Yana Samsudin Bentan Kerana Langgar Pantang
Oleh RTKY Staff pada 31 August 2016, 11:08AM
Akibat melanggar pantang, pelakon Yana Samsudin kini mengalami bentan selepas melahirkan anak sulungnya pada 21 Julai lalu. Ternyata masalah yang dialami oleh Yana membuatkan dirinya menjalani proses pantang dengan sukar.
“Saya ada lebih kurang seminggu lagi proses berpantang, sepanjang proses ini memang agak sukar juga kerana saya bersalin secara pembedahan dan sukar untuk bergerak akibat luka”
“Dua kali saya alami bentan dan demam mengejut serta menggigil seluruh badan akibat tersalah makan. Kali pertama saya rasa ia mungkin berpunca saya makan sayur bayam. Walaupun ada membaca serba sedikit tentang pantang larang tapi ia bergantung kepada badan masing-masing juga,” jelasnya kepada mStar Online.
Yana selamat melahirkan anak sulungnya, Aisy Mateen pada 21 Julai lalu. Selain itu tambah Yana, dia juga berniat untuk mengadakan majlis bagi memperkenalkan bayi sulungnya itu kepada rakan terdekat dan media tidak lama lagi.
|