|
|
|
Iols baca pun stresss.....bertabahlah |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Uihhhh katam baca..smpi snggup la aku air dry kaen yg da siap basuh tu ha..walaupon cahya matahari terang benderang kat luar ..xde la ras bersalah sgt lom sidai kain...sbb kain x ready lagi.. Walhal.... hahahahahaha
Serious laa...aihhh emotional sungguh baca..but good for u...nampak mcam ko da prioritize kan diri n family kecil ko dlu...ujian idop ko tu asbab utk Allah bgi nikmat yg tak terhingga utk family kecil ko...
Haihh baca pon letih...ko yg hadap tak tau la mcamana dpt hadap..mmg ko hebatla... thumbs up!!
Bagus la mcamni..dgr je la ape depa nk cita..x amek tau lansung x mungkin la kan...x dpt nak lari...da nama pon family..tpi bagusnya sbb ko da pndai protect dri...rezeki juga Alhamdulillah sbb ade suami yg sgt2 memahami and protect ko...asbab sabarnya ko layan kerenah parent and siblings maka Allah hadirkan suami yg terbaik,Dan memahami keadaan ko...kalu laki laen..mmg tgok muka parent ko pon depa x nak da la kot..sbb Hal sndrik 1 Hal..sebb cara layanan depa pada ko yg da Cuba sehabes baek utk depa tu di pandang mcam xde nilai...
Ape2 pon ...I wish u and ur small family the best, di limpahkan kesihatan,kesenangan Dan ketenangan dlm hari2 yg mendatang...semoga Allah satukan hati ko,suami and anak2 hingga ke syurga insyaAllah.... Aaamin Allahumma Aamin...
All the best sister...only the best for you and ur little family ; ) |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
nanti i reply ye..
kita sambung updates adik beradik dulu
3) Adik lelaki bawah i..engineer IR yang berkhawin dengan ibu tunggal anak sorang dari TTDI..
Ini adik i paling rapat dengan i..tapi disebabkan fitnah dari adik perempuan bongsu i yang mental tu, pernah membuatkan salah faham..dan adik i ni maki i kaw2..
Lama dia tak bertegur i.. tapi akhirnya kebenaran terbuka dan adik i ni mintak maaf dengan i tapi hubungan dah jadi awkward tak macam dulu.
Adik i ni satu-satunya yang dengar cakap i sejak sekolah lagi... i lah yang advised die ambil course apa untuk belajar and masa die uni, i yang support duit belanja, belikan motor, carikkan rumah sewa etc. Sampai bile cuti sem, dia akan duduk rumah i and keje part time.. makan minum belanja semua i laki bini tanggung.
I ingat dielah harapan..tapi bila dah kawen lain pula jadiknya. Adik i ni lepas kawen minah TTDI, terus speaking London dan mcm tak reti cakap melayu. Mcm kelakar kan bunyiknya.. orang lain kawen dengan minah saleh origin UK pun takdelah tiba2 change 180 degree. Tapi i rasa ini bertitik tolak dengan cara didikan kami yang membuatkan low self esteem dan mudah terikut-ikut pasangan.
Oklah yg adik ni malas i nak kupas panjang2..cuma samalah juga..walaupun engineer IR tetap takbagi duit kat parent. dan rumah die pun kami tak pernah pergi sebab nampak mcm die memang taknak ada kene mengena dah dengan family.
Wife die juga dominan dan kehidupan agak mak datin. Anak demam batuk sikit pun ke Prince court ye..Wife tak bekerja tapi maybe senang dan lifestyle TTDI, maka another level lah demandnya.
4) Adik perempuan bongsu yang mental
Ingatkan yang terakhir parent i tinggal di rumah flat kerajaan yang disewakan oleh adik i ni.. Tapi memang kesian sebab asik kene halau je parent i tu..tapi sebbkan takde tempat nak pegi, parent i stay jelah buat bodo. Sekecik-kecik benda salah mcm tertumpahkan air pun, tak lap meja lepas makan, pun akan kene herdik dan halau2.
Sesiapa sedara mara parent i nak dtg melawat kene permission dia dulu. Dan i memang diharamkan sama sekali jejakkan kaki ke rumah tu.
Kalau i datang nak jumpa parent, kami akan jumpa di bus stop bawah flat dan kami akan bawa mama abah keluar makan dan lepak2 kedai makan jelah. Makcik (adik abah) ada contact aku dan tanya kenapa biarkan abah tinggal dengan adik dgn keadaan tertekan macam tu... as it aku taknak jaga diorg...aku terpaksa bagitau yang mak yang taknak..maybe sebb nak pegi check up hospital senang..
So, adik aku ni ..boleh tak aku namakan si gila..sebab mcm taknak lah mengaku adik sebab setan sangat kelakunya...Ok si gila ni kan lama tak dapat anak.. akhirnya dalam hampir 2 tahun dia tinggal dengan parent aku ni, akhirnya dia mengandung dan selamat lahirkan ank hujung tahun lepas. Ingatkan bila dah mengandung, kuranglah perangai anjing gila die, rupanya makin galak dia menghalau mak ayah..
Dia tak fikir agaknya berkat dia jaga mak ayah lah tu dia di rezekikan anak setelah 5-6 tahun kawen.
OK..jadi berbalik pada updates awal2 tu, abang bercerai talak 3 dan mak abah tinggal pindah ke rumah abang semula. Si gila ni punye suka terus let go rumah flat tu memberi isgnal yg abah mama tak boleh kembali lagi ke flat dan akan menghabiskan hidup kat rumah abang.
Aku marah kat abah sebab aku dah masak sangat game diorg nih.. Takde benda free datang untuk mak abah aku..mestilah duduk dengan pakej kerahan tenaga. Aku mesej abang aku baik2 bagitau jangan bagi mak ayah aku keje berat2...diorg tu tenaga tua tak kuat dah. Si abang aku tu cakap die tahu...abah mama hanya masak ringan2 and tengokkan anak2 dia je. Hal pergi dan ambil anak sekolah, anak dia yang tengah tunggu SPM tu akan uruskan..
Ok..tak sampai seminggu diorg duduk situ, si gila yang suka mengatur atur hidup org, telah plan kan anak abg yg tunggu SPM tu untuk kerja. Tugas-tugas hantar adik2 dia pegi sekolah (4 org..sekolah menengah & rendah termasuk sekolah agama) abah aku yang dah tua mata kabur dan jantung tu diarahkan menjalankan tugas tu.
Abah ada mesej aku kata rasa nak lari je dari rumah tu sebab penat sangat tak larat. Aku tahu yang paling kene kerah adalah abah aku sbb mak aku kan akan sedaya upaya berkhidmat utk abang dan cucu2 kesayangannya. Dia pedulik apa abah alu dah tua tak larat. ishhh aku manaip ni pun menggigil rasa tau.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Awal bulan 5 baru ni birthday abah. Abah ada wasap aku bagitau die tak sihat..Aku waktu tu tengah busy gila keje, aku just wish birthday dan pesan kat abah jaga kesihatan. Kalau rasa tak sedap teruslah ke hospital..
Tengah bulan 5 aku dah asik teringat abah..aku ada wasap tanya updates kesihatan abah tp abah senyap aje. Aku ada wasap akak aku, abah ade call/wasap die tak? dia kata ada untuk pinjam duit. Hari yg sama, adik aku IR tu wasap aku..tanya..Kak Lea.. teruk sangat ke hidup mama abah sekarang kat rumah abang? tak pernah-pernah abah wasap nak pinjam duit (of course speaking London..aku dah siap2 translate)
Aku mcm tak sedap ati. Lepas raya tuhari abah mama sempat mengadu duit raya yang aku bagi dah habis belanja utk anak-anak abang aku dan bayar bil rumah abg aku...
Aku rase nak tunjal je kapala abang aku tu.. Gamak pakai duit org tua tu yg sumbernya dari aku sorang je. berapa sangat lah..untuk diorg berdua cukuplah..tapi kalau nak menanggung 6 cucu tu..memang tak cukuplah jawabnya.
Yang adik Ir tu pun aku rase nak tunjal jugak. Aku tanya abah nk pinjam berapa ribu? Dia jawab RM100.. aku mcm RM100 pun kategori pinjam ke? Bukan patut sedekah?
Die kata, die bagilah sikit tak sampai seratus sebb die pun belum gaji.. Adoi...aku tanpa berlengah waktu aku terus tranfer abah RM500 pastu aku wasap abah pakej sound jugak la..
Aku cakap, " Abah, abah sendiri takde income.,mcmana nak support abg pula. Abg tu kalau dah gaji tak cukup, cariklah keje lain perlahan-lahan..Ni mcm takde usaha nak tambah pendapatan mengharapkan abah mama pinjam keliling"
Taktau lah kan.. abg aku terbaca pulak wasap aku tu..jadik marah dia lah..Abah aku pun cakap..dahla Lea jgn campur hal abang..taulah die nak uruskan..
Aku panaslah jugak kan..aku kata kalau tak susahkan mama abah, memang org pun taknak campur. Abah jangan biar abah kene kuli kat rumah tu ye..Ingat mama abah tu tak sihat"
Lepas tu aku merajuk malas nak wasap abah dah sebab tak habis2 nak kesiankan abang aku yg gali kubur sendiri tu. Jujurnya aku memang tak kesian dia bercerai talak 3 tu...patutnya bercerai talak 3 tu waktu anak sorg dua lagi sbb dah banyak sangat red flag wife die tu...Tapi aku mcm nak percaya pula mak aku pernah kata yg pompuan tu kuat mak esah.
Kalau diikutkan da banyak kali dah drama lari rumah, cubaan cerai semua ni. Tapi bila abang aku balik kampung pompuan ni, auto baikkkkkk balik. Samalah yg baru cerai talak 3 nih..raya tuhari masih ke kampung pompuan tu beraya bersama ye..
Baiklah pada 31/5 yang lalu aku dpt wasap dari abang aku ada video abah aku terguling-guling kene heart attack. Wasap tu suruh aku balik segera sbb abah dah sebut2 nak jumpa anak2. Aku tak tengok habis video tu sebb aku tengok tangan jari bibir abah aku dah unggu. aku terus call abang aku yang bangang tu, dan jerit suruh panggil ambulance.
Tau tak bapak aku tu kene jantung dlm pukul 2..diorg pakat sapu minyak angin je..Ya Allah...sampai pukul 4ptg org tua tu tahan sakit sampai dah biru. Bila aku jerit suh panggil ambulance barulah call and sampai zone merah hosp terdekat jam 6 petang. Bole imagine tak bapak aku menahan sakit mcmana...
Aku sampai Jb jam 10 malam. Abah masih di red zone dengan oksigen mask duduk atas katil xleh baring sebab katanya oksigen abah aku rendah sbb paru-paru dah masuk air. keadaan abah waktu tu mamai mcm meracau2 maybe sebb oksigen kurang.. Dari pukul 6 petang duduk di redzone sampai 6 pagi baru dapat masuk CCU.
Sebelum tu aku singgah Melaka utk ambil akak, suami dan anak die untuk tumpang kereta. Mcm biasa Audi tak boleh jalan jauh..untuk buat pameran jek..
Sampai hospital..laki akk aku si Komodo terus ambil kunci kereta anak die and balik rumah abg aku utk tido. Aku dan akk aku bergilirlah jaga abah malam tu di CCU.
Esoknya abah masih guna oksigen mask..masih mamai..sedara mara adik beradik abah dah sampai..abah meracau nama mama.. Makcik aku sampai sound la mana mak ko..bapak ko meracau racau dah panggil dia.
Mak dan abang aku meneruskan rutin hidup macam biasa ye tuan puan. Abang sebok nk masuk shif malam dan mama sebok masak utk abg dan anak2nya makan. Aku memang tak boleh tahan ye..aku pegi rumah abang dan mintak dia bawak mak aku hari2 visit abah. Nak jadi apa, abah dah kat hospital pun tak pedulik..tak segan ke dengan sedara mara abah yg dtg.. Barulah lepas tu mak aku dtg visit.
Malam tu Dr panggil bgtau oksigen dan paru-paru abah tak cantik dan abah kene intubate. Dr bagilah kami masa video call dengan abah sblm di intubate. Waktu tu aku stay hotel nearby hosp, so apa2 aku paling cepat sampai. So akulah video call diorg. Aku dah terangkan risiko2 intubate tu...tapi diorg santai2 bye2 abah aku mcm gaya nak pegi bercuti ye..Sampaila aku sound..ni hidup dan mati ye bukan main2. Barulah serius sikit masing2 minta maaf bagai...
Abah diintubate dlm 5 hari juga di CCU. Sepanjang tempoh tu waris hanya boleh dtg melawat ikut waktu melawat. tengahari dan petang. waktu ni aku curi balik KL untuk uruskan hal sekolah anak..kira sempat aku ulang alik sepanjang abah sakit ni 3 kali lah KL-JB. Sebab aku ade juga kerja dan urusan nak di siapkan.
Kali kedua aku naik JB, Dr nak jumpa waris tapi aku tak sempat sampai..So ank buah aku tolong rekod apa yg doktor brief. Memandangkan aku pernah mengalami situasi anak di intubate ni, aku fahamlah juga serba sedikit bacaan2 pada monitor tu..
Doktor semestinya bila nk extubate pesakit, akan bgtau worst case scenario utk kita bersedia dengan apa2 kemungkinan.
Antaranya doktor bagi option kalu anythg happenlepas extubate,sama ada nk biarkan abah pegi (meninggal) dengan bantuan ubat tahan sakit etc atau nak tebuk masuk oksigen di leher. tebuk ni perlu komitmen waris 24 jam ye utk suction etc. Doktor siap terangkan faktor umur abah yg dah 74 tahun takut tak boleh bertahan.
Obviously briefing tu hanya one way communication. None of them (abang, akak dan si Ir) ada tanya balik Dr soalan2 tentg current condition abah. Just telan je bulat2 apa Dr sampaikan. So bila i sampai hosp, i terus tanya Doktor balik.. dan i tanya condition abah, including organ2 penting kidney, jantung, brain..oksigen dlm darah, oksigen setting pada ventilator mch..
Jawapan nya all good. then i tanya so ape perlunya nk option2 tu..Doc kata sekadar utk berjaga-jaga if anythg happen out of sudden.
Ok so malam tu diorg panggil meeting adik beradik and i cakap i taknaklah buat option sebb i positive abah bole baik..sebb semua result nya improving dan stable.
Ehh... tiga ekor tu mcm tak puas hati.. diaorg kata doktor lagi tahu and abah pun dah tua. Si Ir siap keluar statistik hayat lelaki di mlysia average 72 tahun. abah is 74 which is 2 tahun bonus..kira oklah... Wah..aku rase mcm nk lempang je mamat London celup nih..tapi aku taknak mengeruhkan keadaan..Aku rasa kalini aku semakin matang sebab kalu Netflix tu.. episod parent sakit ni dah masuk season 4 dah. Dan semuanya memang aku yang jaga sorang.
Akukan workshop..Mak dua kali bedridden stroke aku jaga...nanti dah baik die lari rumah anak lain jadik maid jaga cucu..
Abah pula ni dah kali kedua. Ingatkan yg petg raya tahun 2021 abah kena heart attack dan aku dah settlekan pasang stent bagai sebelum aku pindah KL?
Mlm tu 3 org lawan 1 (akulah) sebb masing2 opt mcm dah give up & nak biar abah mati mcm tu je. Reason..bukan senang nak jaga kalau dah vege..bole bergado laki bini cerai berai..gaduh adik beradik..
Aku senyum kambing jelah..sejak bila korang kene jaga? bukan semua biasanya buat tak tahu je ke? Since diorg ni penakut bab2 buat decision hidup dan mati ni, nama aku sebulat suara waktu aku tak sampai hospital tadi, dah diberi oleh diorg kepada DR utk buat decision. Kira nak lepas tangan lah ni..
ok takpe..Malam tu walaupun aku positif dengar progress abah, tapi tetap risau jugak. Tak boleh tido..aku solat hajat. Such a miracle sangat pagi tu (raya haji), hosp call bagitau abah terbatuk kuat dan tercabut tube nya. So tak sengaja ter extubate lah abah. Suprisingly oksigen abah pun ok..hanya guna oksigen mask yg minima. Fuh..sujud syukur sangat....
Adik beradik aku yg dok harap abah meninggal semalam, semua terkejut abah extubate dan stable.. Fast Forward..abah sedar dan ditukar ke wad biasa. Di wad biasa waris kene jaga 24 hrs sebb nk feeding guna tube..salin pampers etc..
Jadi masalah sebb takda siapa nak jaga. Waktu tu cuti sekolah dah habis. aku dah lajak ponteng anak aku dua hari. Yang asrama tu aku dah kene hantar balik.
Calon yang sesuai tentulah akak aku kan sebb die tak keje.. tapi laki komodo die yg keje guard tapi perasan ceo tu dah buat muka and guna kuasa veto suh akk aku balik juga.
So, lepas dah bertolak-tolak tu akhirnya laki si gila willing to jaga 2 hari (selasa & rabu). Dua hari tu aku balik KL uruskan segala benda..dan balik semula ke JB hari Khamis. Kemudian hosp maklumkan abah dah boleh keluar ward..tapi abah still bedridden lah..bolelah naik kejap wheelchair untuk nak tranfer ke kereta.
Bila dah keluar, masalahnya siapa nak jaga? Time nilah skrip lama berulang. Semua ada komitmen lah citernya..
oh ye.. si abang aku tu dah takde balaci nak hantar anak sekolah, pandai pula kirimkan 2 anak die kt ex wife die kat kampung. dan anak die yg lepasan SPM tu dia suruh benti kerja untuk urus adik2 sekolah.
mak aku dari awal abah kat hospital tu obviously tak amek port/ tak heran. Aku suh die visit abah pun alasan die abang aku tak bole bawak. aku kata die shif malam..tengahari pegilah kejap bawak mama visit. Eh mak aku kata mana boleh.. abang balik keje nak tido...bangun petang dah pegi keje balik..
Amboi aku ni tido pun tak cukup sejak abah sakit..yg anak die mcm babi eh baby pulak dah cukup tido 12 jam. Aku mcm speechless tau nk cakap dengan diorg ni. Duit taknak hulur, tenaga pun taknak hulur..
Tengah2 buntu tu, laki aku ckp..takpela lea kita bawak baliklah abah. Sebab aku pun buntu nk letak abah kat mana. rumah abang tu dengan takde katil. Katil bujang ada satu utk mak. Abah memang all these while tido bawah bentang toto jek. Dahla rumah abang aku tu dah berpijat merata..aku dtg kejap je dah mengetip -ngetip satu badan. Mcmana nak letak abah yg dah sakit tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
OK husband aku cakap kita boleh jaga tapi abah sorang je..mama takyah ikut bagi mengelakkan die menyerabutkan keadaan buat perangai lari2 rumah.
Lagipun mak aku bahagia die duduk dengan anak kesygn die iaitu abang aku yg lembam tu. Sebelum aku bukak mulut mak aku sendiri cakap taknak ikut, so senanglah keje aku.
keadaan abah tu memang banyak modal nk bagi baik. Aku kan workshop so aku dah biasa dah dgn kos penjagaan org sakit nih..
Aku listkan..
Katil hospital - sewa dan beli tilam plus deposit = RM1000
Susu - setin 3 hari je tahan , sebulan = RM 1000
Upah nurse dtg rumah cuci bedsore (RM 165 x 14 hari) =RM 2310
Ubat jantung kene beli sendiri = RM326
Pampers & brg2 dressing = RM 500
Cincailah..aku suh mak aku bagi aku RM3-5k. Kalini aku memang tak malu mintak sebb duit tabung haji tu duit aku. Dari aku mula keje aku tolak gaji masuk tbg haji mama.
Bulan2 yang cash aku bagi juga. Yang tabung haji ni memg khas utk sakit pening.
Mula-mula mak aku taknak bagi..so aku kene sedarkan dia sikitlah yg itu duit aku..mana cukup aku nak tanggung sorang sampai abah betul2 baik. So lepas die dah merungut2 tu die keluarkanlah jugak tabung haji die tp bagi aku RM2.5k je.. Malas aku nk gado, amek jelah dari takde.
Dengan adik beradik lain aku tak minta sesen pun duit sbb mcm biasa akan jadi gado. Jadi aku mintak doakan abah jelah.. itupun kalau ade yg solat. London boy tu memng dress up all the time seluar pendek dan cakap pun mcm takde agama play god.
Tak habis2 dok ckp..the doctor is damn shit..tak sangka abah survive...hmmmm....
Neraka berdarah..najis suci punye anak..
So now...dah seminggu lebih abah kat rumah aku..Aku takut sangat aku tak mampu jaga abah.. hari2 doa allah bantu..allah mudahkan lah..
Keje aku ..tengah sibuk2 hal abah sakit tu tiba2 aku ditukarkan ke department lama aku yg bossnya sangat2 lah baik.. Tau je aku jaga abah sakit, terus die bagi aku work from home seminggu 2@3 kali..alhamdulillah..
Nurse pun aku dpt nurse lelaki Sri Lanka yg very helpful..walaupun kadang2 cakap mcm ayam itik...Marah die aku cakap die Bangladesh siap tunjuk pasport oi..Kasta lain ke apa Bangla vs Sri Lanka..Mula2 melalui ejen aku kene byr RM165.. lepastu die kawtim byr die RM100 je sehari, tapi kene ambil die dr nursing home tpt dia keje..which is tak jauh pun.. So daptlah jimat di situ..
Kesimpulannya abah is improving..dari bedridden dah bole jln berpapah / duduk.
yang aku risau tube feeding die jelah sekrg ni kadang2 buat die tak selesa & dia masih tak boleh makan solid food..so die selalu lapar asik nak susu 2-3 jam sekali.
Aku pun minggu ni dah dptkan abah appointment utk speech therapy utk tengok tube feeding dan juga IJN utk prosedur jantung abah selanjutnya..
Meanwhile si gila sibuk ye updates di medsoc dia perkembangan abah as it mcm die yg jaga. i adalah bg gambar2 updates kat abang utk bg pd mama tengok progress abah. Maybe abg i share juga dengan adik beradik lain...dan si gila take credit.
Sampai ada sepupu i tanya abah i kat mana...si gila jaga ke...
Pastu si gila updates kononnya dia & adik beradik share2 duit utk baikkan abah..what the helll.....seposen pun takde weh...
Banyakla lagi dongeng2 delusion dia kat fb/ ig tu..kawan2 i siap screenshot tunjuk i..keji betul si gila nih..
Siap iklankan nak carik nurse lelaki utk jaga abah..deyyyy abah da selamat dah kat rumah aku nih...sikit lagi dah sihat..InsyaAllah..
Memang duit mama bagi tu tak cukup nk tamoung belanja abah..so i adelah korek tabung jugak..takpelah..
sambil2 tu i cubalah minta zakat sbb abah ni takde income.. I dah tanya dan diorg kata memang layak. Cumanya borang nk isi tu kene ada particular semua anak. Macm biasa si gila buat leceh taknak bagi details dia.
I malas nak layan..i tulis je kat form tu..PESAKIT MENTAL...hahahah..
Doakan ye dipermudahkan urusan i.. dont worry mental i lebih kuat rasenya dan dah bersedia kalau abah baik, die nak ke mak i..I rase i akan bagi jelah..
Plan i, rumah i di JB yg i tengah buat tu almost nak siap. By the time rumah tu siap, i akan balik jB bawak abah i and diorg boleh jumpa kat rumah i tu... Bila i balik KL, bawa abah, mama pulak akan balik rumah abg mcm biasa..
Itu je cara supaya mama dan anak2 tu tak buli abah lagi. Tapi kalu abah berkeras taknak ikut plan i, terpaksa i lepaskan.. tapi i berkira-kira nk bg syarat...inform i bila meninggal je, sakit jangan bagitau dah..
Aci tak ye... ke kejam...
Sekian updates i kali ni.. Doakan i sihat &dipermudahkan urusan & abah cepat sembuh ye...
Thanks for reading.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dilema jugak dibuatnya nih.... Harap sis kuat dengan dugaan nih...... Inshallah ada hikmah disebaliknya...... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
LagerthaRagna replied at 24-6-2025 12:49 AM
OK husband aku cakap kita boleh jaga tapi abah sorang je..mama takyah ikut bagi mengelakkan die meny ...
Semoga you dipermudahkan segala urusan, di beri kekuatan dan keadilan buat you. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Fuhhhh sakit kepala baca.. sian tt |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|