|
Nicki sedih kak..
|
|
|
|
|
|
|
|
ARISHA terus berkurung dalam bilik sebaik saja tiba di rumah. Conan pula sudah mati kutu, tidak tahu macam mana hendak pujuk Arisha yang sudah menangis dan berkurung dalam bilik. Dia faham riak Arisha tadi pada Nicki yang sudah seperti orang asing. Langsung tidak menegur Arisha. Apakah Nicki tidak boleh terima kenyataan?
Conan yang lama berdiri di muka pintu bilik Arisha masih tercegat di situ. Risau juga melihat Arisha meluru saja ke bilik tadi sebaik tiba di rumah. Serba salah pula dibuatnya. Tak pujuk karang, entah suami apa dikatakannya nanti. Kalau pujuk pula, buatnya Arisha tiba-tiba peluk macam mana? Hmm...serba salah. Memang serba salah.
Terkejut Conan, pintu sudah dibuka. Terjongol Arisha di muka pintu dengan mata berair, sudah merah. "A..awak ok ke?"
"Ya..saya dah puas menangis tadi. Awak buat apa kat sini?" Arisha cuba mengukir senyum. Sejak bergelar isteri kepada Conan aka Tengku Adnan, dia sudah banyak berubah dan berhijrah. Antara perkara yang dia sempat belajar adalah memberi senyuman terbaik untuk suami. Pahala ada di mana-mana, janji ikhlas keranaNya. Tidakkah isteri itu pelengkap suami? Tulang rusuk suami?
"Err..aa..saya..saya.." Conan garu kepala.
"Kalau awak nak pujuk saya, saya ok dah. Saya lega dapat menangis tadi. Tak sepatutnya saya buat macam tu kat awak tadi." Arisha senyum semakin lebar.
"Err..buat apa?"
"Tadi..saya buat dek je kat awak. Maaf, saya tak bermaksud nak biadap dengan suami. Maafkan saya..saya sedar saya banyak buat dosa pada awak selama ni. Sepatutnya perasaan saya untuk awak, bukan untuk lelaki lain..maafkan saya.." Perlahan tangan Conan dicapai dan dicium lembut.
Terkesima Conan di situ. Terasa degupan jantung mengepam kuat. "Err..saya dah lama maafkan awak. Saya pun ada dosa juga pada awak. Saya masih ingat pada Aylanins. Maafkan saya..saya pun sedar, Aylanins pun seminggu lagi akan bernikah."
"Oh ya, sebut pasal ni, kejap." Arisha menapak ke meja solek. Dia ambil sesuatu dari dalam laci dan kembali ke muka pintu. "Ni, kad jemputan Aylanins dan Malik."
Conan menyambut lemah kad jemputan kahwin berwarna hijau muda. Nama yang tertera di situ dibaca, Aylanins dan Malik. Sebak pula melihat semua itu. Impiannya selama ini juga sudah berkecai. Sepatutnya namanya yang tertera di atas kad itu namun takdir Allah siapa yang tahu. Harus redha.
"Awak nak pergi ke?" Arisha bertanya, riak Conan sudah lain. Dia juga faham perasaan lelaki itu.
"Pergilah..dah dijemput. Tak baik menolak jemputan orang...Arisha macam mana? Sebab..tentu Nicki pun dijemput sekali." Conan pandang Arisha yang sudah tunduk.
"Perg la juga..tak apa. Saya rasa saya dah kuat. Lagipun..saya dah jadi isteri awak..dan...saya ingin jalankan tanggungjawab saya kerana Nya." Arisha mendongak semula.
"Err..saya masuk bilik dulu. Esok nanti saya hantar ke rumah anak yatim tu." Conan segera beredar dari situ.
Arisha menguntum senyum. Nampak sangat menggelabahnya Conan tadi. Entah apa yang difikirkannya sehingga gabra sebegitu rupa. Dia menapak semula ke katil. Malam itu, tidurnya masih tidak lena. Benci sangat ke Nicki padanya sehingga sering saja ingin jauhkan diri?? Arisha tarik selimut. Bunyi guruh dan kilat tanda malam itu akan hujan. Dia perlu tidur juga, esok pagi lagi dia akan ke rumah anak yatim.
JAM tiga pagi Arisha tersedar. Dia genyeh mata. Hujan lebat jelas di telinganya. Perlahan dia melangkah ke ruang dapur, tekaknya terasa haus. Sudah basah tekaknya dengan segelas air sejuk, Arisha menapak semula ke bilik dalam keadaan gelap. Hanya lampu di tepi dapur saja dibiarkan bernyala. Hujan masih lebat menyimbah bumi. KIlat dan guruh masih lagi kedengaran. Berhati-hati Arisha melangkah dari ruang dapur ke ruang tamu. Matanya masih belum mengantuk bila tersedar tadi. Tiba-tiba dia ternampak satu kelibat dalam keadaan yang agak gelap itu. Cepat saja dia ke muka pintu ke arah dapur dan capai penyapu. Mana tahu perompak yang menceroboh rumahnya. Dengan penyapu tergenggam di tangan, dia merapati ke penjuru dinding, di tepi langsir dekat dengan bilik air di bawah. Memang jelas dia melihat kelibat di situ tadi.
Pannggggggggg!! Duuuuuukkk!!! Sekuat hati Arisha menghayun penyapu ke arah kelibat tadi bila tersedar kelibat itu sudah mula munculkan diri. Segera dia petik suis lampu di tepi bilik air.
"Ya Allah!!" Arisha tergamam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Siapalah orang yg dipukul arisha |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow replied at 5-3-2015 09:04 AM
Kalau ikut cerita yang klise:
Yang kena bantai itu adalah ..........
Buweeekkkkkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-3-2015 02:44 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Zamzam2013 replied at 5-3-2015 08:54 AM
Siapalah orang yg dipukul arisha
Laki dia lerr tu |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-3-2015 02:46 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Nicki_Meow replied at 5-3-2015 09:04 AM
Kalau ikut cerita yang klise:
Yang kena bantai itu adalah ..........
Hehe...itu yg klise..kalu tak klise..conan hempuk balik arisha |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-3-2015 02:47 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
cmf_conan replied at 5-3-2015 09:09 AM
Buweeekkkkkkkk
Ala..buat2 geli muntah la plak |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-3-2015 02:50 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Ok sambung..
Conan terlentang atas lantai marmar. Tangannya pegang dahi. Rasa pedih yang amat. Dia alih tangan dari dahi, ada darah meleleh. Berkerut dia menahan pedih. Kuat juga hayunan penyapu tadi. Nasiblah kena dahi, kalau kena muka tadi, mahunya jatuh saham kekacakannya. |
|
|
|
|
|
|
|
yang tak klise.. nenek seripah buat spotcheck pagi buta kat umah dorang
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 5-3-2015 06:19 PM
Arisha panik. Darah merah mengalir di dahi Conan semakin laju menitis. Berlari pula dia ke ke dapur mencari 'first aid kit' yang seingatnya disimpan dalam kabinet atas di dapur itu. Habis di selongkarnya. "Ish! Mana pulak aku letak ni?"
"Awak cari ni ke?"
Arisha berpaling. Conan sudah berdiri di muka pintu dapur dan di tangan Conan ada benda yang dicarinya tadi. "Err..mana awak jumpa?"
"Benda ni kan awak guna semalam, awak cari plaster.Dahlah tu! Mari sini! Tolong sapu ubat ni kat luka saya." Conan tarik tangan Arisha dan duduk di kerusi.
Arisha semakin rasa bersalah. Darah masih meleleh. Kotak kecemasan itu dibuka dan ubat luka bersama dettol dan kapas diambil. Luka di dahi Conan disapu dengan kapas dan dicuci dengan dettol sebelum disapu ubat.
"Err..awak, saya minta maaf. Saya tak tahu itu adalah awak. Kenapa awak duduk dalam gelap? Kenapa tak buka lampu? Kan dah tak pasal-pasal kena penyapu. Saya ingatkan perompak ke apa tadi.." Bebel Arisha sambil menyapu ubat di dahi Conan yang sudah duduk di atas lantai mengadap Arisha, Arisha pula duduk atas sofa. Terdongak Conan bila dagunya diangkat sedikit.
"Saya pun tak tahu awak nak turun sini. Tadi, saya terjaga, sakit perut, kebetulan saya pun ke dapur, jadi saya gunalah bilik air bawah ni. Awak pun satu, terus je hempuk saya. Kan kita berdua je dalam rumah ni?" Conan semakin berkerut menahan pedih ubat yang disapu Arisha.
"Manalah tahu..ada penceroboh masuk! Kan sekarang ni, penyangak ramai! Macam mawar hitam tu!" Arisha mengetap bibir. Tentulah terus hempuk, takkan nak tanya siapa nama pulak??
"Ok..dah. " Arisha simpan semula ubat dalam kotak kecemasan.
"Hmm..terima kasih. Lain kali siasat dulu." Conan sengih, dia bangun dan duduk sebelah Arisha.
"Huh! Nak siasat apa ke bendanya. Nak tanya, eh awak siapa? Awak nak apa? Macam tu?" Tajam Arisha menjeling pada Conan. Sungguh tadi dia sudah pucat lesi melihat kelibat dalam keadaan gelap seperti itu, dengan hujan lebat kilat dan guruh lagi di luar.
Conan senyum. Cantik pula melihat Arisha mencebik sampai terjuih mulut, menjeling tajam padanya. "Tak adalah sampai macam tu..yalah..yalah..saya salah. Awak menang. Puas hati?"
Arisha bingkas bangun. Jam sudah hampir empat pagi. "Awak tak nak tidur ke?"
"Hah? Tidur?" Conan pula menggelabah.
"Awak ni..awak ingat saya ajak awak tidur dengan saya ke?" Arisha ketawa. Dia kemudian geleng dan terus saja dia menapak masuk ke bilik.
Conan terkebil-kebil di situ. Dia baring di sofa. Dahi yang sudah berplaster itu disentuh perlahan. Masih terasa pedih dan berdenyut penangan pukulan penyapu Arisha tadi. Memang salahnya tidak buka lampu tadi. Dia senyum sendiri. Matanya mula pejam. Esok, selepas menghantar Arisha ke rumah anak yatim, dia perlu hadiri mesyuarat di pejabat dan selepas itu dia perlu jumpa Nicki. Riak Nicki ketika di kedai 24 jam itu seperti ingin menjauhkan diri dari dirinya dan juga Arisha. Persahabatannya dengan Nicki seperti sudah tiada mesranya lagi dek kerana pernikahan terpaksanya dengan Arisha.
|
|
|
|
|
|
|
|
amboih..rajin benor si nenek itu..
|
|
|
|
|
|
|
|
sapo Nicik tu?? kawan indon baru ka?
lorr.. tido sofa je ke? mau demam esok neh |
|
|
|
|
|
|
|
Ok, kita main lompat2 lagi ya...
BAB 42
SINARAN mentari yang menyinari bilik tidur Aylanins cukup memberikan warna terang pada dinding biliknya yang sudah dicat dengan warna kegemarannyam hijau epal. Tenang dan damai melihat kehijauan itu sebaik mata melihat usai terjaga dari tidur. Itulah juga warna kegemaran Rasulullah saw yang selalu arwah ayah beritahu dulu. Terkenang arwah ayah, sebak mula terasa. Sebelum tidur, arwah selalu memberi tazkirah padanya dan bercerita kisah-kisah nabi. Aylanins melurut selimut dan kedua tangan didepa.
"Amboi anak mak ni...matahari dah terpacak baru nak bangun?"
Aylanins sengih melihat ibunya tersenyum di muka pintu yang terbuka luas. Malam tadi, ralit membelek dan membetulkan barang hantaran , tidak sedar jam sudah ke angka dua pagi. Mahunya terlajak tidurnya.
"Ni, subuh tak ni?" Tegur mak lagi.
"Ala mak...Ayla period la." Aylanin bangun malas dari katilnya dan mula mendekati ibunya yang sudah membelek gubahan hantaran yang diletakkan di sudut ruang biliknya.
"Tak kira..anak dara tak baik bangun lewat macam ni. Burung pun tahu nak cari rezeki pagi-pagi. Ni, gubahan ni, dah betul-betul siap ke ni?" Sambil membelek gubahan itu, membebel sekali mulutnya marahkan Aylanins yang sudah tersengih kerang di sebelahnya.
"Yalah mak..ala..bukan selalu Ayla bangun lambat, karang dah nikah,tak merasa dah semua ni.." Sengih semakin lebar Aylanins sambil rangkul bahu ibunya.
"Dah..pergi mandi, kita sarapan sekali. Baju dah ambil belum?"
"Belum..tengahari nanti Ayla ambil. Mak nak ikut sekali tak?" Tanya Aylanins sambil bangun dan mengatur langkah ke bilik air.
"Tak kut..mak nak siapkan yang lain. Ajak Malik sekali la nanti..senang sikit nak cuba baju pengantin tu." Ujar ibunya lagi.
"Ajak Malik? Dia dah ada kat KL ke mak?" Tercengang Aylanins, tak jadi kakinya melangkah masuk ke dalam bilik air.
"Ya..semalam mereka dah sampai KL. Katanya nak bersiap-siap kat sini je. Gubahan semuanya sedara mara yang tinggal kat sini yang buat."
Aylanins menelan liur. Cepatnya? Kata tiga hari sebelum tarikh nikah. "Err..tak apalah mak. Segan lah nak ajak dia. Lagipun, dah dekat tarikh nikah."
"Suka hati kamulah Ayla. Janji nikah ni jadi."
Aylanins sekali lagi melemparkan senyuman. Mak berharap sangat pernikahannya dengan Malik akan terjadi seperti yang dirancangkan. Mendengar kata-kata ibunya tadi, terus saja dia merasa sebak dan kadangkala bimbang. Nota kaki yang diterima dulu tidak boleh dipandang ringan. Tambah lagi kes mawar hitam masih beum selesai. Kesan cap jari minggu depan baru tahu keputusannya kerana kesan yang diambil dari kulit mangsa yang sudah mereput itu sukar untuk dikenalpasti. Hanya doa pada Allah saja yang mampu dia panjatkan sekarang ini. Semoga segalanya berjalan dengan lancar.
Aylanins mula masuk ke dalam bilik air, ibunya pula sudah menapak keluar dari biliknya.
|
|
|
|
|
|
|
|
ko ni..nampak je kan?..
ok..aku edit sat..
|
|
|
|
|
|
|
|
arisha dah ok..conan yg masih mengeletar tu..
Ayla makan banyak pun, tak gemuk..maintain gitue..
|
|
|
|
|
|
|
|
USAI sarapan bersama, Aylanins mula mengemas rumah dan sekeliling rumahnya. Khemah sudah pun ditempah dan akan dipasang dua hari sebelum majlis nikah. Memandangkan dia tidak ada ramai saudara mara sebelah ibu, Aylanins hanya menempah 'catering' saja untuk jamuan majlis nikahnya nanti. Hanya lauk pengantin dan pemanis mulut saja mereka masak sendiri.
Aylanins puas hati melihat sekeliling rumahnya yang sudah kemas dan tersusun cantik pokok-pokok bunga yang kebetulan sedang berkembang mekar. Ibu suka berkebun di sudut kiri halaman rumah, kelihatan sayur sawi, bayam dan juga pokok cili merah. Sebelah kanan pula, penuh deretan pokok bunga melur dan melati yang setiap pagi dan petang akan memberikan keharuman yang sungguh wangi. Teringat pula masa kecil dulu, bunga melati itulah dipetik dan diselitka di telinga.
"Ayla..nanti jangan lupa singgah pasar tau. Beli bahan-bahan untuk tomyam poktek nanti. Ni, mak ada satu lagi nak pesan. Nanti, beli betik muda, kita buat somtam."
Aylanins sengih. Entah bila ibunya suka pada makanan Thai itu. Yang pastinya, sejak hendak bermenantukan orang Terengganu ini, ibu suka mencuba masakan pantai timur, nasi dagang, nasi minyak, tomyam dan yang terbaharu, somtam.
"Mak..sejak bila mak suka makan benda ni semua?"Aylanins sengaja bertanya, sengihnya sudah semakin mekar di bibir.
"Ala...mak suka benda ni semua sebenarnya nak suruh Ayla yang belajar masak. Maksu Malik yang beritahu mak, Malik tu suka somtam dan tomyam poktek ni. Jadi, mak nak Ayla belajar semua tu. Ingat, nak jaga suami bukan di tempat tidur saja tau. Jaga perut suami tu penting."
Aylanins terkelu sekejap. Advance sungguh ibunya sedangkan dia sampai sekarang tidak berkesempatan lagi hendak bertanya hobi dan kegemaran Malik, apa lagi hal lain. "Ya lah mak, nanti Ayla belajar ya."
Sengih ibu Aylanins sebaik mendengar kata-kata anak gadisnya tadi. Mereka berdua menyambung mengemas sehingga ke jam sepuluh pagi. Aylanins pula segera bersiap untuk ke butik mengambil baju pengantin yang sudah siap ditempah. Ikut hatinya, dia ingin bersederhana saja, pakai saja baju kurung pemberian maklong dulu, berona ungu muda dengan manik dan mutiara disulam penuh. Memang cantik pada pandangan matanya tapi Malik yang beria ingin menempah gaun pengantin dari butik dan selepas majlis akad nikah nanti, seminggu dia akan berada di resort pula untuk majlis resepsi di sana. Tak pernah seumur hidupnya merasa glamor begitu. Malik yang berkeras ingin mengadakan majlis besar-besaran di sana.
"Mak! Ayla pergi dulu!" Aylanins cium tangan ibunya sebelum menaiki kereta menuju ke destinasi. Niatnya ingin ke pasar dulu barulah ke butik.
|
|
|
|
|
|
|
|
KERETA diparkir di tempat letak kereta. Jam sebegini, senang hendak parkir kereta di kawasan pasar. Selalunya ramai yang datang awal pagi. Aylanins segera menapak ke arah bahagian sayuran. Dia perlu beli bahan-bahan untuk masak tomyam dan somtam nanti. Senarai bahan sudah ditulis sebelum bertolak tadi. Satu persatu bahan-bahan yang ditulis di situ dibeli termasuk sebiji betik dan dua biji mangga muda.
"Hmm...mana pulak nak cari nampla dan gula nira ni?" Aylanins garu kepala. Terjenguk-jenguk dia melihat ke arah kedai sebelah yang menjual barangan dari Thai. Setahunya, di situ ada menjual barang dari sana. Pernah juga dia beli sekilo buah asam jawa manis, kalau di sana disebut buah celagi. Memang manis! Selepas itu, ketagih pula dia hendak merasa buah itu.
"Ya cik..nak cari apa?" Tanya seornag gadis penjual di situ.
"Saya nak cari Nampla dan gula nira..ada tak?" Aylanins tengok senarai bahan di atas kertas tadi dan ditunjukkan kepada penjual itu.
"Hmm..ada. Sekejap ya.."
Gadis itu pergi dari situ dan lima minit kemudian dia kembali dengan sebotol sos sotong dan sebungkus gula nira berwarna kekuningan. "Ni cik!"
"Err..gula nira ni memang warna kuning ya?" Aylanins melihat-lihat gula nira yang dihulur penjual tadi. Penjual tadi hanya angguk.
"Hmm..yang ni sos sotong...sama ke dengan nampla?" Tanya Aylanins lagi. Pelik pula, yang dicari Nampla tapi di botol itu ditulis sos sotong.
"Ya..betul la tu."
Aylanins berpaling. Terasa suara lain yang menjawab pertanyaannya tadi. Terpaku saat melihat empunya suara yang menjawab pertanyaannya tadi tercegat sambil tersenyum lebar di belakangnya. Conan??
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|