CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tatod

Dr. Zulkifli Perjelas Isu Anak Dapat Biasiswa

[Copy link]
Post time 24-9-2023 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
JamilBinAbu replied at 24-9-2023 02:40 PM
laporan pasal hi-tea tu drpd LKAN kpd pusat zakat. tanggungjawab pusat zakat kena perbetulkan agih ...

Tak rasa maiwp jahh.. cer cek pusat zakat lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2023 04:20 PM | Show all posts
setuju dengan pendapat dia sepatutnya tak dapat.

bagilah biasiswa kepada orang yang tak mampu. itulah kerajaan boleh tolong kepada golongan rakyat yang susah untuk memperbaiki hidup mereka.

katalah generasi sekarang susah tetapi atas sebab biasiswa, keturunan dia akan ada kelebihan untuk memperbaiki dan memutuskan rantaian kemiskinan...  dan dlm maysarakat dpt merapatkan jurang antara orang susah dengan orang kaya.. klu setakat layak sbb keputusan mesti ramai juga orang kaya yang nak
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2023 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
MAIWP diarah semak semula kriteria asnaf fisabilillah – Mohd Naim

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) diarah menyemak semula kriteria kelayakan penerima zakat khususnya asnaf fisabilillah sebelum memberikan biasiswa penuh untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mohd Naim Mokhtar berkata, walaupun ketika ini kriteria penerima zakat fisabilillah tidak mengambil kira pendapatan ibu bapa, namun ia perlu diperhalusi semula.

“Saya mengesyorkan dan meminta MAIWP membuat semakan semula berkaitan dengan garis panduan penerimaan bantuan biasiswa, sebab garis panduan sedia ada mengambil kira had kifayah terpakai bagi penentuan asnaf fakir dan miskin.

“Berkaitan dengan garis panduan melibatkan asnaf fisabilillah, saya mencadangkan supaya ia dilihat secara komprehensif.

“Kita tak tengok kepada pendapatan bulanan ibu dan bapa, kita boleh tengok aset dia ada dan secara keseluruhan nilai diri ibu bapa itu, itu yang boleh diambil kira,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan penutupan Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) kali ke-9 Tahun 2023 di Kompleks Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP), Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Semalam, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakti dikecam netizen kerana anaknya yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia menerima biasiswa pendidikan MAIWP.

Biasiswa yang ditaja MAIWP difahamkan untuk menampung kos perbelanjaan anaknya, Abdul Syakur ke Universiti Jordan.

Pertikaian itu berlaku apabila ada pemilik akaun media sosial yang mempersoalkan biasiswa penuh yang diperolehi anak bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu daripada pembayar zakat.

Bagaimanapun Zulkifli mempertahankan biasiswa yang diterima anak lelakinya itu kerana berada di dalam kategori asnaf fisabilillah dan biasiswa zakat itu tidak menganggu kuota asnaf fakir dan miskin.

Tambah Mohd Naim, beliau juga mengarahkan MAIWP melihat semula kriteria penerima zakat fisabilillah dalam kalangan asnaf fakir dan miskin yang mempunyai nilai jati diri yang berpotensi untuk diketengahkan.

“MAIWP juga boleh melihat dari sudut bukan sahaja kejayaan akademik sahaja, kemungkinan anak-anak asnaf tidak bertarung atas padang sama rata, mereka mungkin tiada kemudahan untuk mendapat 3A atau 4A.

“Tetapi mereka ini ada sahsiah diri begitu tinggi, akhlak baik, motivasi tinggi, cuma dia tak ada kemudahan sama seperti orang-orang berada.

“Saya minta untuk lebih adil supaya MAIWP nanti boleh melihat potensi anak-anak asnaf yang tak capai kecemerlangan akademik, mungkin dia dapat 7A, 8A, tapi dia ada kriteria baik,” katanya.

Selain itu, MAIWP juga perlu mengambil kira nilai kemahiran yang dimilik anak-anak asnaf fakir dan miskin yang diperlukan negara untuk membangunkan ekonomi.

“Sebab falsafah di MAIWP ialah kita nak bagi kail, bukan nak bagi ikan, kita nak keluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan.

“Mereka tiada kemampuan, tidak cemerlang tapi dia mempunyai bakat dan kemahiran tertentu yang boleh kita angkat untuk bangunkan ekonomi negara.

“Saya harap MAIWP boleh tambah baik dilihat dan disemak semula supaya pada pandangan saya pemilihan yang lebih adil akan dapat ditentukan,” katanya. – MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2023 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
JamilBinAbu replied at 24-9-2023 04:31 PM
MAIWP diarah semak semula kriteria asnaf fisabilillah – Mohd Naim

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Isl ...


BURRRPPPPP

I cannot be further from the truth

OPPORTUNIST....
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2023 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
tukul replied at 23-9-2023 09:24 PM
Why i agree with u this time sting walaupun some other Times i nyampah dgn u... kahkahkah

Nyampah keww nyanmma sitimoh anak patah al kejong?

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2023 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
snowflakes replied at 23-9-2023 05:13 PM
Anggap la rezeki dia... kena terima hakikat dunia memang macam ni... adil untuk orang tak semestinya ...

Terima hakikat dlm menidakkheun peluang mereka mereka yg benar benar LEBIH MEMERLUKHEUN sedangkheun punyai keputusan sama baik jika tidak lebih baik?



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2023 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Lampuled replied at 23-9-2023 10:24 PM
Yer lah kalau tu aje pilihan yg ada and dia pun excellent ok je lah. Bapak dia pun bkn kaya mn cum ...

Dlm kategori tak mampoo jika tidak dapat biasiswa tersebut, maksud ko...si wak zul ini?

#tanyaje
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2023 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai kena kaji balik kriteria asnaf.Maknanya selama kini duit zakat tersilap bagi la?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2023 05:04 PM | Show all posts
“MAIWP juga boleh melihat dari sudut bukan sahaja kejayaan akademik sahaja, kemungkinan anak-anak asnaf tidak bertarung atas padang sama rata, mereka mungkin tiada kemudahan untuk mendapat 3A atau 4A.

yg aku highlight in red tu mungkin sesetengah org sukar nak paham.. atau saje buat tak paham. student yg miskin dgn student yg kaya tak bertarung atas padang yang sama.


student A duduk PPR kena tlg mak jual nasi lemak nak bantu keluarga, kurang kemudahan pembelajaran, mungkin kena jaga adik beradik nak ulangkaji pun terganggu... atas segala kekurangan ini dia cuma dapat 5A


tak sama playing field dgn


student B yg datang drpd keluarga kaya, asset berjuta, boleh pergi tuition, some have private tutors, parents mampu sediakan kemudahan pembalajaran canggih... dengan segala privilege ini dia dapat 8A


kena faham konsep equity. kena faham jugak masalah generational poverty.















Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2023 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 24-9-2023 04:47 PM
Sampai kena kaji balik kriteria asnaf.Maknanya selama kini duit zakat tersilap bagi la?

bannyak loopholes dan ada duit zakat yang disalahgunakan, dan jugak ketidakadilan pembahagian zakat antara asnaf.

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2023 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
stingergrumpy replied at 24-9-2023 04:44 PM
Dlm kategori tak mampoo jika tidak dapat biasiswa tersebut, maksud ko...si wak zul ini?

#tanyaje ...

Yer la kot.
#agakje
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2023 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
blue_blur replied at 23-9-2023 09:04 AM
ni bukan sebab layak atau tak...

sebab utama kecoh adalah, biasiswa tu datang dari pembayar zakat.  ...

Hah komen uols plg on point
Duit pembayar zakat

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2023 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah dah ler tu mengkomer semua. Anak Dr Zul ni sampai harini kalau bergambar dengan kawan2 sama student baru d Jordan dia sorang je mask on. Ada kaitan kot ngan kekecohan kat Malaysia ni. Kesian pulak aku tengok
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2023 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
MarryPottet replied at 23-9-2023 10:46 PM
Ya betul
Utk pengajian menuntut ilmu under fi sabilillah
Anak2 lobai ahli parlimen & adun parti b ...

Kalau pusat zakat negeri i ni...even nak dapatkan bantuan persediaan belajar one off yg 500 tu pun kena dapatkan surat pengesahan penghulu bhw bermastautin dan berpendapatan brp2 dan ic adik beradik kena cop jugak..malas la i nak mencari balai penghulu...kalau yg biasiswa ni takkan tak perlu pengesahan penghulu
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2023 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
zamnie replied at 23-9-2023 11:44 PM
Alhamdulillah rezeki ank dia.. akk ank dpt 8A sains pun x dpt mn2.. jpa ytp mara semua x dpt end up  ...

Sama ler kita...bantuan 500 one off drp.pusat zakat pun kensel isi sbb byk sgt requirement nak kena cari penghulu bagai
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2023 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
tukul replied at 24-9-2023 10:22 PM
Sama ler kita...bantuan 500 one off drp.pusat zakat pun kensel isi sbb byk sgt requirement nak ken ...

Kannn... mgkn sbb kita xde rezeki mcm org yg ternama..
Tp kalau viral kot baru dpt biasiswa atau mcm2 dpt.. time tu la semua biasiswa dtg nak offer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2023 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Atata replied at 24-9-2023 08:37 PM
Dah dah ler tu mengkomer semua. Anak Dr Zul ni sampai harini kalau bergambar dengan kawan2 sama stud ...

lantak ler dia nak pakai mask pon. bukan masalah besar pon.

ada orang suka pakai mask sbb kalau buka mask muka kurang menarik drpd pakai mask, ada perempuan pulak yg pakai mask sbb malas nak touch up. there are so many reasons & excuses org pakai mask. kalau dia malu sbb isu ni pon hadap je lah.

dah sekarang ni issue ni tgh hangat, biarlah org nak comment. minggu depan org lupa lah ketirisan pengurusan zakat ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
tukul replied at 24-9-2023 10:20 PM
Kalau pusat zakat negeri i ni...even nak dapatkan bantuan persediaan belajar one off yg 500 tu pun ...

Bagi negeri yg kutipan zakatnya sedihhh mmg ketat sgt requirements utk apply, unless ada bawak surat recommendation dari somebadi

Mcm maiwp sgt lumayan kutipan zakatnya so itu sebab agaknya anak bekas menteri yg ada kekayaan >rm1mil pon boleh dapat biasiswa penuh
But then again kat X, thread isu ni ramai gak yg merungut hampa tak dapat tajaan pusat zakat walau result cemerlang & dari isirumah bifoti
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
JamilBinAbu replied at 25-9-2023 06:46 AM
lantak ler dia nak pakai mask pon. bukan masalah besar pon.

ada orang suka pakai mask sbb kalau  ...

Gambo2 kat epot tu pon dia gigih pakai mask walau masa tu isu ni belum berkumandang
Dia tak sihatlah tu kot. Ada covid symptoms perhaps
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg penting sekarang ni, korg bayar zakat ke tak? Jgn culas buat2 tak nampak or lupa ye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.109951 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list