CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: miawpink

Rita Rudaini Nafi Hasut Anak-Anak Benci Aidil - page 41

 Close [Copy link]
Post time 12-12-2013 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
dgr kat radio punye news kata edel nk kawen mac thn depan? :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2013 08:22 PM | Show all posts
Aidil Zafuan Nikah Mac 2014

Oleh:Editorial MH
Tarikh: 12 Disember 2013


Menurut sumber yang diperolehi, pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak, bakal menamatkan zaman dudanya pada bulan Mac tahun hadapan.  Sumber tersebut turut  memberitahu bahawa kad kahwin juga akan diedarkan sedikit masa lagi.
Bagi mendapatkan kepastian, MH telah bertanya sendiri dengan tuan punya badan.
“Mana tahu ni?” tanyanya kembali yang nyata terkejut apabila ditanyakan mengenai desas-desus tersebut.  Namun setelah dipujuk, Aidil  sudi memberikan sedikit komennya.
“Insya-Allah, jika menjadi kenyataan saya akan jemput.  Namun sama ada bulan Mac atau sebaliknya, saya enggan maklumkan dahulu.  Lagi cepat lagi bagus,” ujarnya yang masih berteka-teki mengenai tarikh sebenar.
Wanita yang bakal dikahwini pula adalah anak bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor iaitu Zarema Zainal.  Ditanyakan mengenai perkara ini, Aidil sekadar memberitahu; “Tunggu kadnya ya,” ujarnya sambil ketawa.  


p/s:xtaw da ade ke blm..hamboi edel..sambil ketawa ko ea..ngan ank ko berkire


Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2013 08:36 PM | Show all posts
nordin84 posted on 12-12-2013 08:22 PM
Aidil Zafuan Nikah Mac 2014

Oleh:Editorial MH

Dasar jantan cpt cari penganti
kawen lah edel tp jgn lupa bayo nafkah taw

semoga bahagia


Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2013 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
nordin84 posted on 12-12-2013 08:22 PM
Aidil Zafuan Nikah Mac 2014

Oleh:Editorial MH

Aik..bertembung plak brita.. ekekeke.. iols pn ada tepek brita ni kt benang edel yg lg 1
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2013 09:11 PM | Show all posts
novlin posted on 12-12-2013 08:44 PM
Aik..bertembung plak brita.. ekekeke.. iols pn ada tepek brita ni kt benang edel yg lg 1

iols smbungkan je..mls nk tgk benang edel ni berlambak2 kat muke board gosip haha
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2013 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
nordin84 posted on 12-12-2013 09:11 PM
iols smbungkan je..mls nk tgk benang edel ni berlambak2 kat muke board gosip haha

Iols tepek kt benang 1 lg sbb xnk campo kn hal nafkah anak2 dgn hal gegeli si edel... ekekeke.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2013 10:08 PM | Show all posts
Edel ni ntah2 lepas dgn zarema nnt,asik kat prince court manjang.beranak kat situ,anak pon consult paed kat situ.tp masa tu zarema yang tanggung agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2013 10:21 PM | Show all posts
uols,de bc insta rr (fans gaduh ngan haters)..nmpk jawapan die da mule matang sikit..
mgkin die da berubah..pasal npkah ni pon xde die meroyan2..edel pon ckp rr xkomplen pasal napkah..
moga rr trs bersikap camni..kurg meroyan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2013 11:21 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 07:46 PM | Show all posts
Aidil n Zarema





Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 07:47 PM | Show all posts
Aidil n Rita Rudaini (ms br kawen)




Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 08:48 PM | Show all posts
tahniah aidil nak kawen. tapi mohon bincang elok2 hal nafkah anak2. insyaAllah Aidil, kalau hang tak kudukut, mesti rezeki hang bertambahhhhhh lagi. insyaAllah. aku doakan rezeki hang bertambah banyak supaya hang boleh beri pada anak2.

pada rita, juga kita doakan moga menemui kebahagiaan. biar bertambah rezeki rita dan kurangkan kesulitan beliau utk menempuh hari2 mendatang utk membesarkan bisnes beliau dan menambahkan rezeki demi anak2.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2013 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Aidil kata anak2 dah makan mkanan pejal..kurangkan bli susu..anak2 dah besar..kurangkan pampes..nmpak sgt dia nihh bapak yg xtahu apa2..dah la ngong kedekut pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Besar gak gaji footballer??kalah doc
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Klo aidil ni susah stu ht nnt.....hrp RR jgn peduli ye...buang aidik jauh2...jga je anak2 tu..smga bahagia....aidil mmg llki xgna
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 01:55 AM | Show all posts
Rita Rudaini Nafi Hasut Anak-Anak Benci Aidil
19 DEC 2013, 12:00AM   |   KAMARUDDIN RAZAL  |    UTAMA > BERITA ARTIS>
Kongsi Article Ini:
0  5  




Rita Rudaini tampil menjawab tuduhan dan cakap-cakap orang yang mendakwa dia bertindak melampau apabila melakukan tuntutan nafkah sebanyak RM5392 daripada bekas suaminya, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak untuk dua orang anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna.

“Saya rasa tuduhan itu yang sebenarnya melampau. Mungkin mereka tidak pernah mempunyai anak ataupun tidak menjaga anak mereka. Saya memohon jumlah sebegitu untuk dua orang anak saya. Itu pun saya rasakan sikit kerana saya ada dua orang anak yang masing-masing sedang membesar,” ujar Rita memulakan bicara.

“Kalau ikutkan hati, saya enggan minta pada bekas suami kerana saya mampu. Tapi apabila difikirkan semula, saya perlu lakukan perkara tersebut kerana itu adalah hak anak-anak saya. Saya minta jumlah sebegitu pun kerana saya tahu dia mampu dan itu merupakan tanggungjawab dia sebagai ayah kepada anak-anaknya,” tutur heroin drama bersiri ‘Sehangat Asmara’ ini lagi.

Rita juga mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak yang menganggap Rita menghasut anak-anaknya untuk membenci ayah mereka.

“Tidak sama sekali. Dahulu semasa saya kecil, saya tidak mendapat kasih sayang seorang ayah kerana ayah saya menghilang. Sewaktu umur saya 17 tahun, saya berjumpa semula dengan ayah dan saya melayannya seperti biasa. Saya juga ada mengikutnya balik ke kampung dan sebagainya. Ibu saya tidak pernah ajar saya untuk membenci dan saya tidak akan buat perkara itu,” ujar Rita lagi ketika ditemui di Majlis Tayangan Filem Balistik di Cathay Cineleisure, Damansara pada Selasa.

Mengulas mengenai berita yang bekas suaminya bakal mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan bersama wanita yang pernah digosipkan dengan Aidil, Rita memberitahu, dia sudah menjangkakan perkara tersebut dan dia tidak berasa terkejut. dengan berita itu.

“Saya boleh jangka dan tidak terkejut. Saya tak perlu ulas lanjut, orang boleh tengok sendiri dan nilai. Saya enggan komen kerana saya tidak terlibat dan perkara itu tiada kaitan dengan saya,” jelas Rita lagi.

Rita yang kini masih solo belum lagi memikirkan soal pengganti. Jelas Rita, perkara tersebut tidak pernah terlintas di benak fikirannya. Apa yang penting baginya sekarang adalah untuk memikirkan bagaimanakah caranya untuk dia mencari rezeki dalam menyara anak-anaknya.

Dalam perkembangan lain, filem ‘Balistik’ lakonan Rita bersama Dato’ Rosyam Nor, Adi Putra, Zul Ariffin dan ramai lagi bakal menjengah pawagam seluruh negara bermula 9 Januari 2014.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2013 01:55 AM | Show all posts
Gojes rita cantik
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 02:29 AM | Show all posts

adoiyai....tak lama lagi mesti jd rebutan jejaka2 handsome di luar sana. Gojes lagi anggun..

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 09:01 AM | Show all posts
nazsh posted on 14-12-2013 03:11 PM
Aidil kata anak2 dah makan mkanan pejal..kurangkan bli susu..anak2 dah besar..kurangkan pampes..nmpa ...

tahnya.. soh dia potty train anak2 dia sendiri la. baru tau langit tinggi rendah
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 09:02 AM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 19-12-2013 02:29 AM
adoiyai....tak lama lagi mesti jd rebutan jejaka2 handsome di luar sana. Gojes lagi anggun..

dah abis edah ke blum ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.099141 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list