CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kagiru

Kisah Misteri Nukilan Kagiru

[Copy link]
 Author| Post time 9-10-2015 08:43 PM | Show all posts
Kisah ke - 5 (Pemuda Di Tepi Jalan Angker)

Kisah ini diceritakan oleh rakan baik saya dari kecil Adika, selepas tamat pengajian di kolej kami Adika masih tidak mendapat tawaran bekerja dimana-mana.Oleh kerana tidak mahu masa yang ada dipersiakan begitu sahaja, Adika mengambil alternatif menyertai Program Graduan Menggangur di sebuah pusat pengajian kepunyaan kerajaan negeri di Sg Petani Kedah. Adika menetap disana (menyewa bersama rakan). Kejadian ini berlaku takkala sudah 3 bulan Adika disana. Setiap hujung minggu Adika akan pulang ke kampung halamannya di Pendang Kedah.


Pada ketika itu masih belum ada susur keluar Highway PLUS di Pendang, jika ingin ke Pendang perlu keluar melalui susur keluar Gurun. Jam menunjukan pukul 12 tgh malam pada ketika itu, Adika menghidupkan enjin motorsikal MZ nya dekat yakin dan meneruskan perjalanan ke kampung. Oleh kerana hujan renyai Adika tidak dapat memandu dengan laju cuma sekitar 70-80 km/j. Sampai di Gurun tepat jam 12:30 am, Adika memilih jalan Gurun-Pokok Tai-Jenun-Pendang, ketika penceritaannya aku bertanya kepada Adika adakah tiada jalan lain untuk dia gunakan selain jalan tersebut. Ini kerana jalan-jalan tersebut banyak cerita seram tambahan pula kiri dan kanan hanyalah hutan getah dari Gurun ke Pendang.


Adika hanya menjawap itulah jalan yang dia yang agak singkat baginya. Tiada apa yang berlaku dari Gurun ke Pokok TAi, hujan renyai masih berlarutan. Sampai ke simpang tiga Sekolah Teknik Pendang (sekarang Matrikulasi Teknikal Pendang) Adika membelok ke kiri dan meneruskan perjalanan. Pada ketika itu Adika teringatkan selekoh Kilang Proses Ayam yang hanya 1-2 kilometer dihadapanya. Selekoh angker yang menjadi sebutan ramai penduduk disana, acap kali kemalangan maut berlaku disana.


Adika cuba untuk berfikiran positif, ketika sampai diselekoh tersebut Adika perasan kelibat motorsikal yang berada di tepi jalan , seorang pemuda sedang bercangkung di tepi motorsikal tersebut. Topi keledar di tengah jalan , seperti baru lepas kemalangan. Adika memperlahankan motorsikalnya ketika merapati pemuda tersebut, ketika menghampiri pemuda tersebut jelas kelihatan kulit kepala yang terkopak dan muka yang dipenuhi dengan darah tanpa sebelah mata. Sambil pemuda itu menunjukan tangan kearah bertentangan jalan kepada Adika tanpa bersuara.


Ketika Adika menoleh keseberang jalan 'Allahuakbar" hanya itu yang mampu Adika tuturkan dari bibirnya.Jelas kelihatan susuk perempuan dengan wajah yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sejurus itu hilaian panjang kedengaran suara lelaki dan perempuan saling bersahutan. Adika menggunakan sisa kudrat yang ada untuk terus memulas trottle minyak tanpa menoleh lagi kebelakang. Untuk pengetahuan forumers semua dari jalan itu sehinggalah ke Pekan Pendang jalannya terlalu sunyi pada ketika itu. Hanya tawakal yang dapat membantunya kata Adika kepada saya.

Sejak dari itu, Adika mengambil iktibar dari kejadian tersebut dan jarang sekali melalui jalan tersebut kecuali pada siang hari. Terima kasih adika..

Terima kasih.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2015 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Besst baca tt..teruskan
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2015 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
lama xde crita best..kipidap tt
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2015 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
kagiru replied at 8-10-2015 03:20 PM
Kisah kedua-

Terjadi pada tahun 2012, saya sekeluarga (2 buah kereta) memulakan perjalanan ke Lat ...

Tapi aku musykil gak dgn pacik yg sorg tu...yg 2 tu dh tentu la bukan manusia...apa dia buatnya sorg2 kat luar dgn rumah semua dh tido jln sunui sepi... Ke dia pun bukan manusia... Ramai jugak jumpa hantu ala2 pacik...kat cyberjaya ada ramai jumpa pacik jalan2 dgn bdk kecik dlm gelap2 nk membawak subuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2015 11:37 AM | Show all posts
Kisah ke-5

Rumah sewa di Bukit Tengah Pulau Pinang

Kisah ini diceritakan oleh Amirul yang juga rakan sekampung saya.Amirul bekerja sebagai seorang Jurutera Kualiti disebuah kilang di Juru Autocity dan tinggal bersama seorang rakannya Mail yang juga berasal dari daerah yang sama dengan kami.Amirul mendapat rumah sewa di Bukit Tengah selepas rumah lamanya di Bukit Mertajam sudah habis kontrak dan pemiliknya akan kembali berpindah kesana.


Amirul berasa sungguh gembira kerana mendapat rumah suasana kampung,besar,murah sewanya serta reka bentuk moden. Rumah tersebut umpama rumah banglo setingkat jika hendak dibandingkan dengan rumah taman. Mempunyai 4 Bilik dan 2 bilik air,ruang tamu dan ruang dapur besar. Masa bekerja Amirul adalah normal shif dan Mail pula shif 12 jam 7-7.Jika MAil bekerja malam , Amirul akan bersendirian dirumah baru mereka.Amirul seorang pemuda yang baik budi pekerti dan akhlaknya. Sembahyang 5 waktu tak ditinggalkanya apatah lagi yang lain.


Bilik di rumah sewa Amirul hanya 2 sahaja yang boleh digunakan kerana 2 lagi bilik lagi dikunci oleh tuan empunya rumah atas alasan menyimpan barangan mereka. Amirul tidak mempunyai masalah tentang itu tapi tidak bagi Mail. MAil seorang yang senantiasa ingin tahu, dia sentiasa bertanya kepada Amirul kenapa bilik yang ke -2 tu berkunci dan di letakkan almari dihadapan pintunya. Amirul dapat merasakan sesuatau tapi dia malas untuk mengambil tahu sedangkan Mail sentiasa memaksa Amirul untuk menyiasat katanya.


Mail: ' Amirul apa kata kita check bilik yang tengah tu...aku rasa macam ada yang tak kena lah'
Amirul:'Hang jangan MAil, nanti hang keja malam aku dok sorang nih'
Mail: 'Sebab tu aku ajak hang siasat malam nih, boleh jugak kita tau apa ada dalam tu'
Amirul: 'Aku malas lah MAil nanti apa pulak kata tuan rumah'
Mail: 'Tak Amirul, kita tengok sekali ja..kalau tak ada apa-apa kita tutup la balik pintu tu,aku sebenarnya muskil pasal apa tuan rumah letakkan almari untuk tutup pintu bilik tu. Kunci macam bilik depan tu sudahlah'
Amirul: 'Ikut hang la Mail, tapi nanti kita kena tutup balik pintu dan letak balik almari ditempat asal ok'\



Amirul dan Mail pun terus memulakan aktiviti mereka , almari ditolak ketepi (almari tu cukup berat) pada hal tak ada banyak barang pun yang disimpan. Selepas itu kelihatan ditombol pintu bilik itu diikat dengan kain kuning.



Mail: 'Amirul, kan aku dah kata rumah ni semacam hang tak mau percaya cakap aku'
Amirul: 'Sebab aku tau rumah ni semacam la aku tak mau kacau,tapi hang ketegaq (degil)'
Mail: 'Tak pa aku try bukak pintu ni'

MAil cuba untuk membuka pintu bilik tersebut tapi hampa kerana setiap kali menolak pintu itu bagaikan cukup berat dan padat.Akhirnya mereka berdua pun menyerah dan meletakkan kembali almari ditempat asal dan terus berlalu pergi makan malam di gerai yang berhampiran dengan rumah sewa mereka. Ketika pulang jam menunjukan pukul 1 pagi, sambil menonton TV Mail terus terlelap di hadapan tv diruang tamu sementara Amirul tidur didalam bilik. Dari penceritaan Amirul, dia terjaga dari tidur pada pukul 3 pagi apabila mendengar suara Mail mengerang diruang tamu. Amirul terus mendapatkan Mail.



Amirul:'MAil..Mail..hang pasai pa?'
MAil:'Astaffirullah'halazimm'
Amirul: 'Hang ok ka Mail?'
MAil: 'Aku mimpi ada budak kecik dok kat ruang tamu rumah kita nih dok teriak,aku pun pi la tanya dia hang dok teriak pasai apa? dia kata mak dia kena kurung.Aku tanya la ,mak dok mana? dia tunjuk bilik tadi Amirul.
Amirul: 'Mimpi ja tu Mail tak apa aihh..sudah-sudah hang sambung la tidoq.
MAil: ''Hang ni semua tak percaya kalau pasai ni..kalau betoi baru hang tau langit tinggi ka rendah'



MAil berkata sambil tersenyum kepada Amirul.



Amirul: 'Awat yang hang dok senyum kat aku macam tu?
Mail: 'Tak ada apa la, aku takut satu hari hang jumpa baru hg tau, tak apalah aku nak pi tandas sat sakit perut pulak dok sembang dengan hang nih'

MAil pun berlalu ke tandas, Amirul berasa seram sejuk pada ketika itu kerana angin agak kuat mungkin hujan nak turun katanya.Sedap kalau tidur pada waktu ni mesti esok bangun lewat kata amirul.5 minit berlalu , Mail masih di dalam tandas.Tiba-tiba bunyi motorsikal diluar rumah mereka:



Amirul:'Eh sapa nak mai pagi-pagi buta nih? MAcam bunyi motor MAil nih?



Kedengaran bunyi orang membuka pintu rumah dan MAil muncul di sebalik pintu. Amirul cukup terkejut dengan kemunculan Mail ,kalau itu Mail dengan siapa dia bercakap tadi???

Amirul:' HAng Mail ka?
Mail:'Awat hang tak tidoq lagi Amirul? Tadi masa aku keluaq hg dok tidoq sedap ja?
Amirul:'Hang pi mana? Bukan hang tidoq ka tadi?
MAil:''Amin call tadi ajak teman dia pi main snuker,aku tengok hang tidoq sedap malas la nak ajak.



Tiada kata-kata yang mampu di ucapkan oleh Amirul pada ketika itu, dia terus ketandas untuk melihat "MAil" yang tadi kesana.Hanya air paip sahaja yang terbuka, tiada siapa pun di sana. Mail agak terkejut dengan tingkah laku Amirul.



MAil: 'HAng pasai apa ni amirul? aku tengok semacam ja, muka pun pucat?
Amirul:'TAdi aku bangun sebab dengaq hang mengigau mengerang,aku siap sembang lagi dengan hang lepas tu hang kata nak pi tandas sat. Dalam dok tunggu tu tiba-tiba saja hang pulak balik.Mana satu Mail yang betoi pun aku tak tau nih.
MAil:'HAng biaq betoi amirul? ni aku la takkan hantu pulak.
Amirul: 'Aku rasa ni mesti sebab kita pi try nak buka pintu bilik tu?
MAil: 'Takpa Amirul, kita relax dulu malam ni tengok macamana.KAlau teruk juga kita pi rumah amin tumpang semalam dua.



Dalam 15 minit kemudian bunyi umpama barang jatuh didalam bilik yang dikunci, bunyi terlalu kuat macam banyak barang yang dileparkan ke pintu. Tanpa berlengah Amirul dan Mail terus keluar dari rumah itu dan pergi menumpang tidur di rumah rakan mereka amin.Keesokan harinya mereka kembali kerumah tersebut, kelihatan rumah dalam keadaan baik cuma almari sudah tidak lagi menutup pintu bilik tengah dan kain kuning juga telah jatuh dilantai.Amirul dan Mail dapat merasakan rumah itu menjadi terlalu suram dan menyeramkan. Amirul menelefon tuan rumah dan mengatakan akan berpindah dan memberi notis 2 bulan kepadanya. TIba-tiba tuan rumah mengatakan kepada amirul,



Tuan rumah: hampa ada kacau bilik tengah ka?
Amirul:'Tak dak pun bang' awat? (macamana dia boleh tau ni?)
Tuan rumah: 'Tak pa lah kalau hang nak pindah sebab aku dah pesan dulu jangan kacau bilik yang aku dah kunci sebab tu bilik arwah mak aku banyak barang dia kat situ...takpa nanti deposit aku bank in balik kt hang,kunci hang letak ja dalam peti surat'
Amirul: 'Terima kasih banyak bang'



Keesokan harinya Amirul dan Mail pun bersiap untuk keluar dari rumah kerana tuan rumah bersetuju untuk mengembalikan deposit mereka sebanyak 2 bulan. Sedang mereka menyimpan barang didalam kereta, Pak Man jiran mereka datang menyapa.



Pak Man: 'HAmpa nak pi mana? NAk pindah ka?
Amirul:'YA pakcik, kami nak pindah'
Pak MAn:'Awat hampa macam kalut ja? ka hampa dah tau ka?
Amirul: 'Tau apa Pak Man, tak ada apa la pak MAn cuma kami dapat rumah yang lebih dekat dengan tempat kerja saja.
Pak MAn: 'Elokla kalau betoi , cuma dah ramai mai dok rumah ni tapi macam hampa la dok sat ja lepas tu pindah.Tuan rumah ni pun banyak kisah dia sebab tu anak-anak tak balik mai duduk sini.
Amiru:'Betoi pak man kami dapat rumah yang lebih dekat sebab tu pindah, selama kami dok sini tak ada apa pun semua ok saja.



Amirul tidak mahu memburukan lagi keadaan lagipun niat baik tuan rumah hendak megembalikan deposit juga mat dihargai mereka.NAmun Pak Man seperti dapat menghidu sesuatu tapi dia juga tidak mahu bertanya dengan lebih lanjut.



Sekian..



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2015 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
niceeeee....
kipidap bro.... more story pls....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2015 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Best cerita nih..sila teruskan lagi..saya sudi menunggu
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2015 05:55 PM | Show all posts
kagiru replied at 8-10-2015 12:21 PM
As salam rakan-rakan …walaupun dah lama dan tiada kepastian samada TT masih senantiasa online di si ...

better copy dan paste kat post pertama...kalau saya nak rate
nanti..cap tangan tu akan kuar kat bod depan...semua org tahu
citer ni bagus,,,inshaAllah akan ramai pengunjung nanti..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-10-2015 08:11 PM | Show all posts
medangmru replied at 10-10-2015 05:55 PM
better copy dan paste kat post pertama...kalau saya nak rate
nanti..cap tangan tu akan kuar kat  ...

Terima kasih mod..tapi saya tak berapa paham dan tak tau apa nak buat ni?? Post pertama kat benang lain...ingatkan tread tu dah lama dan orang xnak baca..tu yang saya buat benang baru..tolong mod tolong...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2015 08:30 PM | Show all posts
kagiru replied at 10-10-2015 11:37 AM
Kisah ke-5

Rumah sewa di Bukit Tengah Pulau Pinang

seram campur nak tergelak tang part 'yg mana satu mail pun aku tak tau dah'.
teringat Kedah, teringat masa study kat UUM, Sintok. walaupun tempat tu angker, tapi seronok gak kenal suasana tempat org mcm mana. mlm2 klu balik kampung ke Kuantan dari A. Star,byk tidor. sesekali terjaga,selak langsir bas, tgk alam sekitar gelap gelita,malam sgt pekat. tapi syukur sgt2, tak pernah alami benda yg pelik2 sepanjang duduk kedah 3 tahun. safe n sound untill now. teruskan citer en. Kagiru,dah lama bod MPS takde citer hot n spicy mcm dedulu.
tapi sapa 'mak' yg dimaksudkan oleh the fake mail tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2015 12:59 AM | Show all posts
zennaya replied at 10-10-2015 08:30 PM
seram campur nak tergelak tang part 'yg mana satu mail pun aku tak tau dah'.
teringat  ...

zennaya...sebenarnya amirul pun tak pernak tanya tuan rumah cerita disebalik kenapa pintu-pintu bilik tu ditutup...so tak siapa yang tahu cerita yang sebenarnya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2015 02:02 AM | Show all posts
Kisah ke-6

Kuaters Kerajaan di Pulau Pinang

Kisah ini dilalui oleh saya dan keluarga ketika mengunjungi rumah abang di Pulau Pinang. Abang saya seorang pegawai kerajaan di salah satu jabatan beruniform. Abang sekeluarga tinggal di sana sudah hampir 2 tahun pada ketika itu, saya sering juga kesana membawa mak dan isteri kesana. Abang dan saya memang rapat dan kami berkongsi banyak cerita bersama. Setaip kali balik ke kampung abang selalu menceritakan kepada saya dan mak tentang keadaan rumahnya . Katanya hampir setiap malam akan ada bunyi yang kurang menyenangkan dan tak logik dek akal. Untuk pengetahuan para forumers ,abang tinggal di tingkat 4 kuarters tersebut.


MAk selalu mengingatkan abang supaya senantiasa berdoa dan memperbanyakan membaca al-Quran untuk menghindari daripada diganggu makhluk yang tidak dijemput kehadiranya.Abang saya selalu balik lambat kerumah meninggalkan isteri dan 2 orang anaknya . Kakak ipar selalu merungut kerana jika ketiadaan abang gangguan akan lebih teruk. Pada suatu hari, saaya ,mak dan isteri mengunjungi abang disana dan kami pergi pada hari bekerja kebetulan saya bercuti panjang untuk menghabiskan cuti tahunan. Setibanya kami disana, kami disambut mesra oleh abang sekeluarga, abang menasihati saya agar mengabaikan saja jika saya mendengar apa-apa bunyi pada malam itu atau keesokan hari kerana esok abang dan kakak akan keluar bekerja dan meninggalkan anak-anaknya dengan kami.


Saya hanya mengiakan sahaja, pada malam itu semuanya tidur nyenyak kerana keletihan mengharungi perjalan dari alor setar. Tiada sebarang gangguan atau bunyi pelik yang kedengaran. Pada keesokan harinya setelah abang dan kak keluar bekerja, saya dan keluarga menikmati sarapan yang disediakan mak. Sedang kami menjamu selera kedengaran bunyi lesung batu yang ditumbuk - tumbuk.Mak dengar selambanya menegur bunyi itu:

MAk:' Amboi awai jiran abang hang masak noh, tumbuk cabai pagi-pagi nih mesti sedap depa makan'

Saya tersentak dengan kata-kata mak dan tiba-tiba isteri pulak menambah:

Isteri: 'Tulah mak, awai depa tumbuk cabai'

Saya: "Hmmm dah la tu takyah dok kacau depa mak, kita makan ja dulu. "Mia ...arissa makan bagi habis nanti achik bawak pi jalan noh'


Saya cuba untuk menenangkan keadaan , mungkin mak dan isteri lupa apa yang abang pernah ceritakan.Setelah habis bersarapan,kami semua berehat di ruang tamu. Kali ini bunyi pinggan mangkuk pecah dan barang perabot dialih-alih. MAk cuba mengatakan sesuatu, sebelum mak mula membuka mulut saya telah mengisyaratkan agar mak diam.



Saya: "Mak ingat tak apa yang abang cerita pasai rumah ni?
Mak: 'Awatnya? yang mana satu?
Saya: "Ataih rumah ni mana ada orang duduk, tingkat 5 depa buat dewan Majlis Penduduk'..satu lagi tingkat kita ni pun ada 2 keluarga saja yang ada sebelah pun takdak orang mak oiiii'
Mak: "Betoi jugak noh, dah tu awat ada orang dok masak adik?
Saya: "Kan abang dah bgtau jangan tegur kalau bunyi apa-apa ,mak mesti lupa'
MAk:' Betoi jugak noh,mak lupa sungguh.Takpa aihh dia saja nak habaq kat kita dia ada kot-kot sini tu'


Perbualan kami hanya terhenti disitu tapi bunyi -bunyian itu masih lagi kedengaran. Selepas dari itu kami hanya mengabaikan saja semua itu dan hari terus berlalu sehinggalah abnag dan kakak pulang. Selepas makan malam saya menceritakan kepada abang tentang kejadian siang tadi, bang hanya mendengar tanpa member apa-apa komen. Tepat pukul 11 malam abang mengajak saya keluar minum di kedai berhampiran.



Abang:'Hampa ok ka tadi? aku risau jugak'
Saya: 'KAmi ok saja cuma bunyi tu boleh tahan kasaq'
Abang: "Tu yang aku dok risau kalau kak hang dok dengan anak-anak, ada jugak aku bagitau dekat Jawatankuasa penduduk depa kata nak buat bacaan Yaasin hujung minggu ni'
Saya:'Elok sangat lagi bang, makin kita biaq takut melarat pulak'


Tempat pukul 1 pagi kami pun pulang, sampai di parking kami berjalan ke lif ,suasana cukup sunyi .Tambahan pula disebelah kuaters ni ada hutan, kami menaiki lif ke tingkat 4.Sebaik saja pintu lif terbuka saya nampak ada kanak-kanak perempuan berdiri ditangga berhadapan dengan kami. Saya menarik tangan bang untuk memberitahu tentang budak itu dan saya tahu dia juga nampak.Abang tidak mengendahkan panggilan saya dan meneruskan perjalanan kerumah, ini memaksa saya untuk teruskan juga kerumah.



Saya:'Bang, hang nampak dak budak kat tangga tadi?'
Abang:' Kan aku dah bgtau jangan tegoq apa-apa'
Saya: 'Tapi kesian dia tu dok sorang-sorang'
Abang:'KAlau dia betoi budak dan manusia dia pun takkan dok kat tangga tu sorang - sorang amir oiii' dah hang jangan kalih belakang'


Dasar seorang manusia, apa yang diteagh itulah yang akan dibuat. Saya menoleh kebelakang untuk melihat kembali budak perempuan tersebut dan apa yang saya nampak cukup untuk membisukan saya untuk seketika. Kali ini budak itu tidak keseorangan ada seorang perempuan bersamanya dan tiada rupa diwajah mereka kosong tanpa mata mulut dan yang sepatutnya ada.'Abang nampak saya menoleh dan terus menarik tangan saya masuk kerumah.



Abang:'HAng nampak ka? 'Hang ni ketegaq sungguh,aku dah kata tak payah tengok belakang'
Saya:'Hang selalu nampak dah ka abang?
Abang:'Aku biasa dah tapi aku tak pernah habaq kat kak hang sebab aku selalu kena pi operasi malam'Hang jangan habaq kat depa satgi depa takut susah kita amir'



Saya dan abang terus masuk tidur selepas menunaikan solat Insya, dan kami tidak menceritakan kepada sesiapa sehinggalah abang sekeluarga berpindah balik ke sungai petani.


Sekian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 08:43 AM | Show all posts
kagiru replied at 10-10-2015 08:11 PM
Terima kasih mod..tapi saya tak berapa paham dan tak tau apa nak buat ni?? Post pertama kat benang ...

maksudnya....citer dr post you yang ada ceriter tu u copy dan paste dalam post pertama....supaya saya boleh bagi klacang dan tangan tu poremer lain boleh nampak...so poremer lain tahu ceriter u ni best dan ramai nanti poremer masuk...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
suka bahasa org belah utara.. seram seram basah la cite antu kat sini.. keep update ek
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 09:55 AM | Show all posts
kagiru replied at 10-10-2015 08:11 PM
Terima kasih mod..tapi saya tak berapa paham dan tak tau apa nak buat ni?? Post pertama kat benang ...

saya dah copy dan paste kat post pertama dan diberi kredit k.......
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Shahreen74 replied at 8-10-2015 03:01 PM
pg2 dah kluar rumah... seblm subuh.. drive sensorg lak tu.. mmg skeri meri.. elok pasang bacaan Qura ...

Boleh bagitahu tak kenapa ayat ruqyah tak boleh dipasang ketika memandu...sebab saya pernah dengar sebelum ni..tapi tk tahu sebab musabab.terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-10-2015 02:03 PM | Show all posts
medangmru replied at 11-10-2015 09:55 AM
saya dah copy dan paste kat post pertama dan diberi kredit k.......

terima kasih mod...amat menghargainya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2015 02:12 PM | Show all posts
aku_best replied at 11-10-2015 11:09 AM
Boleh bagitahu tak kenapa ayat ruqyah tak boleh dipasang ketika memandu...sebab saya pernah dengar ...

Setahu saya, ayat ruqyah ini bertujuan untuk memanggil syaitan@iblis@jin datang@keluar dari tempat tinggal@persembunyian mereka ...sebab itu ustaz@pengamal perubatan islam menggunakan ayat ruqyah ketika mengubati kerasukan atau yang seumpama dengannya..sebab tu kalu saja-saja adalah tidak dinasihatkan untuk dipasang jika tidak mempunyai tujuan yang jelas....ni kegunaan ayat ruqyah yang saya tau la wallahuallam....
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 02:18 PM | Show all posts
kagiru replied at 11-10-2015 02:03 PM
terima kasih mod...amat menghargainya

sesama.............
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
kagiru replied at 11-10-2015 02:12 PM
Setahu saya, ayat ruqyah ini bertujuan untuk memanggil syaitan@iblis@jin datang@keluar dari tempat ...

Terima kasih di atas pencerahan oleh tt...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.474416 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list