|
mnm77 posted on 2-10-2014 07:03 PM
Siapa yang berjaya? Sila JAWAB?
Tuan pesong ayat Allah kah? Kata orang yang beriman ada yang ta ... Memang saya susah jelaskan kat tuan jika tuan bertegang urat secara bahasa untuk menangkan kata iman itu percaya semata-mata
Dari segi bahasa yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, memang 'iman' diterjemahkan sebagai 'percaya'. Apabila kita cakap pasal konteks orang-orang yang beriman, tidak boleh ambil konteks terjemahan bahasa Melayu semata-mata, kerana syarat IMAN itu bukan sekadar percaya pada Allah tetapi juga merangkumi rukun-rukun Iman
Memang susah saya nak jelaskan pada tuan sebab tuan memang jenis berkeras ambil terjemahan iman=percaya, kemudian tuan ada set kefahaman tuan sendiri berdasarkan bahasa terjemahan Dah sah, tuan pun faham makna iman tu percaya, so cukuplah, tiada syarat tambahan yg Allah gariskan, cuma syarat tambahan tu dicipta oleh manusia, dan rukun iman tu pun, kalau seminima percayakan Allah dan hari akhirat seperti yg allah dah gariskan, dah dikira percaya iaitu beriman. Jangan memandai tokok tambah atu menafikan. Kalau menafikan, maknanya tak beriman pada ayat Allah
|
|
|
|
|
|
|
|
رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا وَارْزُ قْنِيْ فَهْمًا
|
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 2-10-2014 07:23 PM
Dah sah, tuan pun faham makna iman tu percaya, so cukuplah, tiada syarat tambahan yg Allah gariska ...
Dah sah, tuan pun faham makna iman tu percaya, so cukuplah, tiada syarat tambahan yg Allah gariskan, cuma syarat tambahan tu dicipta oleh manusia, dan rukun iman tu pun, kalau seminima percayakan Allah dan hari akhirat seperti yg allah dah gariskan, dah dikira percaya iaitu beriman. Jangan memandai tokok tambah atu menafikan. Kalau menafikan, maknanya tak beriman pada ayat Allah
ada satu teori dari saorang ustaz..(ingat eh sekadar teori aje) dia kata ada kemungkinan manusia ,jin/syaitan termasuk iblis
suma bole mendapat keampunan dari allah dan masuk syurga kerana allah , ar rahman, ar rahim , al ghaffar dan al ghafur.
al quran mengandungi bnyak ayat ayat ancaman tapi rahmat dan sifat peyayang allah mengatasi suma itu.
dia ibaratkan dgn saorang ibu yg tak kan tergamak menrotan anak nya walau anak itu nakal etc.
ibu tadi bole la gertak sakan ,tunjuk rotan ke dan lain lain la ..tapi at last tak sampai hati nak belasah
anak dia.
Mengikut teori ini , iblis yg percaya pada allah, makna beriman la sebab satu criteria dari rukun iman dia
da clear dan juga tak pernah menyekutu kan allah.,bole mendapat keampunan allah..
tapi ada kicker..ustaz tu cakap, kita yg confirm tak tahu mana kesudahan kita..lebeh baik jangan cari
nahas...terus kan istiqamah dalam ibadah..kalau allah redha GERENTI MASUK SYURGA .wallahu alam
|
|
|
|
|
|
|
|
zulkifleerahman posted on 3-10-2014 06:12 AM
Dah sah, tuan pun faham makna iman tu percaya, so cukuplah, tiada syarat tambahan yg Allah gariska ... ada satu teori dari saorang ustaz..(ingat eh sekadar teori aje) dia kata ada kemungkinan manusia ,jin/syaitan termasuk iblis
suma bole mendapat keampunan dari allah dan masuk syurga kerana allah , ar rahman, ar rahim , al ghaffar dan al ghafur.
al quran mengandungi bnyak ayat ayat ancaman tapi rahmat dan sifat peyayang allah mengatasi suma itu.
dia ibaratkan dgn saorang ibu yg tak kan tergamak menrotan anak nya walau anak itu nakal etc.
ibu tadi bole la gertak sakan ,tunjuk rotan ke dan lain lain la ..tapi at last tak sampai hati nak belasah
anak dia.
Mengikut teori ini , iblis yg percaya pada allah, makna beriman la sebab satu criteria dari rukun iman dia
da clear dan juga tak pernah menyekutu kan allah.,bole mendapat keampunan allah..
tapi ada kicker..ustaz tu cakap, kita yg confirm tak tahu mana kesudahan kita..lebeh baik jangan cari
nahas...terus kan istiqamah dalam ibadah..kalau allah redha GERENTI MASUK SYURGA .wallahu alam Tepat sekali, Allah maha Pengampun, Maha Pengasih Maha penyayang, tiada syarat pada Allah untuk mengampunkan sesiapapun yg DIA kehendaki, kerana Kuasanya meliputi segalanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dalam Surah Al Mukminun, Allah menjelaskan, Berjayalah orang beriman yg bla bla bla....
1.Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.
2.Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.
3.Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia
4.Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu).
5.Dan mereka yang menjaga kehormatannya.
6.Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
7.Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.
8.Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.
9.Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.
10.Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi.
11.Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya
Daripada kesemua kreteria di atas, siapakah manusia selain Rasulullah yg memenuhi semua sekali ciri tersebut? JIka ada, siapa???
Jika tiada, mengapa tiada??? tidak berimankah kita semua???? |
|
|
|
|
|
|
|
Da di kata kan itu hanya teori aje...hanya allah yang mengetahui.
Kepada siapa allah tuju kan apabila dia berfirman orang orang beriman.?
Hai orang-orang yang beriman,barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.(al maidah 54)
ada perkataan beriman dan murtad dalam satu ayat.
Hai org org yg beriman .......kat sini yg jadiperbahasan kan? Islam ke , kafir ke , ahli kitab ke etc.
Tapi saya kira apabila allah guna kan MURTAD.... Org org beriman yg di maksud kan adalah org
Org yg mengangkat syahadah. Jadi org islam la tu.
Kerana murtad hanya khusus untuk org islam yang da trkeluar ring.
Org nasrani atau yahudi atau musyrik walau pun ada percaya allah
Tapi tak bersyahadah mana bole di kata kan murtad. Wallahu alam
|
|
|
|
|
|
|
|
tentang makna iman
dari segi bahasa semantiknya makna bererti - percaya
dari sudut syara'
IMAN ITU = PERCAYA / iktikad DALAM HATI
membenarkan sesuatu dalam hati
MENGAKU DENGAN LIDAH ( ini komponen lisan / verbal / tutur kata )
DAN MENGAMALKANNYA dengan seluruh anggota
( INI KOMPONEN PERBUATAN)
so itu MAKNA IMAN
sebab itu iman boleh terbatal dengan terhadirnya kesalahan dari segi perbuatan, tutur kata dan iktikad hati
so kalau org agama lain kata yaaa...Tuhan kami ialah ALLAH
itu bukan bermakna depa BERIMAN secara syaraknya
sebba itu hanya percaya secara fikiran konsep rububiyyah nya saja
makana bukti amalan manifestasi perlakuan itu
tarakkk... |
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 2-10-2014 07:18 PM
Jika tuan kata kefahaman saya tersasar, bagus! sila tuan kemukakan bukti surah Almukminun tu bukan ditujukan pada orang beriman yg berjaya sahaja, sila buktikan!
Permulaan Surah Al-Mukminun disebut BERJAYA ditujukan kepada Mukminun (orang-orang yang beriman). Itu dah cukup membuktikan yang orang mukmin itu berjaya.
mungkin tuan kene ubah ayat 1 surah mukminun tersebut seperti sesungguhnya setiap orang orang beriman itu pasti...., tukar berjaya pada setiap ye! jauh benar maksudnya tu!!! siapakah yg memesongkannya???? tuan khusyuk dlm solat ke??? kalau tak khusuk tu faham fahamlah, termasuk ke dalam golongan yg berjaya tu
Saya tak ubah apa-apa ayat pun untuk membuktikan yang Mukmin itu berjaya. Sudah cukup jelas ayat tu menyatakan maksud MUKMIN BERJAYA. Tak timbul persoalan ayat tu ditujukan kepada mukmin yang berjaya sahaja kononnya ada pula mukmin yang gagal seperti kekal dalam neraka.
Tak perlu suruh saya ubah apa-apa kerana saya tak ubah apa-apa tentang ayat Allah yang CUKUP JELAS itu. Mungkin tuan yang faham macam lain, lalu tuan suruh saya ubah pula ayat Allah?
Post on 2-10-2014 07:23 PM
Dah sah, tuan pun faham makna iman tu percaya, so cukuplah, tiada syarat tambahan yg Allah gariskan, cuma syarat tambahan tu dicipta oleh manusia, dan rukun iman tu pun, kalau seminima percayakan Allah dan hari akhirat seperti yg allah dah gariskan, dah dikira percaya iaitu beriman. Jangan memandai tokok tambah atu menafikan. Kalau menafikan, maknanya tak beriman pada ayat Allah
Saya setuju makna percaya DARI SEGI BAHASA. Apabila kita bercakap pasal istilah, dalam Islam, apabila timbul tafsiran yang berbeda-beda, kena jelaskan samada istilah bahasa atau istilah syarak. Istilah syarak yang diguna-pakai dalam Agama, sedangkan istilah bahasa untuk tahu asal cara guna sesuatu istilah tu.
Makna MUKMIN, bukan sekadar percaya dari segi bahasa. Orang yang percaya Allah tetapi mensyirikkan Allah, BUKAN MUKMIN, itu MUSYRIK yang mana masuk kategori KAFIR kerana engkar beriman dengan Aqidah Tauhid.
Last edited by mnm77 on 8-10-2014 10:02 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 2-10-2014 06:29 PM
Betullah tu, kalau dah muslim, kenelah mati dalam muslim, takkan Allah nak suruh mati sebagai bukan seorang muslim!
Baik, tuan dah faham yang ayat tu merujuk kepada MUSLIM, supaya mati sebagai MUSLIM. CUKUP JELAS KAN?
Tuan tahu tak ayat tu ditujukan secara spesifik orang yang beriman?
Ini jelas menunjukkan setiap MUKMIN itu SUDAH TENTU MUSLIM. Sebab tu MUKMIN diperintahkan untuk bertaqwa dan jangan mati melainkan dalam Islam (sebagai muslim)
Tak percaya?
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
(Aali-'Imran, 102)
WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 8-10-2014 10:14 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 2-10-2014 07:10 PM
Terang dan jelas maksud ayat Allah itu, kalau aku makan harta anak yatim secara zalim, aku tetap islam, tetap beriman, tapi kehidupan akhirat aku dalam neraka, kekal didalamnya!!! itu Allah dah nyatakan!!! masih ragu dengan kata Allah tu???
Tiada keraguan pada ayat-ayat Allah... kalau tuan yang ragu, itu atas kefahaman tuan.
Jawapan yang dah banyak kali saya sebut sebelum ni termasuk dalam bebenang lain:
Kekal dalam neraka hanya untuk yang KAFIR dan ENGKAR pada Allah. Setiap Muslim akan masuk Syurga, melainkan jika murtad dan mati dalam kekafiran. Ada Muslim yang masuk neraka dulu kemudian masuk syurga, ada yang terus masuk syurga, contohnya golongan MUKMIN yang dalam kategori ANBIYA, WALIYULLAH, ABRAR, SAADIQEEN, SYUHADA
Mukmin ada banyak kategori... setiap yang mukmin sudah tentu ISLAM.
Bagi yang Islam, sesungguhnya dia bukanlah KAFIR, tetapi sebagai Islam masih boleh berdosa. Jika berdosa sehingga terkeluar dari islam (murtad) tanpa bertaubat, maka akan kekal dalam neraka.
Seorang Muslim yang makan harta anak yatim secara zalim dan terus melakukan kemungkaran sehingga boleh terjerumus sebagai engkar dan boleh murtad sekiranya berterusan engkar dan rasa tak bersalah dengan keengkaran yang dilakukan, maka dia boleh terkeluar dari Islam. Jika terkeluar dari Islam, memang akan kekal dalam neraka (ini atas hukum Allah dan dalam pengetahuan Allah, kita tak boleh menghukum). Namun, jika secara zahirnya dia bersyahadah sebagai Islam, dia masih Islam dan hanya ALLAH yang maha mengetahui status keislamannya jika berterusan melakukan keengkaran. Sama juga orang munafiq (pura-pura Islam) yang mengaku Islam, kita berserah pada Allah tentang keislamannya.
Adakah aku hilang keimanan pada Allah masa makan harta anak yatim secara zalim tu??? atau hanya kufur, engkar amaran Allah??? mana satu???
Yang pasti jika melakukan keengkaran yang dilarang sudah tentu berdosa. Jika melakukan keengkaran, dengan mengetahui perbuatan itu berdosa, sambil meyakini tak berdosa, maka boleh jatuh murtad (terkeluar dari Islam, terbatal Iman). Selagi tahu dosa, dan tahu bersalah bila buat keengkaran, belum jatuh sebagai kafir tetapi fasiq (derhaka), dan berada di pinggir kekufuran.
Jika makan harta anak yatim dengan berterusan secara zalim, setelah tahu kesalahan dan perkara itu dilarang, itu menunjukkan ciri engkar kepada perintah Allah, dan harus bertaubat dan berusaha meninggalkan perbuatan tersebut. Jika berterusan engkar dengan menyatakan TAK SALAH buat sedemikian, maka boleh jatuh kufur dan murtad, iman terbatal.
Perhatian: Jika tahu kesalahan melakukan sesuatu kezaliman yang besar (yang boleh menyebabkan murtad), tapi masih buat juga, itu atas ALLAH untuk menentukan samada akan diampun dan masih diterima sebagai Islam, atau sebaliknya. Secara zahirnya masih dikira Islam, sekiranya tahu berdosa bila buat salah, sekiranya masih ada peluang bertaubat sebelum sampai ajal. Yang menjadi murtad tu jika dia tak lagi beriman pada ayat Allah dengan menolak ayat-ayat tersebut (seperti kata suka hati lah nak makan harta anak yatim, bukan berdosa pun! setelah dia tahu itu satu kesalahan yang besar yang disebut dalam Al-Quran)
WALLAHU A'LAM
Last edited by mnm77 on 8-10-2014 10:54 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
iman=percaya
orang yg beriman=orang yg mempercayai
mukmin=orang yg beriman
Al Maidah 69
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Saabiin dan orang-orang Nasrani, sesiapa sahaja di antara mereka yang beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita."
Baqarah 62
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasaara (Nasrani) dan orang-orang Saabiin, sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita."
Secara dasarnya memang perkataan beriman yg Allah nyatakan dalam Quran adalah Allah tujukan pada orang yg percaya pada Rasullullah dan segala apa yg Rasullullah ajarkan.
Bagaimanapun kontek beriman yg menyeluruh lagi mendalam Allah juga telah nyatakan dalam kedua dua ayat tersebut diatas, iaitu pada sesiapa saja orang yg mempercayai(beriman) pada Allah dan Hari akhirat walaupun dia yahudi, nasrani atau saabiin.
Sesungguhnya hanya Allah yg maha mengetahui segala yg tersembunyi dan yg tak tersembunyi, dan kita diwajibkan beriman pada setiap ayatNYa tanpa syak wasangka. Setiap ayat Allah amat jelas, dan setiap patah perkataan yg digunakan adalah tepat. |
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 8-10-2014 10:56 AM
Secara dasarnya memang perkataan beriman yg Allah nyatakan dalam Quran adalah Allah tujukan pada orang yg percaya pada Rasullullah dan segala apa yg Rasullullah ajarkan.
Secara dasarnya saya boleh setuju.... itu dari segi istilah bahasa, beriman pada Allah secara bahasa percaya pada Allah.
Bagaimanapun kontek beriman yg menyeluruh lagi mendalam Allah juga telah nyatakan dalam kedua dua ayat tersebut diatas, iaitu pada sesiapa saja orang yg mempercayai(beriman) pada Allah dan Hari akhirat walaupun dia yahudi, nasrani atau saabiin.
Kita dah bincang pasal ayat tersebut. Ada baiknya dapat sertakan tafsir yang muktabar, sekiranya sukar dapat kefahaman yang sama.
Ada tafsir yang sebut ayat tu merujuk kepada golongan yang beriman sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW, maka kaum-kaum tersebut yang mana yang beriman pada Allah dikira orang yang beriman.
Sesungguhnya hanya Allah yg maha mengetahui segala yg tersembunyi dan yg tak tersembunyi, dan kita diwajibkan beriman pada setiap ayatNYa tanpa syak wasangka. Setiap ayat Allah amat jelas, dan setiap patah perkataan yg digunakan adalah tepat.
Setuju... amat setuju!!!
Last edited by mnm77 on 8-10-2014 11:06 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang yang beriman sudah tentu ISLAM
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
(Aali-'Imran, 102)
Kalau tak setuju, takkan ayat di atas ditujukan pada bukan Islam? |
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 8-10-2014 10:33 AM
Tiada keraguan pada ayat-ayat Allah... kalau tuan yang ragu, itu atas kefahaman tuan.
Jawapan y ...
Tuan, tuan rujuk kat rukun iman dan rukun islam yg mana ni???
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 8-10-2014 11:07 AM
Orang yang beriman sudah tentu ISLAM
Sila baca ayat ayat sebelumnya, golongan beriman yg dimaksudkan dalam ayat tersebut ialah pada orang yg islam, kerana ahli kitab ada yg beriman.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kita boleh saja bertanyakan direct pada yahudi, kristian, hindu dll, adakah mereka percayakan Allah dan hari akhirat?? rata rata amat percayakannya.
Malah di Malaysia pun kaum khatolik meminta penggunaan nama Allah dibenarkan pada mereka, kerana apa, kerana ia merujuk tuhan yg sama Allah.
Segala puji bagi Allah, tuhan sekelian alam. |
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 8-10-2014 11:11 AM
Tuan, tuan rujuk kat rukun iman dan rukun islam yg mana ni???
Rukun Islam ada 5, rukun Iman ada 6
Kesemua yang di atas dari Al-Quran dan Sunnah (Hadith). Kalau tuan ada sumber yang lain, sila nyatakan.
Tolak mana-mana rukun Iman, TERBATAL IMAN, terkeluar dari Islam.
Tolak mana-mana rukun Islam, terbatal Islam, juga terkeluar dari Islam
Di awal Surah Al-Mukminun disebut ciri-ciri orang yang beriman, bukannya disebut rukun Iman satu per satu. Ciri-ciri orang yang beriman menunjukkan orang yang beriman itu beriman, sepertimana yang disebut pada rukun Iman.
|
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 8-10-2014 11:32 AM
Kita boleh saja bertanyakan direct pada yahudi, kristian, hindu dll, adakah mereka percayakan Allah dan hari akhirat?? rata rata amat percayakannya.
Sebab tu saya dah ulang berkali-kali, percaya Allah dengan mensyirikkan Allah BUKANLAH BERIMAN. Itu termasuk dalam aqidah batil.
Percaya ALLAH itu dengan IMAN yang betul, kalimah Syahadahnya MENGESAKAN ALLAH.
Malah di Malaysia pun kaum khatolik meminta penggunaan nama Allah dibenarkan pada mereka, kerana apa, kerana ia merujuk tuhan yg sama Allah.
Segala puji bagi Allah, tuhan sekelian alam.
Merujuk Tuhan yang sama itu betul, masalahnya mensyirikkan Allah itu TIDAK DITERIMA ISLAM. Memanglah mereka tak Islam, mereka tak kisah mensyirikkan Allah. Orang Islam yang perlu jaga supaya tidak terjerumus mensyirikkan Allah.
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 9-10-2014 11:24 AM
Rukun Islam ada 5, rukun Iman ada 6
Kesemua yang di atas dari Al-Quran dan Sunnah (Hadith). Kal ...
Surah Al mukminun adalah ciri ciri orang mukmin yg berjaya, sedangkan banyak juga mukmin yg celaka, terutama yg berbuat dosa besar dan yg lalai dalam solatnya.
Sekiranya sesaorang itu telah mempercayai segala rukun iman, menjalankan kewajiban sebagai orang islam seperti rukun islam, tidak terbatal iman dan islamnya jika melakukan dosa besar. Dan matinya tetap dalam islam dan dikuburkan dikubur orang orang islam.
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 9-10-2014 11:29 AM
Sebab tu saya dah ulang berkali-kali, percaya Allah dengan mensyirikkan Allah BUKANLAH BERIMAN. It ...
percayakan Allah adalah beriman pada Allah, percayakan taghut adalah beriman pada taghut, percayakan jin adalah beriman pada jin, percayakan ustaz adalah beriman pada ustaz dan apa yg disampaikannya.
Macamanalah tuan kata, orang percayakan Allah tapi tak beriman pulak pada Allah, beriman pada hari akhirat pun tak percayakan hari akhirat??? pelik sungguh
|
|
|
|
|
|
|
| |
|