|
mcam lagu biarlah rahsia laa
semakin aku hidup dlm cinta
tiada KUASA mampu menghalangnya
kiranya TUHAN pon xleh nak halang laa??
kontroversi gak ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
nih lirirk lagu plg klaka n mlampau...
lagu haiza tajuk lupa
tok diketok diketok
pintu rumah ku diketok
dag dig dug jtg ku bdebar2
serba salah kudibuatnye
kerna ku belum mandi....
( lbih kurg mcm tu la)
pelu ke lirik mcm tu, mcm xder idea lain |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kupu2siang at 29-7-2007 03:43 PM
lagu pe yg korg dgr lirik dia melampau gila...maksudnye x masuk dek akal.. aku penah dgr lagu kru-sampai,
mmg bagi aku over lirik dia.. antara lirik dia :
'' sedangkan racun pon kan ku telan
...
kupu2..mcm tak caya ko yg taip?!!! |
|
|
|
|
|
|
|
dina - mahu tp malu...
cheq yg malu dgr lagu dea tuh...
|
|
|
|
|
|
|
|
tjuk2 lgu KRU/TYCO n d lirik la of coz..ntah le..aku rase 'sesuatu' tul.. contohs..
~jika ku tak bangun esok pagi
~saatku pejamkn mata
~di pintu syurga
tp ekceli besh lyan lgu2 dorg.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #90 lipsofanangel's post
agaknye laa tu..maybe masa dia ngah cr idea lirik ni ade org ketuk pintu umah dia then br dia prasan yg dia x mandi lg.. |
|
|
|
|
|
|
|
lirik lagu negarakuku...paling kelakar gila... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by gigi.tembaga at 11-8-2007 09:02 PM
lirik lagu negarakuku...paling kelakar gila...
tu bkn klakar..tu melampau gila...sakit ati gila aku ngan cina tu..suke2 je main2kan lagu kebangsaan..pulak tu kutuk2 azan..mcm2 laa..pe kes??:@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Kakak Tua: 'Separuh Masa' lagu dua alam atau untuk yang curang?
13-08-2007 09:59:32 AM
MUNGKIN tidak sehebat kontroversi yang dicetus oleh lagu 'Negarakuku' versi Namewee, pelajar Malaysia di Taiwan yang sedang hangat dikecam sekarang.
Namun, lagu baru kumpulan The Lima yang bertajuk 'Separuh Masa' juga tidak kurang rancak diperkatakan sejak beberapa hari ini.
Syabas diucapkan kepada komposer Edry KRU kerana berjaya menambah khazanah koleksi lagu Melayu yang unik lagi original.
Kakak Tua tumpang 'bangga' kerana bertambah lagi lagu kontroversi Melayu apabila Edry dengan selambanya mencipta lagu 'Separuh Masa' untuk Juara Gangstarz yang berasal dari Indonesia ini.
Jangan dipertikaikan 'kehebatan' lagu ini kerana ianya setanding dan seangkatan dengan lagu-lagu kita yang terlebih dahulu menempa 'kejayaan' kerana membuat pembaharuan, sekaligus memberi 'Impak Maksima' pada industri muzik kita yang lazimnya sopan dan santun.
Dalam keadaan industri muzik yang semakin tenat dan penjualan album yang teramatlah lembap, strategi begini adalah satu alternatif berani dan mampu mendorong orang ramai untuk membeli album.
Rasionalnya, seandai lagu ini 'berjaya' dibawa ke perbincangan peringkat Parlimen dan diperbahaskan oleh Yang Berhormat yang kekeringan modal, lagi bagus dan cerah lagi masa depan lagu ini.
Senario dan situasi macam ini pernah dicetuskan oleh lagu 'Seksis' milik Anita Sarawak, "Papa Jahat' ilham Cat Farish dan beberapa lagu lain.
Harap-harap 'Separuh Masa' tidak akan digam pula kerana sayang kalau ilham sebegini kreatif dan berpotensi luas tidak dapat dinikmati oleh ramai orang.
Lagipun, 'Separuh Masa' cukup berbeza pukulannya dari lagu-lagu lain. Bukan saja liriknya berani dan sensasi tetapi lebih luas skopnya kerana berjaya menjangkau dan menambat hati berbagai golongan baik lelaki, perempuan mahupun kaum lembut, pondan atau khunsa.
Sekali dengar, interpretasi pertama mengenai lirik lagu ini, agak menarik kerana ia menjurus dan membawa maksud pasal cinta curang antara dua orang yang telah berpunya tanpa perlu berselindung. Sempoi dan bersahaja perkataan yang dipilih, tidak perlu ada kiasan, terus saja.....straight to the point.
Intipati 'cinta terlarang' atau 'Part-Time Lover' dalam lagu ini yang diinspirasikan oleh komposer berbakat besar Edry Halim memberi satu tafsiran baru dan membawa makna tersendiri bagi mereka yang berada dalam situasi yang serupa seperti yang tertera dalam bait-bait ayatnya....Kuhanyalah kekasih separuh masa. Separuh lagi cinta untuk dia, Janganlah kau meminta lebih daripada itu
Kuhanyalah kekasih separuh masa, Dari Isnin sampai Jumaat sahaja,
Janganlah pula kau mengharap, Berdampingan selalu denganku...
Kita sudah sama setuju, Berjumpa hanya bila perlu kerana kita sudah punya teman istimewa.
Namun ada satu lagu interpretasi yang tidak kurang menariknya dan boleh diterima pakai. Menurut pemahaman golongan yang terlalu taksub dengan setiap perincian sukukata lagu ini pula, telah membuat rumusan kononnya lirik 'Separuh Masa' ini mensasarkan kepada golongan 'dua alam' atau dalam erti kata lain pasangan gay.
Setelah diamati lirik lagu ini untuk kedua kalinya, seperti ada kebenaran interpretasi kedua ini. Namun, kalaulah benar sekalipun, tidak 'salah' rasanya kerana kaum ini juga seperti manusia normal biasa ingin diiktiraf kewujudan mereka seperti yang selalu dapat kita lihat dalam banyak drama dan rancangan hiburan kita.
Kesimpulannya, lirik 'Separuh Masa' berada di dalam kategorinya tersendiri dan berjaya membuka minda kita untuk berfikir. Pengertian yang berbeza-beza ini juga seakan satu kejayaan dan 'pengiktirafan' agar kita keluar dari pemikiran kita yang 'sempit' dan jumud, agar membicarakan kisah cinta dua alam ini dengan fikiran yang lebih terbuka.
Sememangnya kewujudan umat saki baki Nabi Luth ini dalam habitat industri hiburan tidak dapat dinafikan. Bertambah meriah industri kita apabila diserikan dengan golongan 'lembut', mak nyah, gay mahupun bi-seksual yang naluri mereka tersongsang dan tersepit di antara wanita dan lelaki ini.
Sebenarnya, pembiakan mereka yang begitu ramai sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan senantiasa berlumba-lumba menonjolkan kehebatan diri agar diterima oleh masyarakat normal dalam keadaan apa sekalipun cukup merimaskan Kakak Tua.
Jangan salah faham, bukan maksud Kakak Tua memandang rendah atau tidak simpati dengan nasib golongan yang 'confused' ini. Bagaimana terbuka sekalipun minda Kakak Tua, mustahil ianya dapat 'menghalalkan' perkara yang telah diharamkan. Yang haram tetap haram, yang munafik tetap munafik kerana itulah hukum yang telah ditetapkan.
Justru, di akhir bait lagu 'Separuh Masa' yang ditokok dengan ayat berbunyi.....Ku akui ada sesuatu antara kita, Tetapi kutahu bukan seperti biasa!, perasaan Kakak Tua bertambah kacau.
Di harap apa yang dalam fikiran tua ini tidak lebih dari 'ribut dalam cawan'. Kalau ikutkan kupasan Kakak Tua yang terperinci, maksudnya lebih dalam dari yang tertera di atas.
Tajuk lagunya saja yang bertajuk 'Separuh Masa' membawa erti yang pelbagai.
Separuh boleh bawa erti 'separuh,' 'setengah' dan 'bahagi dua'. Begitu juga dengan 'masa' yang ketikanya bagaikan bercerita pasal 'kehidupan' dan 'situasi masa.'
Apapun kupasan dan naratif yang diberi, rasanya Edry tentu lebih bijak menangkis persepsi negatif tentang lagu ini seperti yang pernah dilakukan di masa lalu. Tidakpun abang Long @ Norman Halim sendiri sudah siap sedia dengan defense strategynya.....
KAKAK TUA: Tak suka lirik lagu yang 'kosong' mahupun berbelit-belit.
Separuh Masa - De Lima
Dulukan telah diberitahu
jangan menganggu di hujung minggu
nanti dia akan tahu
rahsia engkau dan aku
Kita sudah sama setuju
berjumpa hanya bila perlu
kerana kita sudah punya teman istimewa
Korus:
Kuhanyalah kekasih separuh masa
separuh lagi cinta untuk dia
janganlah kau meminta lebih dari itu
Kuhanyalah kekasih separuh masa
dari Isnin sampai Jumaat saja
jangan pula kau mengharap
berdampingan selalu denganku
Jika kau tak terima khabar
bererti dia ada di sini
jangan gatal meninggalkan pesan
curiga dia nanti
Tak perlu kata-kata manja
itu sudah sering kudengar
dari dia yang masih tidak tahu
adanya dirimu
Kuakui ada sesuatu antara kita
tetapi kutahu bukan seperti biasa
(Edry/ KRU Publishing) |
|
|
|
|
|
|
|
nak carik laa lagu the lima ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|