CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pomade.seller

Terkena Santau

[Copy link]
Post time 13-6-2014 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
lemonthyme posted on 12-6-2014 12:48 PM
Memang femes dari dulu2 lagi..

kat Perak masa dulu2 ramai orang dari seluruh pelusuk nusantara ...

oh. boleh jadi jugak kan. tp melaka yg byk org berdagang pun xde lah femes dgn santau mantau ni.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2014 11:44 AM | Show all posts
lolali posted on 12-6-2014 10:23 AM
ayah aku penah kena santau gak. dah nazak dah, org smue baca yassin dia kat tengah2 . doc tak tau di ...

maksudnya, pakcik awak yang buat?

awak sekeluarga di santaunya?
jahatnya..
ni mesti ada dendam ni..

syukurlah ayah awak dah ok
ayah awak sembuh macam tu je ke tanpa berubat?

sorry banyak tanya

Last edited by unoryah on 13-6-2014 11:50 AM

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 11:57 AM | Show all posts
unoryah posted on 13-6-2014 11:44 AM
maksudnya, pakcik awak yang buat?

awak sekeluarga di santaunya?

maksudnya, pakcik awak yang buat?
aah..jumpa ustaz dia ckp dia tolong la apa dia mampu. at the sametime dia sruh ayah lawan supaya santau kena balik kat tuan dia.
tuh yang kteorg berdoa sangat2 nak ayah jd kuat bg org tu rasa. kuasa Allah kan.. berubat juga. tp kebanyakan smue tak jalan sbb kuat.
tu smpai dia nazak kteorg mampu berdoa bc yassin je la. panggil ustaz imam kampung.

aah dendam..dia x suka family kteorg lebih dr dia. mmg jahat gila. rumah kteorg tu dlu kalau baby masuk je mesti melalak. ustaz  ckp dia nmpak pocong kt gate rumah 2 ekor. ayah nampak ada bungkusan warna kuning dlm tu ada paku,rambut, and botol kcik mcm darah. brp jam lps tu dia pengsan tetiba. and jatuh sakit.

xpe.. hehe bila teringat rasa sayu and buat rasa diri ni kerdil sangat dgn kuasa Allah. terbayang lagi bangun tido tgk ayah tengah solat. memang ajaib betul.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kakak aku pun terkena buatan org jgk..gara gara cinta x berbalas. Berbelas taun derita. Dari aku form 4 sampai skrg umo aku dh 3o thn. Merata pergi brubat. Kebanyakkan ustaz n bomoh ckap kena nga indonsial. Letak dlm makanan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 12:23 PM | Show all posts
pomade.seller posted on 12-6-2014 11:27 PM
Pakcik ok ke sekarang?

Gerai dia orang nampak cam tutup je padahal meniaga.. Last2 tak meniaga kat tempat tu lagi, pindah meniaga tempat lain and anak dia yang jaga kedai sekarang.

Pakcik pun tak berapa sihat sampai sekarang, tambah lagi usia pun dah meningkat..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 12:24 PM | Show all posts
taikpekatt posted on 13-6-2014 12:40 AM
oh. boleh jadi jugak kan. tp melaka yg byk org berdagang pun xde lah femes dgn santau mantau ni.
...

Entah lah TP, hati orang tak boleh nak duga..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2014 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
lemonthyme posted on 13-6-2014 12:24 PM
Entah lah TP, hati orang tak boleh nak duga..

btul tu kan. klau hdup dah berimamkan syaitan, dorg kisah apa kan
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2014 03:13 AM | Show all posts
MAK SLALU PESAN..BILE BCKP DGN ORG, KENE JGE2..DI TEMPAT ORG, JAGE DIRI...SNTIASE INGAT TUHAN...
BIAR ORG BUAT KITE, ORG YG BUAT KITE AKAN TRIME BALASAN X KIRELA ON THE SPOT @ SEBALIKNYE...JANJI KITE X BUAT ORG....X BAIKKK...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2014 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Adeng939 posted on 14-6-2014 03:13 AM
MAK SLALU PESAN..BILE BCKP DGN ORG, KENE JGE2..DI TEMPAT ORG, JAGE DIRI...SNTIASE INGAT TUHAN...
...

Saya setuju..biar org buat kita
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2014 05:40 PM | Show all posts
org rumah pun pernah kena santau
dihantar melalui makanan
kes org dengki sebab pangkat kat tmpt kerja

seb baik santau dia anta tu
hanya akan aktif bila org rumah makan benda2 tajan mcm nenas....cili...
baru dia aktif....

Alhamdulillah dah berubat
tu la pes time tgk org kata muntah ijo..kuning semua
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2014 07:16 PM | Show all posts
lemonthyme posted on 12-6-2014 12:41 PM
Thanks for the tip Ilah..

Memandangkan orang islam dua sumber asas dia adalah al-quran dan hadis, saya pon nak share hadis yg memang best ni.  Belambak hadis pasal kelebihan surah al-baqarah ni.  Google mesti jumpa.  Nak lagi baik, sebab pakcik google ni kadang2 tak semestinya betul, maka beli dan baca himpunan2 hadis.  Yang kat bawah ni saya copy/paste dari website ini.  Saya highlight di sini, antara kelebihan selalu baca surah al-baqarah ni adalah bullet point number "4. Mengelak dari terkena sihir".  Sama-samalah kita berusaha baca surah al-baqarah sampai kita hapal.  Walau mcm mana pon, harus diingat, semuanya dengan izin-Nya jua.  Allah maha adil, kalau kena, mesti dapat banyak reward kat 'sana' nanti.  Maka, jgn terlalu bersedih.

Kelebihan membaca Surah Al baqarah
Antara kelebihan surah Al baqarah seperti yang telah di sabdakan oleh Rasulullah SAW:


1.      Rumah yang di bacakan surah Al baqarah tidak akan dimasuki syaitan


Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Muslim dan An-Nasa-I meriwayatkan dari Suhail bin shalih, dari ayahnya, dari abu hurairah bahawa Rasulullah SAW  bersabda :


“ Janganlah kamu menjadikan rumah kamu sebagai kuburan,
sesungguhnya rumah yang di bacakan Surah Al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan “ At tirmidzi mengatakan : hadis ini hasan sahih



Syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah Al baqarah.


Dari Abdullah bin Mas’ud, ia berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :


“ Semoga aku tidak mendapatkan salah seorang daripada kamu meletakkan salah satu kakinya diatas kaki yang lain sambil menyanyi dan meninggalkan surah Al Baqarah tanpa membacanya, sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah Al baqarah. Sesungguhnya rumah yang paling kosong adalah rumah yang hampa dari kitab Allah ( Al-Quran ) “
Hadis riwayat An-Nas-I dalam kitab al-yaum wa al-lailah


Abdullah bin Mas’ud mengatakan : Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari surah Al baqarah iaitu ayat ;


-        Surah Al baqarah ayat 1-5
-        Ayat kursi dan 2 ayat berikutnya
-        Surah Al Baqarah ayat 284-286


Maka syaitan tidak akan masuk kerumahnya pada malam itu.


Dalam satu riwayat lain disebutkan bahawa dia dan keluarganya tidak akan didekati syaitan dan apa yang dibencinya ( binatang buas seumpamanya ). Dan tidaklah ayat ini jika bicakan kepada orang gila akan membuatkannya sadar.


2.       Malaikat bersama dengan orang yang membaca surah Al baqarah


Ini merupakan salah satu fadhilat dan  kelebihan surah Al baqarah kepada pembacanya. Al Bukhari meriwayatkan dari Al-laits, dari yazid bin Al-Haad, dari Muhammad bin Ibrahim, dari Usaid bin Hudhair :


“ Pada suatu malam dia membaca surah Al-Baqarah sementara kudanya ditambat berhampiran dengannya. Tiba-tiba kudanya itu pun berputar-putar. Ketika Usaid berhenti membaca, kudanya itu pun kembali tenang. Kemudian Usaid membacanya kembali dan kudanya itu pun  kembali bergerak dan berputar-putar. Tatkala dia berhenti membaca, kudanya kembali diam. Kemudian dia membacanya lagi, kudanya itu pun bergerak dan berputar-putar. Maka dia pun berhenti membacanya sedangkan puteranya  Yahya berada berhampiran kuda tersebut. Oleh kerana berasa bimbang dan kasihan kuda itu akan memijak anaknya, dia pun mengambil anaknya seraya penglihatannya mengadap ke langit dan dia melihat satu bayangan putih ( berkelip-kelip ) sampai dia tidak melihatnya lagi.


Ketika pagi menjelang, dia pun menceritakan perihal tersebut kepada Rasulullah SAW. Rasulullah bersabda :


“Wahai putera Hudhair, baca terus” Dia menjawab “ Ya Rasulullah, aku merasa bimbang kepada Yahya kerana dia berada dekat dengan kuda tersebut. Kemudian aku mengangkat kepalaku dan melihat ke langit, tiba-tiba aku melihat seperti suatu bayangan yang mirip lampu-lampu. Setelah itu aku keluar rumah dan melihatnya sampai aku tidak melihatnya lagi.”


“Tahukah engkau apa itu “ Tanya Rasulullah. “ Tidak “ Jawabnya.


Beliau pun bersabda “ itulah malaikat yang mendekatimu untuk mendengar suara bacaanmu. Seandainya kamu terus membacanya  (sampai pagi ), nescaya pagi ini manusia akan dapat melihatnya tanpa terhalang.


3.       Mendapat syafaat ketika di padang mahsyar.


Surah Al baqarah dan surah Ali’- Imran dipanggil surah az-Zahrawain yang apabila dibaca akan mendapat syafaat di padang mahsyar kelak.  Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Umamah, dia berkata:


“ Aku pernah memdengar Rasulullah bersabda: “ Bacalah Al-Quran kerana Al-quran itu akan memberi syafaat kepada pembacanya di Akhirat kelak. Dan bacalah az-Zahrawain iaitu Surah Al-Baqarah dan Ali’-Imran, kerana kedua surah itu akan datang pada hari kiamat, seolah-olah keduanya bagai tompokan awan, atau 2 bentuk payung yang menaungi, atau dua kelompok burung yang mengembangkan sayapnya. Keduanya akan berdalih untuk membela pambacanya di hari kiamat. “


4.      Mengelak dari terkena sihir


Kemudian beliau bersabda lagi “ Bacalah Al-Baqarah kerana membacanya akan mendatangkan berkah dan meninggalkanya bererti penyesalan. Dan para tukang sihir tidak akan sanggup menjangkaunya ( si pembaca )” Kedua hadis diatas juga diriwayatkan oleh Muslim dalam kitabnya As-shalah.


Dalam sahih bukhari dan muslim diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah membaca kedua-dua surah itu dalam satu rakaat.


Membaca dan mendengar bacaan Surah Al baqarah dengan terjemahan adalah salah satu dari Majlis zikir


Sumber : Dipetik dari kitab Tafsir Ibnu Katsir

Last edited by jangan_mengarut on 15-6-2014 07:22 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2014 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
jangan_mengarut posted on 15-6-2014 07:16 PM
Memandangkan orang islam dua sumber asas dia adalah al-quran dan hadis, saya pon nak share hadis y ...

Terima kasih dgn perkongsian ilmu tuan..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2014 10:29 PM | Show all posts
arwah bapak saudara nalle...dia polis..duduk kelantan...mmg baik.
sekali tu dia makan kat satu gerai ni dgn kwn sekerja dia...
lps cuci tangan..duduk nak makan...lps baca bismillah..tiba2 pinggan dgn
gelas retak...terus kwn dia ckp..jom pergi dari gerai ni...

p/s..arwah meninggal bukan sbb santau tapi sakit jantung
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Perak mmg terkenal kn dgn aktiviti santau n so on ni..a.Ipar n Akk cake pn kena buat org,kwn sndri padahal..dengki tengok a.ipar byk dpt deal..smpi sekarang masih lagi berubat..kene buat ngn bomoh org asli Perak katenye..wallahualam..btw,tanda awal klau Kena buat org ni rajin batuk tanpa sebab..batuk macam batuk kering
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2014 09:04 AM | Show all posts
nallepooh posted on 15-6-2014 10:29 PM
arwah bapak saudara nalle...dia polis..duduk kelantan...mmg baik.
sekali tu dia makan kat satu gera ...

nasib baik kawan dia perasan..Manusia ni tak tahu la kenapa nk sangat dengki dengan orang lain.. Mati tu bukan dia penentu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2014 09:07 AM | Show all posts
pankreas posted on 16-6-2014 01:52 AM
Perak mmg terkenal kn dgn aktiviti santau n so on ni..a.Ipar n Akk cake pn kena buat org,kwn sndri p ...

tu pelik tengok orang kita ni..mereka berjaya sebab mereka berusaha.. bukan duduk tak tentu hala nak dapat tender macam tu je..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2014 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
pankreas posted on 16-6-2014 03:52 AM
Perak mmg terkenal kn dgn aktiviti santau n so on ni..a.Ipar n Akk cake pn kena buat org,kwn sndri p ...

oh no, betul ke.. my mentua ada simptom tu.. dia memang buka warung kat kg tp di johor la..

penah adik ipar bawa pegi buat medical check up, tapi cam takde diagnosis pun untuk batuk tu.. jadi sampai sekarang dia batuk2 je..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
jangan_mengarut posted on 15-6-2014 09:16 PM
Memandangkan orang islam dua sumber asas dia adalah al-quran dan hadis, saya pon nak share hadis y ...


terima kasih.. banyak ye kelebihan surah al-baqarah ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
pomade.seller posted on 16-6-2014 09:07 AM
tu pelik tengok orang kita ni..mereka berjaya sebab mereka berusaha.. bukan duduk tak tentu hala n ...

Melayu camtu la,ble tgk org lain berjaya je dengki..xde inisiatif nk majukn diri
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
cloudy_83 posted on 16-6-2014 10:22 AM
oh no, betul ke.. my mentua ada simptom tu.. dia memang buka warung kat kg tp di johor la..

pen ...

Batuk tpi xde kahak kn beb,kte yang tgk pn seksa..Cuba la bwk g mana2 ustaz..btw,warung tu kt johor belah mn,sebab sy org jhr gak ..klau nk,kat pulai perdana pn de tempat ruqyah gak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.057308 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list