|
indah91 posted on 19-10-2014 02:00 AM
Tenkiuuu teruskan baca yee
thank u sebab sudi update entry... |
|
|
|
|
|
|
|
Ada lg tak edisi minum petang? |
|
|
|
|
|
|
|
Datin Azizah meluru ke arah pintu rumahnya apabila mendengar loceng rumah berbunyi. Linda melangkah masuk dan memeluk mummynya. Itulah rutin biasa yang akan dilakukan jika pulang ke rumah.
"Hai anak mummy..cucu I kan dalam ni apa khabar?" tegur Datin Azizab apabila pelukan mereka berdua terlerai. Sempat dia mengusap lembut perut anak tunggalnya itu.
"I'm fine..baby pun sihat kot.." balas Linda pendek. Moodnya hilang dibawa pergi kerana bertengkar dengan suaminya siang tadi.
"Mummy tengok you ni macam tak ceria je..why darling.." soal Datin Azizah apabila melihat muka Linda monyok semacam.
Muka Linda bertambah masam. Dia sebenarnya marah dengan Zafril kerana tak pernah mempedulikan dia langsung. Yang dia kisah hanyalah Zara !
"Siang tadi I ajak Zaf berbual pasal baby ni..tapi dia ignore je I..I jadi bengang lah mummy" Linda meluahkan perasaan marahnya. Geram dia bila Zafril hanya buat tak endah bila berkaitan tentang dirinya.
" Ini tak boleh jadi ni. Mummy tak suka orang buat you macam ni. Takpe esok pagi mummy call mak mertua you tu..Zaf kenalah bertangungjawab sikit..dia tak boleh lepas tangan macam tu je" tegas Datin Azizah. Darahnya mendidih mendengar perjelasan anaknya sebentar tadi. Terbit perasaan marah apabila orang mempermainkan Linda.
" I naik atas dulu mummy.. bengang I ni tak habis lagi..esok pagi mummy teman I pergi check up macam biasa" Linda bangun dan terus menuju ke tangga. Memang Zafril tak bertanggungjawa atas dirinya. Monthly check up pun dia pergi sendiri dengan mummynya. Ini semua sebab perempuan mandul tu. I berdendam dengan you Zara.
"You naik atas..rest cukup-cukup..jangan nak angin sangat..yang dalam perut tu kena jaga" jerit Datin Azizah dari bawah. Dia takkan biarkan Zafril bersenang lenang. Walaupun anaknya itu isteri kedua, dia juga perlukan belaian serta kasih sayang dari lelaki itu. Nampak gayanya plan hampir tidak berjaya.
Datin Azizah mundar mandir di ruang tamu. Dia masih lagi memikirkan cara ibagaimana hendak menakluk sepenuhnya hati menantunya itu..
Datin Sofea datang menghampiri anak lelakinya itu yang sedang leka membaca surat khabar pagi itu. Dia duduk berhadapan dengan Zafril. Panggilan telefon dari besannya awal pagi tadi mengadu tentang perangai Zafril membuatkan dia hilang sabar dengan lelaki itu.
"You ni kenapa Zaf?? Kenapa you buat perangai?" soal Datin Sofea dengan nada yang agak tinggi.
Zafril terkejut. Angin apa yang melanda diri wanita dihadapannya ini. Pagi-pagi lagi terjah orang marah-marah. Apa yang dia dah buat?
"Kenapa ni ma..marah semacam je ni.." ujar Zafril selamba. Matanya masih lagi memandang surat khabar. Malas hendak bertentang mata dengan mamanya.
" Linda tu kan mengandungkan anak you..you kenalah ambil berat pasal dia..dah berkali-kali I pesan..jadi responsible la sikit.." kata Datin Sofea dalam nada yang agak serius. Dia mahu Zafril akur dengan apa yang diperkatakan olehnya.
Zafril mengeluh. Dia sudah mengagak jika hal ini berkaitan dengan Linda. Mesti perempuan itu mengadu tentang kejadian semalam. Kejadian dia berperang mulut dengan Linda. Bukannya dia kisah sangat dengan kandungan Linda.
"Zaf dah kahwin dengan dia dah cukup bagus dah ma..apa yang mama nak lagi.." soal Zafril lemah. Semua arahan Datin Sofea dipatuhi sehinggakan terpaksa melukakan satu-satunya wanita yang paling dia cinta.
" Dia tengah kandungkan zuriat untuk you Zaf..cucu papa dengan mama..you masih buat tak tahu lagi dengan dia..yang you tahu you tergila-gilakan perempuan mandul tu !" Datin Sofea bersuara lagi. Kesabarannya tergugat lagi apabila mendengar kata-kata Zafril sebentar tadi.
"Enough ma !! Please jangan cakap Zara macam tu..she is my wife ma !!" bentak Zafril. Panas hatinya bila mamanya bercakap sebegitu tentang Zara. Tanpa berfikir panjang, kunci kereta terus dicapai dan dengan lajunya dia melangkah keluar dari rumah. Kedengaran kereta milik Zafril menderum laju meninggalkan perkarangan rumah mereka.
Datin Sofea terdiam buat seketika. Makin bertambah marahnya kepada Zara. Kerana perempuan itu, Zafril sudah pandai menengkingnya dengan agak kasar. Kalau lah dari dulu lagi dia dapat menghalang perkahwinan anaknya dengan perempuan itu, mesti Zafril sedang bahagia bersama menantu pilihan hatinya, Linda sekarang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 20-10-2014 01:10 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Zamzam2013 posted on 19-10-2014 08:40 AM
thank u sebab sudi update entry...
Sudi2 la membaca update t'baruu...hihu |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 20-10-2014 01:11 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
cegitu posted on 19-10-2014 05:36 PM
Ada lg tak edisi minum petang?
Maaf..edisi supper je yang ada nii..hehee |
|
|
|
|
|
|
|
indah91 posted on 20-10-2014 01:11 AM
Maaf..edisi supper je yang ada nii..hehee
takpe TT... dinner ke... supper ke... breakfast ke... yg penting entry tetap ada... dh habis baca... linda ni memang sangat mengada-ngada TT... |
|
|
|
|
|
|
|
Thank you TT.... |
|
|
|
|
|
|
|
TT terbaik
Menanti entri yg seterusnya |
|
|
|
|
|
|
|
TERBAIKK |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 21-10-2014 12:52 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
"Jauh termenung nampaknya Puan Zara kita ni" tegur Bella sebaik saja dia sampai di hadapan tasik. Dari jauh lagi dia melihat Zara termenung sampaikan kehadirannya tidak disedari.
Sejam yang lalu, Zara mengajak Bella berjumpa di tasik itu. Ada sesuatu yang dia patut kongsikan dengan wanita itu. Senyuman menghiasi wajah Zara apabila teman baiknya itu sudi bertemu dengannya.
"Kadang-kadang aku rasa aku sunyi..." Zara memulakan bicara. Apa yang dirasakan sekarang tak lagi disembunyikan.
" Aku nak jugak jadi macam orang lain..family yang complete..ada suami yang penyayang..anak-anak yang comel.."
Bella membiarkan dahulu Zara berkata-kata. Dari air muka Zara, dia tahu rakannya itu tertekan dengan apa yang terjadi dalam hidupnya kebelakangan ini. Siapa yang boleh hidup bahagia jika madu sendiri sedang mengandungkan zuriat si suami manakala diri sendiri masih belum dikurniakan anak.
" Aku tahu Zafril pun rasa yang sama..cuma dia tak nak aku lagi terluka..dia tak pernah ungkit pasal hal ni" Zara menyambung lagi. Air matanya turun laju tanpa dapat ditahan.
Bella sebak mendengarnya. Dia turut terdiam.
"Zara, aku tahu kau kuat..kau boleh hadap semua ni..insyaAllah Allah nak bagi yang lagi baik untuk kau kemudian hari.." pujuk Bella sambil memeluk Zara buat seketika. Dia cuba sedaya upaya untuk menenangkan Zara.
Zara membalas pelukan temannya itu. Air mata yang jatuh diseka. Cuba mengumpul kekuatan setelah segalanya dapat diluahkan. Zara mengangguk lemah tanda setuju dengan apa yang diperkatakan Bella sebentar tadi.
" Emm..apa kata korang ambil anak angkat ke? Dulu cousin aku pun macam tu..lepas ambil anak angkat terus dia mengandung" cadang Bella setelah tangisan Zara reda.
Zara menoleh ke arah Bella. Dia cuba mempertimbangkan apa yang dicadang oleh wanita di sebelahnya itu.
"Aku cuba bagi idea je tau..maybe kau boleh bincang dengan husband kau macam mana..at least nanti rumah kau dah tak sunyi dah" Bella cuba membantu. Dia juga tak suka melihat Zara asyik bersedih.
"Aku ada terfikir pasal tu..cuma belum bincang dengan Zafril lagi..by the way..thanks Bella..sudi dengar luahan hati aku ni.."
Kata-kata Zara disambut dengan senyuman manis Bella. Apa guna kawan jika tak dapat membantu antara satu sama lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 21-10-2014 12:53 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Zamzam2013 posted on 20-10-2014 01:14 AM
takpe TT... dinner ke... supper ke... breakfast ke... yg penting entry tetap ada... dh habis baca. ...
Ni entry untuk supper lagi..ngeh3
teruskan baca taw |
|
|
|
|
|
|
|
AisyDani13 posted on 20-10-2014 10:52 AM
TT terbaik
Menanti entri yg seterusnya
Teruskan bacaaaaa teheee
|
|
|
|
|
|
|
|
ctiez83 posted on 20-10-2014 12:33 PM
TERBAIKK
Masih newbies lagii hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
fatimz posted on 20-10-2014 02:30 PM
THANKS TT FOR THE N3
Your welcome..kalau sudi bace yee
|
|
|
|
|
|
|
|
cegitu posted on 20-10-2014 09:44 PM
Nak lagi.... boleh tak?
Time kasih bace..dah update dah hehee
|
|
|
|
|
|
|
|
zara... ada sebab kenapa awak tidak dikurniakan anugerah itu lg... Allah dh rancangkan yg terbaik utk anda... |
|
|
|
|
|
|
|
NAK LAGI XSABAR TUNGGU N3 TERBARU |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|