CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lanesra

[Tempatan] Tiada bazar Ramadan di Negeri Sembilan , Melaka dan Terengganu.

[Copy link]
Post time 29-3-2020 06:24 PM | Show all posts
roti john cheese leleh dlm kenangan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2020 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak perlu bazar ramadhan untuk tahun ni. Biar betul-betul reda wabak ni. Sambut puasa dan raya ala kadar je. Cuma suasana terawikh lh yang lain sikit sbb tak dpt buat di masjid.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak apalah x ada bazaar Ramadhan...Allah nak suruh hambaNya kembali kepada fitrah yg sebenar..semoga kita semua sempat menemui Ramadhan thn ini yg dah x sampai sebulan..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
MissyMolly replied at 29-3-2020 06:24 PM
roti john cheese leleh dlm kenangan

Nnt mesti trending buat roti john cheese leleh & beribu2 juadah bazar ramadan kat socmed
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan jek bazar.. Silap2 tahun ni raya kt rumah jek
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Selangor?? Paling byk kes?? How..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2020 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Selangor pun harap2 tak perlu bazar romadhonn tahun ni, selagi covid ni tak jadi 0 kes sehari, tolong jangan buat, masalah lagi nanti
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku sokong kalau xde bazar ramadhan seluruh negara
Kan kita patutnya bersederhana sj
Yg nak cari duit lebih tu buat cod je la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2020 09:40 PM | Show all posts
param bagi iols adalah 'ikut mood'  ....  kalu mood rasa nak pergi,  pergi la,  atau lebih terus terang : nafsu

ya,    mmg 'nafsu'  ... wlpon dah maklum barang yg di jual 90% tak bersih +  tak sedap ...  tapi sometime pandu lalu terhidu bau makanan,   benti juga gi sembang sembang  ... sometime plak nak rasa suasana dia ....  maklum la,   setahun sekali

dis year xde bagus la,   dpt pahala buang 'nafsu tu'




Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
takde kerbau guling tahun ni..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 27-3-2020 06:32 PM
insya allah.amin.mari kita sama2 doakan benda2 lagha dihapuskan

sama... hehehe... aku memang benci benda2 khurafat mcm tu.. membazir jaa..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 12:41 AM | Show all posts
cash ke apa ni..setiap tahun ade je citer keracunan makanan la..jual makanan basi lah..harga melampau lah..sekali amik ko tahun ni kansel terus bazaar ramadan
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 01:07 AM | Show all posts
Patot cancel jaa semua bazar Ramadhan di seluruh negara ... Ini pusat pembaziran makanan.. sampai bila rakyat Malaysia terutama berugama Islam hendak terus bermewah2 bab makanan? dah laa negara bergantung pada import makanan..

Latih diri sundri & anak bini kaa sedara mara kaa... makan ikot keperluan bukan nafsu semata2.. kurangkan makan.. dah sampai masa kita lupakan bab makan berlebihan untuk survival mode masa mendatang ..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Seeloknya buat konsep Ramadan stand dlm restoran instead, macam Nasi Wangge ipoh dalam kodai cino Yong Suan jln Yang Kalsom tuh. So restoran boleh set standard dan syarat yg agak ketat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
zlina1176 replied at 29-3-2020 06:29 PM
Tak perlu bazar ramadhan untuk tahun ni. Biar betul-betul reda wabak ni. Sambut puasa dan raya ala k ...


Kan..... semoga tabiat2 buruk macam isik perut macam nak pecah dan beraya sakan selama 1 bulan tu boleh diubah dimasa mendatang nya
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Jual dari rumah lagi lah menakutkan. Kita bukan tau kalu penjual tu dah positip  
Beliau bagaimanapun berkata, peniaga masih boleh menjalankan aktiviti perniagaan mereka dari rumah dengan menggunakan konsep ‘cash on delivery’ (COD).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2020 01:58 AM From the mobile phone | Show all posts
clerics replied at 26-3-2020 07:37 PM
tekaan kau always spot on tak pernah meleset, just like sarah812, si panic buyer itu kan?

.... Hahaha win
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 09:19 AM | Show all posts
palmolive replied at 29-3-2020 07:42 PM
Bukan jek bazar.. Silap2 tahun ni raya kt rumah jek

OK la tuh.. Biarpun di luar tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tapi krisis Covid-19 masih lagi berleluasa sehingga ramai memilih untuk tidak berhari raya pada tahun ini. #NoRayaDay #TiadaHariRaya

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 10:26 AM | Show all posts
hayrin86 replied at 30-3-2020 09:19 AM
OK la tuh.. Biarpun di luar tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tapi krisis Covid-19 masih lagi ber ...

agak2 takder ke nnt yg berpusu2 balik kampung?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2020 03:52 PM | Show all posts
Bazar Ramadan tidak dibenarkan di Terengganu

KERAJAAN negeri Terengganu tidak mengizinkan bazar Ramadan diadakan di seluruh negeri pada tahun ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, pembatalan bazar Ramadan itu dipersetujui melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Terengganu Bagi Menangani Covid-19 pada 29 Mac lalu yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Bazar Ramadan tidak sesuai diadakan seperti biasa memandangkan PKP dilanjutkan sehingga 14 April iaitu 10 hari sebelum awal Ramadan selain mengambil kira suasana tidak menentu ketika ini.

“Kewujudan bazar Ramadan itu boleh menyebabkan risiko berlakunya kontak rapat seterusnya memberi kesan kepada kebarangkalian untuk berlaku penularan semula virus Covid-19 dan merencatkan usaha kerajaan untuk membasmi wabak itu sepenuhnya.

“Oleh itu kami bersetuju untuk meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini membatalkan penganjuran bazar Ramadan berasaskan kepada klasifikasi bazar Ramadan yang tidak termasuk dalam kategori ‘essential services,” katanya melalui satu kenyataan dikeluarkan di Kuala Terengganu, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri menyarankan kepada semua peniaga bazar Ramadan untuk membuat persediaan akibat pembatalan itu dengan mempertimbangkan alternatif kaedah perniagaan lain.

Menurutnya, peniaga boleh mengusahakan pemasaran perniagaan secara atas talian (online), perkhidmatan penghantaran ke rumah untuk sebarang bentuk produk termasuk makanan atau menggunakan platform seperti Grab Food, Food Panda atau seumpama dengannya.

“Kerajaan negeri memperhalusi perkara ini dengan sebaik mungkin dan pembatalan itu dibuat selepas mengambil kira kesihatan serta nyawa semua pihak.

“Kerajaan negeri memandang serius masalah Covid-19 yang sedang melanda negeri dan negara,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada rakyat Terengganu kerana memberi komitmen tinggi seterusnya berjaya melepasi paras 95 peratus kepatuhan kepada PKP bermula sejak 18 Mac lalu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.525795 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list