapa Majelis Ulama Daerah Tingkat I tentang Darul Arqam, Keputusan Kejaksaan Agung RI tentang .larangan beredar buku Aurad Muhammadiyah, pegangan Darul Arqam, dan Instruksi Jaksa Agung RI tentang tindakan pengamanan terhadap larangan beredarnya buku berjudul "Presiden Soeharto Ikut Jadwal Allah ", serta tanggapan dan reaksi masyarakat yang dimuat dalam media massa atau yang ditujukan langsung kepada Majelis Ulama Indonesia, maka Majelis Ulama Indonesia berkewajiban mengambil sikap terhadap faham tersebut.
Bahwa untuk memelihara kemurnian aqidah Islamiyah dan memperkokoh ukhuwah islamiyah dalam rangka memantapkan Keamanan, ketertiban, dan stabilitas nasional, Majelis Ulama Indonesia perlu mengeluarkan keputusan tentang Darul Arqam |
|
|
|
|
|
|
gabantaro This user has been deleted
|
Reply #609 adi_sg's post
heheheh...
aku bukan apa, hanya sedikit curious didalam hati, walaupun telah dicanang 1 malaya or mungkin 1 asean or mungkin 1 dunia yg mengatakan ajaran abuya sesat tetapi disini, didlm forum ini masih terdapat juga pengikut or diehard fan abuya ni. sekilas aku terpikir, kenapa masih ada yg mahu mengikut sedangkan telah sahih dan terbukti nyata beliau sesat? ia terlalu nyata kerana keluar dari mulut abuya sendiri yg mengakuinya! itu yg aku inginkan penjelasan dari pengikut2 abuya ini. tentu ada yg istimewa tentang abuya ini sehingga mereka masih bersamanya hingga kini! harap pengikut2 abuya dpt beri sedikit hint tentang ini, mana lah tahu dari penjelasan anda yg ikhlas tu dpt membuka pintu hatiku ini utk menerima ajaran abuya anda. itu tak mustahilkan. marilah dakwah aku disini. ikhlas aku ingin tahu.
*nanti anak2 sedara aku dah besar dan tanya tentang abuya, at least aku ada info dari anda semua utk diceritakan buat anak2 yg sedang membesar ini.
sekian. wassalam. |
|
|
|
|
|
|
adi_sg This user has been deleted
|
didlm forum ini masih terdapat juga pengikut or diehard fan abuya ni. sekilas aku terpikir, kenapa masih ada yg mahu mengikut sedangkan telah sahih dan terbukti nyata beliau sesat?
agaknya sama jugak macam kita ni diehard fan bolasepak walaupun ternyata mereka semua pakai seluar pendek... hahaha...
ataupun diehard fan gusti walaupun ternyata mereka tak pakai seluar pon... hahaha... |
|
|
|
|
|
|
|
abuya menjanjikan "daulah islamiah" yg mana beliau jadi PM..
itu yg pengikut2nya bermati-matian percaya.. supaya bila terjadi daulah nanti,
depa akan kata kat sume orang.."Haa, padan muka, dulu tanak pecaya.." |
|
|
|
|
|
|
gabantaro This user has been deleted
|
Originally posted by Kopi-Topi at 6-1-2006 09:18 AM
abuya menjanjikan "daulah islamiah" yg mana beliau jadi PM..
itu yg pengikut2nya bermati-matian percaya.. supaya bila terjadi daulah nanti,
depa akan kata kat sume orang.."Haa, p ...
heheheh..
ada juga aku terdengar tentang ni.
dulu haji kahar siap hantar surat kat PM memberi penjelasan tentang amalan dia.
ayahpin begitu juga, mengatakan dirinya diutuskan menjadi utusan utk menyatukan semua agama dimukabumi. :lol
maybe abuya pernah hantar surat kat PM mahathir ketika itu kot. sbb itu mahatdhir rasa tergugat dan tangkap dia kat sempadan siam.
peningku fahami dirimu...
:blah: |
|
|
|
|
|
|
|
wah sehari tak masuk macam-macam isu...sian org baru si na_19, kena provoke.....:hmm:
ermm..tak yah layanlah...buang masa den jo...hari ini kita pakat cerita apa ahli akademik antarabangsa memberi pandangan mengenai Ustaz Ashaari Muhammad.
jadi dakwaan yg pak grave digger yg sering menyatakan siapa yg meyokong perjuangan USTAZ ASHAARI itu jumud, boleh fikir-fikir sendirilah...
(anyway, tatie tk cerita secara detail apa yg dikatakan oleh mereka, kerana ini menjaga kesejahteraan pihak masing-masing, inteligen yg browse sinipun depa memang ndak sangat maklumat-maklumat cam ni...., jadik kita beri yg patut-patut ajer ler...)
Segala pengakuan ini bukan rekaan dan Allah sebagai saksinya.
------------------------------
PANDANGAN Prof Dr Ir Imaduddin Abdurrahim
Tokoh Cendekiawan Islam
Pendiri dan mantan Pimpinan WAMY (World Association of Moslem Youth)
Penasihat Mantan Presiden Republik Indonesia Prof Dr BJ Habibie
1.
Sejak saya bersalaman dgn beliau saya sudah sgt terkesan dan sepjg 2 hari saya bertemu beliau saya temui tidak ada ajaran beliau yg menyalahi islam atau Al Quran dan As Sunnah. beliau mengamalkan islam dgn sangat baik. Sejak itu saya mengatakan Abuya baik dan yakin betul bahawa Abuya dan Jemaah yg ada sekrg (rufaqa) tidak sesat dan juga tidak menyesatkan.
2.
Salah sebuah buku beliau yg pernah saya baca adalam Mengenal Diri Melalui Rasa Hati (ada dipaparkan di dalam forum ini seluruh kandungannya, forumners boleh akses...(). Buku ini membahas tentang tasawuf. ketika membaca buku ini, saya teringat buku karangan Buya Hamka yg pertama kali saya baca iaitu Tasawuf Moden. Buku ini berkembang hingga 4 jilid dan dijadikan seri mutiara filsafat. Sejak itulah saya mengenal ilmu tasauf. Namun ternyata buku Abuya ini lebih mudah dibaca dan isinya mencakup ke 4 buku karangan Buya Hamka tersebut.
3.
Setelah bertemu dgn Abuya, saya dapati beliau tidak hanya mengatakan tentang kegemilangan Islam dari Timur bahkan menjadikannya sebg perjuangan dan hidup matinya. Saya sgt kagum pada beliau dan ini membuat saya bertambah yakin dgn kebangkitan Islam yg disebut oleh RSAW dan kita sedang menuju ke arah kebangkitan itu.
(Untuk pengetahuan semua Bang Imad ini adalah seorg tokoh wahabi yg mahsyur di nusantara dan antarbangsa)
[ Last edited by serihartatie at 6-1-2006 12:08 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Pandangan dari Prof Dr Hisyam At Tamimi
Pensyarah Kuliah Syariah Islam, Universiti Jordan Amman Jordan
1
Mula-mula saya sgt terkesan dengan peribadi dan akhlak Abuya yg seperti saya juga keturunan At Tamimi (tatie : ini mungkin dapat menjawab persoalan adi_sg, bukan Ustaz Ashaari sendiri yg mengatakan beliau keturunan Bani Tamim, tetapi ia juga diakui oleh keturunan beliau di Jordan yg mensahihkan salhsilah keturunan mereka bersama, serpti yg diakui oleh Prof ini...).
Akhlak Abuya begitu lembut, penyayang, pemurah, sabar, karismatik, gigih dan lain-lain.
2.
Setelah berbicara dgn Abuya yg menceritakan pandangannya ttg Islam dan perjuangannya, fikiran dan hati saya semakin terbuka. Perjuangan Abuya ternyata besar. Abuya membangunkan model Islam yg kaafah dlm seluruh aspek kehidupan manusia, mulai dari diri, keluarga, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, pertanian, perdagangan, penerangan dll. Minda-minda ABuya ttg Islam begitu global, indah, cantik dan sgt praktikal. Yg lebih berkesan lagi, Abuya tidak hanya mengatakan atau menulis minda-mindanya, tetapi ia malkan dan perjuangkan. Bahkan menjadi hidup dan matinya
3.
Pandangan Abuya ttg berbagai hal dlm Islam kdgkala sgt berbeda dgn pandangan ulamak-ulamak lain baik dizaman ini atau dizaman sebelum ini. Tetapi kalau kita memahami peribadi Abuya yg sgt bertakqa, tidak heranlah mengapa ilmu dan minda abuya demikian hebat, kerana dalam Al quran disebutkan bahawa Allah akan mengajar dan memberi ilmu kpd org-prog yg bertakqa. Abuya mendapat ilmu dari Allah. Kalaulah kpd lebah boleh Allah ilhamkan, tentu ilmu Abuya peroleh juga merupakan ilham dari Tuhan.
4.
Saya yakin yg Abuya perjuangkan adalah kebenaran. Kerana hal ini (segala ujian ke atas beliau dan jemaahnya) merupakan sunnah pejuang kebenaran dan ia telah berlaku kepada nabi, rasul dan pejuang-pejuang kebenaran sebelum Abuya.
---------------------
Akan menyusul lagi pandangan-pandangan lain..utk hari ini cukuplah di sini dulu.....
kita hayati bersama bagi yg membuka hatinya untuk menerima kenyataan tetapi bagi yg sudah menutupnya dan akan mengeluarkan pelbagai provokasi, sama-sama kita doakan agar mereka diberi hidayah dan taufik dari Allah SWT...
Amin...
[ Last edited by serihartatie at 6-1-2006 11:47 AM ] |
|
|
|
|
|
|
gabantaro This user has been deleted
|
Originally posted by serihartatie at 6-1-2006 09:47 AM
wah sehari tak masuk macam-macam isu...sian org baru si na_19, kena provoke.....:hmm:
ermm..tak yah layanlah...buang masa den jo...hari ini kita pakat cerita apa ahli akademik antarabangsa membe ...
mmm ok gud seri. gud quote!
anda paste tu dari segi pandangan bung indon yer. ((tak hairan lah tu sbb ulamak tertinggi kat indon pun authorised siti nurhaliza sbg artis contoh umat islam! :nana)
ok jika bung indon tu authorised abuya:-
1) tapi bagaimana dgn keputusan 13 mufti malaysia yg bersatu suara mengharamkan ajaran abuya? ((adakah taraf abuya terlalu tinggi melampaui ilmu 13 mufti ini?))
2) bagaimana dgn pengakuan dari mulut abuya sendri mengatakan dia SESAT! ((adakah dia berbohong?))
3) seorang pengkiut kanan abuya juga mengakui kesilapannya menjadi pengikut abuya. ((adakah dia juga berpakat dgn abuya utk berbohong?))
persoalan ini sering menjadi tanda tanya kpd aku hingga kini... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by gabantaro at 6-1-2006 10:12 AM
mmm ok gud seri. gud quote!
anda paste tu dari segi pandangan bung indon yer. ((tak hairan lah tu sbb ulamak tertinggi kat indon pun authorised siti nurhaliza sbg artis contoh umat islam! :nan ...
nampaknya gabantaro dah dapat maklumat salah...tatie malas ndak komen...sebb apa hujah yg pak gaban beri (hehehe..cam nama kartun lak..) tu hanya provokasi yg palsu dan sengaja diada-adakan...tk pernah ustaz Ashaari menyatakan beliau sesat...
tatie ada transkrip pengakuan Ustaz Ashaari semasa sesi di TV Malaysia dan siaran tersebut telah dipromosikan oleh CNN di seluruh dunia pada masa dan tarikh yg sama tu...wah thn 1994 tu rupanya bukan org malaysia ajer yg dapat tgk, seluruh dunia rupanya.......
cuba pak gaban baca betul-betul tu pengakuan transkrip itu, mana ada ustaz Ashaari mengaku beliau sesat...ermmm...cubalah bca dan faham dgn akal dan hati yg terbuka supaya ilmu tiidak ditahan dan ditutup oleh Allah utk memahaminya dgn betul..
[ Last edited by serihartatie at 6-1-2006 11:43 AM ] |
|
|
|
|
|
|
PakMalay This user has been deleted
|
APAKAH BENAR ENGKAU PEJUANG
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi engkau rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak begitu setia kawan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang,
Tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang,
Menjadi pengikut agak segan
Engkau ingin berjuang,
Tolak ansur engkau tidak amalkan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup menerima cabaran
Engkau ingin berjuang,
Kesihatan dan kerehatan,
Tidak sanggup engkau korbankan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi engkau rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan,
Engkau ingin berjuang,
Masa tidak sanggup engkau luangkan
Engkau ingin berjuang,
Karenah isteri tidak kau tahan
Engkau ingin berjuang,
Rumahtangga lintang-pukang
Engkau ingin berjuang,
Diri engkau tidak engkau tingkatkan
Engkau ingin berjuang,
Disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang,
Kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang,
Tetamu engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Anak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang,
Ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang,
Kekasaran dan kekerasan engkau amalkan
Engkau ingin berjuang,
Pandangan engkau tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang,
Rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Iman dan taqwa engkau lupakan
Ya sebenarnya apa yang
Engkau hendak perjuangkan...???
|
|
|
|
|
|
|
gabantaro This user has been deleted
|
itu ajer komen tatie, cakap byk tk guna, sebb cam tatie kata, buang masa ajer cuba ndak fahamkan org yg memang Tuhan tak mahu fahamkan...
isk terguris hati aku seri cakap camtu. aku ni kat sini confious, dan atas sbb itu lah aku bertanya disini inginkan penjelasan ikhlas. dan jgn la tulis 'Tuhan tak mahu fahamkan aku!' semoga allah masih sayangkan aku dan bukakan pintu hati aku menerima kebenaran.
*but anyway, aku still tak nampak jln kebenaran abuya ni kerana 2 lagi soalan aku diatas tu masih tak berjawab. semoga allah tunjukkan jalan yg terang buat aku. amin...
--> jika dpt belas ihsan seri utk fwd transkrip pengakuan abuya tu kpd aku nanti... |
|
|
|
|
|
|
adi_sg This user has been deleted
|
cakap byk tk guna, sebb cam tatie kata, buang masa ajer cuba ndak fahamkan org yg memang Tuhan tak mahu fahamkan...
kalau semua org cakap macam ni, tak ke mana da'wah kita...
arqam/rufaqa' diharamkan dulu dgn sandaran dalil. maka utk ia dihalalkan, satu daripada perkara ini mesti berlaku:
1) rufaqa' ubah benda karut yang dipegang oleh arqam dulu
2) seluruh ulama' serantau mengisytiharkan mereka telah membuat kesilapan mengharamkan arqam dulu dan meminta maaf pada abuya & gang
3) ashaari dikunjung oleh rasulullah saw dan diberi dalil baru
pilihan 2 belum lagi aku lihat berlaku. pilihan 3 mungkin sebahagian rufaqa' mengaku tapi pada aswj ni benda merepek.
DULU YANG HARAM DAH HALAL KE? MARI BERDALIL JANGAN ASYIK BERDALIH... |
|
|
|
|
|
|
seriimanie This user has been deleted
|
Originally posted by adi_sg at 6-1-2006 10:55 AM
kalau semua org cakap macam ni, tak ke mana da'wah kita...
arqam/rufaqa' diharamkan dulu dgn sandaran dalil. maka utk ia dihalalkan, satu daripada perkara ini mesti berlaku:
1) rufaqa' ubah ...
Gabantaro dan adi_sg tu ada banyak double NICK. tetapi Mod Kalut izin pulak!!
Betui2 kena Anaya nie... Tapi tak per, dia back up kat Akak Seri Harta tu..
Kepala tak tutup penuh pun tak mengapa!! Asalkan nampak jelita..:cak::cak::cak:
Sedih melihat ustaz2 akhir zaman. Kena main denga dunia jer. Kat akhirat tunggulah nanti habuan ko orang...
Hehehehehehehehheehhe |
|
|
|
|
|
|
gabantaro This user has been deleted
|
Reply #616 seriimanie's post
relax ler jgn emo.
apa hak anda utk tentukan habuan seseorang diakhirat nanti?
kan itu urusan allah swt
*aku tak pernah plak ada double nick. [jgn pandai2 reka cerita] |
|
|
|
|
|
|
|
opsss.....maaf ler kalau ada hati yg terguris....memang bab sama ada Tuhan ndak fahamkan kita atau tidak itu, semua kita terlibat, tak kira ler tatie ker, pak gaban ker, atau sesiapapun...
memang tatie tahu, keras sikit bahasa tatie tu ..memang hati-hati kita ni kdg-kdg perlu dikejutkan supaya kita balik bermuhasabah diri...supaya kita menilai dgn usaha ilmu, doa dan merintih pada Tuhan...supaya tk nanti ada org lain yg teraniaya dgn kita...dan dgn tuduhan-tuduhan kita...apatah lagi tuduhan SESAT..itu berat, wahai pak gaban....sebb kalau org yg dituduh itu TIDAK SESAT maka tuduhan itu kembali kepada diri sendiri....
jika dpt belas ihsan seri utk fwd transkrip pengakuan abuya tu kpd aku nanti...
rupa-rupanya pak gaban hanya membuat tuduhan berdasarkan cakap-cakap org dan tk tahu apa sebenarnya pengakuan ustaz Ashaari...ingatkan pak gaban ada transkrip tersebut dan pernah dgr pengakuan itu melalui pancaindera yg diberi Tuhan secara langsung..rupa-rupanya hanya berdasarkan maklumat yg sekunder pak gaban membuat penilaian keatas KESESATAN seseorg...:hmm:
apapun, memang tatie harus minta maaf pada pak gaban kerana menguriskan hati pak gaban......mmg pada awalnya tatie dah ndak edit, tapi tk sempat edit pak gaban dah baca...transkrip tu pjg gak...ndak ker?...
tetapi pak gaban juga kena berhati-hati kerana apa yg pak gaban bicarakan dan dakwakan ini bukan setakaat perkara yg menguris hati tetapi adalah perkara yg melibatkan tuduhan KE ATAS IMAN DAN KEISLAMAN SESEORG..itu lebih berat ....
[ Last edited by serihartatie at 6-1-2006 11:53 AM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|