CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nalis

[Dunia] Tabung Haji melabur kat bandar nazak?

[Copy link]
Post time 22-9-2014 10:40 AM | Show all posts
badaksumbu posted on 22-9-2014 10:38 AM
style sama kan, google dato' paduka ismee,

tu laaa..mmg similar style pelaburannya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2014 10:54 AM | Show all posts
badaksumbu posted on 22-9-2014 10:25 AM
i x suka buat conclusion based on rumours, artikel n news report yg xde confirmation, so i prefer  ...

The fact that tak ada info lengkap di memana news dari statement yang di buat oleh TH sendiri menunjukkan TH tak buat kerja dengan betul berdasarkan amanah yang dipikulnya.

Sedangkan sepatutnya kalau nak buat pelaburan duit rakyat , perlu di beri information lengkap lah pada rakyat apa kajian yang TH dah sandarkan yang menyebabkan depa konfident pelaburan depa di memana pun bakal memberi pulangan yang tinggi kelak .

Rakyat berhak tahu tau kemana duit depa nak di invest dan rakyat berhak menilai adakah investment tu berbentuk investment yang sebenar atau ada unsur gambling padanya.



Last edited by blastoff on 23-9-2014 05:56 AM

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 11:05 AM | Show all posts
Kerajaan Amerika terkenal dengan kegiatan menyerang dan membunuh orang2 Islam di merata negara atas alasan "terrorism" , aku tak nampak apa beza kerajaan israel dengan kerajaan Amerika.... kenapa nak pi tabur duit simpanan orang2 islam di negara yang kerajaannya memusuhi umat islam gitu bagi memberi keuntungan kepada kerajaannya plak .



Last edited by blastoff on 22-9-2014 11:07 AM

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 11:17 AM | Show all posts
Kalau McD pun pakat2 boikot habih tak mau beli kerana dikatakan sokong zionis , habih tu yang kerajaan Amerika tu bukan penyokong dan penolong setia zionis ka dalam segala segi .

Kat Mc D rakyat nak makan pun tak sanggup, tapi di Amerika takkan lah ok plak TH melabur berjuta2 duit orang2 Islam yang bakal menguntungkan kerajaan Amerika kelak yang kemudiannya di guna untuk tolong zionis bunuh orang2 Islam .

Last edited by blastoff on 23-9-2014 05:58 AM

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 11:18 AM | Show all posts
True-X posted on 20-9-2014 07:43 AM
Org tabung haji semakin kaya....

Kan lg bagus kl 640 juta tuh digunakan utk kurangkan kos haji

betui tu..... aku sokong....
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 05:44 PM | Show all posts
Tabung Haji nafi pelaburan di Amerika

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan telah membuat pelaburan di Amerika Syarikat.

"TH hari ini menyatakan rasa kesal atas kenyataan berbentuk spekulasi mengenai pelaburan TH di Amerika Syarikat baru-baru ini.

"TH sehingga kini tidak membuat sebarang komitmen pelaburan di Detroit atau mana-mana bandar lain di Amerika Syarikat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Oleh itu, TH berkata, tidak ada sebarang transaksi atau pembayaran telah dibuat bagi tujuan pelaburan di Amerika Syarikat.

"Oleh yang demikian, orang ramai sewajarnya tidak mempercayai sumber-sumber tidak rasmi yang hanya berbentuk spekulasi yang tidak mencerminkan keadaan sebenar," katanya.

TH setakat ini telah membuat pelaburan di Arab Saudi, United Kingdom, Australia dan negara-negara Asia untuk mempelbagaikan pelaburannya, katanya.

Berikutan pulangan yang memberangsangkan daripada pelaburan di negara-negara tersebut, TH akan terus mencari peluang pelaburan yang serupa di negara-negara lain berdasarkan kepada rangka kerja Strategi Alokasi Asetnya, katanya.

"Pelaburan luar negara, sebagaimana pelaburan domestik, adalah tertakluk kepada proses kelulusan pelaburan yang ketat.

"TH sentiasa menekankan kepentingan Ummah dan para pendeposit dalam semua aktiviti-aktiviti pelaburannya," katanya.

Aktiviti utama TH adalah dalam pengurusan haji, tabungan dan pelaburan.

Antara sektor pelaburan terasnya adalah kewangan Islam, perladangan, hartanah, pembinaan, teknologi maklumat, minyak dan gas, hospitaliti, perkhidmatan dan makanan halal.

TH mempunyai 120 cawangan di seluruh negara dan satu cawangan di Jeddah, Arab Saudi. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-9-2014 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 posted on 22-9-2014 05:44 PM
Tabung Haji nafi pelaburan di Amerika

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan  ...

So, takde la langkah detroit?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 06:46 AM | Show all posts
R2D2 posted on 22-9-2014 05:44 PM
Tabung Haji nafi pelaburan di Amerika

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan  ...

TH cuma menafikan depa telah buat pelaburan sebab tarak komitmen dan transaksi, tapi TH tak menafikan plak yang depa ada merancang untuk membuat pelaburan tu .

So itu bermakna depa change their minds laa once rancangan depa di dedahkan ke pengetahuan umum lalu mendapat tentangan ramai pihak kerana ia pelaburan berisiko yang boleh menjahanamkan duit penyimpan .

Laporan utusan sendiri tak pernah sebut pun TH telah buat pelaburan, malah penulis blog yang timbulkan isu ni pun tak sebut TH telah buat pelaburan , haku berbincang di thread ni pun based on rancangan TH tu aje sebab tarak statement memana yang kata depa telah buat pelaburan pun.

Bagi aku salah TH yang paling besar adalah depa tak bersikap telus dalam memberi info lengkap mengenai segala pelaburan yang depa telah , sedang dan akan buat kepada para penyimpan .

Hanya apabila persoalan di timbulkan baru laa kalut menjawab setelah berhari2 plak tu masuk di dada akhbar utama , tu pun jawapannya taklah menafikan persoalan yang di timbulkan .

Kenapa sembunyi maklumat pelaburan sampai lagu tu sekali. Kalau di paparkan kepengetahuan umum kan senang orang nak assess segala pelaburan TH selama ni ok ke tak ? Barulah wujud accountability kepada penyimpan semua.

Ini untung ka rugi ka membazir ka mana penyimpan pun tak boleh nilai, sampai lagu tu sekali la punya nak tutup.



Ini kenyataan yang TH keluarkan bertarikh 22 Sept  :

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan telah membuat pelaburan di Amerika Syarikat.

"TH hari ini menyatakan rasa kesal atas kenyataan berbentuk spekulasi mengenai pelaburan TH di Amerika Syarikat baru-baru ini.

"TH sehingga kini tidak membuat sebarang komitmen pelaburan di Detroit atau mana-mana bandar lain di Amerika Syarikat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Oleh itu, TH berkata, tidak ada sebarang transaksi atau pembayaran telah dibuat bagi tujuan pelaburan di Amerika Syarikat.




Ini kenyataan yang wujud dalam laporan utusan bertarikh 19 Sept
ARKIB : 20/09/2014 Jangan ghairah melabur di luar negara           Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA dan FADZIL ZAINOL
ekonomi@utusan.com.my

Tun Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR 19 Sept. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melahirkan kebimbangan mengenai keghairahan syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC) untuk melabur atau membeli hartanah membabitkan sejumlah besar pelaburan di luar negara.
Menurut beliau, dasar kerajaan yang menggalakkan pelaburan sedemikian rupa juga perlu diperhalusi semula kerana selain kebimbangan mengenai prospek masa hadapan, langkah berkenaan dikhuatiri menyumbang kepada aliran keluar wang negara.
Katanya, jika aliran keluar wang negara berlaku dalam jumlah yang besar dan tidak berupaya diimbangi dengan pengaliran masuk dalam jumlah serupa, kerajaan akan berdepan dengan masalah defisit sekali gus menjejaskan kesuburan ekonomi Malaysia.
"Kita kena berhati-hati dan saya bimbang mengenai aliran keluar wang ini. Bila kita beli hartanah di luar negara, ia merupakan aset yang 'immovable property' (aset yang tidak boleh digerakkan) menyebabkan kita tidak mendapat aliran masuk wang.
"Kalau aliran keluar wang ini berlaku dalam jumlah besar, kita akan berdepan dengan defisit sehingga menjejaskan sumber kewangan negara," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Sidang Kemuncak Pembangunan Malaysia di sini hari ini.
Terbaharu, terdapat laporan yang mengatakan Lembaga Tabung Haji merancang untuk melabur sehingga RM640 juta di Detroit, Amerika Syarikat (AS) iaitu sebuah bandar yang kini disifatkan sebagai telah runtuh menyebabkan hartanahnya mengalami susut nilai.
Dilaporkan juga banyak bangunan pencakar langit di Detroit terbiar kosong sejak 10 tahun lalu dan populasi bandar tersebut yang pernah suatu ketika dahulu seramai dua juta orang kini hanya dihuni sekitar 700,000 penduduk.
Dr. Mahathir berkata, syarikat pembinaan tempatan perlu  diberi lebih banyak peluang untuk menunjukkan kredibiliti mereka membina bangunan pelbagai bentuk dan ketinggian daripada memberi projek berkenaan kepada firma asing.
Menurutnya, pemberian projek-projek kepada syarikat tempatan akan dapat menghalang pengaliran keluar wang ke negara lain.
"Jika keluar (wang), ini bermakna kita akan mempunyai defisit dalam imbangan dagangan kita dan ini akan dapat dilihat dalam perbelanjaan kerajaan kerana ia mungkin perlu meminjam. "Sebaliknya, jika aliran masuk dana yang baik, imbangan akan memihak kepada kami," kata Dr. Mahathir.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20140920/ko_01/Jangan-ghairah-melabur-di-luar-negara#ixzz3E5Odjo2V
©  Utusan Melayu (M) Bhd




Last edited by blastoff on 23-9-2014 06:48 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2014 08:21 AM | Show all posts
Kalau chedet tak bukak mulot, adakah mereka akan tidak menafikannya?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 10:26 AM | Show all posts
tahniah la syed akhbar aka outsyed the box n the gang sbb dah kantoi memfitnah 2 kali dlm ms x sampai 1 minggu. kenapa delete pulak ye posting pasal tabung haji ni, x kan blog kena hack kot.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 10:27 AM | Show all posts
dah takde tu takde la, lain kali hati2 sebelum nak tuduh apa2, cari bukti dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 11:02 AM | Show all posts
badaksumbu posted on 23-9-2014 10:27 AM
dah takde tu takde la, lain kali hati2 sebelum nak tuduh apa2, cari bukti dulu.

Menutup maklumat detail pelaburan wang rakyat dari di ketahui umum adalah jugak satu bentuk penyelewengan cek oii . Kerana menyebabkan penyelewengan tak boleh di detect , dan apabila di detect jadi terlambat daah untuk dapat balik duit yang telah di laburkan tu .

Jadi perbuatan menyembunyikan maklumat pelaburan yang memang TH buat selama ni tu merupakan bukti jelas yang TH tak melaksanakan pelaburan berdasarkan ketelusan dan kebertanggungjawaban pada para penyimpan.

Sapa kata bukti tarak ? Of course bukti jelas ada depan mata . Cari mai sini maklumat lengkap pelaburan TH sebelum ni, lani dan yang akan datang ... mana? Itu buktinya laa  = "tarak maklumat perancangan pelaburan langsung di media mana pun "

Apabila ia membabitkan wang rakyat, ketika pelaburan masih dalam proses perancangan lah perlu di pastikan ia benar2 pelaburan yg tak berisiko tinggi agar tak sempat jahanam duit rakyat di buatnya .

Kalau dah melabur dengan berbukti transaksi segala baru nak riuh, itu akan cuma jadi seperti nasi dah jadi bubur je laa jawabnya .

Pelaburan yang telah berlaku baru kalut nak tegur dan riuh di dada akhbar jadi tak dak faedah dah kan , sebab duit dah terlepas ke tangan orang lain. Macam keluarga shahrizat buat la, ada la bukti tapi duit 250Juta dah lesap merata hala.

Nak cari bukti kok mana apabila pelaburan tak di buat lagi pun sebab ia masih dalam perancangan , whistle blower aje la yang boleh dedahkan perkara ni bagi tujuan menghentikan perlaksanaan pelaburan tu .

Why not TH nafikan wujudnya perancangan untuk melabur di detroit ? Kenapa tak nafikan ? Susah sangat ke nak nafikannya ? Yang di timbulkan isu nya adalah perancangan .






Last edited by blastoff on 23-9-2014 11:06 AM

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 11:07 AM | Show all posts
blastoff posted on 23-9-2014 11:02 AM
Menutup maklumat detail pelaburan wang rakyat dari di ketahui umum adalah jugak satu bentuk penyel ...

dah takde tu takde la, sori to say la blastoff u r acting like a sore loser la. kalau nak bincang pasal nfc byk thread nfc n byk komen sy kat situ, upkan je thread tu kita bincang sana,
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 11:10 AM | Show all posts
btw, cerita ni start ms weekend kan, by monday tabung haji dah buat press statement, apa yg x puas hati lg nya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 11:15 AM | Show all posts
Common laa , AG's reports kata apa ? Berapa banyak duit rakyat di selewengkan dan di bazirkan selama ni oleh berbagai2 pihak dalam kerajaan ?

Lagi nak suruh rakyat picaya bulat2 gitu aje yang pelaburan di buat oleh agensi bawah kerajaan sesekali takkan ada penyelewengan tanpa apa2 maklumat penuh hapa pun di berikan pada depa ka untuk depa nilai sendiri ?

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 11:23 AM | Show all posts
badaksumbu posted on 23-9-2014 11:07 AM
dah takde tu takde la, sori to say la blastoff u r acting like a sore loser la. kalau nak bincang  ...

Ada TH menafikan depa merancang nak melabur di detroit walau depa boleh berbuat gitu kan senang aje kan ? Tarak pun. Kau yang tak boleh terima kenyataan bahwa agensi kerajaan termasuk TH selama ni tak telus dan tak dak rasa tanggungjawab dalam menggunakan duit rakyat .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2014 11:32 AM | Show all posts
bandar robocop
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 11:38 AM | Show all posts
nah sikit dpd antara cerita asal kes ni, cuba teka siapa yg tulis.

Anyway Yurus 2 is going to be "signed" in New York on Sept 19, 2014. That is the day after tomorrow. Our FLOS and her husband will be present to witness the signing in New York.  Oops !! We are going to be too late.  US200mil. = RM640mil.

Guess where this money is going? To invest in apartments and condominium projects in Detroit, Michigan and Washington DC in the USA.


Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 11:47 AM | Show all posts
"confirmed to be signed tu", last2 tabung haji nafi,
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 12:39 PM | Show all posts
badaksumbu posted on 23-9-2014 11:47 AM
"confirmed to be signed tu", last2 tabung haji nafi,

ketika blogger tu crita perkara ni belum sampai tarikh 19 sept lagi kan , dalam perancangan la kerana mende tak di buat lagi tapi siap2 di rancang dah .



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.133080 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list