CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ajami

WAYANG ~ UiTM/Prof. Dr. Hatta Azad Khan ~ 13.11.08

[Copy link]
Post time 14-11-2008 08:02 PM | Show all posts

Reply #70 ajami's post

bukan poster ni yang jadik poster 'rasmi' wayang kat panggung wayang
gambar zul & mas kat atas tu sama, gambar eman diganti dengan gambar lain, sepatutnya gambar ni lah yang diletak, aku tak faham kenapa gambar eman manan yang muda belia diletak kat poster kat panggung wayang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2008 12:31 AM | Show all posts
aku dah tgk hari ni.. err, bagi aku jalan cite mmg ok.. cuma lakonan agak kureng skit.. berbanding dgn budak kelantan, lakonan dalam budak kelantan jauh lebih natural dan bagus berbanding lakonan dlm Wayang ni.. x real sgt la loghat kelantan dlm Wayang ni.. Dr segi natural dialek mmg xleh lawan natural dialek dlm Budak Kelantan..

still good to me.. tp aku menaruh harapan yg agak tinggi utk cerita ni, tp yg sampai pada aku x spt yg aku harapkan.. apa2pun bagus cite ni, cuma lakonan kena lebih perbaiki (i mean in term of overall dr segi lakonan utk semua pelakon cite ni)..

BTW, aku rasa part ada bebudak UiTM tu mcm poyo sesangat.. agak2 la wpun x pernah tgk wayang kulit, ni cam excited poyo je..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2008 01:21 AM | Show all posts
juz saw the movie....good effort lah jugak....storyline is interesting + unique characteristic. zul huzaimy was good. eman manan was great. mas muharni is someone need to watch out....! ida nerina just fine......uitm scene spoil the movie abit.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2008 08:03 AM | Show all posts
mesti nak tonton ni...Zulhuzaimy punya pasal...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2008 01:55 PM | Show all posts

Reply #83 laislabonita's post

bab budak uitm tu aku rasa bukan poyo, tapi lebih kepada jakun...dengan terangguk2, mulut terkumat-kamit, siap dengan tangan2 skali, aku rasa orang yg tak penah tengok wayang kulit pun takla 'darat' macam diorang...

tapi malula anak pak awang tu, mula2 kutuk bapak main wayang kulit, bila baca surat yang bapak dia jadik karyawan tamu kat uitm & dapat gaji RM5000 sebulan, terus dia peluk bapak dia, prinsip semua abis terbang ntah ke mana
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2008 06:27 PM | Show all posts

Reply #86 iscol_klang's post

betul2...

tp mamat tuh comel gak...

awi n melor mmg romantik...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2008 08:48 AM | Show all posts
aku ingat nak tengok last week. tapi sebab last minute planning & hujan, so aku tak pergi le tengok. minggu ni pun tak dapat rasanya. may be minggu depan aku nak jejakkan kaki. kat klcc ada tayang tak movie ni? aku dah lama tak tengok wayang lepas tu kul berapa ye ada tayangan ni. ingat nak tengok dalam kul 10.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2008 02:51 PM | Show all posts
sapa dah tengok mai laa komen-komenan!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2008 11:41 PM | Show all posts
Aku nk komen... Ak da 3 kali pegi GSC Queensbay tu nk tgk citer ni, tp ketiga2 kali diorang cancel show sbb xde orang. Jd, sampai hr ni ak x tgk lagi, huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 10:26 AM | Show all posts
kesian Vampire....kwn saya plak suami isteri tgk Wayang kat Cineleisure Damansara Sabtu lps....dia kata mcm org kaya booked panggung sbb berdua je dgn bini dia dlm tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2008 12:49 AM | Show all posts
up! filem ni bagus! kpd yg selalu komplen bila msia nak ada filem yg bagus?.. tgk laaa!
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2008 10:11 AM | Show all posts
Baru tgk smalam di GSC Mid Valley. Tgk free sempena KLIFF. Lakonan Zul Huzaimy as usual, mmg superb lah. Eman Manan not bad. Mas Muhaini tu bagus walaupun baru berlakon.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2008 12:12 PM | Show all posts

ulasan gua..

link asal >> http://ajamihashim.blogspot.com/ ... ang-tok-dalang.html

"The main purpose of the Hikayat Seri Rama is to show the ideals of righteousness, love, loyalty, and selfless devotion."
ref: http://orias.berkeley.edu/SEARama/RamaMalaysia.htm

Naratif wayang kulit yang sebenar akan berada di persada budaya warisan bangsa sampai bila-bila pun. Biarkan ia di tempat sewajarnya. Yang ini ialah filem Wayang yang dibayangi sahaja oleh watak-watak asas dari wayang kulit sebagai rangkanya. Jasad naratif filem Wayang masih sebuah ambilan sebahagian cerita masyarakat yang tipikal. Barangkali ia umpama persembahan wayang kulit (bayang dari sekeping kulit mati yang berbentuk sahaja) yang kini diberikan realiti (watak-watak manusia hidup) untuk bercerita sendiri. Kalau wayang kulit ada tok dalang yang menjadi voice-over, filem Wayang pula di-dalangkan oleh Prof Hatta dengan mengarahkan pelakon-pelakon untuk berdialog serta visual pada seluloid. Fungsinya sama cuma dalam panggung komersiol yang moden. Modifikasi dan adaptasi sebegitu bagi aku sudah dibuat cara halus serta tidak mendesak untuk mendekati khalayak yang mungkin tidak ambil peduli dengan apa itu wayang kulit. Filem Wayang sudah berjaya timbulkan awareness itu yang sangat bagus nawaitunya. Tahniah!

Oklah. Apa ada pada filem Wayang? Sudah tentulah persembahan wayang kulit. Betul! Ia menyelitkan persembahan itu dari pelbagai sudut di sepanjang filem ini tanpa memaksa kerana ia jadi sebahagian babak dalam cerita penuh filem Wayang. Kisah utama yang diangkat ialah dari sisi point-of-view tok dalang Awang Lah dan sekitarnya. Ia macam sebuah doku-drama di sebalik tabir pembikinan sesebuah persembahan wayang kulit (the making of wayang kulit?) Khalayak diintaikan apa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas setiap kali persembahan itu. Kisah ala biografi Awang Lah menceritakan susah-senang beliau, konflik rumahtangga, isu kekeluargaan serta pro-kontra masyarakat sekelilingnya. Dari sekecil-kecil internal dirinya sendiri sehinggalah sebesar-besar external satu kampung! Punca asasnya? Wayang kulit itu sendiri bukan?

Sub-cerita pasangan Awi-Melor ialah Siti Dewi-Seri Rama dalam kehidupan sebenar Awang Lah. Fiksyen yang di-lipurlara-kan olehnya di wayang kulit jadi realisme. Sebagai tok dalang, Awang Lah kena menangani konflik-konflik itu seperti dia menangani (memainkan watak-watak kulit) di atas pentas. Tetapi khalayak memahami serentak dengan Awang Lah bahawa kehidupan sebenar manusia tidak semudah sebuah kisah persembahan wayang kulit yang dikawal oleh seorang tok dalang untuk durasi singkat setiap malam. Filem ini memperlihatkan bahawa kehidupan manusia juga seperti hikayat dalam wayang kulit. Ada watak jahat dan baik. Bila difikirkan semula, memang Hikayat Seri Rama itu sendiri asalnya dari fiksyen rekaan berdasarkan kisah masyarakat sekitar tok dalang yang pertama berkurun yang lalu bukan?

Kesimpulannya, menonton filem WAYANG karya oleh Professor Dr. Hatta Azad Khan seolah-olah menyaksikan sebuah persembahan wayang kulit dengan cerita moden masyarakat di sebuah ceruk kampung yang memerlukan mata zahir untuk berlibur dari tatangan kisah yang tersurat serta mata hati untuk mengupas lapisan-lapisan subtext yang tersirat di layar lebar. Pulangannya kepada khalayak ialah sebuah hiburan ombak pasang-surut emosi suka-duka dan gelak-esak di sepanjang naratif oleh tok dalang Hatta dalam bentuk audio dan visual sebuah filem. Ia ada cerita, ia sarat makna. Terpulanglah kepada penonton untuk menginterpretasikannya dari sudut mana pun, pasti ada puas dan tagih, mesti ada suka dan benci, kerana WAYANG memberikan semuanya.. sebuah cerita kepincangan yang sempurna!

Nah! Kamu mahukan sebuah filem komersiol yang bercirikan budaya Malaysia? Ini filemnya! Pergilah menonton selagi ada tayangan!

[ Last edited by  ajami at 28-11-2008 12:47 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2008 12:49 PM | Show all posts

Balas #86 iscol_klang\ catat

yaaa! gua setuju!!!! student uitm  yg mcm jakun tu dah jd comical characters pulakkk! mungkin di-sengaja-kan?

btw, gua baru perasan poster kat luar panggung mmg eman manan pakai kot bagai yg takder dlm filem???
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 06:48 PM | Show all posts
Wayang tak laku di pawagam


Babak menarik dalam Wayang.

KAK PORA terkejut juga apabila diberitahu oleh orang dalam industri filem yang mengatakan karya terbaru arahan Dr Hatta Azad Khan, Wayang lakonan Eman Manan dan Zulhuzaimy tak dapat sambutan baik. Bukan saja tak dapat sambutan tu maknanya bukan kutipan box-office tetapi sambutan yang cukup mengecewakan. Khabarnya, kutipan filem itu memang teruk.

Ishhh.. kenapa jadi sampai begitu. kak Pora dah tonton filem itu, memang bagus filem itu, ada banyak mesej dan kisah yang boleh dijadikan renungan dan pada masa sama juga terhibur.

Kasihan Dr Hatta dan team produksinya yang sudah menghasilkan filem yang mendapat pujian ramai tapi penonton kita pula tak mahu sokong.
Apa yang Kak Pora tahu kutipan Wayang sejak mula ditayangkan awal bulan ini, cuma jumlah kutipan kasarnya tak sampai pun RM300,000. Kak Pora pun terfikir juga, kenapa filem macam ini tak laku.
Nak kata filem tu tak sesuai untuk remaja dan anak muda, tak juga sebab dua anak remaja Kak Pora suka tengok filem tu, malah yang si abang sulung sampai pergi tonton dua kali.

Tapi, memang dia mengaku pada Kak Pora masa pergi ke pawagam, penonton dalam dewan tayangan tak ramai, ada lebih kurang 15 orang saja. Mungkin juga filem ini tak laku sebab guna bahasa dialek Kelantan dan lebih sedih di Kelantan tak ada pawagam untuk membolehkan orang Kelantan tonton filem itu. Susahlah kalau begitu, Finas kena tengoklah sikit benda macam ini.

KAK PORA: Bagaimana agaknya kutipan filem Selamat Pagi Cinta? Dapat sambutan ke, David Teo?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 07:29 PM | Show all posts

Reply #96 jajamis's post

tapi kenapa film Budak Kelantan tu laku ye padahal ckp dialek Kelantan jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2008 09:44 PM | Show all posts
wayang is a good film but...banyak sangat benda yang too shallow tak di develop oleh director betul2.

1. panggung terbakar langsung tak dramatik. tak de feel.
2. antagonist klise. Dah banyak watak cam ni dalam filem.
3. mamat jahat tu sorang saja terkontang kanting jadi antagonist.
4. Kalau tak buat minah mas muharni tu jadi anak kandung eman manan rasanya jalan citer lebih best.
5. zul huzaimi pulun belajar silat tapi ntah apa tujuan tak tunjuk pun yang dia at least try to lawan the antagonist walaupun kalah.
6. tak perlu langsung adengan boring eman manan pegi jadi lecturer kat uitm tu. propaganda basi govement. At least wat ler budak budak uitm datang belajar wayang kulit kat kampung.
7. langsung tak establish kampung pantai timur dengan cantik. kamerawork mengecewakan.
8. banyak sangat lobang lobang dalam filem ini. tapi semuanya diselamatkan oleh sebuah isu dan tema cerita yang dihormati iaitu WAYANG KULIT!

by the way, zul huzaimi, eman manan, ida nerina dan mas muharni  adalah pelakon hebat!
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 09:49 PM | Show all posts
but....sebagai sebuah filem melayu ditengah ketandusan filem filem berkualiti dan ada nilai estetik, kita semua patut sokong filem2 macam wayang ni! Biar lah anak anak kecik pegi nonton filem Antoo Fighter atau brainscan, at least kita semua yang dah matang ni pegi lah sokong filem wayang. Filem ni still consider sebagai sebuah filem melayu terbaik untuk tahun 2008 selain dari SEPI, BUDAK KELANTAN dan KAMI.....

but sejujurnya, saya rindukan filem - filem genre sebegini ....dah lama tak tengok orang buat filem ada tema dramatik, dan seni tradisi macam wayang, selepas filem Fenomena, Bintang malam, Jogho, dan filem2 Rahim Razali.


Looking forward nak tengok more film like this in d industry...bergerak seiring dengan filem filem bergenre komersiol ringan.

[ Last edited by  intanbiru at 1-12-2008 09:54 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2008 01:10 AM | Show all posts

Balas #98 intanbiru\ catat

aku setuju!!!

tQ dear.. poin2 kau yg aku tak sebut dlm rev w/pon aku tahu mmg keujudan mende2 busuk yg kau sebutkan itu BERLAKU!!!

kau tau, sampai ada org industri sms aku mengatakan aku ni angkat wayang tinggi melangit sampai tak cecah bumi dah!

so.. apakata baca rev brader kita ni plak: http://lidotsavadak.livejournal.com/32141.html
aku harap ada yg e-mail/print bagi kat prof hatta baca k

Aku terbaca (secara tidak sengaja) artikel mengenai filem "Wayang" yang dikatakan KEBANGGAAN MALAYSIA di Berita Harian yang bertajuk Masyarakat Kita Hanya Pandai Kritik. Mungkin kalau aku ulas dengan banyaknya, maka aku akan dikira buta seni. Ya, aku buta seni kerana itu aku tidak mengambil TEKA atau FACT.

Kenapa kalau filem tidak laku di pasaran, disalahkan penonton buta seni? Salahkah jika penonton mahukan kelainan. Wayang adalah kelainan? Kalau tanya aku, T.I.D.A.K.  Wayang terlalu berat dan terlalu B.O.S.A.N untuk dihayati. Mendengar sahaja namanya sudah mendengar keluh resah yang tersimpul perkataan B.O.R.I.N.G!

Apakah itu KELAINAN, wahai Profesor Hatta? Membawa mesej budaya, itu kelainan? Menggunakan nama UiTM, itu kelainan? Menggunakan pelakon separuh masak atau non ado (nama), itu kelainan? Persetankan semua itu jika kita fikirkan kelainan adalah definisi seperti yang terkandung. Cuba kita fikirkan, berapa banyakah filem budaya dari luar yang pecah panggung? Setahu akulah, T.I.A.D.A. Jadi, apakah kelainan?

Masyarakat pecinta panggung mahukan K.E.L.A.I.N.A.N dari kebodohan Prof. Madya Razak (ah, kebanggaan UiTM juga ke ini?) yang menampilkan filem-filem M.E.N.G.A.R.U.T dan memaparkan K.E.B.O.D.O.H.A.N masyarakat Melayu bernama S.A.I.F.U.L aka A.P.E.K. dan sekutunya. Larikan dari semua itu walaupun filem-filemnya (terdapat yang tidak) pecah panggung.

Kelainan di sini adalah dari segi penceritaan yang tidak berat untuk difikirkan tetapi masih dikira moden. Contoh filem CINTA yang pecah panggung. Itulah yang diperlukan.Tetapi kenapa SEPI pulak kecewa di panggung? Kerana formulanya sama! Bodohkan orang-orang filem menggunakan formula sama kerana mengganggp filem terdahulu mereka bagus dan masyarakat memerlukan formula yang sama untuk filem seterusnya. Kerana itu juga, CONGKAK kalah di panggung berbanding JANGAN PANDANG BELAKANG. Membosankan jika menggunakan formula sama.

Cubalah fikirkan selain filem BUDAYA. Bukan semua orang dapat terima filem BUDAYA. Martabatnya terlalu tinggi. Seninya bukan untuk orang kebanyakan. Kita sudah bosan dengan filem budaya yang entah apa-apa. Teringat lawak seorang staf UiTM (berpangkat) sewaktu memberi kuliah (sebagai jemputan) kepada kami, "FILEM MALAYSIA BOSAN. KATA MAHU MENGANTARABANGSAKAN FILEM, TETAPI YANG DIAMBIL PELAKON MALAYSIA. CUBALAH AMBIL PELAKON JERMAN KE, ITU BARU ANTARABANGSA!" Walaupun sekadar melawak (ketika mengulas mengenai filem WAYANG dan harapan PENGANTARABANGSAAN), tetapi jika di dengar Prof. Hatta, mahu menangis kerana warga UiTM sendiri tidak menyokong.


“Pelajar UiTM sekarang lebih dari 100 ribu, ini belum dikira jumlah pensyarah dan kakitangan pentadbiran dan ahli-ahli keluarga mereka. Mereka ini semua adalah golongan terpelajar yang sentiasa mengharapkan filem tempatan dengan kualiti atau mutu yang tinggi. Saya kira kalau separuh dari mereka menonton Wayang, ia satu perkara yang boleh dibanggakan,” kata Profesor Hatta kepada Hip.

Itu yang katakan menerusi Berita Harian Online. Mengapa mahu kirakan sekali pelajar selain budak-budak TEKA a.k.a. FACT? Seperti yang aku nyatakan KAMI BUKAN ORANG SENI, KAMI BUTA SENI! Cuba kira jumlah pelajar TEKA yang beribu-ribu (mungkin mencecah puluh ribu, ratus ribu) termasuk ALUMNInya, berapakah yang MENGHARGAI usaha Prof Hatta dengan membeli tiket WAYANG? Mereka pelajar Prof. Hatta dan mereka perlu menyokong Prof.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 12:28 PM | Show all posts
hmmmpatut post artikel tu kat prof Hattan yang kutuk penonton bute seni ! biar dia sedar jugak yang filem wayang dia juga ada kelemahan so dia kena kaji betul betul apa kelemahan nya....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.909937 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list