CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11114|Reply: 100

boleh ke saka dibunuh/dibuang dari jarak jauh?

[Copy link]
Post time 6-4-2016 06:46 PM | Show all posts |Read mode
assalamualaikum forumer,
saya nak bertanya mcm tajuk d atas, boleh ke saka dibunuh atau dibuang melalui rawatan jarak jauh?
kalau boleh dan ada yang boleh bantu, bantulah saya . sila pm yea kalau ade yang boleh bantu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2016 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
W.salam

Kalau ikut pengetahuan saya yg terbatas ni, pada zaman nabi  saw, org yg ada masalah kesihatan akan direct jumpa nabi saw dan cerita masalah yg d hadapinya.

kemudian, Nabi saw akan mengajar org tu utk membaca doa & ayat ayat alquran tertentu, atau bersolat & berdoa.
                          Belum sy jumpa hadis yg kata NABI SAW buat rawatan secara jarak jauh.               
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 02:43 PM | Show all posts
kertasputih replied at 7-4-2016 12:00 PM
W.salam

Kalau ikut pengetahuan saya yg terbatas ni, pada zaman nabi  saw, org yg ada masalah kesi ...

salam jua buat dirimu dan semua

memang benar dalam riwayat,Nabi tak pernah jalankan rawatan dr jauh

dan apabila seorang muslim merawat satu ketua kaum dgn baaan AL FATIHAH sahaja
yg Nabi sendiri tak ajar, tapi dihadiahkan kambing
Nabi minta sikit dagingnye

silakanlah..... dgn keikhlasan kerana ALLAH
BANTU MEMBANTULAH SESAMA KAMU KE ARAH KEBAIKAN

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
orangbesi replied at 7-4-2016 02:43 PM
salam jua buat dirimu dan semua

memang benar dalam riwayat,Nabi tak pernah jalankan rawatan dr  ...

Jadi macamana nak buang saka secara jarak jauh ?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 04:25 PM | Show all posts
kertasputih replied at 7-4-2016 10:56 PM
Jadi macamana nak buang saka secara jarak jauh ?

buang jin??? ( aku tak suka panggil saka maaa)
mana le aku pernah buang
pasal kat mana nak dibuang tu, kat bulan ke?
kalu buang kat laut mati pun, jap lagi je UUIIIHHHH dia dok depan hang balik

nak bunuh?
manalah aku tau - pasal setau aku le jin mana matinye
uma mampu dilemahkan cam bayi yg baru dilahirkan je

jarak jauh?
jauh sangat ke jaraknye?
sampai ke lapis langit yg ke 7 ke???
kalau hang mampu memahaminya........silakanlah DGN NAMA ALLAH
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 09:46 PM | Show all posts
Cuba la zolat tahajud tiap-tiap malam.  tak payah la pakai tok moh wireless jauh jauh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2016 10:11 PM | Show all posts
beramal?
solat ke doa keikhtiar ke
fahamilah HADITH NABI:
SESUNGGUHNYA DUA ORANG YANG SAMA RUKUK DAN SAMA SUJUDNYA
TAPI DISISI TUHAN, JARAK KEDUANYA BAGAIKAN LANGIT DAN BUMI

AYAT ALLAH: BERDOALAH DENGAN MERENDAH DIRI DAN SUARA YANG LEMBUT

heemmm, mungkin boleh lagi di amalkan

BANTU MEMBANTULAH SESAMA KAMU KEARAH KEBAIKAN

............alamakkkkk, dah kena batang idung sendiri maaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 01:35 AM | Show all posts
SALAM buat semua
ni ambil masa lama sikit
barula  nak sembang panjang sikit
pasal tak mo sangat terikut hawa nafsu ni -  bahayaaaaa kan

kalau sakit, demam ka atau sakit gigi ka
tak yah lah jumpa doktor kan atau telan ubat
solat tahajjud je boleh kot
macam lah kita ni kuat sangat TAWAKKAL cam mereka2 yg terdahulu tu

jadi sakit jasad kasar gi lah berubat atau berikhtiar
sakit jasad halus atau depa kata gangguan ni, gilah berubat gak
cuma yg satu lagi ni iaitu PENYAKIT HATI -
RIAK TAKABUR UJUB SOMBONG BANGGA
HASUT HASAD DENGKI KHIANAT
BAKHIL KEDEKUT PENTING DIRI SENDIRI
susah nak diubati ni
kena TUANNYA yg bersungguh-sungguh hijrah kepada yg LEBIH BAIK

BERIKHTIAR yaaaaa
DOA kuat2 tau
dan TAWAKKAL PADANYA     ................... macam NABI jelaskan kannnnn


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2016 01:45 AM | Show all posts
ni pasal tok moh wireless jarak jauh
ada pulak nama camni yeeeee

yg kita dok BERDOA dan HADIAH pada yg dah meninggal dunia tu
kira wireless jarak jauh gak kan
BERSELAWAT kat NABI tu, lagi jauh maaaa, boleh pulak

janganlah double standard sangat
kenalah adil dan saksama dlm semua hal kan

dan bagi aku lah
kalau pun ada tok moh wireless jauh ni
dia tu lagi baik dr kita kan
pasal dia jalankan AMANAH ALLAH DAN RASULNYA
BANTU MEMBANTU KE ARAH KEBAIKAN
kita ni mampu ke, atau sembang saja yg lebih kan

dan utk mereka2 yg merawat jasad halus ni
tak kisah lah mereka berkhadam dr golongan jin ke
atau bantuan saudara2 mereka sendiri
atau DOA YG MAKBUL ( yg ni tak berani aku nak pertikaikan apa2 pun)
asalkan mereka ikhlas, tak pilih bulu tak letak harga
dan tarak penyakit hati yg merbahaya tu
maka silakanlah..........KERANA TUHANMU
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 01:59 AM | Show all posts
ni ada sikit persoalan
utk korang yg baca le.....hehehehehe

bila tt buka benang ni dgn masalahnya
apa yg terlintas atau terbuka di hati kalian???
adakah kalian merasa sikit kegusaran dgn kesulitan saudara kita ini?
adakah kalian sama2 berdoa utk dia juga???
adakah kalian sendiri cuba nak bantu dia dgn masalahnya ini???

jawab sendirilah ye
dah tahu sendiri lah diri ada di peringkat mana
MOGA2  dapatlah dok sat kat tahap SERENDAH RENDAH IMAN
jadilah
kerana RAHMATNYA MELEBIHI SEGALA SESUATU
DAN HANYA SATU DARI SERATUS RAHMATNYA DITURUNKAN
DAN DGN ITU PARA MAKHLUK BERKASIH SAYANG
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 11:44 AM | Show all posts
orangbesi replied at 10-4-2016 10:11 PM
beramal?
solat ke doa keikhtiar ke
fahamilah HADITH NABI:
salam

fahamilah HADITH NABI:
SESUNGGUHNYA DUA ORANG YANG SAMA RUKUK DAN SAMA SUJUDNYA
TAPI DISISI TUHAN, JARAK KEDUANYA BAGAIKAN LANGIT DAN BUM

awak petik kat pokok jambu pokok kelapa
kalau jambu takpa .. hehe
kasi bahasa arab nya .. dan riwayat nya ..


yang bergantung kat depan ko
yang bergayut kat belakang ko
ko kasi halau dulu ..
hehe ..

ko nak jadi bomoh congo eehh .. hehe


wassalam

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 11:53 AM | Show all posts
salam

cari penawar syifa' d'dalam
solat dan mengaji al quran ..
dan tuntut ilmu itu wajib ..
insyAllah ..


وَلَوۡ جَعَلۡنَـٰهُ قُرۡءَانًا أَعۡجَمِيًّ۬ا لَّقَالُواْ لَوۡلَا فُصِّلَتۡ ءَايَـٰتُهُ ۥۤۖ ءَا۠عۡجَمِىٌّ۬ وَعَرَبِىٌّ۬ۗ
Dan jikalau Kami jadikan Al Qur’an itu suatu bacaan dalam bahasa selain bahasa Arab tentulah mereka mengatakan: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?". Apakah [patut Al Qur’an] dalam bahasa asing, sedang [rasul adalah orang] Arab?
قُلۡ هُوَ لِلَّذِينَ ءَامَنُواْ هُدً۬ى وَشِفَآءٌ۬ۖ
Katakanlah: "Al Qur’an itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman.
وَٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ فِىٓ ءَاذَانِهِمۡ وَقۡرٌ۬ وَهُوَ عَلَيۡهِمۡ عَمًىۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ يُنَادَوۡنَ مِن مَّكَانِۭ بَعِيدٍ۬
Dan orang2 yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Qur’an itu suatu kegelapan bagi mereka. Mereka itu adalah [seperti] orang-orang yang d'panggil dari tempat yang jauh"


وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ
“Dan Kami turunkan dari Al Qur’an
مَا هُوَ شِفَاءٌ
suatu yang menjadi penawar
وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ
dan rahmat bagi orang2 yang beriman.”






Abu Hurairah radhiyallahu’anhu
dari nabi shallallahu’alaihi wasallam beliau bersabda,

مَا أَنْزَلَ اللهُ دَاءً
“Tidaklah Allah menurunkan penyakit
إِلاَّ أَنْزَل لَهُ شِفَاءً
kecuali Dia turunkan untuk penyakit itu obatnya.”

(HR. Al-Bukhari no. 5678)



Jabir radhiallahu ‘anhu membawakan hadits
dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءٌ
“Setiap penyakit ada obatnya.
فَإِذَا أُصِيْبَ دَوَاءُ الدَّاءِ بَرَأَ
Maka bila obat itu mengenai penyakit akan sembuh
بِإِذْنِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ
dengan izin Allah Azza wa Jalla.”

(HR. Muslim no. 5705)



Abdullah bin Mas’ud radhiallahu ‘anhu menkhabarkan
dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

إِنَّ اللهَ لَمْ يَنْزِلْ دَاءً
“Sesungguhnya Allah tidaklah menurunkan penyakit
إِلاَّ وَأَنْزَل لَهُ دَوَاءً،
kecuali Dia turunkan pula obatnya bersamanya.
جَهِلَهُ مَنْ جَهِلَهُ
(Hanya saja) tidak mengetahui orang yang tidak mengetahuinya
وَعَلِمَهُ مَنْ عَلِمَهُ
dan mengetahui orang yang mengetahuinya.”

(HR. Ahmad 1/377, 413 dan 453.
Dan hadits ini d'shahihkan dalam Ash-Shahihah no. 451)




Dari Usamah bin Syarik radhiallahu ‘anhu,
bahwa beliau berkata:

كُنْتُ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Aku pernah berada d'samping Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.
وَجَاءَتِ اْلأَعْرَابُ،
Lalu datanglah serombongan Arab dusun.
فَقَالَ:
Mereka bertanya,
يَا رَسُوْلَ اللهِ، أَنَتَدَاوَى؟
“Wahai Rasulullah, bolehkah kami berobat?”
فَقَالَ:
Beliau menjawab:
نَعَمْ يَا عِبَادَ اللهِ، تَدَاوَوْا،
“Iya, wahai para hamba Allah, berobatlah.
فَإِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ لَمْ يَضَعْ دَاءً
Sebab Allah Subhanahu wa Ta’ala tidaklah meletakkan sebuah penyakit
إِلاَّ وَضَعَ لَهُ شِفَاءً
melainkan meletakkan pula obatnya,
غَيْرَ دَاءٍ وَاحِدٍ.
kecuali satu penyakit.”
قَالُوا:
Mereka bertanya:
مَا هُوَ؟
apa dia ? maksud “Penyakit apa itu?”
قَالَ:
Beliau menjawab:
الْهَرَمُ
“Penyakit tua.”

(HR. Ahmad, Al-Bukhari dalam Al-Adabul Mufrad, Abu Dawud, Ibnu Majah, dan At-Tirmidzi,
beliau berkata bahwa hadits ini hasan shahih.
Syaikhuna Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i menshahihkan hadits ini
dalam kitabnya Al-Jami’ Ash-Shahih mimma Laisa fish Shahihain, 4/486)



wassalam

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2016 04:24 AM | Show all posts

awak petik kat pokok jambu pokok kelapa
kalau jambu takpa .. hehe
kasi bahasa arab nya .. dan riwayat nya .
yang bergantung kat depan ko
yang bergayut kat belakang ko
ko kasi halau dulu ..
hehe ..



kalau nak kata hang tak cerdik  - memang betul pun
apa nak dikatakan, maklumlah hang penurut setia si joe labu n rocky labi

kalau hang tak ngaji camna nak hayati betul ke itu hadith nabi atau pun tak???
akal tu dah tak boleh digunakan lagi ke?  sasau teruk sangat tuuuu
misalannya dlm solat berjemaah, adakah semua dapat pahala atau keIMANan yg sama???
dan rujuk hadith tu bersesuaian tak dgn AL QURAN
CELAKALAH MEREKA YG SOLAT, IAITU MEREKA YG LALAI DALAM SOLATNYA DAN RIYA

takkan nak kena  manjang jadi cam lembu kena cucuk kat idung je

yg dok bergayut kat depan ka kat belakang ka - masih jenis keil anak le jeee  tuuuuuu
yg kat dalam hati tuuuuuu
tu yg celaka besar tuuuuuuu
takkan yg ni pun tak ngaji kot
BERTUHANKAN HAWA NAFSU .............jangan ikut sangat wahai pak lawak ooiiiiiii

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2016 04:43 AM | Show all posts
NorAddin replied at 14-4-2016 11:53 AM
salam

cari penawar syifa' d'dalam

cari penawar syifa' d'dalam
solat dan mengaji al quran ..
dan tuntut ilmu itu wajib ..
insyAllah ..



ooo pandai pun dok kata penawar dlm AL QURAN yeeee
betu ke???
kalau jari hang terluka berdarah, jangan pakai ubat ye n gi doktor
penawar dlm AL QURAN je kan
jangan cakap tak serupa bikin tau
lagi teruk dr joe labu n roky labi

dlm sehari2, sekurang2nya hang dok baca berpuluh kali
TUNJUKILAH KAMI JALAN NAN LURUS.......
yg hang dok kata hang  adalah golongan ASWJ ni, ada malaikat kasitau ke???
atau TUHAN ilhamkan kat hang?
atau yg sebenarnya hang perasan atau UJUB atau masuk bakul angkat sendiri je
jadi camna nak sembang pasal penawar dlm AL QURAN ni
yg asas/induk pun hang lintang pukang lagi







Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2016 03:29 AM | Show all posts
berbalik pada saka
(kena jugak aku sebutnye kan)
saka2 yg kita ketahui ni, taklah hebat mana sangat pun kan
kasi kacau manusia je kan
kasi gila, mereng, tak keruan
dan kita manusia sedar dan tahu ada gangguan seperti ini

dan saka yg lagi hebat
sampai manusia tak sedar2, tak tahu, tak ambil tahu
saka yg diperturunkan dr moyang kita NABI ADAM sendiri
iaitu kepala iblis
yg bikin manusia jadi RIAK TAKABUR SOMBONG UJUB BANGGA PERASAN
ditambah lagi dgn
HASUT HASAD DENGKI KHIANAT FITNAH ADU DOMBA
diperlengkapkan lagi dgn
TAMAK HALOBA KIKIR KEDEKUT PENTING DIRI SENDIRI

tu dia, kalau korang masih tak tahu
atau sebagaimana NABI MENYEBUTNYA - PENYAKIT HATI

renung2kanlah ye, yg terdapat dalam hati diri memasing
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2016 06:53 PM | Show all posts
motifff..bomoh Konga....


tapi pengajarannya, kita tak boleh pergi sebarang orang untuk tujuan sebegini kan...lebih2 lagi yang sendiri2 kata boleh ubati itu, boleh buat ini..... nanti jadi kes mcm dalam cerita P Ramlee tu...kena temberang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2016 06:55 PM | Show all posts
kenapa tt nak buat rawatan jarak jauh? tt duduk luar negara ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2016 07:18 PM | Show all posts
selama yg sy tahu nak buka saka ni kena jumpa dgn org yg dapat mgubatinya..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2016 10:42 PM | Show all posts
Salam TT


Nak tanya sikit.
Siapa yg kata sedari ada saka?

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 02:55 PM | Show all posts
INI PETUNJUK UNTUK RAWATAN SENDIRI:

Daripada Aisyah radiallahu ‘anhaa; “Bahawasanya Rasulullah sallaLlahu-’ alaihi-wa-sallam apabila sakit baginda membaca sendiri Al-Muawwizat (Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas), kemudian meniup padanya. Dan apabila rasa sakitnya bertambah aku yang membacanya kemudian aku usapkan ke tangannya mengharap keberkahan dari surah-surah tersebut.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.396312 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list