|
Peluang Kerjaya bersama CIMB Wealth Advisors
[Copy link]
|
|
Boleh datang ke pejabat saya di Kelana Jaya setiap hari sabtu utk mengetahui lebih lanjut.
CIMB Wealth Advisors(Inspired Vision Agency)
Jalan SS6/20A,Dataran Glomac,
47301 Kelana Jaya,
Selangor.
Taklimat akan bermula jam 11 pagi setiap Sabtu.
[ Last edited by syafali at 18-3-2008 02:48 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
CIMB-Principal Offers Investment in Islamic Money Market Instruments
CIMB-Principal Asset Management today announced the launch of the CIMB Islamic Money Market Fund, a Shariah-compliant fund that invests in short term money market instruments maturing in less than a year. As a tax-efficient alternative to traditional bank deposits, the fund seeks to provide potentially higher returns and allows investors to withdraw their cash anytime without penalty.
Datuk Noripah Kamso, Chief Executive of CIMB-Principal Asset Management Berhad, said: 揟he CIMB Islamic Money Market Fund gives investors a place to 憄ark |
|
|
|
|
|
|
|
Rancang kewangan masa depan
PERANCANGAN paling bagus pun tidak akan mendatangkan sebarang manfaat jika tidak diambil sebarang tindakan. Membuat sesuatu perancangan itu memang agak mudah, namun untuk melaksanakannya tidak semudah yang disangkakan. Ia perlukan masa, disiplin dan komitmen diri untuk memastikan segala yang dirancang itu berjalan lancar dan berada di landasan yang tepat.
Begitu jugalah dalam menentukan haluan kedudukan kewangan. Dalam keadaan masyarakat yang semakin mewah hasil pembangunan negara yang berterusan, perancangan kewangan menjadi satu keperluan dalam hidup. Segalanya bermula dengan perancangan, wawasan kewangan bagi menentu kedudukan kewangan pada masa depan.
Apakah itu perancang kewangan? Perancang kewangan adalah satu proses - satu strategi perancangan yang dirangka dengan baik yang menggunakan sumber kewangan anda untuk mencapai matlamat jangka masa sederhana dan panjang. Menerusi perancangan kewangan ini anda dapat melihat di manakah kedudukan kewangan anda pada masa kini, arahnya pada masa depan, bagaimana untuk mencapainya dan bila sepatutnya bermula.
Amat penting bagi setiap individu untuk membuat perancangan kewangan secepat mungkin terutama bagi mereka yang mula memasuki alam pekerjaan. Jika yang sudah lama bekerja, tetapi masih lagi belum membuat sebarang perancangan, masih lagi belum terlambat. Tidak kira di titik mana anda berada tetap tidak terlewat untuk membuat sebarang perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik.
Pertama sekali yang perlu anda lakukan adalah bertanya pada diri, pada kedudukan manakah anda berada. Berapakah nilai aset anda dan juga wang simpanan yang ada? Kemudian lihat pula pada liabiliti ataupun hutang-piutang anda, perlindungan diri, aliran tunai, pelaburan, pelan persaraan, perancangan estet (wasiat) dan juga perancangan untuk mencapai matlamat dan objektif hidup anda.
Dalam membuat perancangan kewangan ini, ramai yang hanya menekankan mengenai aspek simpanan semata-mata tanpa mengambil kira pelbagai aspek lain. Untuk melihat kesihatan ekonomi sendiri, semua aspek ini perlu diteliti. Simpanan saja perlu ada matlamatnya sama ada tabungan itu untuk kegunaan kecemasan, pendidikan anak ataupun persaraan. Sementara bagi orang bujang pula mungkin tumpuan simpanan mereka sebagai persediaan berumah tangga, membeli kenderaan ataupun kediaman.
Setiap orang itu mempunyai matlamat berbeza bergantung pada tahap usia. Orang muda lain matlamatnya. Yang baru berkahwin berbeza matlamatnya dengan mereka yang sudah lama berkahwin dan mempunyai anak yang sedang bersekolah. Yang masih bekerja lain pula dibandingkan dengan mereka yang sudah bersara. Pendeknya, berbeza orang dan tahap umur, berbeza keinginan dan matlamat kewangan mereka. Masa depan adalah sesuatu yang tidak pasti dan ramai yang mengambil jalan mudah dengan mengikut saja arus kehidupan. Tidak menghairankan jika kebanyakan daripada kita sama saja keadaannya. Paling menyedihkan ada kalangan masyarakat yang sudah bertahun-tahun bekerja masih tidak mempunyai sebarang simpanan.
Gaji hanya cukup-cukup untuk menampung kehidupan. Dalam kehidupan masa kini yang serba-serbinya naik, pendapatan diterima tidak pula selaras dengan peningkatan kos kehidupan. Tambah memburukkan keadaan dengan himpitan inflasi membuatkan nilai wang semakin rendah. Memang amat terasa apabila harga barangan dan juga perkhidmatan lain meningkat sedangkan pendapatan masih juga tidak berkembang.
Justeru apakah yang patut anda lakukan? Mampukah anda membuat perancangan dalam keadaan kedudukan ekonomi yang semakin menghimpit? Apapun keadaannya, perancangan kewangan anda itu perlu diteruskan. Mulakan langkah pertama dengan menyimpan.
Jika tidak mampu memperuntukkan 10 peratus daripada pendapatan anda sebagai tabungan, simpan saja seberapa yang boleh mengikut kemampuan. Ada yang bermula dengan RM10 ataupun RM50 sebulan. Sekalipun jumlahnya kecil, bayangkan RM10 sebulan itu dalam tempoh setahun akan berkembang kepada RM120, manakala jika RM50 pula akan berkembang RM600.
Wang adalah satu bentuk tenaga. Anggap simpanan anda itu sebagai ibu duit. Selepas melihat wang anda berkembang dari semasa ke semasa, anda berasa ingin terus menyimpan dan tidak sabar untuk melihat wang anda berkembang lebih cepat. Keinginan itu akan memaksa anda untuk terus menyimpan sehingga ia membentuk satu tabiat yang sukar untuk ditinggalkan.
Artikel ini ditulis oleh Perundingan Kewangan, Inspired Vision Agency, Kelana Jaya, Suraiya Mohd Nor |
|
|
|
|
|
|
|
KWSP dibenar tambah RM6.34b pelaburan luar
Keputusan dibuat sejajar usaha optimum pulangan kepada pencarum
KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperoleh kelulusan Kementerian Kewangan untuk membuat pelaburan tambahan sebanyak AS$2 bilion (kira-kira RM6.34 bilion) dalam saham senaraian awam di luar negara sejajar usaha mengoptimumkan pulangan kepada pencarumnya.
Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman berkata, dengan kelulusan itu, jumlah pelaburan KWSP dalam saham senaraian awam di luar negara yang diluluskan setakat ini termasuk pelaburan di bawah program Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia mencecah AS$6 bilion (kira-kira RM18.7 bilion.
"Jumlah yang diluluskan ini adalah besar, kira-kira 5.8 peratus daripada dana KWSP yang berjumlah RM319.3 bilion setakat 31 Januari lalu dan ini sudah tentu dapat membantu KWSP untuk mempelbagaikan portfolio pelaburannya.
"Saya bangga pelaburan KWSP di luar negara mencatatkan prestasi yang baik berikutan prestasi pasaran ekuiti global dan serantau yang memberangsangkan," katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Pengurus Portfolio Luaran 2007 KWSP di Kuala Lumpur, semalam.
Hadir sama Ketua Eksektif KWSP, Datuk Azlan Zainol.
Samsudin berkata, sehingga kini, KWSP sudah melaburkan sejumlah AS$1.6 bilion (kira-kira RM5.7 bilion dalam saham senaraian awam di luar negara menerusi pengurus dana dalaman KWSP dan luaran.
Beliau berkata, KWSP sudah melantik tiga firma pengurus dana tempatan, di samping empat firma pengurus dana asing yang diberikan lesen oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk pelaburan luar negara.
Katanya, pelantikan itu adalah sejajar usaha KWSP menyokong industri pengurusan dana tempatan yang sudah menunjukkan komitmen serta keupayaan menguruskan pelaburan luar negara.
Beliau turut mengumumkan KWSP merancang untuk menyalurkan dana tambahan sebanyak RM1 bilion untuk diuruskan Pengurus Portfolio Ekuiti dan RM500 juta oleh Pengurus Pendapatan Tetap yang akan disalurkan pada awal suku kedua tahun ini.
Katanya, bagi dana yang akan disalurkan kepada Pengurus Portfolio Ekuiti, RM100 juta bakal diagihkan kepada HwangDBS Investment Management Bhd; CMS Asset Management Sdn Bhd (RM200 juta), Pheim Asset Management Sdn Bhd (RM300 juta) dan Nomura Asset Management Malaysia Sdn Bhd (RM400 juta).
Bagi dana untuk Pengurus Pendapatan Tetap pula, RM200 juta akan disalurkan kepada CIMB Principal Asset Management Bhd dan RM300 juta kepada ASM Investment Services Bhd, katanya.
Sementara itu, pada majlis semalam, anugerah Pengurus Portfolio Ekuiti Keseluruhan Terbaik dimenangi oleh Nomura Asset Management Malaysia; manakala Pheim Asset Management dan CMS Asset Management masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.
Nomura Asset Management turut memenangi anugerah Pengurus Portfolio Ekuiti Pulangan Risiko Terbaik manakala anugerah Pengurus Ekuiti Pulangan Nyata Tiga Tahun Terbaik dirangkul oleh Pheim Asset Management.
Anugerah Pengurus Portfolio Pendapatan Tetap Keseluruhan Terbaik pula dimenangi AmInvestment Management Sdn Bhd. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku nak citer sikit pasal agensi agensi CIMB Wealth Advisors ni.
Bila join agensi ni kena berhati hati sikit. Kalau salah join, kisah anda akan serupa saja seperti dibawah.
Kisah typical seorang agent CIMB baru :
1) Disuruh keluar buat sale. Hala tuju ikut suka sendiri. Exam belum duduk/tak pass takper. Boleh parking kat upline.
2) Upline tolong sekali dua je. Lepas tu pandai pandai sendiri.
3) Walaupon masih baru & mengharapkan bantuan upline, upline akan set terms for commission sharing (50%-50% etc) kalau ada prospect bagus.
4) Walaupon sendiri masih merangkak, di suruh merekrut. Kalau tak bawak org dtg BOP akan di denda $$$.
5) Product knowledge very poor, technical knowledge very bad. Soft skill jadi keutamaan; body language, act like a YB, mirroring etc. Presentation macam "one size fit all", cliche selalu dipakai "Ways to profit from unit trust...capital gains, distribution and unit split. Expected profit between 10-15% per year." Tak kira untuk fund apa pon inilah statement yg diulang ulang. No substance.
6) Push fund sebelum distribution date/unit split. Bagi tau kat client it is upfront profit. Siap tulis surat kat proposal yg dilampirkan lagi.
7) Bila income dah stabil sikit, or close big sale (walaopon nasib), upline akan suruh commit dengan beli keter BMW/Merz ataupon apa keter lain yg mahal.
8) Bila dah promote pi AS, upline akan push pi attend Train The Trainer under Dr L.W.N...harga RM12,000 keatas. Kalo kata takde duit, upline akan kata "Don't worry about the money. Just attend...you akan dapat balik lebih banyak lagi. Layan jer...." Kalo ajen berkeras tak mo join, upline akan tarik muka and start boycott. Hakikat sebenar: uplines akan dapat comission kickback for every participant introduced.
9) Seseorg kalo nak berjaya, must be "teachable". Kata kata upline adalah mutlak, walaopun it defies common sense.
10) Very limited technical and product knowledge and trainings on these are given. Reason: "Don't be technical, or else you will attract technical prospects and clients."
11) Kalau client rugi duit dalam sesuatu fund, sell and buy back into a new fund. Kalau buat duit pun buat macam tu. Churn, jangan tak churn.
12) Upline akan organise talks and trainings, charge downlines beratus $$ to attend. Tak kira kalau downline baru join ke pokai.
Oleh itu, berhati hati. Jangan terlalu teruja dan ghairah dengan apa yg anda dengar dan nampak. Do research before you join an agency.
Mesej ini adalah untuk menceritakan tentang modus operandi sesetengah agency di CIMB Wealth Advisor, tiada niat utk mengatakan ini bagus dan ini tidak bagus. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #87 kampungan's post
Apa motif anda membuat posting yg sebegini?Sepanjang saya join CIMB bawah bimbingan Puan Neng Hayati,tiada langsung perkara2 yg boleh saya setuju dgn perkara2 yg anda sebut di atas.Ramai agen dalam bidang unit trust dari CIMB malahan kat tempat lain pun ada sistem upline dan downline.Saya x nampak pun masalah timbul.
Being teachable x semestinya kita ikut apa yg upline ckp.Semua manusia ada kemahiran yang tersendiri dan ada hak utk melakukan yg terbaik dgn cara sendiri juga.Jadi saya percaya anda seorang yang pernah tewas menjadi agen CIMB yg baik dan menyalahkan operandi sesetengah agency CIMB.Itu x adil. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa kena la si Kampungan ni...
Upline mmg la suruh itu dan ini, tapi bukan utk dia, tapi utk diri kita s'diri.
Cthnya kalo dia suruh p kursus yg berbyr tu, adalah utk knowledge kita s'diri...
hanya terpulang kpd kita utk buat keputusan,
Kalo dah mmg tak bole tu, nak buat camne kan? Ckp jelah tak bole buat masa sekarang...
Mcm la si upline tu tak pernah blaja 'Handling objection'
Ayat yg digunakan mmg dgr cam memaksa sometimes. tapi kena igt, diorang tu kira org yg expert buat sales, mmg ayat diorang camtu....
So, apa2 hal pun terpulang kpd diri kita sendiri. settinggi mana ketahanan mental tu... Samada nak atau tak... Hidup ni mmg penuh dgn proses membuat keputusan.. nak bwk awek mkn pun kena pikir 2-3 kali....
[ Last edited by adamalek at 22-3-2008 08:43 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by syafali at 22-3-2008 06:26 PM
Apa motif anda membuat posting yg sebegini?Sepanjang saya join CIMB bawah bimbingan Puan Neng Hayati,tiada langsung perkara2 yg boleh saya setuju dgn perkara2 yg anda sebut di atas.Ramai agen dalam bidang unit trust dari CIMB malahan kat tempat lain pun ada sistem upline dan downline.Saya x nampak pun masalah timbul.
Being teachable x semestinya kita ikut apa yg upline ckp.Semua manusia ada kemahiran yang tersendiri dan ada hak utk melakukan yg terbaik dgn cara sendiri juga.Jadi saya percaya anda seorang yang pernah tewas menjadi agen CIMB yg baik dan menyalahkan operandi sesetengah agency CIMB.Itu x adil.
Apa motif saya? Mungkin anda tidak membaca posting saya sampai habis.
Oleh itu, berhati hati. Jangan terlalu teruja dan ghairah dengan apa yg anda dengar dan nampak. Do research before you join an agency.
Mesej ini adalah untuk menceritakan tentang modus operandi sesetengah agency di CIMB Wealth Advisor, tiada niat utk mengatakan ini bagus dan ini tidak bagus.
Kalau tiada masalah di agency Puan Neng, baguslah. Mungkin agency Neng tidak mengamalkan nonsense yg berleluasa di agency lain. So for those who want to join CIMB Wealth Advisors, probably this is a good agency to join.
Atau mungkin juga anda terlalu baru untuk melihat dan memahami permainan politik sesetengah agency ini. Berapa lama pengalaman anda? Bawah 6 bulan? Tunggu dan lihat....
Dan saya juga tidak pernah tewas untuk menjadi agen CIMB yang baik. Soal itu tidak timbul. Nasihat saya, baca dan fahamkan betul betul. Buka mata dan minda. Dan jangan segan untuk bertanya. Daripada bertindak defensive, adalah lebih baik sekiranya anda berfikiran terbuka. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by adamalek at 22-3-2008 08:41 PM
Apa kena la si Kampungan ni...
Upline mmg la suruh itu dan ini, tapi bukan utk dia, tapi utk diri kita s'diri.
Cthnya kalo dia suruh p kursus yg berbyr tu, adalah utk knowledge kita s'diri...
hanya terpulang kpd kita utk buat keputusan,
Kalo dah mmg tak bole tu, nak buat camne kan? Ckp jelah tak bole buat masa sekarang...
Mcm la si upline tu tak pernah blaja 'Handling objection'
Ayat yg digunakan mmg dgr cam memaksa sometimes. tapi kena igt, diorang tu kira org yg expert buat sales, mmg ayat diorang camtu....
So, apa2 hal pun terpulang kpd diri kita sendiri. settinggi mana ketahanan mental tu... Samada nak atau tak... Hidup ni mmg penuh dgn proses membuat keputusan.. nak bwk awek mkn pun kena pikir 2-3 kali....
adakah anda pasti? betul betul pasti? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kampungan at 23-3-2008 03:46 AM
Apa motif saya? Mungkin anda tidak membaca posting saya sampai habis.
Kalau tiada masalah di agency Puan Neng, baguslah. Mungkin agency Neng tidak mengamalkan nonsense yg berleluasa di ...
Apa yg anda senaraikan berjela2 tu mmg ada yg betul.Namun begitu,itu bukan dari agensi saya.Saya rasa lebih elok anda pm saya dahulu sebelum membuat posting di sini.Ia umpama menjejaskan apa yg ingin saya sampaikan disini dan sedikit sebanyak boleh membuatkan orang lain takut utk menjadi agen CIMB pula. |
|
|
|
|
|
|
|
CIMB-Principal lancar dana ekuiti infrastruktur Asia
KUALA LUMPUR 25 Mac - CIMB-Principal Asset Management Bhd. (CIMB-Principal) yang melancarkan Dana Ekuiti Infrastruktur Asia CIMB-Principal hari ini menetapkan sasaran dana itu mampu memberi pulangan sebanyak 10 peratus setahun.
Ketua Eksekutif CIMB-Principal, Datuk Noripah Kamso berkata, dana tersebut menawarkan akses pelaburan mudah untuk syarikat-syarikat yang terlibat dalam aktiviti pembangunan infrastruktur di Asia dalam jangka panjang.
Menurut beliau, sebanyak AS$700 bilion (RM2,237.34 bilion) dibelanjakan untuk Infrastruktur Asia setiap tahun dan dana ini dijangka menembusi kepelbagaian portfolio yang mana pertumbuhan ekonomi didorong oleh projek-projek infrastruktur.
憫Projek infrastruktur bukan sahaja membantu mengukuhkan pertumbuhan ekonomi malah menyediakan perkhidmatan komuniti, kemudahan awam dan peningkatan teknologi kepada negara-negara Asia, |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih kepada sesiapa yg datang ke opis saya hari ni walaupun saya x dpt turun opis minggu ni atas sebab2 tertentu. |
|
|
|
|
|
|
|
Unit Trust ini adalah tempat menyimpan duit/investment tools yg paling sesuai untuk mencapai objektif jangka masa sederhana dan panjang (3-5years or more)
Contoh objektif yg sesuai adalah untuk kos perkahwinan, pendidikan anak2 atau sendiri dan persaraan
Perkahwinan: Kos yg perlu ditampung amatlah tinggi dan ianya menjadi lebih tinggi jika anda berkahwin dgn selebriti atau org yg berada.. Dan juga harga makanan yg semakin meningkat dari tahun ke tahun...
Mungkin anda kata 'alah nak kahwin buat ringkas2 sudah!' tetapi kita rakyat malaysia mempunyai budaya masing2 yg perlu di patuhi... bagi diri sendiri mungkin tak kisah tapi apa kata org2 tua kita? saudara mara?
Pendidikan: Mengikut kajian, kos pendidikan meningkat 6% setiap tahun terutama pendidikan peringkat tinggi.. Mungkin anda kata "takpe, biarkanlah anak saya belajar berdikari. pinjaman pelajaran kan byk'. sebagai ibu bapa, takkan lah kita tak mahu menolong anak sendiri. Takkan nak biarkan mereka berhutang sedangkan mereka baru je nak mulakan kehidupan.. kalau dapt ipta mungkin ringan sikit, tapi kalo tak dpt? kos lebih tinggi di kolej swasta... Senario sebenar: anak2 ada pinjaman pelajaran, tapi tiap minggu atau bulan still minta parents duit poket... Kalau kita bertindak sekarang, kos utk melabur utk anak2 adalah lebih rendah jika kita tak buat apa2 dan pinjaman pun ada interest!!!
Persaraan: Kos pada peringkat ini adalah mustahak. persoalan yg perlu ditanya, adakah saya dpt meneruskan gaya kehidupan sekarang apabila bersara? Adakah anak2 masih bergantung pada saya? adakah simpanan saya sekarang mampu menampung kos perubatan nanti? Kos utk melancong? Hobi? Sebenarnya banyak persoalan yg perlu ditanya dan yg paling penting sekali adalah kadar inflasi sekarang dan kadar semasa bersara... Mungkin ada kata 'KWSP ada, cukuplah. pencen ada' Tapi sedarlah bahawa nilai tersebut tidak cukup, dan mengikut kajian kebykan rakyat m'sia menghabiskan wang kwsp mereka dlm masa tiga tahun sahaja.. Takkan lepas tiga tahun tu anda nak jual nasi lemak, jadi jaga?
Jadi bertindaklah sekarang dengan menyimpan wang anda di tempat dimana pulangan yg diberikan mampu mengatasi kadar inflasi terutamanya dan kenaikan kos yg lain2 |
|
|
|
|
|
|
|
Utk pengetahuan semua,sesiapa yg daftar utk menjadi agen CIMB Wealth Advisors juga dikehendaki mendaftar sebagai agen CIMB Aviva iaitu agen insurance.Jadi peluang pendapatan anda cukup luas bila bersama dgn CIMB Wealth Advisors.Banyak peluang utk anda menjana pendapatan boleh diperolehi.Nantikan beberapa peluang baru yg akan diberikan kepada agen CIMB Wealth Advisors sedikit masa lagi dan sudah pasti ia adalah satu berita yang baik!!! :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #95 adamalek's post
this is good infor..aku copy and paste ehhh kat thread aku bang..minta kebenaran bang...
aku akan cakp aku dpt nie dpd ko.. thanks |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa berminat nak jadi agen CIMb,sila datang ke pejabat saya pada jam 11 pagi di alamat yang berikut:-
CIMB Wealth Advisors,
Jalan SS6/20A,
Dataran Glomac Kelana Jaya,
47301 Kelana Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Hubungi saya di 019-3641101 |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|