CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: izamahmed

[Tempatan] Kerajaan tidak bayar gaji anak lelaki saya

[Copy link]
Post time 17-8-2013 04:34 PM | Show all posts
abis tu sape bayar gaji anak saya?? amal jariah jer ker
ker anak saya akan dianugerah kontrak berjuta2 sebagai kontra
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2013 04:54 PM | Show all posts
anak nedim bijak nokss..
org kata kalo nak anak bijak, kena cari isTERi yg bijak..
nak anak hensem cantik jelita, suami kena hensem kacak bergaya..
kalo nak dua2, kena cari yg sekufu laa..
nedim (hensem) + beekhan (bijak jelita kacukan) =dre dre (bijak hensem)
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2013 05:09 PM | Show all posts
micha posted on 17-8-2013 01:53 AM
Kenapa la penembak2 bodo kt luar tu s tembak org2 sial mm depa nih.....

jom doakan bersama.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2013 05:53 PM | Show all posts
chazey posted on 16-8-2013 09:09 PM
jom doakan bersama.

Dah Bedah tertifah sebab tak nampak perut die aritue, amen to that je la
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2013 07:22 PM | Show all posts
Ahli keluarga tidak boleh diletak di pejabat menteri, kata Najib
- Bernama


August 17, 2013
Latest Update: August 17, 2013 11:44 pm

Menteri Kabinet atau Anggota Parlimen boleh menggunakan anggota keluarga mereka sebagai pembantu khas di kawasan parlimen masing-masing, kata Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar).

Perdana menteri berkata mereka boleh menggunakan khidmat anggota keluarga asalkan tidak menggunakan peruntukan kerajaan atau mencampuri urusan dalam kementerian.

"Ini prinsipnya, prinsipnya ahli keluarga tidak boleh ditempatkan di pejabat menteri," katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di Taman Tasik Abu Bakar, Pekan hari ini.



Merujuk kepada anak lelaki Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, perdana menteri berkata beliau telah mendapatkan penjelasan daripada Nazri bahawa anaknya, Muhammad Nedim, hanyalah menjalankan tugas sebagai pembantu khas bagi membantunya secara sukarela di kawasan Parlimen Padang Rengas.

"Jadi tiada wang kerajaan yang digunakan untuk membiayai kerja-kerja yang anak beliau lakukan kerana itu kerja sukarelawan semata-mata," katanya.

Ditanya tindakan pihak pembangkang terus mempolitikkan isu itu, Najib berkata pembangkang sebenarnya dilihat lebih teruk daripada isu yang dibangkitkan mereka itu.

"Saya difahamkan ada juga amalan yang lebih berat daripada itu dilakukan oleh pemimpin parti pembangkang, tetapi ia terpulang pada pihak lain untuk tentukan perkara ini," katanya.

Mengulas mengenai pemindahan pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir, perdana menteri berkata kerajaan akan membuat persiapan logistik sekiranya keadaan di negara itu semakin tidak terkawal.

"Kita buat persiapan logistik jika keadaan lebih buruk berlaku, kita tiada pilihan selain membawa pulang rakyat kita di sana terutamanya pelajar-pelajar kita, kita kena utamakan keselamatan mereka," katanya. – Bernama, 17 Ogos, 2013.


bijan ni lebih lembik dari Pak Lah...
takut kat bini, takut kat menteri, takut kat cina, takut kat keling, takut kat mamak kerala, takut kat nuart, kat semua orang dia takut...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2013 07:33 PM | Show all posts
Patotle mase pegi bazar Ramadhan hari tu pocit tu jual Roti Canai Najib yang x de telur, Roti Canai Rosmah ade telor.  Najib ni penakut n x de telor rupenye.  Baru aku terpikir
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2013 07:37 PM | Show all posts
freebird posted on 17-8-2013 07:22 PM
bijan ni lebih lembik dari Pak Lah...
takut kat bini, takut kat menteri, takut kat cina, takut  ...

takut kat punahsihatttttt and consultan
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2013 07:44 PM | Show all posts
najib flip flop

press statement smlm kat kedah najib kata its ok utk anak nazri kerja kat kementerian bapak dia

harini kat pekan najib kata its not ok pulak

mcmmane ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2013 08:14 PM | Show all posts
Alahai si ned ni..., perangai sendiri pun hancusss
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2013 09:11 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu posted on 16-8-2013 09:45 AM
itu baharu Nazri kak,

anak sultan selangor

omg !! benarkah ini???

togok air haram mcm togok air masak je aku nengok dah..so scary

dgn pelok comolot kemain syiokkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2013 09:42 PM | Show all posts
aku tak paham kat mana logiknya nak letak anak dia kat Motour tu.. kalau setakat nk bantu kat Parlimen Padang rengas, kejadahnye nk letak kt Pej Menteri MOtour????  
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2013 11:27 PM | Show all posts
sebab pembangkang pun ada buat, maka Menteri Kerajaan pun berhak nak buat?

bangsat punya alasan!!!!

kerajaan bebal saja yg buat kerana nak ikut lawan nya
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2013 11:51 PM | Show all posts
Katanya hanya tolong kawasan parlimen, ape hal ada dalam senarai kementerian, siap e-mail segala. Duduk di Padang Renggas cukup la. Nak menipu pun logik la sikit
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2013 04:17 AM | Show all posts
kaseh80 posted on 17-8-2013 07:44 PM
najib flip flop

press statement smlm kat kedah najib kata its ok utk anak nazri kerja kat kemente ...

flip.. flop... kecutnya najib ngan nazri teksi.... aduhai.. malangnya macai UMNO...

Ini bukti Najib tak ada pendirian...



Isu perlantikan anaknya Nedim sebagai Pegawai Khas dalam Kementerian Pelancongan oleh Nazri Aziz pada mulanya telah didedahkan oleh beberapa buah blog Pro UMNO..

Bagaimanapun oleh kerana ianya mencetuskan kritikan dari berbagai pihak, media-media tunggangan UMNO/BN mempersalahkan pihak Pakatan Rakyat pula..

Isu ini juga telah memperlihatkan kepada semua akan sikap tiada prinsip yang dimiliki oleh Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia..

Ianya jelas apabila dalam masa lebih kurang 24 jam, beliau telah menukar pendiriannya mengenai perkara ini..


Pada 16 Ogos Najib telah dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata..

Tidak ada masalah jika seseorang menteri atau anggota pentadbiran kerajaan mengambil anggota keluarganya sebagai pembantu jika ia tidak melibatkan sebarang pembayaran gaji atau elaun oleh kerajaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata apa yang tidak dibenarkan adalah sekiranya ia melibatkan pembayaran gaji atau elaun oleh kerajaan.

"Kalau sukarela dan bukan anggota pejabat menteri, kita tiada halangan. (Boleh jika) dia bantu dari segi program dan tak melibatkan sebarang pembayaran kerajaan," katanya.

Perdana menteri memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Peneroka Kebangsaan, Pelancaran Pelan Integriti Felda dan Majlis Hari Raya di Felda Sungai Tiang di Pendang hari ini ~ Bernama

Beliau telah bersetuju dengan tindakan Nepotisma yang diamalkan oleh Nazri Aziz itu pada  16 Ogos.. tetapi pada 17 Ogos pula..

Menteri Kabinet atau Anggota Parlimen boleh menggunakan anggota keluarga mereka sebagai pembantu khas di kawasan parlimen masing-masing, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata mereka boleh menggunakan khidmat anggota keluarga asalkan tidak menggunakan peruntukan kerajaan atau mencampuri urusan dalam kementerian.

"Ini prinsipnya, prinsipnya ahli keluarga tidak boleh ditempatkan di pejabat menteri," katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di Taman Tasik Abu Bakar, Pekan hari in ~ Bernama

Di mana prinsip Najib?.. semalam boleh.. hari ini tak boleh..

Selain mengatakan anaknya tidak dibayar gaji oleh kerajaan, sebaliknya melalui duit poketnya sendiri, Nazri dengan nada sombongnya juga berkata, "ini kementerian saya, saya boleh boleh lantik sesiapa saja."

Dalam hal ini Nazri barangkali terlupa bahawa kementerian bukanlah milik individu. Kementerian bukan seperti syarikat sendirian berhad.

Kementerian adalah milik kerajaan dan menteri duduk di situ hanyalah atas ehsan Perdana Menteri melantiknya setelah beliau dipilih sebagai wakil rakyat.

Hanya setelah menjadi wakil rakyat atau dewan negara, barulah seseorang itu boleh dilantik sebagai menteri.

Ini menjadikan seseorang menteri sebenarnya sentiasa terikat kepada sokongan dan undi rakyat.

Selagi rakyat menyokongnya, dapatlah jadi menteri tetapi setelah tidak lagi mendapat sokongan rakyat, kedudukan menteri terpaksa dilepaskan dan kementerian juga kena ditinggalkan.

Jadi, janganlah sombong dan bongkak sangat kerana dapat jadi menteri seolah-olah boleh melakukan apa saja.


Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 01:11 AM | Show all posts
Ade lgi ke org bodoh zaman ni nak keje xde kaji. Pling2 die bgi tender event2 kementerian pelancongan kat anak die. Mmg laa bukan dinamakan gaji!
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 01:52 AM | Show all posts
menteri ni jugak yang "veto" MP2 istihar  harta memasing
katanya untuk keselamatan tidak boleh hokay
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2013 11:29 AM | Show all posts
kintan posted on 16-8-2013 09:33 AM
kwn aku citer masa tu dia gi pub/bar lepak2 dgn kwn2...tengah lepak2 kat situ.. tiba2 masuk nazri ni ...

Sid's Pub kat Bkt Tunku tu ke? Sebab ada kenalan kaki tonggang beritau benda yg sama
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 11:31 AM | Show all posts
malas nk percaya cite dia ni..auta je lbh
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 11:31 AM | Show all posts
malas nk percaya cite dia ni..auta je lbh
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 12:15 PM | Show all posts
cupu posted on 17-8-2013 04:16 PM
Bestnya ada kabel..aku intebiu kerani gomen 4x xdapat2..sedey betul.sapa ada kabel nl tolong aku.... ...

Ko ke yang kena intebiew dgn aku taon lepas tu? Tu la.. len kali prepare betul2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.091768 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list