CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MAL

Esok Nikah, Hari Ini Izara Aishah Dapat Hadiah Rolls-Royce!

[Copy link]
Post time 16-11-2017 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
“Mana ada hadiah kereta RM1 juta?” - Adib

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Ketua Pegawai Eksekutif Tune Studio, Muhammad Adib Khalid menafikan laporan yang mendakwa beliau menerima hadiah perkahwinan sebuah kereta mewah Rolls Royce daripada abangnya, Muhammad Anas.

Menurut Adib yang bakal menamatkan zaman bujangnya esok dengan pelakon Izara Aishah, kereta mewah yang bernilai lebih RM1 juta itu sebetulnya dipinjamkan oleh abangnya itu untuk digunakan dalam majlis pernikahan dan persandingannya.

Adib yang juga anak kepada usahawan Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa berkata, Muhammad Anas yang menguruskan perniagaan menjual kereta mewah milik keluarga mereka menawarkan kepadanya untuk menggunakan kenderaan berkenaan sepanjang hari bahagianya itu.

“Mana ada saya terima hadiah kereta RM1 juta? Tak betul tu. Sebenarnya, abang saya menguruskan perniagaan jual kereta mewah dan Rolls Royce berada di bawah portfolio beliau. Jadi, beliau cadangkan kepada saya untuk menggunakan salah sebuah kereta Rolls Royce yang di bawah untuk tujuan majlis pernikahan dan persandingan saya,” ujarnya kepada Utusan Online ketika dihubungi sebentar tadi.

Mengenai video yang memaparkan beliau serta bakal isterinya begitu teruja sebaik dimaklumkan mengenai hadiah kereta itu seperti yang sedang tular, Adib menjelaskan, rakaman video itu dibuat secara suka-suka oleh adiknya, Muhammad Asyraf.

“Kita orang sedang berlawak masa itu. Asyraf secara suka-suka bertanya pada saya apa perasaan dapat hadiah kereta Rolls Royce? Saya dan Izara menyakat Asyraf dan memberitahu betapa bertuah dan gembiranya kami dapat ‘hadiah’ daripada abang. Saya tak sangka pula kenyataan sedemikian disalah anggap,” ujar pemuda berusia 27 tahun itu lagi.

Adib turut menjelaskan, suara yang kedengaran dalam video berkenaan bukanlah suara Anas seperti yang dilaporkan, sebaliknya, itu merupakan suara Asyraf.

Anak tiri penyanyi ternama, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin itu juga memberitahu, rakaman video dan foto itu juga turut dimuat naik oleh ibunya, Datin Tengku Zawyah Tengku Izham di laman sosial.

Namun begitu, Adib tidak menolak seandainya menerima hadiah kereta mewah itu sempena hari perkahwinannya dengan Izara.

“Siapa yang tak mahu kereta mewah sebagai hadiah. Kalau dapat syukur Alhamdulillah,” katanya sambil ketawa.

Adib dan Izara yang bertunang pada 17 Julai lalu akan disatukan sebagai suami isteri esok sementara majlis persandingan pasangan romantik itu akan diadakan di sebuah hotel di ibu kota, Ahad ini. - UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2017 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Boolatnya muka izara! Tazabarrr nk tgk depa kawen esok!
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
cahayamataku replied at 16-11-2017 10:18 PM
“Mana ada hadiah kereta RM1 juta?” - Adib

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Ketua Pegawai Eksekutif Tune S ...


Iya la tu. dh kepoh sana sini dpt hadiah last2 kata kete pinjam.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 12:23 AM | Show all posts
RR dah habis bayar ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts
alexandria_iz replied at 16-11-2017 06:26 PM
Kan??

Tu pun rezeki gak. Bukan semua org merasa jadi isteri / suami.

Tp kn noks,klau ade laki pon mcm haramjadah baik bujang jela...nk gi sana sini lepak ke holiday ke tak prlu terikat gn sesape pon...tak prlu nk jge hati laki family in law blabla...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 07:36 AM | Show all posts
untunglaaaa.. tahniah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2017 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Menantu Tok ti semua lawa2.. pandai anak tok k cari..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 08:22 AM | Show all posts
apa nama anak anak dato K

anas adib ashraf.. yg bongsu apa ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2017 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
wah bagus nye dpt hadiah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 08:56 AM | Show all posts
doubleA replied at 16-11-2017 05:46 PM
Fuyooo tahniah! rezeki terpijak lah huntong badan dapat family jerung

happy luaran...hati yang menangis siapa yang tau....gituuu..



Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 08:57 AM | Show all posts
kaya sgt ke abg adib ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 09:01 AM | Show all posts
cahayamataku replied at 16-11-2017 10:18 PM
“Mana ada hadiah kereta RM1 juta?” - Adib

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Ketua Pegawai Eksekutif Tune S ...

ada dengar berita ni kt radio td..tp izara punya hepi mcm dpt btul2  hehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
haiku replied at 16-11-2017 05:25 PM
Ada program Walimatulurus di Astro

Oo still involve dlm program nikah kahwin artis rupanya .. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 09:09 AM | Show all posts
Apapon tahniah utk izara si cantik manis tu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
idakamaruddin replied at 16-11-2017 05:41 PM
berbaloi la sheols menyeksi dpt tangkap jerung n family jerung

baby shark dooo dooo

Sakit perut gelak, sempat ber do-do-do..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 10:07 AM | Show all posts
beli kete guna duit sapa eh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2017 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
sweetfasha replied at 17-11-2017 08:22 AM
apa nama anak anak dato K

anas adib ashraf.. yg bongsu apa ye

Azief khalid
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
melurporeber replied at 16-11-2017 09:49 PM
Si anas ni mmg dari dulu npk x baik dgn mak iti dia..mcm xde je gambar berdua. Wife si anas ni pon ...

Betol. Awal perkahwinan dulu hanya Ashraf je yg baik dgn ctdk. Adib dgn Anas terima mak tirinya. Adib baik dgn mak tiri pon lepas balik Aussie. Lepas tu kerja sama sama dgn ctdk. Anas mungkin la antara yg terkesan dgn apa yg berlaku dulu. Masa tu dia baru 19 tahun. Dia anak sulong. Biasanya anak sulong yg paling terkesan dgn penceraian ibu bapa since awal penceraian dulu pon DK dgn TZ not in good condition. Tp skrg semua da berbaik. Cuma Anas letakkan TZ lebih tinggi dr DK. Dan Anas pon ada well financial. Tak perlu la nak berkuntum dekat rumah mak tiri.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 10:53 AM | Show all posts
cahayamataku replied at 16-11-2017 10:18 PM
“Mana ada hadiah kereta RM1 juta?” - Adib

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Ketua Pegawai Eksekutif Tune S ...

ohh ingatkan betul2 hadiah, dipinjamkan rupanya

helok la adib dah clear the air
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 11:08 AM | Show all posts
kasi lah lamborghini ke,ferrari ke...harga pun lebih kurang je dengan RR ni...mcm tak kena pompuan petite bawak RR...

ke beli sbb pemberi hadiah tu yg nak pakai?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.322835 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list