CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatwaran75

[Tempatan] {4} Polis syarie diwujudkan !

[Copy link]
Post time 26-1-2014 08:37 PM | Show all posts
Acong posted on 26-1-2014 04:14 PM
daripada sibuk nak jaga dosa pahala org, patut tubuh skuad utk mencari mereka yg layak menerima za ...

Acong ko lebih Islam. Avatar sapa tu acong??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2014 08:41 PM | Show all posts
wawantow posted on 26-1-2014 05:58 PM
macam manalah bunyi siren , kereta polis islam , polis syarie ek

Ya Hanana Ya Hanana Ya Hanana Ya Hanana Ya Hanana
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2014 08:47 PM | Show all posts
JalakLenteng posted on 26-1-2014 08:41 PM
Ya Hanana Ya Hanana Ya Hanana Ya Hanana Ya Hanana




no komen
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2014 09:04 PM | Show all posts
Orange1 posted on 26-1-2014 08:36 PM
Ntah dpt gaji ke tidak, tp gigih sgt duk jaga dosa pahala kita siap blh scan org duk pegi nite clu ...


Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2014 09:54 PM | Show all posts
Orange1 posted on 26-1-2014 08:37 PM
Acong ko lebih Islam. Avatar sapa tu acong??

skandal......
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2014 09:55 PM | Show all posts
JalakLenteng posted on 26-1-2014 08:41 PM
Ya Hanana Ya Hanana Ya Hanana Ya Hanana Ya Hanana


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2014 10:00 PM | Show all posts
Acong posted on 26-1-2014 09:54 PM
skandal......

Oooo dah ada skandelll... ingat nak kenen2 ko dgn noor noor baik n cantikkk.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2014 10:07 PM | Show all posts
Orange1 posted on 26-1-2014 10:00 PM
Oooo dah ada skandelll... ingat nak kenen2 ko dgn noor noor baik n cantikkk.

pun skandal gak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2014 10:12 PM | Show all posts
Acong posted on 26-1-2014 10:07 PM
pun skandal gak

Aku baru nampak kat thread thn baru cina noor mesti malu2 tapi mahuuu
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2014 10:18 PM | Show all posts
Idea yang bagus.

Harap-harap ini merupakan langkah awal dalam perlaksanaan hukum hudud.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2014 10:38 PM | Show all posts
ikan_kaghing posted on 26-1-2014 10:18 PM
Idea yang bagus.

Harap-harap ini merupakan langkah awal dalam perlaksanaan hukum hudud.

hudud?histeria diorang nanti
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2014 11:10 PM | Show all posts
walaupun namanya polis, saya harap kerja nya bukan semata2 menangkap dan menyerbu

lebihlah molek jika mereka menjalankan usaha dakwah, street dakwah kepada anak2 muda khususnya, sebab generasi baru sekarang sedang terancam sebab kalimah Allah digunakan Kristen. So far, usaha yang dibuat untuk menyelamat kumpulan ini adalah hanya dengan mendemo, tunjuk perasaan, angkat sepanduk, buat repot polis dan lain yg tak baper releven.

alangkah bagus jika polis ini menjalankan misi yang menpromosi kebaikan
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2014 10:53 AM | Show all posts
Bidang Kuasa Polis Syariah Jadi Persoalan

Oleh RAZAK AHMAD

PETALING JAYA: Sebuah unit polis baru akan ditubuhkan dan berpusat di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi membantu menguatkuasakan undang-undang berkaitan kesalahan jenayah Islam.

Pelan ini bagaimanapun mencetuskan perdebatan di kalangan pakar perlembagaan dan peguam syariah mengenai keperluan penubuhannya serta bidang biasa yang ada akan diberikan.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha pada Ahad mengesahkan bahawa unit itu akan ditugaskan untuk menguatkuasakan semua kesalahan jenayah Syariah dan bukan hanya berkaitan isu Syiah dan ajaran sesat sahaja seperti yang diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Disember lalu.

Hingga kini pakar perundangan masih lagi tertanya-tanya mengenai kuasa pasukan polis dalam menguatkuasakan undang-undang Syariah yang hanya terpakai kepada orang Islam.

Kumpulan berkenaan menggesa Kementerian Dalam Negeri dan Jakim supaya memberikan butiran lanjut mengenai penubuhannya dengan segera.

Menurut mereka hal ehwal agama berada di bawah bidang kuasa negeri manakala pasukan polis terletak di bawah kuasa Persekutuan.

Bagaimanapun Othman berkata kajian mendalam mengenai penubuhan unit itu masih dilaksanakan dan memberi jaminan bahawa Jakim dan KDN memberi perhatian khusus mengenai bidang kuasa agama negeri.

Ditanya sama ada unit baru itu hanya terhad kepada tugas membantu pihak berkuasa agama negeri untuk menangani ajaran sesat atau bagi membantu untuk menguatkuasakan semua undang-undang syariah, Othman berkata: "Semua kesalahan jenayah Syariah."

Sebelum ini Ahmad Zahid mengumumkan bahawa beliau akan berbincang dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bagi mendapatkan persetujuan daripada Majlis Raja-Raja supaya tidak timbul persoalan uni baru itu mencampuri isu-isu agama berada di bawah bidang kuasa negeri-negeri.

Presiden Persatuan Peguam Syariah Malaysia, Musa Awang berkata, beliau tidak bersetuju dengan langkah untuk menubuhkan unit tersebut kerana terdapat banyak soalan mengenai bidang kuasanya.

"Adalah lebih baik untuk memperkukuhkan bidang kuasa penguatkuasa agama negeri yang sudah jelas mengenai undang-undang Islam di sesuatu negeri itu. Bidang kuasa dan fungsi unit baru ini masih tidak jelas,"kata Musa.

Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan dan Prosedur Jenayah Syariah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz bagaimanapun berkata, polis sudah mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan semua undang-undang Syariah.

"Polis mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan semua undang-undang bertulis di negara ini, termasuk undang-undang Syariah yang digubal oleh negeri-negeri," kata beliau.

Beliau yang sebelum ini pernah mencadangkan penubuhan uni ini pada 2009 berkata, isu utama yang perlu diselesaikan ialah soal pentadbiran iaitu sama ada polis dari kontinjen Kuala Lumpur boleh menguatkuasakan undang-undang Syariah di Selangor ataupun tidak.

Peguam dan aktivis undang-undang Perlembagaan, Syahredzan Johan bagaimanapun tidak bersetuju kerana menurutnya kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang Syariah terletak pada negeri dan bukannya polis.

Beliau berkata majlis agama Islam negeri bertanggungjawab dalam perkara ini kerana jabatan agama Islam negeri mempunyai bidang kuasa dalam menguatkuasakan undang-undang Syariah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2014 03:15 AM | Show all posts
28 Januari 2014


Polis syarie tak ambil tugas JAKIM
Putrajaya: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjelaskan tugas Unit Polis Syarie bukan untuk mengambil alih hal ehwal pentadbiran Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM), sebaliknya membantu jabatan itu dalam soal penguatkuasaan undang-undang terutama membanteras ajaran sesat dan perbuatan jenayah syariah.


  Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, polis syarie akan bertindak sebagai penasihat undang-undang Islam selain bertugas meneliti aspek undang-undang Islam.

  Katanya, kementerian hanya membantu JAKIM dalam hal penguatkuasaan dan perundangan serta tidak akan campur tangan dan mengganggu tugas lain.


  “Kami hormati dan faham bahawa hal ehwal agama di bawah bidang kuasa JAKIM.

  “Kenyataan yang dikeluarkan segelintir pihak dengan menyifatkan polis syarie ingin mengambil alih kuasa hal ehwal pentadbiran JAKIM adalah tidak tepat sama sekali,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan bulanan KDN di sini semalam.

  Sebelum ini, KDN dan JAKIM bersetuju untuk menubuhkan unit polis berkenaan sebagai langkah menyelesaikan isu berkaitan penguatkuasan dan perundangan Islam di jabatan itu.


  Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata, beliau sudah meminta Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi supaya menyiasat secara terperinci mengenai kes kain rentang tertera ungkapan ‘Allah is Great dan Jesus is the son of Allah’ yang digantung di Butterworth serta Sungai Pinang, Green Lane dan Pulau Tikus di negeri berkenaan kelmarin.

  “Saya berharap pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) sama ada Islam atau Kristian supaya lebih bertenang dan jangan menganggap isu itu sebagai sesuatu yang terlalu besar untuk dipertikaikan sehingga boleh menimbulkan masalah besar.
  “Kita serahkan perkara itu kepada polis untuk lakukan siasatan, malah tindakan undang-undang akan diambil mengikut batas perundangan yang ada di negara ini,” katanya.

  Katanya, beliau menyeru kepada mana-mana individu termasuk persatuan; kumpulan dan NGO supaya tidak melakukan provokasi melampau untuk menghangatkan isu berkenaan.

  Ahmad Zahid berkata, apa yang penting kini adalah bersama-sama mewujudkan keharmonian beragama di negara ini termasuk menghormati agama lain sebagaimana menghormati agama sendiri.    Isu kain rentang itu membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh negara, namun ia sudah diturunkan oleh orang ramai dan polis, kelmarin.-myMetro


Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2014 03:51 AM | Show all posts
harap lepas ni , akan ada polis trafik islam , jururawat islam , kastam islam , imigresen islam ,  atm islam, tudm islam dan islam2 lain
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2014 01:04 PM | Show all posts
dunia dah akhir zaman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2014 10:25 AM | Show all posts
scope polis syarie? idea ntah ape2. noob.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.064376 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list