|
bab ni pendek jer sbb takder idea!
Bab 25
"Saper tu?"soalku pada pagi itu.Aku terlihat seorang wanita yang tinggi lampai,berkulit cerah dan...Ayu jugak dia ni.Mukanya berbentuk bujur sirih dan rambutnya yang panjang lurus dilepaskan.Dia mengenakan baju kurung berwarna biru muda yang amat sesuai dengan warna kulitnya.Dia berpaling padaku.Senyuman kelat dilemparkan.Dia merenungku dari atas ke bawah.Matanya terdapat redup kebencian.Aku menelan air liur.
"Oh,Wana!Miza,mai sini.Perkenalkan Wana.Dia,orang yang banyak membantu kontraktor di sini,"kata Rinna.Terdapat rona-rona merah pada pipiku kerana dipuji.
"Wana,ni iti Nurhamiza...Panggil Miza,"kata Dahlia pula.Aku mengangguk dan menghulurkan tangan untuk bersalam tetapi tidak bersambut.Aku menggigit bibir..Aiyoo...Orang nak bersalam dia tak nak!Geramnya!
"Miza ni,kontraktor baru kita,"bisik Kelly padaku.Aku menuju ke tempatku.Im yang berada di tempatnya,memandangku.Tajam.Apa dia ni?Pandang aku macam nak makan!
"Err...Apa Im?"soalku.Im berkata,"Lawakan Miza tu?"Ceh,nak buat aku jealous ke?"Emm....Lawa.Mesti lagi lawa kalau pakai tudung kan?"kataku.Dia mendengus.Nampak sangat nak buat aku cemburu!Yelah,puji orang lain...Mata tak lepas pandang aku!Eh,perasan pula aku ni.Tapi...Memang betul.
AKu duduk di tempat aku.Miza menuju ke arah meja Im.Dia menoleh ke arahku sebentar dan mencebik.Kemudian,bila berpaling ke arah Im,dia melemparkan senyuman yang paling manis."Err...Kimi.Arfan suruh you bawak I tengok projek you.Projek yang mana-manalah.Biar I tau sikit camner cara kontraktor of the year buat kerja,"katanya.Lembut sungguh suaranya.
Im mengangguk dengan senyuman.Dia bangun dan menghulurkan tangannya kepada Miza.Tangan Miza melingkari lengan Im.Im berpaling kepadaku."Nak ikut Wana?"soalnya.
Erk?Kalu aku tak ikut kang nampak sangat yang aku ni cemburu tapi kalu aku ikut cam nak tahu apa yang diorang buat...Sama macam cemburu jugak!Mana satu aku nak pilih ni.Aku merenung mejaku.Err...Takder kerja.Okeylah.."Err...Boleh jugak!"ucapku dua patah.Aku mengemas meja sebentar sebelum membuntuti mereka
berdua.
Aku memandang ke luar sepanjang perjalanan itu.Malas menonton kemesraan Miza dan Im.Aku mencintai Izzat tetapi mengapa timbul cemburu melihat kemesraan Im dan Miza?Kalau begitu,adakah aku mencintai Im?Jikalau benar,kenapa aku rasa gembira bersama Putra?Mengapa aku rasa rindu setelah lama tidak melihat Ridzal?Cintakah itu?Aku benar-benar keliru!Siapakah yang aku cintai?Izzat?Putra?Im?Ridzal?
Aku perasan mata Im giat melirik ke arahku melalui cermin pandang belakang.Aku mengeluh.Ya,aku rasa di sudah berjaya membuat aku cemburu!Rasa...Terseksa!Kenapa tangisan ingin keluar dari mata ini?Apakah yang sedih?Apa?Tak!Aku takkan menangis untuk Im!
Sebaik sahaja kereta Im berhenti di tapak pembinaan,aku terus keluar dari kereta itu kerana tidak mahu melihat kemesraan Miza dan Im lagi.Hish...Aku jealous?Im turut segera menapak ke arahku.Aku mahu melarikan diri darinya tetapi Im lebih cekap menarik lenganku.Dia tersenyum.
"Wana jealous?"soalnya.Aku memandang ke arahnya."Hemmm...Congratulations pada Im sebab berjaya buat Wana jealous...Yes,I am,"kataku lalu berpaling namun sekali lagi Im menarik lenganku."Im sayang Wana jer so tak payah jealous lagi,"katanya lalu memaut bahuku erat.
"Miza,jomlah tengok,"ajaknya.Miza turun dari kereta dan merenungku tajam.Dia berlari anak mengejar tapak Im yang agak laju."Im dah tahu yang Wana break ngan Izzat,"bisiknya padaku.Aku mendengus."Wana tak tanya,"gumamku perlahan.
"Err...Kimi,"panggil Miza.Im berpaling dan Miza mendekatinya.Rambutnya sengaja digerbangkan,menggoda."Jadi...Biasa..."katanya sambil berjalan bersama Im."Ada berapa pekerj...."tiba-tiba Miza seperti tergelincir.Tangannya memaut leher Im agar tidak jatuh.Urgghhh...Pompuan ni sengaja!Aku berani bertaruh! |
|