CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] PKP penuh Selangor/Kuala Lumpur. Negara akan RUGI lebih RM1 bilion sehari. UPDAT

[Copy link]
 Author| Post time 17-5-2021 08:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-5-2021 08:32 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2021 08:36 PM | Show all posts
Isnin, 17 Mei 2021, 8:35pm
PKP penuh perlu dipertimbang di Selangor
Ahmad Suhael Adnan - Mei 17, 2021 @ 3:30pm

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mencadangkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh di Selangor jika usaha sedia ada masih gagal mengekang lonjakan kes di negeri itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, bersetuju supaya prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat dilaksanakan di Selangor, yang mencatatkan lebih 1,000 kes setiap hari ketika ini.

Katanya, pelaksanaan PKP di seluruh negara ketika ini membolehkan KKM melaksanakan lebih banyak ujian dan pengasingan serta merawat kes positif, di samping kerjasama kerajaan negeri untuk mengendali ujian RTK-Antigen di kawasan ada kaitan epidemiologi yang tinggi.

"Ia juga membenarkan kita melaksanakan pengesanan kontak lebih cepat dan melaksanakan keseluruhan pencegahan dan kawalan kesihatan awam.

"Namun saya bersetuju bahawa kita perlu mencadangkan kepada kerajaan supaya SOP lebih ketat dilaksanakan.

"Jika membabitkan ketidakupayaan mengekang jangkitan, maka cadangan pelaksanaan PKP penuh boleh dipertimbangkan," katanya pada sidang media mingguan secara maya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai langkah kawalan yang longgar di Selangor walaupun negeri itu mencatat lonjakan kes harian melebihi 1,000 secara berterusan ketika ini.

Selangor kembali mencatat lonjakan kes melebihi 1,000 sejak 23 April lalu dan berterusan merekodkan kira-kira 1,100 hingga lebih 2,200 kes antara 5 Mei hingga hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Adham menzahirkan kebimbangan dengan peningkatan kes COVID-19 kategori tiga, empat dan lima, khususnya dalam kalangan orang muda sejak kebelakangan ini.

Katanya, peningkatan itu berkait dengan beberapa penemuan varian baharu yang dimaklumkan sebelum ini, iaitu varian Afrika Selatan B.1.351, varian United Kingdom B.117, varian Nigeria B1.525 dan varian mutasi berganda India B.1.617.1.

Bagaimanapun, katanya, hanya dua kes varian India dikesan setakat ini, manakala vaksin Pfizer disahkan berkesan terhadap vaksin Afrika Selatan, United Kingdom dan Nigeria.

"Kebanyakan kes meninggal dunia pula membabitkan kes komorbiditi, iaitu individu yang ada beberapa penyakit selain COVID-19, seperti kencing manis, masalah buah pinggang, jantung atau pernafasan.

"Golongan yang kerap masuk unit rawatan rapi (ICU) dan berada pada kategori empat dan lima pula adalah yang lambat buat saringan apabila bergejala dan yang menunggu hasil keputusan sebelum didapati positif," katanya.

Mengenai langkah Hospital Sungai Buloh menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat simpanan jenazah mangsa COVID-19, Dr Adham menjelaskan ia adalah persiapan menambah ruang mayat susulan berlaku lonjakan kes kematian di hospital itu sejak dua hari lalu.

Katanya, sebanyak 14 kematian direkodkan Hospital Sungai Buloh dalam tempoh dua hari, iaitu lapan kematian pada 15 Mei dan enam kematian semalam.

"Kita buat persiapan supaya lebih banyak ruang untuk jenazah ditempatkan sebelum kita dapat uruskan pengebumian kerana mengurus jenazah COVID-19 tak semudah seperti mengurus jenazah biasa.

"Setiap kes kematian perlukan siasatan lengkap. Ada yang perlu bedah siasat, kemudian pengambilan sampel dan menunggu hasil keputusan, selain mendapatkan perincian keluarga dan kontak rapat jenazah," katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
aechae replied at 17-5-2021 06:01 PM
Antara sbb i amek AZ sbb nk cpt dh
Dh lah keja kilang mmg xkn tutup lh sbb dlm essential...apa pi ...

Ok.tak amik AZ.. nak register ni tp skang variant dah tak sama..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunan replied at 17-5-2021 08:46 PM
Ok.tak amik AZ.. nak register ni tp skang variant dah tak sama..

Jumaat ni bru g cucuk...
Tgk org lain ok je yg dh lps...
Ni yg i rsa lah mmg variant mcm2 dh so kemungkinan kita akn kna amek dos ke-3 n so on or tiap2 tahun kna cucuk in the future tu ada...jnji kita dh ready kn body kita siap2...saintis akn sntiasa bekerja keras research nk hasil kn n improve vaksin  bkn lps siap 1 dorg duk diam n tgk je....
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 17-5-2021 08:36 PM
Isnin, 17 Mei 2021, 8:35pm
PKP penuh perlu dipertimbang di Selangor
Ahmad Suhael Adnan - Mei 17, 2 ...

Shah Alam tu masuk mukim Petaling ke Bukit Raja?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2021 09:13 PM | Show all posts
white_musk replied at 17-5-2021 06:00 PM
Orang malaisia sama karajaan isorel acah berani
tetapi dengan karajaan sendiri penakot

mcm anjing chihuahua salak2 kucing sekali kne jerkah sama kucing mencicit
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 17-5-2021 08:09 PM
Sebab tu aku ckp the best is swastakan kesihatan. Simple as that

Tp tetap kesiankn org y betul2 xmampu n ikut sop..y kena gara2 kebodohan org lain..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2021 09:41 PM | Show all posts
Kitty_catz replied at 17-5-2021 04:00 PM
boleh je nak lock down cam mco 1.0

so abahcow nak sedekahkan apa utk mak kiah goreng pishangg ana ...

duet dah xdak...kne gadai aset semua liquidate
siap sedia dengan keruntuhan ekonomi
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 17-5-2021 04:00 PM
boleh je nak lock down cam mco 1.0

so abahcow nak sedekahkan apa utk mak kiah goreng pishangg ana ...

Sabo la...tengku zaprool tengah crack his head t cari lobang lobang mana lagi harta negara boleh dikorek...selagi parlimen belum bukak ini...utk bantu rakyat...

Kahkahkahkahkah

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku sokong demi kemaslahatan ummah.total lockdown sebulan dkt selngr.pehtu dgn izin tuhn,korg dah leh bergumbira .this time kena all out.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik2 yg beli gelang emas guna duit i sinar, boleh le gadai apa yg patut. Tu le duit i sinar tu patutnya simpan buat back up kalau pkp menyeluruh esok2. Nanti x de la stress nk cari duit utk tampung kehidupankan. Nak harapkan gomen, gomen pun sesak sudah
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Segerakan la pkp utk selangor.
Dah berbulan kami di red zone
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 17-5-2021 04:00 PM
boleh je nak lock down cam mco 1.0

so abahcow nak sedekahkan apa utk mak kiah goreng pishangg ana ...

Doa tulus ikhlas dr hati...blh x chuols
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat je lah badigollllll
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
akies replied at 17-5-2021 10:41 PM
Segerakan la pkp utk selangor.
Dah berbulan kami di red zone

From red zone to

[youtube]kUsFWO08CO0[/youtube]

DANGER ZONE..

Kahkahkahlah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2021 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 17-5-2021 08:32 PM

Selangor punya pembahagian daerah, mukim dengan bandar utama tak pernah tak mengelirukan! Lahanat betol perancang bandar, kerajaan negeri dan sesapa terlibat dgn pembahagian daerah, mukim dan pbt semua ni kat selangor!

Klang punya besar dan ramai manusia, ada 2 mukim je ke? Tak leh ke spesifik jadi Bandar Klang, Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Kapar, Meru, Bandar Baru Klang, Sentosa, Bukit Tinggi, semua tu?

Jadah apa Bukit Raja masuk bawah Petaling? Bukan ke bwh Klang? Petaling punya luas, bagi la spesifik Shah Alam, Kemuning, Serdang, Sri Kembangan, Subang Jaya, Puchong, Petaling Jaya, Damansara, Klang Lama, Sunway. Tu pon nak kena ajar?

Mcm Hulu Langat ok pulak ikut setiap pekan as mukim? Cume left out Bangi je.

Yg Hulu Selangor yg x ramai org beriya dok mukimkan banyak2 sampai ada mukim tu x tau kewujudan nya kat mana mcm Buluh Telur, Pertak, Sg Gumut semua tu.

Mcm mana org nak tau data tepat? Sekian bebelan aku.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
ashilalat replied at 17-5-2021 10:57 PM
Selangor punya pembahagian daerah, mukim dengan bandar utama tak pernah tak mengelirukan! Lahanat  ...

Klang lama itu Kuala Lumpur dik.. Jatuh value rumah/tanah jika beralamat selangor koh koh koh
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ashilalat at 17-5-2021 11:15 PM
white_musk replied at 17-5-2021 11:00 PM
Klang lama itu Kuala Lumpur dik.. Jatuh value rumah/tanah jika beralamat selangor koh koh koh


Ooo..aku ingat klang lama mcm dato harun yang selepas midvaley tu dah masuk petaling? Bukan pekan petaling tu area klang lama tu ke?

Edited : ok dah check gugel map. Klang Lama dan Pekan Petaling Lama tu still under KL. Start daerah Petaling selepas bukit gasing tu. See how confuse kita punya pembahagian daerah dan mukim. Nama Klang Lama, Pekan Petaling Lama, Sri Petaling tp dalam KL, bukan dalam Petaling.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 17-5-2021 11:00 PM
Klang lama itu Kuala Lumpur dik.. Jatuh value rumah/tanah jika beralamat selangor koh koh koh

Apa betul kewww ramai yg kata penduduk kawasan klang ni ramai dari kaum puak batak sakai?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.074093 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list