|
[Tempatan]
{26}Siswi UKM maut jatuh dari Bukit Tabur ! pic post 117#
[Copy link]
|
|
atira posted on 15-1-2014 12:31 AM
betapa puasnye menikmati pemndangan sebegini setelah penat mendaki...
geng2 gila gunung je paham ...
yer setuju.. Aku ni sebab preggy jakk aku gantung beg n kasut segala.
Ada kepuasan sendiri bila sampai tempat dituju,
Indah nya ciptaan Allah swt dalam hutan yang korang x penah nampak.
View yang sangat cantik sampai rindu2x nak tgk lagi.
Aku repeat berkali2x pun sanggup kalau tempat yang nak pegi tu view sngt cantik.
|
|
|
|
|
|
|
|
mamanurulhasbi posted on 15-1-2014 09:49 AM
nasib baik xminat mende2 gini. risiko tinggi la.
lagi satu buat letih badan je rase.
baik ko duduk ...
satu kepuasan babe hiking2x ni.
Kat dalam hutan kami pendaki jemaah solat.
Solat tepi sungai, atas batu.
Damai sangat time solat bila dengar deru2x air..
Shahhduuu woooo |
|
|
|
|
|
|
|
woahhh..coi sgt stmt soh tutup trail bukit tabur ni. Kemalangan tak berbau tau tak. Dah tau pegi mendaki amik la langkah berjaga2. pakai kasut yg sesuai. sentiasa alert masa dlm utan. pastikan stamina kuat. kaki tangan kuat nak bergayut kat batu batan, tali, tangga bagai. Jgn la sebab kemalangan2 mcm ni aktiviti riadah yg bagus mcm ni diharamkan. Ni sudah mcm menteri2 malaya yg asik2 kasi stmt..jgn makan ayam kalo ayam mahal..jgn makan nasik kalo beras mahal.
Rugi sgt tutup trail ni...aktiviti sihat mcm ni patut digalakkan dari asik naik escalator soping mall jer. Cuma kasi kesedaran la kat hikers baru tentang bahaya dlm utan ni.
sentap gua di pagi hari.. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam uols,
Ada kisah yang panjang tentang sejarah Empangan/Dam Klang Gate dan Bukit Tabur nie. I dibesarkan di sini dan merupakan generasi ke-4. Sebelum dam ni dibina, kawasan empangan nie merupakan sebuah perkampungan asal/pertama Kg Klang Gate Lama..kemudian penduduk kampung dipindahkan ke Kg Klang Gate Baru (dekat ngan rumah Azmin Ali/Azwan Ali iteww) termasuk editor Harian Metro Adam Salleh tu. My nenek sebelah emak dilahir & dibesarkan disini.. malah jiran2 warga tua yang masih hidup atau yang telah meninggal.. geng2 unyang/ayek juga dilahirkan di Kg Klang Gate Lama. Bila kerajaan mengambil alih kawasan nie.. penduduk2 di beri tanah sebagai pampasan di Klang Gate Baru dan Kg Kemensah Hulu Kelang.. pilihlah yang mana satu katanya. Kebanyakan penduduk berketurunan Minangkabau (Bukit Tinggi Sumatera) yang datang berhijrah pada awal tahun 40an lagi. Susur galur orang kampung disini tak banyak..sikit mesti ada kaitan dengan orang Minang di Gombak dan Ulu Kelang.. silap haribulan bila syok2 berkawan/berkapel.. tup-tup ada bau-bau bacang gitu
Menurut cerita my emak.. dulu Kg Klang Gate Lama nie sangat cantik.. pemandangan macam cerita dalam filem klasik. Di belakang rumah ada anak sungai mengalir dan backdrop pulak ialah bukit2 dengan pemandangan hijau bak luas saujana memandang. Malah dari kawasan bukit yang mengelilingi tu datangnya air sungai yang bersih. Kata my emak.. tanah disitu subur.. ada yang bersawah dan bercucuk tanam. Masa zaman penjajahan Jepun.. my arwah nenek masih dalam usia sunti..sebab dia kawin masa berumur 16 tahun, cerita arwah nenek sempatlah jugek orang kampung menyorok kan anak-anak dara dalam hutan dari dibawa lari oleh askar Jepun.. ada juge yang disorok dalam bekas tempayan berisi beras..
Kerja utama orang lelaki disini selain berkebun ialah memburu binatang. Kebanyakan dari mereka pemburu hutan yang mahir. Malah my arwah atuk unyang dan datuk sedara berkemahiran dalam dunia memburu. Maka.. sebab tu.. nama-nama jalan dan lorong di Kg Klang Gate Baru diletak nama seperti Jalan Rusa, Lorong Kancil, Lorong Pelanduk dan sebagainya. Penduduk asal yang masih hidup di Kg Klang Gate Baru dari generasi ke-2 cuma tinggal 5-6 orang aja. My emak generasi ke-3.. alhamdulillah.. kebanyakan warga emas ini berusia sekitar 60 tahun keatas..
Err, siapa penduduk asal yang membuka penempatan kat sini..walahuallam.. tak ada cerita misteri yang pelik-pelik..cuma empangan ini adalah penempatan penduduk kampung sebenarnya. Tiap kali air empangan kering dek musim panas/tengkujuh.. akan timbul batu2 nisan dari tanah perkuburan lama. Kebanyakan pekerja pam air yang menjaga empangan nie adalah penduduk kampung nie juga.. kira kawan sepermainan emak2 kita dulu.. kalau ikut paras air normal..harus kena naik bot. Yang pasti kawasan ini banyak pantang larang nya!
Last edited by anakencana on 15-1-2014 10:52 AM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
finn posted on 14-1-2014 11:26 PM
Sebelum jatuh gaung dia sempat upload pic kat fb..
cantik view nya
iols rmai kawan kaki daki neh
kenkawan iols tu dulu obesiti,lemau
tak aktif n bla2
tapi sejak dorang tukar gaya hidup sihat
memang byklah aktiviti riadah mencabar fizikal dorang join
ade sorang tuh pompuan tau
mmg pendaki tegar lah
gunung kinabalu pun dia dh lepas
bukit tabur pun iols rasa dia dh lepas
mmg gila mendaki sampaikan hari raya pun sibuk nak mendaki
|
|
|
|
|
|
|
|
takziah. pelukis shin chan pun mcm ni jugak, suka daki gunung, tapi jatuh pastu meninggal. mayat hanya dijumpai seminggu kemudian bila keluarganya buat report dia tak balik2. |
|
|
|
|
|
|
|
Hampir semua kebun2 buah disini dimiliki oleh penduduk asal Kg Klang Gate.. kira warisan turun temurun lah. Dulu sebelum Tun Daim Zainuddin buat rumah banglo mewahnya disekitar situ.. kawasan tu adalah hutan yang memang menjadi laluan untuk naik ke kebun. Masa usia remaja.. selalu lah jugek ngan "geng bas sekolah" naik ke kebun buah sorang kawan untuk makan buah rambutan dan durian. Siap ada pondok ..dan dibawah tu ada air terjun yang sejuk. Sekarang nie Tun Daim dah sekat sebab atas tu dah jadi laluan rumahnya. Dulu2 kalo air takde.. kat sini lah orang2 kampung cari sumber air dan my ayah bawak naik motor untuk mandi-manda..memang meriah!Selepas dibina kondominium/apartment atas bukit tu.. segala denai dan laluan air bukit menjadi kecik dan anak2 sungai pun dah hilang. Banyak binatang liar disini selain dari monyet/kera. Dulu2 orang tua2 lama cuma berkayuh basikal nak ke kebun. Sekarang nie masih ada lagi yang berkebun, malah ada yang mencari petai dan jering lagi.
Selepas beberapa kes kematian secara misteri orang lelaki kat kawasan kebun tu.. sekitar pertengahan 80-90an.. kami dilarang lagi naik ke bukit/kebun untuk aktiviti riadah. Ada jugek kes 'mat pet' yang overdose.. cina mati bunuh diri katanya.. tu belum mati eksiden jatuh pokok lah.. lemas masa memancing kat dam lah.. makanya, emak..bapak..nenak..atuk dah bagik larangan jangan sesekali ke sana kalau bukan dengan orang2 tua gitu. So kami semua akur sampailah ke sudahnya..masuk tahun 2014 ni pun masih berpegang pada kepercayaan itewlah. Masa zaman tu mana ada aktiviti hiking dan panjat2 gunung..rock climbing bagai. Tahun 80-90an, Bukit Tabur nie tak pernah diakses dek orang luar.. tau2 aja ramai yang obses nak mendakit bukit di sini. Kalau dalam majlis kenduri kendara.. berita ramai yang mati terjatuh kat atas Bukit Tabur nie tak pernah jadi cerita/gossip no 1..sebab generasi muda Kg Klang Baru dah di'brain wash' dek orang2 tua.. jangan naik ke situ kalau bukan ada sebabnya.. kenapa perlu memanjat ke situ..tempat lain kat banyak yang elok-elok.. gitulah bebelnya! Last edited by anakencana on 15-1-2014 10:47 AM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah...takziah untuk keluarga mangsa...serem bulu roma tengok gunung tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
bukit kembar c vokoro, c burningtimes kamu tak cuba mau naik ke?... |
|
|
|
|
|
|
|
innalillah... takziah utk mangsa dan keluarga mangsa.
|
|
|
|
|
|
|
|
malutapimahu posted on 15-1-2014 10:04 AM
satu kepuasan babe hiking2x ni.
Kat dalam hutan kami pendaki jemaah solat.
Solat tepi sungai, ...
suka jugak tgk view hutan, gunung ganang dari puncak.
tp rela naik kereta je..fraser hill gunung jerai pon dh cukup cantik.
penat pon tak..ngeri tengok gaung je la.
masing2 punye minat kan..xpelah janji hati2 kat mn2 pon.
|
|
|
|
|
|
|
|
tongkatwaran75 posted on 15-1-2014 08:43 AM
pic ko ker tuh?
cam superimposed jer? Byk bygn itam...
pic real dia tu..bkn superimposed...
|
|
|
|
|
|
|
|
aku dulu prnah naik bukit tabur mase drjah 6..
dulu mmg gila pakai kasut sekolah je daki..
klu igt2 balik mmg ngeri woooo... |
|
|
|
|
|
|
|
innalillah.
banyak betul kes kat bukit ni. |
|
|
|
|
|
|
|
inalillah...semoga rohnya dicucuri rahmat |
|
|
|
|
|
|
|
mendaki gunung best la..aku pernah ikut hubby mendaki Gunung Irau,Cameron & Gunung Chemerong,Terengganu..
Tp mmg mencabar Chemerong la..ikut lereng2..tp perjalanan sgt menarik..rentas sungai2 kecik..
air terjun mmg terbaik..Subhanallah..sgt2 cntik..
|
|
|
|
|
|
|
|
Pantang Larang..Kepercayaan atau Mitos semata-mata??
Dunia alam Ketuanan Melayu mana boleh dipisahkan dengan misteri nusantara yang penuh mistik gitu kan? Tak berniat nak buat kisah begini dengan mengajak uols percaya perkara-perkara tahyul. Tetapi, sekelumit pengalaman orang-orang tua dahulu.. err.. sesuatu yang tak terjangkau oleh akal manusia akan berlaku sekiranya diizinkan oleh Allah. Mungkin ada cakap macam dongeng di zaman moden yang sengaja dibuat-buat..dan mungkin ada yang tak fikir macam tu jugek.. apa pun terpulanglah kepada diri masing-masing.
Kampung Bunian??
Umat Islam tak digalak berkawan dengan makhluk ghaib kerana tidak diketahui beriman atau kafir. Di sebalik dunia nyata yang kita tempuhi, ada kehidupan sama seperti manusia tetapi terselindung dan tidak dapat disingkap pancaindera biasa. Penduduk alam ghaib itu dikatakan memiliki budaya setempat seperti bermain kompang dan berzanji, memiliki wajah dan fizikal seperti manusia.
Masa kita remaja dulu orang-orang tua suka bercerita kisah2 dongeng yang agak cambest. Salah satunya cerita pasal orang bunian yang kononnya banyak kat kawasan hutan sekitar empangan Klang Gate Lama dulu. Orang tua2 selalu menggambarkan keindahan alam bunian dan kecantikan penduduk alam bunian.Tapi katanya nak melihat alam bunian bukan senang mesti melalui sesetengah ujian dan bila berjaya, terikat pulak dengan pantang larang. Ada beberapa kisah orang perempuan yang dilarikan/diculik dek orang bunian yang berkenan mahu menjadikan sebagai isteri.. (dah meninggal arwah nenek tu.. Nek S..h seorang ibu tunggal yang baik, lemah lembut dan rajin ke masjid.. takde anak..cuma mengambil seorang anak angkat lelaki untuk menjaga tanah pusakanya.).. 2-3 bulan sekali orang kampung akan mencarinya di dalam hutan empangan Klang Gate Lama..sampai berhari-hari hilangnya.. tau-tau aja dah jumpa tertidur di atas pokok tinggi dan dalam rimbunan pokok buluh. Bila ditanya orang2 kampung ke mana menghilangnya, katanya dia nampak orang kampung mencari dan memanggil namanya.. puas dia melambai tapi tak seorangpun yang menyahut!
Menurut cerita my emak, kat kawasan bukit nak ke empangan tu.. dahulu kala.. orang bunian akan meninjamkan pinggan mangkuk..periuk belanga pada orang kampung untuk kenduri-kendara/majlis kawin. Tapi disebabkan ada penduduk yang tak jujur..selepas puas meminjam tak reti nak memulangkan balik kat dalam hutan tu..maka tiada lagi interaksi pinjam-meminjam nie..walahuallam.
Pantang larang??
..jangan berbuat maksiat atau bercakap takbur ketika memasuki hutan camnie..
border=0 />
Last edited by anakencana on 15-1-2014 11:33 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
bukit tabur ni mmg bahaya, tapi bila dah panjat kat atas tu mmg scenery dia cantek... hurm, dah jadi banyak kes, tak lama lagi 'no entry' la jawpnya... |
|
|
|
|
|
|
|
Simunggu posted on 15-1-2014 08:05 AM
mmmm....25thn masih belajar...
is that a problem? kawan2 aku umur 30++ still belajar lagi. memangnya orang kena stop belajar at the age of 17??
|
|
|
|
|
|
|
|
yg ai ingat ttg bukit tabur sbb masa remaja sunti selalu gi mandi kt dam time cuti skolah... lama tak gi sana.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|