******************** Jumper dari benang bulu hijau itu ditarik rapat ke dada.Sejuk menyucuk tulang. Delia mendongak ke langit yang memuntahkan hujan sejaktadi. Awan gelap masih lagi kelihatan di sana sini. Delia mengeluh perlahansebelum menarik ke atas hujung seluar sudah mulai basah. Jam di tangan dikerling. Pukul 5.30 petang. Bermaknasudah hampir 1 satu jam dia berdiri dihadapan dewan peperiksaan ini. Kaki pun dah nak naik kematu! Menyesal pulatidak bawa payung atau pun rain coat tadi. Padahal dia memang sudah sediamaklum, sekarang ini musim hujan. Delia pandang sekeliling. Masih ada lagi beberapa orangyang mundar mandir di situ. Semuanya hadapi masalah yang sama. Takde payungatau raincoat! Nak redah, takut nanti diserang demam. Di waktu-waktupeperiksaan begini, Delia cukup risau jika kesihatannya terganggu. Takut takmampu nak jawab soalan periksa. Tak nak repeat paper huhuhu! “Hai.” Tegur seseorang. Delia berpaling dan lihat Adamsedang berdiri di sisinya. Lelaki ini nampak kacak dengan leather jacket berwarnahitam. “Hoi!” Jawab Delia sepatah. Lelaki itu dijeling denganekor mata. “You dari mana ni? Smart semacam je!” “Balik exam la, sayang oii! Lupa ke I pun ada paper harini?” Ada exam ek? Lupalak. Delia sengih sendiri. Pergh! Pakai stylo camni cuma nak pergi exam! Gilaah! Eh…bukan dia memang selalu pakai macam ni ke? “Ingat balik dating tadi.”
Lelaki itu senyum sebelum keluarkan pashmina pink daribeg. Pashmina itu dililit ke leher Delia yang terdedah. Macam tau-tau je Deliamemang kesejukan. Tapi ni pashmina awek mana pulak? Sah-sah perempuan punyasebab warna pink! “Jom balik.” “Jap…jap…ni pashmina awek you yang mana? I tak nak kenabergusti tiba-tiba bila terserempak dengan dia!” Pashmina pink itu ditarik dari leher dan mahudikembalikan ke tangan Adam. Tak mau la pakai barang entah sapa-sapa! Kot-kotorang tu ada penyakit kulit, tak ke naya! Adam terus senyum dan belitkanpashmina itu ke leher Delia. “Ni you punya. I beli kat Paddy’s Market masa keluardengan roommate I semalam!” “Betul ni? I tak nak terbunuh sebab pashmina ni tau!” Adam sudah tertawa sebelum pegang pipi Delia. Mengarutbetul dia ni! “Ni memang you punya.” Dia tunduk rapat ke telinga Delia.“Grow old along with me, the best is yet to be!”Lelaki ini terus-terusan tersenyum memandang Delia yang seperti terpinga-pinga. “Jom la balik!” “Kan hujan lagi ni.”Ucap Delia sambil lap hidung sudah terasa berair. Belum redah hujan danberhingus. Kalau redah, mau terkedang demam dua tiga hari ni! Delia renungsekilas lelaki tinggi lampai di sisinya. ‘Grow old along with me, the best isyet to be.’ Macam best je ayat! “I ada payung. Jom la!” Sekaki payung berwarna hitam dibuka. Pantas Delia angguk.Kakinya sudah naik lenguh berdiri di hadapan pintu masuk dewan ini. Langkahdiatur bersama-sama melewati bangunan akedamik dan kolej kediaman. Hujan masihlagi turun tanpa henti walau pun tidak lagi selebat tadi.
“Senyap je. Marah I ke?” Langkah Delia terhenti. Dahinya berkerut-kerut tandakurang faham. Marah? Kenapa nak marah.” “I marah? Nak marah sebab apa?” Delia kembali menapak bila Adam beri isyarat supayateruskan perjalanan. Cepat jalan cepat sampai. Lebih-lebih lagi cuaca sudahsemakin gelap. “Marah sebab hal kat library tu la!” Senyum sinis tersungging di bibir Delia. Pasal hal nirupanya. Ingat marah sebab apa tadi! Buat suspen je! “Tak marah. Just sakit hati dengan perangai Hedzry denganyou. Macam budak kecik.” Mengenangkan peristiwa itu, Adam tertawa kecil. Diasendiri tidak sangka dia akan bertindak begitu. Semuanya seperti di luarkawalannya. “Sorry. I didn’t know why I was like that. It just beyondmy control!” Padahal jauh dalamhati Adam tau dia sebenarnya cemburu. Tidak senang hati bila melihat Hedzrymasih tidak berputus asa untuk mendekati Delia. Hedzry pun satu, dah banyakkali orang cakap tapi masih tak faham-faham. Masih mahu mencuba nasib. “You takut Hedzry buat bukan-bukan lagi dekat I ye?” Laju kepala Adam mengangguk. Hedzry tu bukan bolehpercaya sangat. Kena pula dia memang sudah lama cuba meminati Delia. Risaukejadian ‘spiked’ seperti malam tahun baru berulang kembali. Tak ke naya! “Lelaki ni bila terlalu mahukan sesuatu, kadang-kadangboleh bertindak di luar batas akal. Bertindak tanpa fikirkan akibatnya dikemudian hari. Sebab tu, I selalu risau bila nampak Hedzry dekat dengan you. Itak dia apa-apakan you!” Mereka terdiam lama. Langkah diteruskan tanpa pedulipandangan orang-orang yang berselisih dengan mereka. Delia mahu pun Adammasing-masing tidak kisah andai rahsia mereka terbocor. Dah malas nak fikir!
“You tak payah risau. Lepas kena dulu, I memang 200percent berjaga-jaga. Tak mau terkena lagi. Cukuplah sekali.” “Bunyi macam menyesal je!” “Mau tak menyesal. Maruah I tergadai macam tu je. Dalamkeadaan yang I sendiri tak pasti macamana!” Kali ini langkah Adam pula terhenti. Dia berpaling denganriak wajah yang agak pelik. Nak kata marah, macam bukan. Tapi sedih pun bukan. “Dalam kata lain, you takkan kahwin dengan I kalau bukansebab kita terlanjur kan?” Adam hela nafas lemah. “You menyesal kahwin denganI?” “Yup. Tapi…I tak pernah menyesal! Mesti ada sebab kenapakita ditemukan macam tu. You jangan fikir bukan-bukan!” Adam senyum tapi tidak seperti selalu. Tampak kosong danhambar. Lelaki itu kembali melangkah tanpa berkata apa-apa lagi. Terusmelangkah dan melangkah sehingga melewati simpang ke apartment mereka. Adam sepertihanyut dalam dunianya sendiri. Melihat Adam begitu, pantas Delia tarik lengan lelakiitu. Tidak mahu mereka tersasar jauh dari arah yang sepatutnya. Adam terpingasebelum Delia pegang pipi lelaki itu dengan dua tangannya. “Stop thinking about all those crap!” Kali ini Deliabersuara tegas. “I tak pernah menyesal kahwin dengan you. Sekali pun tak pernahterfikir macam tu. You kena percaya pada I, macamana I percaya pada you!” Lama mereka bertatapan sebelum Adam tarik Delia ke dalampelukan. Terlalu erat sehingga buatkan Delia sukar untuk bernafas. Kang adapulak masuk newspaper muka depan ‘Seorang wanita mati akibat dipeluk kuat olehsuami!’ Mau kecoh satu dunia. Hahaha!
“I love you, Azreen!” bisik Adam di telinga dan buatDelia tersenyum. Ini satu-satunya lelaki yang memanggilnya dengan nama itu. Atassebab apa Delia sendiri tidak tahu. Yang pasti Delia menyukainya. “I love you more…” Mereka salingtersenyum. Jari bertaut sebelum mereka teruskan perjalanan yang dari tadi asyikterhenti. Padahal bukan jauh mana pun. Paling lambat boleh sampai dalam 15minit! Tapi hari ini, mereka cipta rekod baru. Setengah jam baru sampai depanrumah! Gila lambat! Dah macam merangkak! “Tak masuk dulu?” “Tak boleh. I kena balik bilik. Dah janji dengan Shafiknak stay up sama-sama.” Delia angguk. Dia dah biasa dan dia tidak pernah kisah.Bukannya Adam tak balik langsung! “Good luck for your last paper. Lusa kan? I doa you berjayadapat result yang gempak!” “Yup. Thanks for the ‘doa’. You ada dua paper lagi kan?” Angguk lagi. Dua paper yang macam nak maut study! Jangankantoi paper commerce dah la! Huhuhu. Kalau kuiz, asyik-asyik dapat paras-parashidung. Antara hidup dan mati. Mujur la carry mark ok! “Good luck. I gerak dulu. Dah dekat maghrib ni!” “Ok! Take care.” Delia cium tangan Adam dan Adam juga cium tangan Delia.Kemudian beralih ke pipi kiri dan kanan, dahi dan ciuman berakhir di bibir.Adam peluk Delia lama. “Tolong jaga hati you untuk I, Azreen!” Bisik Adam sebelum berlalu. Delia senyum pandang lelakiitu sehingga hilang. Ayat Adam sebentar tadi masih terngiang-ngiang ditelinganya. Seolah terakam dan dimainkan semula berulang kali. Tolong jaga hatiyou untuk I…
|