Post Last Edit by hunt_fear at 9-7-2010 00:14
Tinta II
Tunku, Kau perintis kemerdekaan, Kau menggerakkan kebangkitan, Kau mewujudkan kesedaran.
Tunku, Terima kasih atas usahamu, Terima kasih atas perjuanganmu, Terima kasih atas semangatmu.
Tanpamu, Kami tidak dapat merasa indahnya hidup dibumi merdeka, Kami tidak betah berlari riang diatas tanah sendiri, dan kami tidak lagi perlu tunduk takut kepada mereka yang digelar penjajah.
Sesungguhnya, Kau perintis kepada laluan kemajuan hari ini, Walaupun seribu orang menidakkan perjuanganmu, Namun percayalah, Masih ada kami yang tetap menyanjung tinggi perjuanganmu.
Terima kasih atas laungan Merdekamu, Tunku.
Hunt 9 Julai 2010 (Jumaat) 12.10am |